Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jul 9, 2010

Now I Know Why...

one-five-eight
I'm sorry...



Aku berdiri di tepi eskalator itu
dan terus menunggu...

Itu dia, dari jauh aku nampak dia..
Berbaju merah, berseluar jean..
Gaya jalan, lengguk badan, semua aku dah hafal..
Dialah L...

Semalam dia kata nak jumpa kejap pun jadi..
So, aku cadangkan kami minum petang bersama..
Dan hari ni, itu dia...
Dengan senyuman yang manis,
tangannya melambai ke arah aku keriangan...
Aku, pura-pura 'cool' dengan hanya senyum kembali..
Sedangkan hati mahu melompat keriangan..

..dan L bukan seorang..
Ada Nani, kawan satu tempat belajar L..
Ingat Nani?? Dari entri
Ianya Takdir Nama Kami Sama.

"Saya tumpang Nani ke sini..
Balik nanti saya panggil Pak Harun"

Ya, Pak Harun adalah driver bagi L.
Ya, L anak orang kaya.

Dipendekkan cerita,
kami bertiga lepak minum petang di sebuah kopitiam.
Ya, kopitiam sama dengan entri
#148..

"Hari tu Abang bawak pergi Melaka,
so saya ada beli awak satu benda..."

L mengeluarkan sesuatu dari begnya.


Satu keychain.
Berbentuk seperti sarung tangan peninju.

"L ada beli untuk kami jugak,
tapi yang kau punya special..
Yang kami punya just keychain kayu tulis Malacca bla..bla..bla.."

Nani bersuara, seperti memerli tapi nada bergurau.

"Alaa, Nani..Kau tak suka ke??" L tanya.
"Suka laa sayang!! Tapi kenapa dia lain?"
"Sebab masa aku nampak keychain tu, aku terus teringat kat dia.."
'Dia' merujuk kepada aku, sedangkan aku tengah berada depan diorang yang tengah berbalah ni..

"Kenapa tengok keychain ni teringat saya??" aku tanya.
"Sebab, saya teringat kat awak masa awak main mesin tumbuk-tumbuk kat arked hari tu..." (sila ke entri
#129)
"EH?? Boleh pulak!!" aku pelik.
Nani dan L senyum.

------------------------------------

Cerita panjang dipendekkan,
Habis kami minum, L dapat panggilan dari Pak Harun
menandakan masa untuk L balik.
Oleh kerana L dah nak balik,
jadi Nani pun nak balik.
"Takkan kau nak aku duduk berdua je dengan mamat ni.."
kata Nani kepada L.
'Mamat' dia panggil aku??
CIS!!

Setelah melambai kepada L dan dia lenyap dari pandangan,
aku pun bergerak ke parking moto..

Dengan terkejutnya,
Nani tunggu aku di parking moto.



"Nasib baik betul, aku ingat kau parking kat tempat lain tadi.."
"Ingat kau dah balik dah?" aku bingung kenapa perlu dia tunggu aku.

Suasana sunyi seketika.

"Aku nak mintak maaf.." Nani mula bicara.
"Kenapa??"
"Sebab soalan aku dulu, buat kau dan L bergaduh.."
"Hm..Oh! Soalan tu..." (sila rujuk entri
#148)
"Maafkan aku, aku tahu sejak dari tu, kau dan L dah declare sebagai kawan je,kan??"
"Mana kau tahu ni??"
"L cerita kat aku, semuanya.."
"...dan kau rasa kau bersalah??"
"Ya! Maafkan aku.."

Suasana kembali sunyi..

"Aku memang tak biasa dengan keadaan orang mintak maaf kat aku..
In the other hand, aku patut berterima kasih dengan kau."

"Kenapa pulak??" Nani bingung.
"Sebabkan soalan itu, aku dapat buat satu keputusan.
Kami kawan, tapi bukan bermakna kami tiada peluang, kan??"


Nani diam..
Aku pulak bingung...

"Now I know why..."
dia ucapkan itu, dan pergi...

Aku semakin bingung...
Kenapa dia respon macam tu??
'Now I Know why..' WHAT??

=============================
26) [
link] Kertas, Pen, Penumbuk dan Kenangan
25) [
link] Awak Curi Ayat Saya
24) [
link] Ianya Takdir Nama Kami Sama
23) [
link] Umpama Enggang dan Burung Pipit
22) [
link] 'One-Four-Three'
21) [
link] Ahad dan Perasaan Itu


...lebih dalam
Si Gadis Kasut Converse

sila 'like', hahaha!!


16 comments:

  1. hehehehe kalau tanya angah...angah pun tak paham hehehe

    ReplyDelete
  2. Aku cuba paham ni

    banyak sangat maksud tu

    tuan punye badan jelah yg tau apa dia maksudkan

    ReplyDelete
  3. kira kau nk ckp kau hot la nih...digilai ramai..hahahaha

    ReplyDelete
  4. pelik!

    ok..tu je aku nk ckp..

    ReplyDelete
  5. @AngahSayang2314
    tak tahu ape yg dia fikir...

    @.::WaNiE::.
    len kali kalo jumpa dia lg, aku nk tanye ape maksud dia..

    @hentakbelipat
    tak!! ayat dia bukan affection, tp lebih kepada confirmation..
    if u know what i meant

    @iemaZAIMAH
    pelik!!

    ReplyDelete
  6. mmg byk maksud..
    tp mungkin jugak maksud die "sekarang die tau nape L suka kawan ngn ko"
    ade la kot kesimpulan yg die pikirkan tu..

    entah la..

    ReplyDelete
  7. tell me whyyyy aint nothing but a heart ache.

    hehe ala wat2 tak kisah je. just go with the flow brah~~

    ReplyDelete
  8. "now i know why"
    apekah...????
    =.='

    ReplyDelete
  9. kompius la.. why now i know why?? huahua T_T

    ReplyDelete
  10. Miss Comot

    "now i know why?"
    hurrmmm...bunyi cam mksd trsirat tuh....mesti die tahu something...L citer pe2 kew...hehe3

    sok blaja motor...tny la L...hehe3

    ReplyDelete
  11. @pu3aan
    mgkin gak...mende ni sgt mengganggu fikiran aku..
    siot tul..

    @Shukjessa
    cuba nk wat tak kesah, tp asyik terfikir je..
    pandai dia psiko aku, tensen...

    @raja dinie
    itulah!!
    tak faham ape dia maksudkan..

    @Anonymous
    dear miss comot,
    hehehe, tau pon blajar moto...
    hahaha, dh hafal jadual ek??

    @yayahidayah
    konflik ek??
    best ayat tu...

    ReplyDelete
  12. ngeng! ngeng!ayat tersirat lah yg apling gua benci

    (tmbh komen ,wink2)

    ReplyDelete
  13. alamak...terkantoi....hehe3

    ReplyDelete
  14. aku tak bape suka ar persoalan..t mesti aku nak tny..adeh..

    ReplyDelete
  15. @sweet-luv
    tu laa...tak paham smpai skrang...

    @785192814759723364.0
    iemaZAIMAH
    aku pon...kalo paham takpe gak...

    @8006340149170673343.0
    Miss Comot
    hahahaa, takpe...

    @4942647439448349467.0
    nenek moden,
    aku pon nk tanye..tp dh tak ade kesempatan nk jumpa nani tu..adus...

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License