Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jun 11, 2010

Ahad dan Perasaan Itu

one-three-five
I'm sorry..



Tekan loceng.
DING DONG!!!!

L keluar rumah dan sambut aku kat pagar..
Kali kedua, rumah besar itu menerima kunjungan aku..

"Awak duduk dulu, saya ada hal kat belakang.." L suruh aku duduk kat ruang tamu..
Seketika, Abang W datang sapa..

"Dah sampai dah?? Lama dah ke??"
"Baru je bang.."

Mak Tom datang kepada kami berdua,
"Sarapan dah siap, jemput makan..."

Kami bangun ke arah meja makan..
Ada sambal ikan bilis, telur, ayam goreng,
dan sebekas besar nasi yang panas berasap lagi..
Aku teka, NASI LEMAK..

"Duduk laa, nasi lemak dah siap..." Mak Tom kata..
Aku duduk, bersebelahan Abang W, berdepan dengan L..

"Mak Tom duduk laa sekali,
Abah tak ada, jadi takpe..."
L pelawa Mak Tom..
Nampak hubungan mereka bukan sekadar pekerja dan anak majikan.
Mak Tom pun duduk menyertai..

"Sarapan hari ni 'special' sket...
Sebab hari ni Mak Tom tukang keluarkan pinggan je.."

Abang W berkata sambil cuit bahu aku..
Aku sedikit lembab nak faham..

"Ye laa, hari ni istimewa...
Sebab L yang masak semua..."
Mak Tom sambung kata-kata Abang W..

"YE KE?? WAAHHH!!!"
Serius aku terkejut..
Sangat tak sangka..
"MESTi SEDAP NI...."

L hanya tunduk tersenyum tanpa kata-kata..
Kemudian, kami makan..

---------------


Habis makan, Mak Tom dan L angkat semua pinggan ke dapur.
Walaupun aku nak jugak angkat, tapi dilarang Mak Tom..
"Ini kerja orang perempuan.." katanya..

"This is first time..." Abang W mula..
"Errk?? Apa??" aku tanya.
"Ini kali pertama dia memasak, dan Abang tak tau pun sejak bila dia pandai masak..
Boleh tahan sedap gak sambal tu...
Abang terkejut bila semalam dia kata dia nak masak sarapan kat Mak Tom,
dan larang Mak Tom dari buat apa-apa pun..."

Aku dengar dengan penuh teliti..

----------------

"Kenapa tak duduk lama sikit??" Abang W tanya.
Jam sudah pukul 11, aku minta izin pulang..

"Saya ada hal sikit dengan famili kat rumah..
Maaf ya, Bang..."
aku jawab..

Aku bersalaman dengan Abang W
tunduk hormat pada Mak Tom
dan L iringi aku ke pagar luar rumah..

"Awak..
Lain kali datang laa sarapan lagi..
Saya masak lagi yek.."
L berkata sambil senyum..

"Hahaha, kalau selalu macam ni,
gemuk laa saya..hehehe
Tadi pun dah tambah 3 kali..hahaha!!"


L pun ketawa..
"Lain kali saya masak makanan yang tak berlemak sangat yek..
Janji bukan ketam, kan??"


"Yup, sebab saya alah dengan ketam!!"
"Saya tahu.."

Aku pun keluar, dan berjalan membelakangi L yang berhenti di pagar rumahnya.

Berjalan dalam 7 tapak,
aku pusing badan dan pandang ke arah L.
Dia masih di situ..

"Awak, nasi lemak tu SEDAP!!"
sambil tunjukkan isyarat ibu jari..
Gaya tu aku rasa gaya paling cool pernah aku buat tahun ni..
HAHAHA

L senyum..
Senyuman sama seperti masa aku berjanji pada diri aku dulu..


----------------

Dalam perjalanan aku pulang atas motosikal
aku terfikir..

"Kita dapat rasa keikhlasan pemasak itu dari makanan dia.."
satu
ayat yang pernah aku kata pada L dulu..

Mungkin aku perasan..
Tapi adakah dia masak sebab dia nak tahu rasa keikhlasan hati dia??
Sebab tu dia berusaha belajar masak sedangkan sebelum ni dia tak pernah masak sekali pun??

Kalau itu benar,
aku adalah orang yang amat bahagia...
Namun, jika ianya memang benar
aku rasa aku bakal lalui sesuatu yang payah
sesuatu yang bakal menyakitkan hati seseorang..
Aku tak mahu mencintai, atau dicintai..


=============================
20) [link] Sabtu dan Gelak Tawa
19) [
link] Jumaat dan Ketiadaan
18) [
link] Dua Kali Tersalah Cakap
17) [
link] Di Bawah Pokok, Di Tepi Padang
16) [
link] Sedikit Demi Sedikit
15) [
link] Pertemuan Empat Mata #3: "..dan sebab itu saya berkurung biru"


...lebih dalam
Si Gadis Kasut Converse




25 comments:

  1. wow....sblum ni die xpenah msk...

    xkn mr cero x prasan lg pe mksd L..:)

    ReplyDelete
  2. fuyoh...cayalah..

    nak sambungan..nak sambungan...hehe

    ReplyDelete
  3. petanda baru, bagus utk kesihatan =)

    ReplyDelete
  4. gilosss....sweet shiak L..ahahaha!comeyh2..aku suke..aku puji dye taw ni..ahaha!kau jgn igt aku puji kau lak..

    ReplyDelete
  5. wow!!!!eee...bestnyee...
    sesuatu benda tu,tak semestinya kita nilai melalui wang ringgit..
    tapi,melalui pengorbanan dan kesungguhan lebih menampakkn keikhlasan...err..betul ke ayat aku ni?hehe..maksud aku macam tu la..ko faham tak?hehe..=p

    psst:kalau aku jadi ko..aku pun rasa bertuah...=)

    ReplyDelete
  6. @*dekli*
    dia tak pnah masak, tp masakan dia sedap..hebat, kan??

    @tuan tanah
    nanti kalo ada perkara boleh dikongsi, aku kongsi yek..

    @Shukjessa
    haha, kurang bagus pada aku..

    @iemaZAIMAH
    dia mmg sweet..
    ko pon sweet gak, sbb puji..

    @little cart00n
    itu laa yg aku takutkan..

    @6551086502961528959.0
    dear nenek moden,
    aku rasa mmg diri ni bertuah..
    tp ada something yg tak kena..

    ReplyDelete
  7. best gile, awek masak tu ko.
    isk2

    go on je. sng ssh suka duka biasa la.
    baru la seronok sket idup. single je bosan lah. :|

    ReplyDelete
  8. aku mmg sweet..kau xckp pun xpe...aku dh taw..ahahaA!

    woi woi..aku lemah lembut taw..tp dgn org yg aq suke je lah..aww~

    ahahaha!geli shial statement aku..

    ReplyDelete
  9. @LUT
    haha, i wish it is that simple..

    @iemaZAIMAH
    aku pon geli..
    hahaha

    ReplyDelete
  10. Ko cakap "Aku tak mahu mencintai, atau dicintai.."

    tapi kenapa ko still bagi respon positif dekat dia? Hurmm...

    ReplyDelete
  11. @WZulhilmi
    maksud ko, adakah aku patut perkara yg biarkan dia tak suka aku??
    contoh??

    ReplyDelete
  12. wow~~ terbaek ar tu..

    betul betul betul.. bila memasak dengan kasih sayang lebih terasa kenikmatannya..

    in 1 way, she try to cook for the one she luv.. which i always apply in life.. seronok sangat perasaannya when cooking for the one luved.. tak tergambar dengan kata2..

    beruntung n bertuah kepada yang merasa.. macam abg L cakap la, dia tak penah masak pun before ni, tapi sedap giler.. i can imagine dat.. hehe..

    ReplyDelete
  13. deymmmm!aku dah rasa macam aku baca novel.

    -kudozu

    ReplyDelete
  14. xtau nak komen ape lg arini..hahaha..
    bro..aku rase die mmg dh suke gile ngn ko smpai sggup msk utk ko..hehe..
    tp tu la..apsal plak ko mcm xsuke..?
    n statement ko kat ats tu.."tp ada something yg tak kena.." tu..nape..?

    ReplyDelete
  15. @sweet-luv
    mmg aku rasa diri sgt bertuah..
    seronok sgt bile tau dia mmg masak utk aku..haha

    @Anonymous
    dear kudozu,
    aku amat berharap yg ini hanya novel..

    @pu3aan
    pu3, kalo pu3 kt tmpat aku
    pu3 akan tau knape..
    bkan sbb aku tak suka dia
    suka sgt-sgt..
    tp, skadar suka je tak cukup, kan??

    ReplyDelete
  16. fulamak. smpai tmbh 3 pggn. mesti snyum lebar je dia time tgk ko mkn. hik3. aq stuju ngan wzulhilmi. nape still bg respon yg positif and buat dia mengharap?

    ReplyDelete
  17. weh..ko ni sebenarnyee napa?
    ko sayang dia ke?
    cinta dia ke?
    minat dia ke?
    or..sukakn dia?

    atau...ko masih tercari2 cero?

    ReplyDelete
  18. bertuah bdan ade org sudi masak...:)
    sure ke x mahu mencintai atau dicintai...???

    ReplyDelete
  19. @n.a.n.a
    maksud korg, aku kena respon negatif ke??
    tak pandai laa..

    @1523867082731622169.0
    dear nenek moden,
    ramai giler marah aku sbb statement aku tu ek??
    ok2, nanti aku terangkan..

    @raja dinie
    stakat ni, sgalanya masih samar dlm pandangan aku..
    berat laa ni semua..

    ReplyDelete
  20. hehehe...
    sila gemok..

    ReplyDelete
  21. @KERAK NASI
    sgt nak sebnarnye...

    ReplyDelete
  22. wah. a simple story actually but can make people eager to know what's happen next :)

    ReplyDelete
  23. bila perempuan 2 msak utk laky@kita its mean sumthng n sgt2 istimewa kte pd dia...btw u shouldnt thnk -ve ya bro,look 4ward even pew pn pndangn dunia pd kte tp if kte pasti tntng perkare i2,jaz go on..jgn rendah dri even kte taw kte xlyak,xslah mencuba n walau ape pn kptsn nye kelak kte xkn nyesal coz at least we try 2 do sumthng 4 ourself...good luck cero!!!

    ReplyDelete
  24. ayat last ko tu?? apa maksud dia?? nape ko cakap camtu?? ada kisah di sebaliknye kah?? ataukah... ???

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: