Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jul 29, 2010

Tentang Seseorang 3 [Reprise; the untold stories]

one-seven-two
I'm sorry...



Ke hadapan pembaca yang disayangi,

Merujuk kepada peristiwa yang sudah aku ceritakan dalam siri bersambungan
Si Gadis Kasut Converse,
tentu ramai yang mempersoalkan
"Kenapa cEro tak luahkan perasaan dari awal,
kalau luahkannya, kan dah selesai segala masalah?"


Sila baca luahan hati seorang lelaki bernama cEro.


Walaupun berstatus bujang dan tidak dalam hubungan,
sehingga kini, terdapat 3 (tiga) hubungan serius yang pernah dijalani cEro.
Dan ketiga-tiganya dilabel 'GAGAL' dalam fail arkib memori cEro.

Yang pertama akibat kurangnya penerimaan.
Walaupun cEro seorang lelaki,
tetapi pasangan cEro meminta agar cEro diubah dari gaya pemakaian,
cara pertuturan, stail rambut, hinggalah ke personaliti.
Dengan kata lain, pasangan cEro berniat mahu ubah keseluruhan tentang cEro,
sedangkan apa yang ada pada cEro adalah dirinya.
Maka, hubungan itu GAGAL.

Yang kedua, akibat perbezaan usia.
Kali ini, pasangan cEro sedikit berusia dari dirinya.
Walaupun cEro tidak mempertikaikannya,
tetapi ianya dianggap satu 'taboo' bagi segelintir masyarakat.
Dengan menganggap perempuan patut mencari pasangan yang lebih berusia dari dia,
cEro ditolak oleh keluarga pasangan tanpa mempertimbangkan tentang kematangan dan kebertanggungjawaban.
Maka, juga, hubungan itu GAGAL.

Yang ketiga, akibat darjat keturunan.
Tahukah kalian, terdapat juga golongan yang pandang pada nama.
Pada mereka, hanya kerana nama mereka 'berketurunan',
maka segala yang bernama selain dari 'keturunan' mereka
dianggap tidak sekufu dan dipandang hina.
Maka, darjat cEro dipersoalkan
dipandang seolah-olah sehelai tisu mengelap punggung.
Natijah, juga, GAGAL.

Sejak dari episod bersiri perit itu,
cEro meletakkan 3 (tiga) kriteria utama dalam mencari pasangan:

  1. Menerima segalanya tentangnya seadanya.

  2. Tiada isu perbezaan usia dan kebertanggungjawaban.

  3. Tiada isu darjat, nama dan kedudukan.


Maka, setiap yang terberkenan di akal
dinilai dari 3 perspektif itu sedalam-dalamnya.






L,
seorang gadis yang menarik hati.
Sehingga sekarang, cEro mengakui dia suka akan L.
Tetapi, tidak pernah dia katakan itu cinta.
Dan semua sedia maklum, 'suka' bukan 'cinta'.
Ianya terlalu berbeza,
seperti susunan atom karbon dalam grafit
dengan susunan atom karbon dalam berlian.

Seperti gadis-gadis lain,
L juga dinilai sedalamnya dalam tiga perspektif di atas:

  1. Setakat ini, L menerima cEro seadanya dengan penerimaan gaya hidupnya yang rendah, bermotosikal, sikap acuh tak acuh cEro, perangai buruk cEro seperti tidak suka personalitinya dipertikai.
    Maka, kriteria pertama
    LULUS.

  2. L lebih muda dari cEro, maka L tidak pernah mempersoalkan kebertanggungjawaban cEro.
    Kriteria kedua LULUS.

  3. Keluarga L dari golongan berada.
    cEro pula dari golongan kebanyakan.
    Perbezaannya bukan sejemput,
    tetapi umpama beza bulu roma dengan cemeti penglibas singa di sarkas.
    Kriteria ketiga
    MASIH DALAM PEMERHATIAN.


Jika kalian kata cEro
FOBIA dengan CINTA kerana pengalaman lampau.
Kalian betul, cEro FOBIA.
cEro beranggapan dia tak mampu lagi tanggung apa jenis kekecewaan dari kegagalan hubungan.
cEro
SERIK.

Jika kalian kata cEro
mengalami
INFERIORITY COMPLEX.
Kalian betul, cEro mengakuinya.
Jangan siapa sangkal wang ringgit tak bermakna dalam cinta.
Kita semua tahu, perbezaan status kewangan, taraf hidup dan beza taraf ekonomi memainkan peranan dalam hubungan.
"Kita tak boleh beri anak bini makan dengan CINTA"
adalah ungkapan yang sangat BETUL.



Itulah sebabnya cEro berkeputusan mahu 'hanya kawan' dengan L.
Sehinggalah dia jadi seseroang yang mampu menjaga diri dan orang kesayangan.
Sehingga saat itu, bagi cEro, tiada perkataan
CINTA.

Kalian mungkin fikir cEro terlalu banyak berfikir.
Tetapi pada cEro, dia takkan bercinta untuk tiada apa-apa.
Dia bercinta untuk kahwin.

Apa yang cEro perlu buat adalah
percaya bahawa JODOH TENTUAN TUHAN
dan takkan berkata CINTA jika dia tak mampu.

Jadi, untuk persoalan
"Kenapa cEro tak luahkan perasaan dari awal,
kalau luahkannya, kan dah selesai segala masalah?"

Jawapannya,
"Luahkan perasaan bukan semudah ungkapan tiga perkataan itu."



=============================
31) [
link] Tentang Seseorang 2 [The Riff]
30) [
link] Tentang Seseorang
29) [
link] ..dan Angka itu Hanya Dalam Hati...
28) [
link] Aku Lelaki yang Tak Pandai Ikut Kata Hati
27) [
link] Now I Know Why...
26) [
link] Kertas, Pen, Penumbuk dan Kenangan
25) [
link] Awak Curi Ayat Saya
24) [
link] Ianya Takdir Nama Kami Sama



...lebih dalam
Si Gadis Kasut Converse


19 comments:

  1. Yup...i'm strongly and totally agree with u...

    CINTA bkn prkara yg blh dimain2kn...trslap lgkh boleh trgadai maruah dan hlg pendirian diri...pglmn yg llu mgjar Cero lbih mtang akn tntg CINTA...CINTA klu blh smp k sbuah perkhwinan n akhir hyt...hope yg k-3 pon LULUS....hehe3 n GAGAL x bererti GIVE UP n THE END kan(GAGAL slmanya)...klu x brhnti BERUSAHA keGAGALan itu mgkin mmbuahkn hsil yg BERJAYA...well gud luck bro~

    nothing more that i can say...if L is really for u bro...she'll be yours no matter what...JODOH TENTUAN TUHAN... =)

    p/s: bru prasan...entry kli ni berkait sgt pnjg n cero post 3 hri berturut2 kn? n cero rjin tkr background blog....kui3

    ReplyDelete
  2. walaupun aku suke kutuk kau sbb lambat sgt...tapi betul bro..aku pun payah kot nak luah meluah ni...berat beb

    ReplyDelete
  3. la cero kenapa bole jadi macam nie???
    tapi kena ingat jodoh,pertemuan akal maut di tangan tuhan hanya kita merancang tuhan menentukan betul tak???

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. kalaupun L atau keluarga L xdapat terima kau sebab masalah2 diatas..
    at least hati kau tenang sebab tanggungjawab kau terhadap hati kau dah lepas..

    xkesian ke kat hati tu yang asyik fikir "what if aku tak beritahu dia.." or "what if dia tak dapat terima aku.."

    Terima atau tidak letak NO 2..
    yang penting kau tunjukkan usaha kau untuk orang yang suka..

    ReplyDelete
  6. ye btol...

    aku setuju ngan ko..

    mmg tak mudah..

    kdg2 tak perlu ucap..seseorang itu akan faham dari tingkah laku kita..

    ReplyDelete
  7. aku stuju ngan ch@ ch@...

    papepun be positif bro....

    ReplyDelete
  8. kalo jodoh xkemana..

    gud luck bro, kalo lah ditakdirkan ko kawen ngan L, jgn lupe invite aku ye :P

    ReplyDelete
  9. stuju ngn ch@ ch@..

    skrg ni bukan kami nk ko mengucapkan 3 perkataan keramat tu..
    tp kami cuma xnak ko melindungi perasaan ko tu dr L..btul ckp ch@ ch@..xkesian ke kat hati ko?..
    cuma bgtau yg ko pndg die lebih dr sekadar kawan..dan bitau yg ko ade sebab tertentu utk tidak menjadikan die lebih dr kawan..
    at least ko sng hati n die pun tau hati ko camne..

    mungkin ko dah terlalu byk fikir..tp kami pun byk fikir jugak utk ko..
    kalo x aku rase comment box ni xpenuh ngn nama2 kami..eheheh..

    p/s: aku doakn segala yg terbaik utk ko..

    ReplyDelete
  10. lama x baca update miss L..bagus lah tu mr L, aku harap tiga2 tu pas ya..moga2 beroleh kebahagiaan..^^

    ReplyDelete
  11. la la la la

    pada aku la,

    ianya terpulang pada ko bila ko nak luahkan perasaan tu, suka atau tidak benda ni memang akan kene luahkan juga.

    be positive mcm kwn2 lain sebut. kalau ko luah pun hidup kene terus, takkan mati nye kalo luah perasaan dekat seseorang.

    untung sabut timbul untung batu tenggelam.

    Kalau dia sukakan ko juga, dia akn terima. Dan kalo dia jodoh ko, berpisah cane pun pasti bertemu jua.

    tapi satu nasihat aku, jgn terlalu lambat atau terlalu cepat meluahkan, be in the middle, ko akan tau bila masanya. terlalu cepat nampak gopoh sangat, aku pernah di sini. terlalu lambat, ko akan kehilangannya, namun kalau jodoh akan bertemu cuma derita lah sikit untuk ko atau both of you.

    perempuan ni dia ada sixth sense yg sgt bagus, so diorg cepat tangkap kalo seseorang lelaki sukakannya. lelaki lak, ade yg ade, ade yg tak, yang penting fahami body language dan setiap bait kata dia.

    akhir kata:

    TAK RUGI MENCUBA BEB~! WHAT TO LOSE? Dia terima, jadi kekasih, dia tak terima jadi kawan, ianya tak sepedih menanggung perasaan =)

    ReplyDelete
  12. saya sokong komen diatas!

    cuba weyh!cuba!yg penting usaha :D

    aku xckup pengalaman nk bg ayat2 power2 mcm mereka..te he he he :D

    ReplyDelete
  13. xtahu nk kate ape...
    cuma plez be strong...
    prcaya pada jodoh...
    and gud luck cEro...

    ReplyDelete
  14. then I have nothing to say.

    -kudozu

    ReplyDelete
  15. hmm..susah kan sebenarnya..
    kalau pernah ada kisah yg lepas..agak sukar untuk kali ini..hmm..tapi..keputusan semua kat tangan kau cero..

    ReplyDelete
  16. tersentuh aku bace luahan kau ni..

    aku tau rase nye cane.. hmm..
    sbb tu aku kawan je ngn semua..

    More than friends, less than lovers.

    ReplyDelete
  17. kepada semua kawan dan teman,
    terima kasih untuk sokongan kalian..

    percayalah, aku OK je..
    i can manage...
    ini hanyalah satu pusingan dalam hidup aku...
    semua org juga...

    btw, THANKS!!!

    ReplyDelete
  18. yes..walaupun cinta x boleh bg mkn pada anak bini...
    tapiCINTA boleh beri kekuatan untuk kite terus berusaha memberi..cinta boleh jadikan kite lebih bertanggungjawab, cinta boleh jadikan kite manusia yang lebih baik dari semalam..sekian..:)

    ReplyDelete
  19. yes..walaupun cinta x boleh bg mkn pada anak bini...
    tapiCINTA boleh beri kekuatan untuk kite terus berusaha memberi..cinta boleh jadikan kite lebih bertanggungjawab, cinta boleh jadikan kite manusia yang lebih baik dari semalam..sekian..:)

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License