Salam.
Di kesempatan ini,
saya cEro, ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri.
Seperti klise post blog sempena hari raya,
saya juga mahu memohon maaf andai ada salah silap sama ada dalam percakapan, penulisan dan lukisan.
Jika ada yang mahu menuntut janji dan hutang dari saya,
janganlah segan berhubung dengan saya melalui apa juga cara yang ada.
Juga jika ada yang pernah buat salah dengan saya,
anggap sahaja saya sudah memaafkan sempena Syawal yang mulia ini.
Juga seperti klise post blog saya sempena hari raya,
jika ada antara kalian yang baca entri ini pada hari raya pertama, kedua dan ketiga,
saya menyeru selepas habis baca entri ini agar tutuplah segala browser, laptop, komputer, gadget dan telefon pintar anda dan pergilah berinteraksi dengan mereka-mereka di sekeliling.
Sudah tentu semasa raya,
mereka yang berada di sekeliling kita adalah orang-orang yang kita sayang,
sementara mereka masih ada di sekeliling kita
ambillah kesempatan untuk bersama-sama dengan mereka.
Sekali lagi,
seperti klise post blog sempena hari raya,
saya menyusun sepuluh jari memohon ampun maaf.
Maafkan saya seluruh zahir dan sepenuh batin.
Yang mahu pelawa saya ke open house,
jangan segan silu, pelawa saja.
Tapi datang atau tidak itu cerita kemudian...hehehe
Disebabkan ini entri yang sudah di-schedule,
maka ikutkan perancangan, hari raya pertama saya mungkin akan dihabiskan di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur.
Tapi semasa entri ini ditaip,
saya sedang mengalami mild cold, hingus dan bersin sana sini.
Jadi rasanya sama ada saya akan ditahan hanya di lobi hospital
ataupun saya akan berseorangan di rumah menonton program TV.
We'll see about that...
Jadi,
baju raya kalian warna apa tahun ni?
Siapa boleh teka warna baju raya saya?
Rasa skema sangat guna saya. Hahahahahahaha
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
#TeamRayaKualaLumpur
.
Selamat hari raya cero :D
ReplyDelete>Ben
DeleteSelamat hari raya Ben :)
1. Coklat cerah kekuningan
ReplyDelete2. Hijau cerah?
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir & Batin :)
>plain83
Delete1. Eh? Warna tu bukan orang panggil naked kaler ke sbb dia sama warna dgn kulit? Hehehe
2. Salah. Hehehe
Selamat hari raya P.
maaf zahir batin juga :)
selamat hari raya bro
ReplyDeletebudoxesquire
>budoxe lee
DeleteSelamat hari raya juga bro :)
me baby blue. happy eid fitr!
ReplyDelete>Eeiou _
DeleteWow! Baby blue.
Happy eid to you too :)
Selamat hari raya bruh..
ReplyDelete>Mon
DeleteSelamat hari raya sis..
Almond london sebalang please. Hehehe
institut pediatrik? dr ke? selamat hari raya!
ReplyDelete>amira faqihah
DeleteDr? I wish.
Hehehe.
Selamat hari raya :)
selamat hari raya cEro. semoga semua sejahtera hendaknya
ReplyDelete>Boss Noob
DeleteThanks Boss.
Selamat hari raya juga.
Samalah kita sejahtera sentiasa :)
Selamat Hari Raya Aidilftiri Maaf Zahir Batin gak walau di mana pun kau berada, dude.. Ucapan aku sama secliche ucapan kau di atas.. ^^
ReplyDeleteAku terfikir nak ajak geng2 blogger lepak2 sambut raya..terfikir jela, tindakan susulan takdak..
Baju raya aku warna pepel.. Aku teka kau punya warna hijau..
>Lee-kun
DeleteSelamat hari raya juga untuk kau, Lee.
Kalau kau nak buat tindakan susulan, sila bagitahu aku.
Kemungkinan besar aku akan join. Hehehe
Wow! Pepel. Mesti lawa. Baju raya aku bukan hijau.
Hehehe
selamt hari raya bero..
ReplyDeletemoga sentiasa sihat dan selamat ok :>
baju raya ko kaler hijo, sbb aku tgk ramai org pakai hijo..hehe
>Nazha
DeleteSelamat hari raya Nazha.
Semoga kau pun bahagia bersama sang isteri tercinta, ewah!
Baju raya aku bukan kaler hijau. Cuba lagi. Hehehe
slmt hari raya cEro! so hows ur raya? aku teka baju kau kaler merah hehe
ReplyDelete>NAD
DeleteSelamat hari raya Nad.
My raya was good, regardless of whatever happened.
Betullah kau teka merah. Mana tau ni? Hehehe
Selamat Hari Raya cEro! :)
ReplyDelete>Yus
DeleteSelamat hari raya Yus :)