Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jun 25, 2010

Ianya Takdir Nama Kami Sama

one-four-eight..
I'm sorry..


Semalam,
aku bertekak dengan L..
Yeah! Kami bertekak..
Walaupun sebelum ni ada gak laa gaduh-gaduh kecik,
tapi semalam memang sampai tension dibuatnya..


Alkisah bermula,
petang tu L janji nak jumpa aku kejap lepas habis kelas dia..
Aku pun tunggu laa kat tempat yang dijanjikan..

Dari jauh, nampak kelibat dia,
datang menuju ke arah aku...
Kasut converse, memang itu style dia..
Kasut yang sama dengan
kali pertama aku jumpa dia dulu..

"Lama tunggu??" L tegur aku..
"Awak tak nampak sawang dan sarang labah-labah, maknanya tak lama laa tu.."
Gila lame ayat aku...

Aku tak perasan, tapi berdiri di belakang dia ada tiga orang.
Dua perempuan satu lelaki..

"Kenalkan, ni kawan-kawan saya.." L beritahu..
Aku terkejut, ini tiada dalam perancangan sebelumnya.
Mereka dikenali sebagai Min, Nani dan Padi.
(bukan nama sebenar demi tidak membangkitkan kekecohan)

"Awak kenalkan laa diri awak..." L muka excited..
Aku pelik..
"Nama aku _____ ______, panggil aku L***"
sambil salam Padi dan angguk ke Min dan Nani.

"Wooo.." serentak ketiga-tiga mereka, siap dengan muka kagum.
"Kan aku dah bagitahu, nama kami sama..." L mencelah.
So, itu sebab L suruh aku perkenalkan diri.
Sebab semata-mata nak bagitahu nama kami sama?
Hm, lawak betul laa awek sorang ni..

-----------------------


Pendek cerita,
mereka bertiga rakan diskusi L di tempat dia belajar.
nani kata L selalu cerita pasal aku,
jadi mereka bertiga buat keputusan nak kenal dengan aku.
Aku rasa janggal, sebab tak pernah berlaku hal macam ni.

Kami berlima pergi minum di sebuah kopitiam yang terkenal.
Aku pesan teh tarik je,
yang lain pesan, pergh!!!, smoothies laa, hape lagi ntah..
Seperti biasa aku lebih banyak diam dari bersuara.

"L, so you two in a relationship??"
Soalan dari Nani untuk aku tu tepat membuatkan aku nak tersedak teh.
Aku pandang L, L pun muka terkejut pandang aku.
Tapi dia diam..
Yang dua lagi, si Min dan Padi tu tersenyum lebar menanti jawapan aku.

Aku ter'pause' selama 5 saat sebelum bereaksi.
Dan selama 5 saat tu, beribu jawapan muncul dalam benak fikiran aku,
tapi tiada yang sesuai diucapkan.

"It just takdir nama kami sama,
jadi kami jadi kawan.."
aku jawab selamba.

"KAWAN??" Padi bersuara.
"Ya, kawan je.."

Aku pandang L.
Dia jeling tajam pada aku.
Aku berfikir,
"Aku salah sebut ke??"

------------------------


Ehsan Google

To cut it short again,
akhirnya ketiga-tiga kawan L pun beredar pulang.
Tinggal L dan aku.
L tunggu Pak Harun datang ambil dia.
Aku tunggu L.

"So, kita kawan??.." L mula bersuara.
"Err..kan??" aku balas...
"You are not that stupid, we both know it isn't just that.."
Nada L agak kasar,
dia nampak lain, marah..

"Maksud awak? Kita bukan kawan??"
"Kawan is not the word. Awak bukan orang yang akan hanya saya tegur bila jumpa kat kedai buku dan berlalu begitu saja. Perkataan 'kawan' tu agak tak kena.."
"Kalau camtu, kenapa awak tak betulkan cakap saya tadi??"
"Nonsense, patut ke saya betulkan kata-kata awak??"
"Kalau salah, betulkan laa..."


Tone masing-masing semakin meningkat.
Aku agak tak puas hati bila dia salahkan aku macam salah aku tu boleh buat orang sihat sakit kanser.

"It just TAKDIR nama sama?? Bunyi macam terpaksa.."
"Saya kurang faham apa awak nak kata..
Awak nak bagitahu kita bukan kawan ke??"
"NO!! But at least cakap laa perkataan yang bagus sikit macam 'kawan baik' ke,
'kawan rapat' ke..
Kawan just macam saya dengan Padi,
saya dengan Nani, dengan Min,
dengan Tengku..."
L terdiam...
Aku terkejut...

"Finally, that name came out...
Nama yang saya ingat takkan keluar dari mulut awak.."

L terus diam, tapi muka macam tahan marah.

"Walau apa pun, saya tetap kawan awak...
Tapi saya nak tanya, awak nak saya layan awak macam Nani, Min, Padi dan Tengku tu semata-mata titlenya adalah 'kawan'??"


L terus diam..
Tiba-tiba telefon dia berbunyi...
dari Pak Harun bermakna dia sudah sampai.
Saved by the call.

"Saya balik dulu..."
kata terakhir L dengan nada rendah
dan terus pergi, lenyap dari pandangan aku.
Aku, teruskan minum teh.

Dan sepanjang malam semalam,
henset aku sunyi dari sebarang bunyi.
Tiada mesej, tiada call..
adakah segalanya bakal berakhir??

=========================
23) [
link] Umpama Enggang dan Burung Pipit
22) [
link] 'one-four-three'
21) [
link] Ahad dan Perasaan Itu
20) [
link] Sabtu dan Gelak Tawa
19) [
link] Jumaat dan Ketiadaan
18) [
link] Dua Kali Tersalah Cakap

...lebih dalam
Si Gadis Kasut Converse





32 comments:

  1. perempuan ni kdg2 dia tak tau pn apa yg dia nk..
    aku sendiri pn xphm..

    ReplyDelete
  2. haiyaaa bro!!!

    p/s: itu je mampu elie tulis..

    ReplyDelete
  3. most girls memang camtue.. ahaaks! if u both are having kinda special relationship or special-friendship, or at least if she thinks you are special/very close to her heart, then when somebody ask if u two are in relationship & you say 'kawan je'.. memg la girl akan rasa marah,hangin, kecik hati & emosi2 yg sewaktu dengannya.. confirm dia merajuk..

    ReplyDelete
  4. salam,

    la la lala aku bukan nak cakap ape la, kalo salah aku minta maaf la byk2 keh bro. aku rase tugasan ni ko lebih paham dan ko lebih nampak, so teruskan observasi.

    mungkin dia jenis yg sensitif... mungkin dia jenis yg apabila dia bercakap, susah mahu terima pandangan orang lain...
    atau mungkin mood tidak baik (utk perempuan korang tau la kan).

    tu probability, aku tak pasti, tp ko mungkin lebih pasti sbb hanye ko je yg lebih kenal die, kitorg kenal melalui tulisan ko je.

    so, nasihat aku yg tak berapa reti bagi nasihat ni, try la pujuk (seperti yang selalu orang dok suruh aku buat, tapi aku tak suke kalau bukan salah aku).

    Tp aku setuju perempuan perlu dipujuk, lelaki perlu dibiarkan kemarahan itu redha. So...try la mane yg boleh...

    konflik pada aku mmg akan ada 2 side yang bersalah, cuma kuantiti dan level salah tu je yg berbeza, so jln terbaik minta maaf, at least kita memulakan satu langkah ke hadapan.

    tu je la nasihat aku, sila abaikan probability kalau dia bukan begitu keh. Dun give up, biasela ni pahit getir dlm berkawan dan lebih dari seorang kawan =)

    ReplyDelete
  5. kira betul la jalan kau ni beb...kalau x gado makne xde spark dekat itu hati...sikit lagi nyale lah

    ReplyDelete
  6. hehe biasa ar tu cabaran dugaan dalam BERKAWAN ... hehe maybe ni baru permulaan korang kot.. nak tau isi hati masing2..

    apa2 pun keep it up!! jgn terlampau EGO.. maybe dia nak ko msg dia dulu ke apa ke.. ala hati pompuan..lama2 lembut ar tu hehe..

    ReplyDelete
  7. alamak!! dugaan pertama dah bermula.. macam mana nie ek.. kau pun tak tau nak buat apa.. Ermmm... mungkin dia dah selesa dgn ko sbb tu dia nak sedia nak kenalkan ko dgn kwn dia. tapi at the same time korang still tak declare hubungan korang.so.. rumitnya!! hahaha.. aku pulak blur..

    ReplyDelete
  8. bro!!..obviously die mmg anggap ko lebey dr kawan biasa..!
    bile aku bace ko ckp mcm tu aku rase mcm ade batu besar jatuh atas kepala aku..<<pengaruh tgk anime byk sgt..
    anyway..bg dia reda sehari dua..nnti ade peluang try call or sms die..jgn ko tggu je die sms or call ko..

    tnye die baik2..kawal suara..jgn tinggi sgt..nnti kang jd gado plak..

    ades..apsal aku rase tension bace en3 ko arini..ni mesti psl aku tgh sensitip nih..sorry ar bro..tetibe aku rase cam ko pilih perkataan..
    nape..?? sbb ko kate kwn die tu kate L slalu cite psl ko..so mesti la die anggap ko lebey dr kwn jer..

    p/s: ganbatte ne..?

    ReplyDelete
  9. pompuan perlu dipujuk weh..hmm..honestly..kalau aku dekat tempat dia..aku pun tersentap gak bila ko kata mcm tu..just kawan?..aku rasa dia nak lebih..tapi,jgn kata bergaduh tu dah penghujung nokhtah..kalau ko fikir mcm tu..kau clap la..err..lgpn..kau pernah kapel kan?so.kau tau apa kay akan buat..

    ReplyDelete
  10. @KERAK NASI
    aku pun kurang paham..mmg dr dulu lg pompuan sgt susah nak faham..

    @little cart00n
    haiyaaa..

    @tuan tanah
    merajuk tu yg aku susah sket..
    nk pujuk bukan senang, kan??

    @Shukjessa
    hm, nak kata aku knal dia sgt, tp takde laa mendalam sgt aku kenal..
    still nk tau hati budi..
    tp tak tau lg dia ni jenis makan pujuk atau just let it be by time..

    @hentakbelipat
    hm, hrap2 dia tak makan hati sgt dgn aku...

    @SyahNas80 @ Nana
    bukan ego, just tak tau aku patut msg dulu atau beri dia masa cool-down..
    pening laaa...

    @WZulhilmi
    hm, sort of dugaan pertama kot...
    aku sndri tak tau ape lgkah setrusnya..
    biarlah masa yg tentukan..

    @Anonymous
    dear kudozu,
    ayat ko dgr agak kasar, tp aku paham maksudnya..hm, biar masa yg tentukan..

    @6126538760931813412.0
    dear pu3,
    semua post aku adalah ape yg aku rasa,
    in behalf of her, aku tak tau...
    tu yg buat aku sedikit runsing tu...
    takut dia mkan hati dalam...

    @279086089712106277.0
    dear nenek moden,
    aku just takde perkataan lain nak cakap..
    takkan aku nk ckap kami ade ape2 sdgkan hakikat mmg belum ade ape2 pon, kan??

    ReplyDelete
  11. cero patut call or msj dia dulu, cEro kn lelaki...
    hati L msti sejuk skit cz dia akn rsa cEro amik berat psl dia...
    4 sure L trnanti2 msj or call dr cero...
    rasanya ada yg L mahu kn, cume dia x mmpu brterus trang sbb dia prempuan...
    fham kn...
    :)

    ReplyDelete
  12. @pu3aan

    i am sorry but the thing is I dont really know the whole situation happened between those two, by mean, their true feelings.

    we know that mr Cero eventually fall in love with L but then L pun tak pernah terus terang about her feelings, nak tunggu Cero figure out, takes time.

    OK, it's just part of my opinion
    No harm done no heart feeling no offense ok everyone =)

    -kudozu

    ReplyDelete
  13. @aurikelsan
    kompem dia merajuk??
    hm, tu yg susah tu..
    aku tak tau pujuk..

    @raja dinie
    agak serba salah..
    takut kang call-call dia tak angkat ke, hape ke..
    kalo tak call plak, takut dia menunggu...

    @Anonymous
    kudozu, takpe...
    pendapat org ketiga mmg selalunya tulus dan telus..
    aku digest semua, nilai baik buruk..

    ReplyDelete
  14. hehe..biasalah ceta2 remaja zaman bercinta
    nanti dah tua cam aku ni..ingat semula benda2 camni
    oh sweet dan kelakarnya....
    hehe....
    dia nak pujuk2 cepat2

    ReplyDelete
  15. @kudozu

    eh..pu3 bukan marah la..xyah la say sorry..(sile bace komen tu ngn nada mendatar..kihkihkih)
    pu3 paham..mslhnye masing2 xckp..so kite pun cam tertnye2 kn..? "ni kapel ke idak nih..??"
    tp ayt cero tu mmg ley wat mane2 pompuan pun kecik ati..

    satu lg..pompuan xkn senang2 ckp her true feeling pd lelaki..mmg lumrahnye mcm tu..
    lain la kalo lelaki tu approach tnye direct kat die..cuma ngn cara tu je ko akn tau perasaan seorang pompuan..
    kn pompuan dijadikan Tuhan dgn sifat pemalu.. ;)

    p/s: cero..ganbatte..!! call die dulu..!

    ReplyDelete
  16. ko ni mmg noob la. adehh. dah dia kata nak lebih dr kawan mknanya dia nak lebih la. apa lg ko nak gaduh. adehh.. tp ko pujuk sikit je kompem dia ok. sila pujuk dia.

    ReplyDelete
  17. @Lu'Luth
    haha, memori tu..terlalu berharga..

    @pu3aan
    thanks...
    cam pompuan gak, laki lagi laa..
    susah nak ngaku ape2 pon..
    bkan ke pompuan suka sgt kata laki ego,
    mgkin ni laa contohnye..

    @oh farah
    haha, kena noob skali..
    padan muka aku...
    tp kan, aku takleh assume ape2...

    ReplyDelete
  18. sabar je la k..tu je yg aku leh ckp =)

    ReplyDelete
  19. obviously L terase ngn word 'KAWAN' yg cero gne. so from dat dy mmg anggp cero lbey dr seorang kwn..so bro, if u really care bout her feeling, n dun want to hurt him..plz pjuk dy. klu u x pjuk dy it's mean yg u totally anggap dy cm KWN shja n jgn terkejut if L akn berubah slepas ni n x rpt sperti dlu. sy brckp mlalui persepsi sbgai seorang perempuan...gud luck! =)

    ReplyDelete
  20. @iemaZAIMAH
    sabar mmg boleh sabar, tp perasaan tak tenteram laa..

    @syazwani
    thanks 4 da view..
    mmg aku sgt nk tau dr persepsi wanita camni..thanks again..

    ReplyDelete
  21. pujuk la.pujuk la.pujuk la.msti L tertunggu2 msg o ur call tu!msti la kecik ati.hiks.en.cero kn da bsar,msti la bertindak dlu.misal dapat rasekn,jap lg la ni.bkn berakhir la!hehe

    p/s:cik syazwani tu my bisness partner.misal yg suh bace blog en.cero ni.last2 die lak yg addict nk bace je.huhu

    ReplyDelete
  22. weyh puki, ko jgn nk lebeh2 kat blog awek ak.bodoh pnye org

    ReplyDelete
  23. @Misal Zarith
    owh yek?? wahaha, tak sangka misal siap rekemn lg kt bisnes partner..haha
    thanks btw..

    @koboys
    si hensem yg tak jaga mulut..
    mende yg ko ckap tu ade kt mak ko laa...
    respek boleh??
    wat malu melayu je...
    baru ade awek dh bsar kpala..
    blom kawen lg...ntah pape ntah!!!

    ReplyDelete
  24. ko nak assume apa lagi. mmg dh dia cakap cmtu. ko terima ajelah dengan kedua belah tangan dan hati yg terbuka. keh keh.

    ReplyDelete
  25. hurrmmmmm.....die mgkin terkilan sbb slame ni mgkn die rase cero plg rapat dgn die...die rase cero kwn baik die(setakat ni la)
    lgpon sblm ni kan die kate die x ramai kwn...jdi tok menarik prhatian kwn2 die...die citer sal kero n bg die mgkn sbb nm kero pling interesting so die bgtau k kwn2 die...she just wanna share somethg nice with her friends...n she thinks the nice things is about you...

    dan mgkn die rase cam kero...mula rase lebih drpd seorg kwn...mgkin die nk cero mulakn dulu...x mnis la klu org pompuan bgtau dulu isi hati...skg ni die da bg green light...so cero x brtepuk sblh tgn...hehe3

    klu rase malu nk kol...sms sudeh...minta maaf kat die...mcm cero kate...pompuan makhluk rumit...n die sdg merajuk...so be a gentleman n nice to her...just simply send "i'm sorry" n pujuk die...ajk la mkn ice cream kewh lps tue...@tgk wyg(igt x 1st time kiter jmp kat mn...cewahhh) go bro!!! yeah!!!

    p/s: dh la tue...byk plak aku melalut nih...pe2 hal...gud luck bro! jgn biarkn die ternanti2....hehe3 i know u miss her...wiwiitt!

    ReplyDelete
  26. @oh farah
    sbnrnye, aku tau pompuan suka dipujuk, tp aku pernah jumpa pompuan yg tak suka dipujuk..
    so, aku tak tau dia ni jenis yg mane..

    @Miss Comot
    haha, nice idea...
    but later, you all will know dia ni org yang mcam mane...

    ReplyDelete
  27. @Fatin Aliyya
    thanks...

    @ravishingpeacock
    yeah, betul...kjap je...

    ReplyDelete
  28. haaaa??? camne? jeng3
    ni yg x sbar nk tau nih....cpt la citer...(gedik sggh...ish3)hahahaha3

    k die mengusik cero jew?

    k...die....k...die...

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: