Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Apr 26, 2010

tEka-tEki #10 Dalam banyak-banyak...

one-o-third..
I'm sorry!!



tEka-tEki dah sampai bilangan ke #10..
Dalam merai kesepuluhan ini, aku beri tEka-tEki yang sangat senang.


Pernah main tEka-tEki yang mula dengan "Dalam banyak-banyak.."??
Selalunya jawapannya tak logik dan diikuti dengan sebab yang kelakar.
Aku selalu main, dlm bas masa nak gi berkhemah masa sekolah dulu,
dalam kelas masa cikgu tak ada, masa rehat takde duit nak gi kantin..
Hahaha!!

Ok,
sekarang aku berikan tEka-tEki bertajuk 'Dalam banyak-banyak'..
Sangat mudah, silalah jawab..
Owh ye, takde logik perlu diaplikasikan di sini.
Jawapan tak semestinya satu, mungkin 18..
Hehehehe..

Lebih banyak tEka-tEki di sini

================================

Dalam banyak-banyak..

Tahap kesukaran SS

  1. Dalam banyak-banyak jam, jam apa tidak menunjukkan waktu?

  2. Dalam banyak-banyak jam, jam apa yang gelap?

  3. Dalam banyak-banyak jam, jam apa yang harum?

  4. Dalam banyak-banyak jam, jam apa yang busuk?

  5. Dalam banyak-banyak superhero, superhero mana yang bengong?

  6. Dalam banyak-banyak rambut, rambut apa yang boleh makan?

  7. Dalam banyak-banyak mee, mee apa yang tak boleh dimakan?

  8. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa yang bukan kuih?

  9. Dalam banyak-banyak nasi, nasi apa yang tak boleh dikunyah?

  10. Dalam banyak-banyak straw, straw apa yang sedap dimakan?

  11. Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang lompat dari pokok ke pokok?

  12. Dalam banyak-banyak benda, benda apa yang walaupun dia kecil, tetap akan dipanggil besar?

  13. Dalam banyak-banyak benda, benda apa yang sebelum guna warna hitam, semasa guna warna merah, selepas guna warna putih/kelabu?


================================

Silalah jawab..
Kalau anda ada versi anda punya (sure ada),
jom laa berkongsi di ruangan komen..
Btw, GOOD LUCK!!

Jawapan akan diterbitkan dalam post #112


16 comments:

  1. salam.. nak mencuba..

    1. jam rosak
    2. taktau T_T
    3. jambangan bunga
    4. jamban
    5. keluang-man
    6. rambutan
    7. taktau jugak T_T
    8. kueteow
    9. taktau la T_T
    10. strawberry
    11. huhu T_T
    12. ni pun fail jugak T_T
    13. arang

    sekian..

    ReplyDelete
  2. teringat plak teka teki nih
    dalam byk2 bola, bola ape boleh makan.

    ReplyDelete
  3. @sweet-luv

    BAGUS!! cuba lagi yg tak dpat tu...

    ReplyDelete
  4. @AyanaAsham

    bebola ikan? bebola daging? dll..
    btol tak??

    haha, nice one!!

    ReplyDelete
  5. nak tambah y sweet luv pnye..

    9. nasihat..

    hehe..y len xtaw

    ReplyDelete
  6. haha betol sgt la tu
    bijak2.

    ReplyDelete
  7. comments reply

    @ice♥ice
    bagus!! cuba laa yang lain tu lg..

    @AyanaAsham
    hehehe, ade lg tak???

    ReplyDelete
  8. 1. Dalam banyak-banyak jam, jam apa tidak menunjukkan waktu?

    -Jambul

    2.Dalam banyak-banyak jam, jam apa yang gelap?
    -jambalang

    3. Dalam banyak-banyak jam, jam apa yang harum?
    -Jambangan bunga ros cempaka /Jamban yang dipancit dengan minyak wangi

    4. Dalam banyak-banyak jam, jam apa yang busuk?
    -Jambangan bunga tahi ayam
    -Jamban yang terbiar dengan najis

    5. Dalam banyak-banyak superhero, superhero mana yang bengong?
    -superman pakai seluar dalam kat luar

    6. Dalam banyak-banyak rambut, rambut apa yang boleh makan?
    -rambutan

    7. Dalam banyak-banyak mee, mee apa yang tak boleh dimakan?
    -Meesha Omar.... >.< atau meemey.

    8. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa yang bukan kuih?
    -Kueh tiaw

    9. Dalam banyak-banyak nasi, nasi apa yang tak boleh dikunyah?
    -nasihat

    10. Dalam banyak-banyak straw, straw apa yang sedap dimakan?
    -strawberry

    11. Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang lompat dari pokok ke pokok?
    -kereta katak

    12. Dalam banyak-banyak benda, benda apa yang walaupun dia kecil, tetap akan dipanggil besar?
    -hati yang berbesar (berbesar hati)... >.<

    13. Dalam banyak-banyak benda, benda apa yang sebelum guna warna hitam, semasa guna warna merah, selepas guna warna putih/kelabu?
    -nie pe pule bro.. ;-; , macam jenis warna luna je.


    Soalan tambahan :-

    Dalam banyak- banyak kuih , kuih apa makan kat tepi ???

    ReplyDelete
  9. nak jawab soklan tambahan brader atas ni ar.

    kueh donut/ kueh gelang & ape2 jela kueh yg de lobang kat tengah..

    makan kat tepi jelah.

    bantai je ni.




    Mat cero..
    Sila hapuskan word varification.
    byk hurup ler nak taip..
    huhu

    ReplyDelete
  10. comments reply

    @mr z
    wow!! hebat!!
    cube lg yg mane takleh jawab tu..
    btw, thanks 4 d tEka-tEki tambahan..

    @nasikputeh
    baru nk jawab, ko dh jawab..
    bgus2..
    baiklah, cdgan anda akan dipertimbangkan...

    ReplyDelete
  11. wah teka teki la plak. meh aku jwb

    1. jamban
    2. huhu
    3. jambanganbunga
    4. jamban juga
    5. superman
    6. rambutan
    7. aduh susah
    8. minta klu
    9. nasihat
    10. strawberi
    11. xtau
    12. duit
    13. ala susah

    haha susah weh!

    ReplyDelete
  12. @Kyuubi_85

    bagus2!!
    cuba lg yg tak tau tu...
    nantikan jwapan yek..

    ReplyDelete
  13. 1. jambatan
    2. jampi
    3. Jambangan bunga!
    4. Jamban!
    5. Superman!
    6. Rambutan!!
    7. Meesai - misai~
    8. kuey teow~
    9. nasihat!
    10. strawberry!
    11. hmmm..
    12. hmmmmmm....
    13. macam penah dgr lak.

    ReplyDelete
  14. alamak lupa nak teruk nama.

    1. jambatan
    2. jampi
    3. Jambangan bunga!
    4. Jamban!
    5. Superman!
    6. Rambutan!!
    7. Meesai - misai~
    8. kuey teow~
    9. nasihat!
    10. strawberry!
    11. hmmm..
    12. hmmmmmm....
    13. macam penah dgr lak.

    -kudozu.
    hehe

    ReplyDelete
  15. nak bg jawapan cm diorg boleyy tak? heheh



    nak tgk apa yg kamu sudi komennn = Font ni da kicik sikit. okey ke?

    ReplyDelete
  16. 1.jambatan
    2.jambalang
    3.jambangan bunga
    4.jamban
    5.superman
    6.rambutan
    7.meesai..misai
    8.kuey teow
    9.nasihat
    10.strawberry
    11.kereta~~katak
    12.hati kecil la juga.. (berbesar hati)-simpulan bahasa
    13.arang

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License