Salam.
Seminggu Syawal sudah berlalu.
Seperti biasa, aku akan buat ringkasan raya aku untuk seminggu pertama Syawal ini.
Disebabkan mood melukis aku ke laut,
jadi izinkan aku recyle lukisan lama.
Maaf~
Bagi yang tidak tahu,
aku demam di hari raya pertama.
Bagi yang tidak tahu juga,
aku sekeluarga tidak pulang ke kampung dan hanya berada di Wilayah Lumpur berhari raya.
Raya pertama,
selepas solat sunat Aidilfitri dan bersalam-salaman memberi duit raya,
kami sekeluarga ke Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur melawat anak buah.
Wad anak buah aku ditempatkan ada buat wad terbuka (ala-ala rumah terbuka),
menghidangkan juadah hari raya di lobi wad.
Semua penghuni wad termasuk pesakit, pelawat dan doktor digalakan memakai baju raya.
Nurse je yang mesti beruniform putih.
Entah laa kenapa, etika bekerja kot.
Aku demam.
Maka interaksi aku dengan anak buah aku perlu dibataskan.
Takut berjangkit.
Tapi seronoklah juga.
Berkenalan dengan keluarga lain yang senasib beraya di hospital.
Ramai sukarelawan datang buat persembahan dan nyanyian memeriahkan suasana raya.
Beberapa persatuan dan orang kenamaan juga melawat sambil bagi buah tangan.
Ini memang satu pengalaman yang tidak akan aku lupakan,
beraya di hospital.
Balik dari hospital, kami singgah ke rumah saudara yang juga tak balik kampung.
Demam-demam pun aku gigihkan juga beri senyuman semanis mungkin.
Raya kedua,
aku dapat berita dari wad semalam yang kami pergi raya tu,
seluruh penghuni di wad tersebut diserang demam.
Terima kasih kepada aku kerana menyebarkan virus demam ke seluruh wad.
Maaf~
Sepanjang hari kedua,
aktiviti aku adalah sama ada melayan rancangan TV, atau makan juadah atas meja.
Oh, juga,
hari raya kedua ini adalah hari kali pertama aku makan Subway.
Nama je duduk KL, tapi aku mana reti nak cuba benda-benda urban ni.
Try menu chicken tandoori (tak boleh lupa) hasil pengaruh Mon yang asyik-asyik cerita pasal Chicken Tandoori dari Subway masa puasa lepas.
Thanks Mon. Sedap oooo.
Jom aku belanja kau jom.
Raya ketiga,
raya keempat,
raya kelima,
raya keenam,
raya ketujuh dihabiskan dengan sesi mengemas rumah Abah Mak.
Abah sudah pencen polis, jadi dia kena keluar dari perumahan polis.
Aku pun membesar di situ, jadi satu bilik tu memang penuh barang aku.
Nak kena pindah, maka barang kenalah kemas.
Entah sejak raya keberapa baru demam aku kebah, aku tak perasan.
Mungkin sebab berpeluh lenjun sibuk mengemas rumah kot.
Sekian ringkasan raya aku.
Ringkas kan? Ringkas kan?
Kalian tak nak buat rumah terbuka ke?
InsyaAllah kalau dijemput dan tercapai jaraknya, aku datang. Heh.
Macam mana dengan seminggu raya kalian?
Best?
Duit raya janji nak tong-tong dengan aku kan?
**buat muka minta penampar**
.
kalau nurse pakai baju gelap nanti if ada terpercik liquid dari pesakit tak tahu nak diagnose as darah ke nanah ke apa ke. aku rasa la haha.
ReplyDeleteraya ni is being around family. tak kiralh beraya kat mana pun. even bergolek tidur satu katil pakai baju raya haha
>NAD
DeleteAku pon rasa macam tu. Nurse tu still on duty, so nak tak nak dia kena pakai pakaian duty dia sebab pakaian dia adalah sebahagian dr duty (ayat pening) hahahaha
Hahahaha.
Betul! Raya je laa masa paling sesuai untuk eratkan hubungan keluarga, walau di mana pun mereka berada.
selamat hari raya bro
ReplyDeletehujung mgu ni baru nk balik cuti 2 mgu terus ahaha.
adik pun baru nk cuti gak hujung minggu ni
>budoxe lee
DeleteSelamat hari raya to you too.
Kiranya kau dgn adik beraya lambat sikit laa ni?
Jangan lupa bedal habis semua rumah terbuka yang dijemput. Hehehehe
tak boley lupaa itu subway chicken tandoori.. Cepat, au nak subway raya..
ReplyDeleteeh hehhehehe
Selamat hari raya, cEro. Walaupun sedih sakit time raya at least dapat pengalaman baru kan? huhu. Tawar tak juadah raya kt sepital? ini soalan serius
>Mon
DeleteJom jom! Tapi ciken tandoori tu ada tempoh tamat promosi ke?
Kalau ada kena cepat2. Hehehe
Tawar weeeyyhhhhh!
Makan mee kari tapi tak rasa apa. Tak pasti sebab aku demam ataupun sebab itu makanan hospital. Hahahahahah
Ooh merah rupanya warna baju raya hang C, aku ingatkan hijau (sebab terpengaruh dengan warna jalur2 banner blog ni huhuh...) X3
ReplyDeleteRaya aku kat sini, bermulanya musim hujan. Huhuh~
Selamat hari raya ke-8 bagi tahun 2016 ;3
Samela plain-sama..hahaha.. aku ingatkan kaler hijau atas alasan banner hijau.. XP
Delete>plain83
DeleteSaje je kasi psychological trap dengan banner tu. Huhuhu
Sebenarnya aku tak kena sangat dengan warna merah, tapi dek kerana raya punya pasal, kuturutkan jua. Hahahaha
Selamat hari raya ke-12 P. Eh? 12 ke 13 aku dah hilang kira. Hahahaa
>Lee-kun
DeleteHehehehe...
kiranya aku sudah dapat kasi trick kat dua orang laa ni?
Maafkan aku kalau rasa tertipu. Huuhuh
selamat hari raya :D maaf zahir batin :)
ReplyDeletewwahhh dapat pengalaman raya berlainan pulak kat hospital kan.
BV beraya dirumah je la. takbalik kampung jugak. :D
teringin jugak nak makan subway chicken tandori (tak boleh lupa) hahahah, tapi sini takdak subway T^T
>BV
DeleteSelamat hari raya maaf zahir batin BV.
Sama laa kita beraya di rumah.
Pergi laa pekena chicken tandoori sementara masih ada ni.
Tak pasti bila habis...ke dah habis dah???
selamat hari raya...meriah jugak first raya kau...
ReplyDeleteaku dari raya pertama sampai sekarang rutinnya sama...nak ziarah kawan, semua jejauh...duit raya? zero! :(
oh, open house umah aku 22/7 ni. InsyaAllah...jemputlah datang ya! macam2 ada...
>sofie adie
DeleteSelamat hari raya Sofie.
Next year cuba pecahkan sikit rutin tu. Or kalau muka tak malu (huhuhu) mintak laa duit raya kat orang. Hehehehe
Selamat Hari Raya cEro.. Tak ingat dah berapa kali aku cakap ni tapi banyak kali pun takpe kan..
ReplyDeleteAku pun demam gak tapi beberapa hari sebelum rayala.. Kiranya raya ok jek..alhamdulillah..
Raya kat mana2 pun takpe, janji family ada sama.. Raya aku macam biasa, letih..but it was fun sebab bersama2 ngan family..dapat duit raya...ehee...tapi aku takde cakap apa2 pasal nak tong tong duit raya...hahaha..
>Lee-kun
DeleteSelamat hari raya Lee.
Wish banyak kali pon takpe. Hehehehe
Untung laa kau raya dah kebah. Aku je sengsara di pagi raya. Huk huk
Kalau raya penat pun, tapi kalau sama2 keluarga memang berbaloi penatnya. Tapi kan kau dah janji nak tong-tong duit raya? Hehehehe
fuh ringkasan raya ko, dah boleh buat 1 chapter novel ni haha
ReplyDelete>nazha
DeletePaling ringkas laa tu.
Kalau tak ringkas dah jadi sequel sinetron dah. Hahahahahaha
Cero, selamat hari raya, maaf zahir batin.
ReplyDeleteKesian, raya demam.
Sama laa.. Tahun ni raya pertama saya, beraya di sini je. Tapi meriah jugak rupanya. Ramai yang tak balik kampung.
>Amna
DeleteSelamat hari raya juga, Amna.
Tak ada buat rumah terbuka ke untuk dihadiri?
Hehehe
selamat hari raya wei, memang ramai yang demam raya ni, musim kot.
ReplyDelete>mashy
DeleteYe kot musim. Aku sebahagian dari musim laa ni.
Tak best sungguh. Huhuhu
Selamat hari raya juga untuk kau.
ringkas dan padat.
ReplyDeletebtw, mat ri ye
>nurul rasya
DeleteMat ri ye gak. Maf hir tin. Huhuhu
Hi cEro! Lama tak menyinggah. Selamat hari raya :)
ReplyDelete>Farah
DeleteHai Farah.
Welcome home. Selamat hari raya juga :)
Banyak lemang ditelan? Hehehe
weh lama tak masuk blog ni. Selamat hari raya cEro... Kau ni memang anak sejati KL la.... x silap aku tahun lepas kau raya kl, tahun ni pun kau raya kl. Moga kau kahwin dgn orang kelantan, boleh balik kelantan pulak raya lepas ni. wakakaka...
ReplyDelete>Bro Ley
DeleteSelamat hari raya untuk kau juga Bro Ley.
Haah. Tahun lepas pon raya KL, tapi balik kampung jugak lepas tu walaupun lewat.
Tapi tahun ni tak balik langsung.
Kalau aku kahwin orang kelantan, dan kelantan dia tu lagi bagus dan best dr KL aku, aku on je. Hehehe
harap2 tahun ni ada entry tk raya gak.dah nak raya alek pn.hehe. rugi nya xjmpa blog ni awal2. so I became the last person to post a comment, hadeyh. sedih. haha
ReplyDelete>just Yana
DeleteInsyaAllah kalau masih panjang umur akan ada punya.
Hehehe. Terima kasih.
Takkan pernah terlambat untuk follow blog ni hehehehe :)