1994, Kuala Lumpur.
Peristiwa ini berlaku semasa aku dalam sekolah rendah.
Semasa kelas Pendidikan Agama Islam,
Ustazah di hadapan mula perasan pelajar dalam kelasnya bermuka muram, kebosanan.
Hmm, budak sekolah rendah,
apa boleh kita expect, kan?
Lalu ustazah yang skema dan berusaha nak menghabiskan silibus mengikut jadual PnP yang ditetapkan pun bersuara,
"Sekarang semua orang bagitahu ustazah..
Apa cita-cita kalian?"
Soalan begitu dapat menarik minat beberapa pelajar pandai.
Namun, pelajar yang tiada cita-cita (macam aku) hanya mampu terus tenggelam dalam kebosanan.
Ada pelajar lain yang mahu jadi doktor.
Peguam. Polis. Pilot.
Alaa..jawapan standard budak sekolah rendah..
Mana ada tiba-tiba kata nak jadi
Pakar Pembangunan Bandar ke,
Jurutera Pembuatan dan Pemprosessan Makanan ke,
Pegawai Pengurusan Syarikat Minyak dan Gas ke...
Semua nak cita-cita pendek satu perkataan..
Ustazah teruskan.
"Sebenarnya, kita sudahpun jadi seorang arkitek.
Setiap manusia adalah arkitek kepada kehidupannya sendiri. Kita membina hidup seperti mana yang dikehendaki tapi kadang-kadang, bila kita dapati kita tak menyukai apa yang kita bina, kita akan cari orang lain untuk dipersalahkan. Sepatutnya kita berusaha mengubah diri kita sendiri."
Semua pelajar dalam kelas terdiam.
"Macam kamu semua.
Tidak menumpukan perhatian dalam kelas, tapi bila keputusan peperiksaan mengecewakan, kamu akan menyalahkan cikgu kamu kononnya kamu tak faham apa yang dia ajar. Sepatutnya kamu ubah perangai kamu semua dahulu, kan?"
Semua pelajar masih diam.
Nice one, Ustazah...but c'mon..
What did you expect bercakap macam tu dengan budak sekolah rendah?
Keesokan harinya,
semasa kelas Pendidikan Agama Islam juga,
ada sejumlah pelajar tidak masuk ke kelas.
Lalu Ustazah bertanya,
"Kenapa ada ramai yang tak datang?
Ada siapa-siapa tahu kenapa?"
Ada seorang budak dengan lantangnya bersuara,
"Mungkin mereka sudah berhenti sekolah.
Maklumlah, kita semua dah jadi arkitek.
Jadi buat apa pergi sekolah lagi.."
Pelajar kurang ajar itu adalah aku.
dalam hati ustazah "demmmmm budak2 ni" hahaha~~~nakallah kamu
ReplyDeletewakakakaka....bapak segala nakal kau ni rupanya. haha
ReplyDeletehahaha3 x brani nk buat cmtu kat cikgu sbb ramai ckgu knl ayah dlu...
ReplyDeletekang balik x psal2 kna rotan...bhaha3
lgpon saya bdk bek dpn ckgu...
bdk nkal blkg ckgu je...haha3
Apsal mulut bisa sgt nih? LOL! kesian ustazah. Ekekek
ReplyDeletebdak2 mn fhm sgt.xbaligh ag ms tu.hihi :D
ReplyDeletehahahahah.. siut je jawapan yang di beri , sian ustazah tue...
ReplyDeletelulz!!
ReplyDeletehampeh punya ank murid!
hahahahaha...klakar la. mse skolah rendah mmg slalu kne tye soklan ni. rsenye cita2 nesa berubah tiap kali ditanye :P
ReplyDeletetak sangka kau. haha.
ReplyDeletehahaaha...wah! aku ske blog ko! ame konsep ngan bblog aku...singgah2 la ye :)
ReplyDeletewahh! hebat budak sekola rendah berkata sebegitu pada cikgu beliau...
ReplyDelete@DoodleLicious
ReplyDeletehahah, agaknya kalau ustazah tu tak sabar, dah lama dah carut, kan?
@hanaahmad
budak kecik, apakan daya kalau tak nakal, kan??
@Miss Comot
wahaha, smeua org baik depan cikgu, tp nakal blkang diorg..hahah
@WZulhilmi
kecik2 dulu mmg mulut cabui sket..eh? banyak rasanya..hahaha
@mr cekodok
hahah, sbb tu laa kita budak kecik senang dimaafkan..heheh
@Amy Syaquena
hahaha, maafkan saya wahai ustazah..hahah
@~* chirpy_chummy *~
haha, penat ustazah aku melayan...
@Nesa Wazir
sama la..bertukar2 cita2 dek kerana pengaruh tv..hahah
@m i r a f i q a
hahaha, aku baik, kan??
@roq
baik baik!
@butterflies Lovers
berkat cikgu mengajar..hahaha