Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Apr 23, 2010

Kerana Permintaan itu Ditolak, Aku Semakin Berminat Dengan Dia

this is second after hundred,
I'm sorry!!



Satu SMS berbunyi,
"Pkul 6 ni L ikut abg pegi Mines..
Abg ada nk beli brg ape tah..
L saje nk ikut..
Jom minum2, nak?"


OK, dia ajak jumpa, aku kurang sedia..
Tapi, difikir-fikir balik, ape yang perlu aku sediakan, kan??



Dunkin Donuts the Mines tempatnya,
aku sampai agak lewat, 6.15 pm,
sebab singgah isi minyak jap tadi..
Sampai di
DD, aku dah nmpak si dia..
Duduk mengadap ke dalam dengan kelibat seorang lelaki di sebelah.
Lelaki kacak yang sama aku nampak dalam entri
#95..

"HAI!!" si dia tegur.
Aku senyum dan hai kembali..
Si Abang bangun dari kerusi dan bersalaman.
"Saya W***."
"Saya L***."
Si Abang W tersenyum.

"See. I told u nama kitorang sama..
Abang tak percaya nama awak cam pompuan.."

Aku tergelak kecil mengiringi senyuman lebar Abang W.

"Okay laa, korang minum dulu.
Abang pergi beli barang jap yek!!"

Abang W hilang dari pandangan mata.

Selepas order set, aku duduk.
Tabiat buruk aku bila jumpa orang adalah aku akan analisa orang itu setiap inci.
Berseluar jean, kasut perempuan yang dipanggil wedges or something,
pakai shirt dengan perkataan hapetah tertulis dekat tempat yang aku taknak tengok!
Rambut disepit, disisir rapi.
Ada kesan timbul di jari hantu tangan kiri menunjukkan dia pengguna tangan kiri.
Sama ada hobinya menulis, atau dia banyak menggunakan gunting.
Satu-satunya warna yang ada pada dia selepas 3 kali berjumpa adalah HIJAU.
Dan aku rasa dia suka warna hijau sebab casing henpon yang dia letak atas meja warna hijau.
Namun, bau harum dia tetap sama.
HENTIKAN!! Tak boleh bau banyak-banyak!!
Baiklah, sesi analisa tamat.

"Ari tu awak tanya psal blogging, awak blogging ke??"
Alamak, dia tanya camtu plak..
Apa patut aku jawab?? Tipu ke tak tipu??
"Alaa, saje tanya..Kebanyakan pompuan kan suka blogging.."
YES!!! Dapat beri jawapan dengan tidak menjawab soalan..
Aku memang hebat!!



"Awak nak tahu, tadi saya datang dengan abang.
Hujan kat tempat saya...
Nampak orang bawak moto, kesian saya tengok..
Basah!!
Awak bawak moto kan??"

"Ha'ah..Tapi kat tempat saya tak hujan.." aku jawab!
"Saya macam suka nak bawak moto,
macam best je dapat angin, kan??"


Kebanyakan perempuan lebih suka lelaki yang berkereta dari bermotosikal.
Alasannya keselamatan,
sedangkan faktor sebenar ialah orang berkereta lebih nampak meyakinkan dari segi kewangan.

"Apa kata lain kali awak ajar saya bawak moto.." dia bercakap sambil senyum.
Uhhh!!!
Kalau aku ais di kutub utara, dah lama aku cair,
bukan sebab pemanasan global, tapi sebab kemanisan senyuman tu.
Walau macam mana pun aku terkejut dengan permintaan dia.

"Awak serius??"
"Mesti laa.."
"Famili awak tak marah ke??"
"Hmm, tak tahu lagi..Sebab kitorang tak pernah terpikir pon nak ada moto.
Semua bawak krete je..."
AMEK KO..
Dari ayat dia, aku tahu dia bukan orang biasa.
Famili dia kaya rasanya.
Beg tangan yang dia bawak, walaupun nampak kasual, tp aku nampak logo bulat-bulat yang aku tahu tu logo jenama mahal..
Tapi aku tak tahu apa namanya ntah..

"Awak mintak kebenaran dulu dengan famili,
kalau dibenarkan, saya ajar awak bawak moto.."

"Yeeahh!!! Baguss!!"
Kali ni dia ketawa riang.
Adus, habis laa kutub utara lapang jadi padang jarak.


Lama kami berbual,
walaupun dia lebih banyak berkata-kata,
aku lebih banyak mendengar.
Bagiku ianya seolah-olah irama indah yang menenangkan perasaan.
Kalau aku ada alat kawalan jauh yang ada dalam filem Click,
aku nak 'slow motion'kan saat ketika ini supaya aku dapat nikmati setiap irama indahnya.

Abang W kelihatan dari jauh,
membimbit barang dalam plastik yang banyak.
Juga, itulah tanda bahawa terapi indah ini bakal berakhir.

"Rancak berbual?" Abang W menegur.
"Hahaha, dia ni lawak laa bang.
Ada dia boleh kata filem Kick Ass kalau translate BM jadi Tendang Punggung!!"

Si dia tak habis gelak lagi..

Sudah tiba saat masing-masing pulang.
Aku bersalaman dengan Abang W,
senyum dengan L..

Sebelum pulang, aku berkata,
"Awak, boleh mintak tolong sket??".
"Apa dia?? Cakaplah.."
"Boleh tak kita jangan ber'saya-awak', kita ber'aku-kau' je laa, OK??"

Dia terdiam.
Muka tiada perasaan.

"Hm, kalau awak nak ber'aku-kau' dengan saya, saya tak kesah.
Tapi saya tetap nak ber'saya-awak' dengan awak..
Sebab saya saya, awak awak!!"


Penangan hebat ke atas jantung aku.
Kalau kalian nak tahu,
permintaan itu aku sarankan kat semua perempuan yang aku label kawan.
Dan 100% dari mereka bersetuju dan ber'aku-kau' dengan aku..
Tapi, inilah kali pertama,
permintaan aku itu ditolak bulat-bulat..

Dan hanya kerana dia menolak permintaan itu,
aku semakin berminat dengan dia..
Kerana dia sangat lain dari perempuan yang pernah aku jumpa.



Backlink
1) ..Encik Penjual Tiket Wayang sebagai Mr MatchMaker [
link]
2) Dilema Awekku Blogger Terkenal! [
link]
3) Andaikata Mata Aku Mampu Merakam, Aku Mahu Capture Senyumannya dan Printkan Sebesar Poster [
link]
4) Aku Tahu, Sepatutnya Aku yang Mulakan. Tapi BAGAIMANA? [
link]
5) Selepas seminggu, tanya soalan tu je?? [
link]




37 comments:

  1. keh keh keh ape la nasib, aku tibe2 nak jenguk blog tengok ko dah post baru, heheh well gud one la tu.

    at least skang ko dah tau die jenis cane, and ape yg die selesa dgn care ko, so ble trus je la.

    ooo kidal keh keh keh, mcm aku lak tapi aku bukan awek haha

    mtk ajar bwk moto? hmmm mcm penah dengar story nih...

    la la lala ok la tu lily, die selesa begitu

    wah wah wah makin hot la blog ko pasni kehkehkeh~~

    gud luck bro~~!

    ReplyDelete
  2. aku jeles plak...hehe..

    weehhh...tmpt yg ko xnk tgok..blah! hahahaha...

    gud luck sahabat ku cero..

    :)

    ko mmg penganalisis yg hebat!

    ReplyDelete
  3. yes....
    entry pasal gadis brkasut converse...tp kali ni pakai wedges la plak...hihi...

    kamu tahu x....
    sudah terang lagi bersuluh spotlight yg gadis 2 ada ati kt kamu...brtuah btol la...

    story ni mcm leh wt novel jek...hihihi
    jeles pn ada cz kamu 2org sngt sweet...hahaha
    gud luck cEro~~~

    p/s: akan tggu episod sterusnya ttg gadis brkasut converse ni...;)

    ReplyDelete
  4. mak oi!!!!!!!!!!!sweet as hell!eh2...silap2...as candy..hak3!

    cayalah mafia!gudluck lah bro!

    happy ending for u =)

    ReplyDelete
  5. wahai teman,
    sblom pape, jom kita ingat kembali kata2 bapak letto dlm Semerah Cinta Stileto..
    "Ko kena tgk, apa baju dia pakai, apa baju ko pakai.."

    -ms cuatro-

    ReplyDelete
  6. comment reply

    @shukjessa
    aku ade pengalaman dgn org kidal ni, harap tak sama laa kali ni..hehehe

    @KERAK NASI
    mmg tak tgk laa tmpat tu..
    kalo pompuan lain lame dh bace tulisan kt baju tu..
    tp dia, tak nak laa..

    @raja dinie
    no no no..
    slagi takde kata pape, sglanya cuma satu spekulasi..
    taknak kata kita ni perasan plak nanti..hehehe
    Thanks dinie..

    @iema_z
    tang mane tu sweet??
    haha, neves penuh setiap penjuru ade ler..

    @ms cuatro
    Hmmm, sgt menusuk kalbu..
    yup!! seblom pape, baik sedar diri kan??

    ===============

    Baru 3 kali jumpa, tak boleh wat ape2 konklusi lagi..
    Pada aku, baik jadi kawan dulu..

    ReplyDelete
  7. ngahahhahhahh

    cume satu!

    hati2..ade lelaki pakai kete org lain utk orat aweks!

    ngahhahahha

    ReplyDelete
  8. sweet aa cero...
    kamu menyebabkan sis nak baca backlink yang kamu bagi :)

    ReplyDelete
  9. cEro trbaik! I wonder what sort of man r u.. Cam sweet je.. -hanis

    ReplyDelete
  10. comment reply

    @DaHLia
    thanks kak DaHLia,
    bace laa selalu yek!!

    @hanis
    alaa, biase je..
    mcam org biasa yg biasa-biasa je..

    ReplyDelete
  11. liar sungguh mata kau.haha

    neway..
    teruskan usaha anda, moga tercapai!

    ReplyDelete
  12. comment reply

    @m i r a f i q a
    thanks fren..
    novel lg dramatik kot..

    @nasikputeh
    mata liar tp masih dpt kontrol dr tgk mende yg tak spatutnya..
    hehe

    ReplyDelete
  13. aku ske quote cuatro ...
    tp jgn fikir bnyak sangat
    dia bg aku "berpendirian"
    kau kau aku aku saya saya awak awak
    pe de hal kan? hahhaha


    ((sila lah meliarkan mata lagi. terbaikk arrr ... hahaha))


    >>___<<

    ReplyDelete
  14. selamat mengayat hahaha =)

    ReplyDelete
  15. i realy love where this is heading to!!! awwww..!!!

    ReplyDelete
  16. comments reply

    @Frodo Baggins
    cuatro tu kawan aku, mmg dia slalu tukang nasihat aku..haha
    tp, mata aku ttp akan jaga utk si dia, kalo org len, takpe!!
    Hahaha (perv..!!)

    @Fia Abas
    Hahaha, ayat tu yg penting utk mengayat..hehe

    @oh farah
    hopefully it's heading to a well-good end!
    thanks!!

    ReplyDelete
  17. yes. sgt mharap. dia mcm sgt cool la!

    ReplyDelete
  18. @oh farah

    dlm mata aku, dia sgt cool..
    beza dr pompuan yg tersipu2 sana sini, dia sgt terus terang n lantang..
    perbezaan itu laa yg buatkan dia menarik..

    ReplyDelete
  19. yup. aku baca pn rasa mcm.... mcm nak tackle awek ni. plz! plz! plz! hehe

    ReplyDelete
  20. @oh farah

    hahaha, takleh laa..
    ko tekel, aku nk amik ceruk mane plak??
    hahahaha

    ReplyDelete
  21. haha. ko cm berbakat je nak cari awek cmni

    ReplyDelete
  22. @oh farah

    hahaha, itu satu pujian ek??
    thanks!!!

    ReplyDelete
  23. @litte cart00n

    two thank you!! :)

    ReplyDelete
  24. sweet nyer T_T
    bile la aku nak ada moment camni wuuu..

    gudluck bro, dah nampak da tuh. da nampak dah..

    xD

    ReplyDelete
  25. @LUT
    alaa, adenye rezeki ko..
    mgkin dlm cara yg lain kan??
    papehal, thanks!!

    dah nampak ek?? hehehe

    ReplyDelete
  26. aiyak.yeke sume stuju "kau - aku"

    ReplyDelete
  27. comment reply

    @Anon

    hm, do i know u??

    ReplyDelete
  28. haha!jangan2 anony tu gurl tu,,baru ko taw!xD

    gud luck oke with that girl.seyes tak sabar nak tahu ending xD

    ReplyDelete
  29. comments reply:

    @.::tAk AdE pErAsaaN
    sgt hebat sampai aku terkedu sbntar..
    hahaha

    @e~car182
    jgn laa camtu, wat aku risau je..

    btw, thanks..jom doakan yg terbaEk saje!!

    ReplyDelete
  30. @✿nenek moden✿
    unik camne tu??
    hm...

    ReplyDelete
  31. ntah..dari cara ko layan dia..
    cara ko nak tackle dia..
    dari cara penceritaan ko yg ko nak cerita dekat kitaorg..
    ko guna lukisan pun da bleh faham macam mana keadaan ko..
    and one more thing..
    cara kau berfikir utk selesai mslh..
    aku judge base kepada cite ko..
    bukan cite ko sepak side mirror org ye..hehehehhe

    ReplyDelete
  32. @✿nenek moden✿
    hahaha, aku anggap ianya satu pujian...
    kan??
    thanks!!

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: