I'm sorry...
Seorang kawan semasa sekolah menengah dulu pernah bermadah,
"Hidup ini umpama satu teater,
alam ini pentasnya,
kita manusia pelakonnya."
Jika aku pelakon drama bernama kehidupan,
aku berani kata, akulah pelakon terhebat.
Depan keluarga,
aku masih gelak ketawa.
Depan kawan-kawan,
aku masih bergurau senda.
Depan cermin,
aku masih tersenyum memuji diri.
Tapi,
alam hati umpama awan gelap menyelubungi jiwa.
Aku gagah menahan air mata.
Persoalan aku dalam hati,
"Kenapa dia tak menidakkan permintaan Padi?
Adakah dia mempertimbangkannya??"
Hari khamis.
Aku berdiri di hadapan kaunter tiket TGV The Mines.
Ya, di sinilah bermula...
Panggung 4, cerita Percy Jackson and The Lightning Thief.
Siapa sangka orang
Kalaulah aku dapat ingat muka brader yang bagi aku tiket kat kaunter tu,
aku nak berterima kasih sangat-sangat pada dia.
Aku berjalan perlahan naik ke tingkat 4.
Menuju ke sebuah kedai barangan komputer.
Di situlah babak kedua drama itu berlangsung.
Dia menegur aku dahulu, sedangkan aku yang inginkannya.
Itu kali pertama aku pandang senyuman manisnya.
Dan senyuman itulah penyelamat jiwa aku yang tertekan dengan masalah.
Aku kembali turun ke tingkat 3.
Dunkin Donut.
Babak ketiga dan seterusnya.
Kami makin rapat, hari ke hari.
Terima kasih kenangan,
dengannya, hidup aku berwarna-warni.
Aku kemudian naik semula ke tingkat 4,
ke bahagian arked.
Masuk, beli token, dan terus ke dalam bahagian belakang.
Mega Puncher, permainan arked 'tumbuk-dapat-point' kegemaran aku.
Di sini juga pernah berlaku babak bersama L.
Di sini juga aku pernah berselisih pendapat dengan L.
Aku pakai glove yang disediakan.
Ambil jarak, aku hadiahkan penumbuk sekuat hati aku.
Permainan ni sangat bagus.
Dapat lepaskan geram dalam hati keluar dari diri.
SAKIT.
Penumbuk kanan aku sakit.
Aku lupa, Isnin lepas aku ada lepaskan tumbukan ke sebatang tiang elektrik simen.
Tangan kanan aku lebam di hadapan penumbuk sejak dari itu.
Namun aku bersyukur, aku rasa sakit.
Ini bermakna, sakit di hati aku sudah beransur hilang.
Aku terpaksa guna tangan kiri.
Oleh kerana glove peninju tu hanya untuk tangan kanan,
aku menumbuk tanpa memakai glove.
85.
Markah paling rendah pernah aku dapat.
Memang tangan kiri aku kurang hebat.
"Kenapa tak pakai tangan kanan??"
Terdengar suara dari belakang..
Aku berpaling.
Aku terkejut.
Dunia aku berhenti 2 saat.
Suara itu,
ialah L.
L berdiri tegak belakang aku.
Aku berpusing, masih terkejut.
"Awak...
Buat apa kat sini??" aku bertanya.
"The Mines bukan awak punya..." L balas dengan senyuman.
Aku terdiam, masih terkejut.
"Awak tak jawab lagi,
kenapa tak pakai tangan kanan?"
L berkeras nak tahu jawapannya.
"Saje, tangan kiri lemah, nak latih.." alasan busuk dari aku.
"Bukan ke tangan kanan awak sakit sebab tumbuk tiang elektrik hari tu?"
Sekali lagi, aku terkejut.
Mana dia tahu hal tu??
"Mana awak tahu??"
"Saya nampak, dari dalam kereta, awak tumbuk tiang."
"Saje je, nak test power..."
"Awak bodoh..."
"Saya bodoh??"
"YA!! Awak bodoh!! Tumbuk tiang takkan ubah apa-apa."
"Saya tahu..."
Kami terdiam seketika.
Dalam 5 saat.
"Awak tak jawab lagi, kenapa awak di sini??"
"Hari khamis. Bukan ke kita selalu minum petang bersama hari khamis??"
"..dan awak cari saya sampai ke sini?? ke arked ni??"
"Saya tahu awak kat sini.
Sebab tu saya panggil awak Encik Boxer.
Jom laa cepat.
Nani dah lama tunggu kat luar tu.."
Aku senyum.
Dia senyum kembali.
Dan itulah senyuman yang ada dalam benak fikiran aku, tentang dia.
"Sekejap, game ni ada sekali lagi.." kata aku.
"OK!! Habiskan.." L tunjukkan tanda OK dengan jarinya.
Tumbukan tangan kiri, 97.
Rekod terbaik tangan kiri aku.
Lalu, kami pun pergi minum petang.
Saat itu,
walaupun dalam hati aku penuh dengan persoalan,
"Kenapa dia tak menidakkan permintaan Padi?
Adakah dia mempertimbangkannya??"
Tapi aku abaikan dulu..Bak kata Tallahassee dari filem Zombieland
"Enjoy the little things"
------------------------
Kalau sebelum ni kalian yang banyak berkata begini,
tapi kali ni aku sendiri nak kata.
"Macam drama..."
Pertama kali dalam hidup aku,
aku rasa hidup aku macam drama.
Inilah dia, drama bernama KEHIDUPAN.
=============================
32) [link] Tentang Seseorang 3 [Reprise; the untold stories]
31) [link] Tentang Seseorang 2 [The Riff]
30) [link] Tentang Seseorang
29) [link] ..dan Angka itu Hanya Dalam Hati...
28) [link] Aku Lelaki yang Tak Pandai Ikut Kata Hati
27) [link] Now I Know Why...
...lebih dalam Si Gadis Kasut Converse
perrgghhh..sumpah cam drama..
ReplyDeletesebab L bleh tiba2 ade blakang kau...
take care cero.
jangan mengalah k
betul2 x sangka,,,bagus la macam ni,,,(^_^")
ReplyDelete:)
ReplyDeleteadakah kau tanya dia kenapa dia tidak menidakkan Padi?
waaa nak tauu
dah baik ke tgn?
ReplyDeletelife ttp kene trus dude, open ur mind...
ReplyDeletecinta tak semestinya memiliki kan???
arrrggghhhh...gila ahhh..cero..ni drama versi apa????aku lak yg happy..hehehe.. ^__^ happy sgt..
ReplyDeletebetul la cero hidup kita nie macam di pentas teater kan??
ReplyDeleteamcam tangan dah ok ke??
drama ni kalah adamaya..haha terbaek!
ReplyDeletesian tgn ko..
ReplyDeletekalo aku penulis..dh lama aku watkn skrip..pastu tunjuk kat produser mane2..wat drama..
hahahaha..
p/s: sedang mengenjoy the little things jugak..eheh..
xpasal2 aku senyum sorang2 kat lab nih...kau boleh dapat asikrem percuma tahu dari aku..hahaha
ReplyDeletehey!believe in urself bro!
ReplyDeleteselagi ad harapan kau mseh boleh rely on it even it's big as flea :)
mmg macam drama.. penuh dgn kejutan semua.. hahaha :)
ReplyDeletewell, that nice things happened...x sbr nk tau drama seterusnya...hehehe3
ReplyDeletetgn da ltk obt? mak x tny k cmne tgn leh jdi cm2?
L - slalu wat kejutan pd Cero! nice~hehe3 \(^-^)/
alamak..dah miss banyak episode..aku dah x tau padi tu sapa..boleh dload x episode yang aku tinggal tu?..^^
ReplyDeletewah2...romantik giler..ceh!excited lak!
ReplyDeletep/s~dah khatam psl gdis convrse neh:)
bole buat novel!
@lumut
ReplyDeleteaku pon terkejut..
serius macam drama..
aku sndri ckap kat dia, macam drama..
terasa macam pelakon plak..
hahah
@aishah
keadaan kembali tenang, cuma ada persoalan..
@.::WaNiE::.
ada tanya...
nanti aku ceritakan...
@KERAK NASI
sakit bila genggam je, tap wat mende lain OK je...
@Shukjessa
yes, aku setuju...
kuasa cinta dan kuasa pemilikan tidak sejajar...
@7860529322942395810.0
nenek,
kalo wat slot akasia, byk tak org nak tonton??
hahaha
@AngahSayang2314
kalo hidup umpama pentas teater,
maka jalan ceritanya dipanggil takdir..
tangan dah ok sket2..
@LUT
adamaya?? pergh!! mantap..
@pu3aan
selamat mengenjoy the little things gak..
hahaha..
hm, boleh laku ke drama ni??
@hentakbelipat
sila belanja aku drumstick kegemaran aku..hahaha
@iemaZAIMAH
hahaha, aku ada masalah self-esteen dr dulu lg..
susah laa nak buang..
@WZulhilmi
drama yg dramatik...
aku suka hidup aku...
@Miss Comot
tangan tak letak ubat pon..
tak tau ubat ape nak pakai..
hehehe
@theSkycrapper
gilo hape nak donlod??
bace je yg lame2, ade link laa...
(tp idea nak donlod tu pon cam best gak kan?? buat Ebook..)
@echah mashuri
haha, org yg tak pernah habis baca novel mane layak wat novel..
hehehe
=]
ReplyDeleteperkembangan yg baik...
ReplyDeletebagus...:))
wah.. mcm drama kan?? hehe
ReplyDeletetapi hidup memang mcm nie.. penuh dgn kejutan.. ^__^
all the best.. moga bahagia selalu.. ^__^
alahai..klu self esteem rendah,ssh la weyh..ssh nk dpt/buat ape yg kite nk..btw,td aku habiskan satu hari kt the mines..ikut ap yg kau ckp smlm..hehe :D
ReplyDelete@penconteng jalanan
ReplyDeletethanks..
@raja dinie
hehe, thanks...
tp smua baru bermula..
@@ien_R@z
suka bile hidup mcam drama..
tp yg tak bestnya kalo drama terlalu rumit..kan??
@iemaZAIMAH
self esteem aku tgh diperbaiki..
sila beri sokongan..
owh ye, best tak Mines??
Best kan???
aq tgh menyokong lh ni..huhuhuhu..
ReplyDeletemines best jgk lh..byk duit aq abes smlm..
tppppppppp...kenapa atm maybank xde!!!!kad bank aq dh lh xleh cucuk kt atm lain..sampah!sampah!sampah! :(