Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jun 28, 2010

Awak Curi Ayat Saya

one-fifty
I'm sorry!!!



Hari sabtu.

Aku berdiri tegak di depan pagar.
Tekan bell, pagar terbuka.
Ada satu kelibat bergerak dari pintu ke pagar.
Itu L...

Dengan mulut muncung dia, dia berdiri depan aku.
Aku berdiri depan dia.
kami berdiri berdepan, tiada kata.

"Saya ingat awak tak datang..." L mula.
"Awak nak belajar moto??
Awak tak pandai lagi tau.."


Tangan kiri dia bergerak, cubit lengan kanan aku.
"Kenapa semalam diam je??"
"Awak pun kenapa diam???"
"sebab awak diam..."
"Mungkin semalam hari diam sedunia kot..."
"Sempat lagi buat lawak..." cubitan L makin kuat...

"Aduh!!!" Serius sakit cubitan dia.
"Awak nak belajar moto tak??"
L pandang dan senyum.
"TAK NAK!! Hari ni kita pergi jalan-jalan."
"Kat mane?? awal pagi ni shopping mall mane bukak lagi.."
"Kita jalan kat taman, saya dah siapkan sandwich.."
Aku terkejut.
"So, awak memang dah agak saya akan datang.."
L senyum sambil pusingkan badan, menuju ke rumah untuk ambil 'bekal' dia.

Aku senyum sendiri.

-----------------------

Di taman tasik...

"Awak marahkan saya??" L tanya..
"Bukan awak ke yang marahkan saya???" aku jawab.
"Saya rasa tindakan saya memang tak patut..."

Aku terdiam sekejap.

"Awak, saya tahu kita memang kawan.
Saya kawan awak, awak kawan saya.
Saya senang dengan itu, saya harap awak pun senang jugak.."

Aku tekun mendengar kata-kata L.

"Dan saya tetap nak jadikan awak kawan saya sampai bila-bila...
Walaupun satu hari nanti awak beristeri, saya bersuami...
Awak ada anak, saya ada anak, kita ada keluarga...
Saya tetap nak awak jadi kawan saya."

L cakap sambil tersenyum.

"Tak kira apa yang berlaku antara kita,
awak tetap kawan saya...
Tapi, saya nak beritahu awak sesuatu..
Awak adalah seorang kawan yang takkan boleh diganti dengan apa-apa pun..
Irreplacable..."


"Pencuri..."
aku bersuara...
L terpaku dengar perkataan aku...

"You said the exact lines that i wanna say...
Awak curi ayat saya..."

Kami ketawa..
Dia tepuk bahu aku, aku pura-pura sakit tapi sebenarnya tak sakit langsung...

------------------------

Aku belajar sesuatu..
Yang penting dalam meminta maaf,
bukan perkataan 'MAAF!'
Tapi erti maaf itu sendiri,
yang selalu orang lupakan..

Yang penting dalam hubungan,
bukan gelaran yang diberikan,
Tapi kekuatan ikatan itu sendiri,
yang selalu orang abaikan..

Yang penting dalam perlakuan,
bukan gerak tubuh yang ditunjukkan,
Tapi tujuan ianya dilakukan,
yang selalu orang pedulikan..

Sampai satu tahap,
bila aku MAMPU dan BERKEMAMPUAN
aku akan lafazkan...

'Kalau sayangkan sesuatu, lepaskan..
Jika ia datang semula, ianya memang untukmu..
Jika tidak, dunia sentiasa terbentang luas untuk mencuba..'

=============================

24) [
link] Ianya Takdir Nama Kami Sama
23) [
link] Umpama Enggang dan Burung Pipit
22) [
link] 'One-Four-Three'
21) [
link] Ahad dan Perasaan Itu
20) [
link] Sabtu dan Gelak Tawa
19) [
link] Jumaat dan Ketiadaan


...lebih dalam
Si Gadis Kasut Converse


18 comments:

  1. heheh gud one lah =)

    utk kali ni, komen aku tak boleh nak pjg hehe...

    ReplyDelete
  2. Kalau sayangkan sesuatu, lepaskan..
    Jika ia datang semula, ianya memang untukmu..
    Jika tidak, dunia sentiasa terbentang luas untuk mencuba..'

    cakap memang senang kan...
    sparuh mati aku rasa kalau nk buat...
    hehehe...
    pada aku,kalau betul sayang,pegang betul2...jaga elok2...buat yg terbaek....

    ReplyDelete
  3. gambar anime ape tu yang last skali?

    -kudozu

    ReplyDelete
  4. kalau gaduh..tak leh lama2..elok maaf memaafkan..cero..aku harap kau bahagia ek..

    ReplyDelete
  5. serius ko nk ckp ayat yg sama?? hahhaa kita panggil tue chemistry kan...

    ReplyDelete
  6. Waahhh.....sweet...tp ala...x kn kwn je kot....
    cero la ni sbut kwn shja hritu...tgk die da sbut sal kwn je....hehehe3
    tp bgus la...interesting ending for a fight... ;)
    sbut sal sandwich ni...lpr la plak...nk ckit...hahahaha3

    ReplyDelete
  7. @Shukjessa
    hehe, thanks!!!

    @WZulhilmi
    Better that what i expected...

    @penconteng jalanan
    mmg susah, aku pon pernah buat..
    kita akan terasa sesal bila yg difikirkan tak menjadi...
    tp, itulah yg dipanggil takdir..
    dan wujud perkataan 'redha'..
    'sayang' is mutual, not idividual..

    @pu3aan
    thank you..

    @Anonymous
    kudozu, aku pon tak tau...
    semua tu hasil google je..
    ahaha

    @2961441131996033275.0
    dear nenek moden,
    actually, baru aku realize,
    kitorg bukan gaduh..cume selisih faham..
    aku ingat dia marah aku, dia ingat aku marah dia..
    lawak plak rasanya..

    @aurikelsan
    ayat memang tak sama...
    tp meaning lebih kurg laa..
    maksud dia, dia nak kitorg kenal lebih rapat lagi..
    sbb kalau dh ada title, akan ade sempadan..
    kalau kawan, kitorg bebas jd diri sndiri..

    @Miss Comot
    hahaha, aku sndri taknak lebih dr kawan lg..
    kalo kawan lebih mesra dan takkan ade ape2 perasaan yg membatas..
    kalo kapel, mula laa cemburu, kongkong, ini takleh itu takleh, kan??

    @LUT
    haha, nah tisu....

    ReplyDelete
  8. sweet as always

    sangat harap kamu berdua ada happy ending

    ReplyDelete
  9. waaaa..akhirnye...rase happy ngalahkan German menang semalam..kehkehkeh..

    ReplyDelete
  10. tumpang happy...
    ^^

    ReplyDelete
  11. @.::WaNiE::.
    thanks...hrap pon begitu jua...

    @tuan tanah
    hahaha, aku pon gembira, walaupun sangat berlainan dr ape yg kalian mahukan...

    @raja dinie
    jgn tumpang, bergembiralah sama...
    kegembiraan milik semua...
    hehehe

    ReplyDelete
  12. mr cero.. sy suka ayat yg last tu.. boleh x sy link kan ke blog sy.. peliss? :)

    ReplyDelete
  13. @6970824286624524836.0
    silakan, cik kukumerah..
    my pleasure..

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License