Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jun 8, 2010

tEka-tEki #11 Mari Jadi Sehebat Shinichi Kudō

one-three-two
I'm sorry..


Akhirnya, muncul kembali..
tEka-teki terbaru bertajuk Mari Jadi Sehebat Shinichi Kudō
siapa yang tak kenal siapa Shinichi Kudō
sila tekan di sini..

============

Suatu petang,
Shinichi dapat satu panggilan dari Inspektor Megure
"Kudō, kami perlukan bantuan awak untuk satu kes.."
"saya sedang sibuk dengan satu kes lain, inspektor..
Apa kata inspektor beri keterangan dengan menggunakan henset sahaja.."


"Kalau begitu, baiklah.."



"Mangsa bernama Johan Johari, bujang, dijumpai mati di rumahnya sendiri akibat dipukul objek tumpul di kanan kepalanya."


"Koroner melaporkan mangsa dipercayai mati di tempat mayatnya dijumpai, tersandang jatuh di dinding selepas kuat dipukul ketika berdiri."


"Alatan membunuh merupakan sebuah cenderahati dari Russia dan tidak diketahui fungsinya, dijumpai di dalam tong sampah di luar rumah mangsa dijumpai.. Barang ini mungkin penindih kertas yang digunakan mangsa di rumahnya.. Tiada cap jari dijumpai di alatan ini, mungkin sudah disapu.."


"Hasil siasatan mendapati terdapat 3 jenis cap jari di rumah dan ketiga-tiga mereka bermotif dan tiada bukti alibi ketika waktu kejadian."

"Suspek pertama Ilham Rahman atau dikenali sebagai 'Abon'. Merupakan kenalan lama mangsa. Baru-baru ni dia dipercayai bertengkar besar dengan mangsa akibat dari peristiwa kekasihnya ditiduri mangsa. Seorang eksekutif di sebuah firma guaman."

"Suspek kedua, Hadi Mustaffa, seorang pelumba basikal mewakili negeri. Hadi pernah meminjam wang dari mangsa dalam jumlah yang banyak, dan baru-baru ni mangsa mendesak dia memulangkan pinjaman sehingga mencadangkan agar diberikan isterinya sebagai cagaran.."


"Berapa hutangnya, Inspektor??"
"500 ribu.. Dia juga patah tangan kiri akibat cedera semasa latihan."

"Suspek ketiga, Kamsah Zahari, atau dipanggil Kamelia, seorang bekas pemain tenis dan sudah berhenti bermain dan menjadi model bagi pakaian dalam. Dia sedang mengandungkan anak hasil bersama Johan, namun Johan berkeras tidak mempedulikan dia dan berkata itu anak orang lain..."

"Bersama-sama ini saya sertakan gambar mereka, harap membantu.."



Klik untuk pembesaran mega..


" WOW!! Sangat membantu.." balas Shinichi..

"Baiklah, inspektor..Tangkap __________ dan cuba cari saputangan pada dia..Saya percaya sapu tangan itu ada sedikit kesan darah mangsa, dan dia masih belum buangkannya atas sebab tertentu.."

"Err, ooohh!!
BAIKLAH..Thank you!!"


"Welcome!!"

===================

SOALAN:
Siapa PEMBUNUH??

Klu: Occam's Razor (sangat tak membantu..)

updated:
*Maaf, walaupun cerita pasal Shinichi Kudō, tp nama suspek semua melayu..hahaha
** btw, jawapan akan dikeluarkan pada entri #140 (tak lama, seriously..)


11 comments:

  1. tangkap kamsah zahari..... sebab kecederaan mangsa kat belah kanan, maknanya dia dipukul menggunakan tangan kiri. dua saspek lelaki tu guna tangan kanan, so biasanya tangan kiri agak lemah. kamsah ialah seorang kidal.

    ReplyDelete
  2. salam ziarah anda..
    moga sihat selalu..
    ermmm..citer katun ke ni?
    maaf kurang arif sket..
    he he
    جزاك اللهُ خيراً‎

    ReplyDelete
  3. kamsah zahari out...sb die kidal..so klu nk pukul pn msti sblh kiri kpla mangsa

    antra ilham rahman n hadi mustaffa

    sy fk ilham rahman..sb die merupakan knln lme, n mmg sakit klu sahabat tut...di blkg..n mgunakan tgn knn

    ReplyDelete
  4. dekli, tak mungkin mangsa dipukul dari blakang..... sebab blakang tu terus dinding... laiepun sumer adalah kenalan mangsa.... kalau saspek pukul dari depan, cedera belah kanan, mesti la dia pukul dari tangan kiri... (betoi ka penjelasan aku nie???)

    pendapat aku la....

    so aku tetap nak tangkap pompuan tu.....

    ReplyDelete
  5. Kamsah Zahari pmbunuhnya...
    cz brdasarkn gmbr yg ada n keterangan, hanya dia guna tngan kiri...
    dan kecederaan mangsa di kanan kepalanya...
    :D

    ReplyDelete
  6. pu3 teka kamsah a.k.a kamelia tu jugak..
    sbb kecederaan mangsa tu blah kanan so mesti la org yg pukul die tu gune tgn kiri..n die sorg je kidal..
    lgpun die penah main tenis..so mesti tgn die kuat kn..? walaupun die sorg pompuan..

    ReplyDelete
  7. ntah la.......mr cero cpt bg jwpn......................

    ReplyDelete
  8. Muahahaha *Gelak jahat*

    Pembunuh dia adalah terang-terangan adalah Kamsah Zahari aka Kamelia. Tengok keadaan mangsa mati. Duduk bersandar pada dinding.
    Ini bermakna mangsa sebelum mati berdiri berhadapan dengan pembunuh. Bukan membelakangi pembunuh. So pembunuh mesti lah memukul menggunakan tangan kiri untuk mendapatkan luka dibahagian kanan mangsa.

    Dan hanya kamelia yg tangan kidal antara ketiga2 suspek. Lagi2 pemain tenis. So tangan dia agak kuat untuk menghentak kepala mangsa. So bertepatan dgn profil di atas.

    Dan yang paling penting sekali by using principal Occam's Razor iaitu

    "The simplest answer is usually the correct answer"

    So tak pyh pening2 kepala pikir other kemungkinan yg lain. Si kamelia lah pembunuhnya.. Hihii

    Ini adalah report saya!!(bapak panjang!!!)

    ReplyDelete
  9. Abon

    -kudozu

    ReplyDelete
  10. jwpn die ilham rahman.......aka abon

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License