..and I'm sorry!!!
Bagi yang belum kesempatan nak menjawab tEka-tEki #7 Matematik Sekolah Rendah, sila klik sini.
Untuk dapatkan lebih mengenai tEka-tEki, sila klik sini.
*************************
Bola Pool
Soalan
Sembilan bola pool berada di hadapan anda.
Semua bola itu mempunyai berat yang sama kecuali sebiji yang mempunyai berat sedikit lebih dari yang lain.
Berapa kali paling minimum anda perlu timbang guna dacing untuk memdapati mana satu bola pool yang lebih berat itu?
Jawapan dan Penyelesaian
Hanya dua kali.
Bahagikan 9 bola ke tiga kumpulan dgn 3 biji setiap kumpulan.
Ambil dua kumpulan tersebut dan timbang di dacing.
Ada dua kemungkinan,
sama ada dacing tersebut menunjukkan beza atau
kedua-duanya sama berat.
1) Jika sama berat,
maka bola berat terdapat di kumpulan yang tidak di ambil.
Ambil 2 biji bola dari kumpulan tiga biji itu dan timbang di dacing dengan sebiji sebelah.
Jika berbeza berat, maka bola yang lebih berat adalah bolanya.
Jika sama berat, maka bola ketiga yg ditinggalkan itulah bolanya.
2) Jika berat berbeza,
maka kumpulan yang lebih berat mempunyai bola yang lebih berat.
Ambil dua biji dari kumpulan tiga biji itu dan timbang semula di dacing dengan sebiji sebelah.
Jika berbeza berat, maka bola yang lebih berat adalah bolanya.
Jika sama berat, maka bola ketiga yg ditinggalkan itulah bolanya.
*********************
Matematik Pelik di Pasaraya
Soalan
Di sebuah pasaraya, anda terdengar perbualan seorang pelanggan dengan seorang jurujual.
"Satu berharga 50sen, sepuluh berharga rm1, kalau seratus berharga rm1.50"
Di luar logik matematik anda,
apakah barangan yang mungkin sedang diperkatakan?
Jawapan
Pelanggan itu membeli nombor untuk ditampal di depan rumah.
Satu yang dimaksudkan adalah angka '1' bernilai 50sen.
Sepuluh yang dimaksudkan adalah angka '1' dan '0' berjumlah RM1.
Seratus yang dimaksudkan adalah angka '1' dan dua '0' berjumlah RM1.50
**********************
Katak Dalam Perigi
Soalan
Seekor katak terperangkap di dalam lubang perigi sedalam 30 kaki.
Siang hari, katak itu akan memanjat 3 kaki ke atas,
namun, malam pula katak itu tidur dan tergelincir 2 kaki ke bawah.
Maka, hari pertama katak itu naik 1 kaki,
hari kedua naik 2 kaki,
Berapa hari kemudiankah katak itu dapat keluar dari perigi?
Jawapan
Ianya mengambil masa 28 hari sahaja (bukan 30 hari)
kerana pada hari ke-28,
katak itu melompat 3 kaki selepas berada 27 kaki di atas
dan akhirnya sampai ke atas 30 kaki.
*************************
Tahniah kepada
kerana berusaha memerah otak untuk menjawab..
mereka memang kacak dan cantik, tak caya gi singgah blog mereka!
anda memang tErbaEk!!
nk tnye, nape ade 'this is eighty-eight, n i'm sorry'?
ReplyDeleteyg no 2 tu mendatangkan amarah aku. macam terkena gak ar adessss
ReplyDeleteces, benci kot math! haha
ReplyDelete@+kak chu+:
ReplyDeletetakpe, nanti sy bgtau..
@ARC™:
hahaha, takpe...
sbb tu ade ckap 'luar logik matematik' dalam soalan tu..
@fitri oh fitri:
hahaha, takpe, len kali kasi tEka-tEki tak berapa matematik..
hehehe
Teka teki matematik mencabar.
ReplyDeleteGreat!
ReplyDeleteMenarik teka teki ni... Terbaik
ReplyDelete