Satu hari di kampung,
anak buah aku yang berdua tu sedang bermain mainan mereka di ruang tamu.
Si Adik tiga tahun, si Abang lima tahun.
Si Adik sedikit moden, layan video 'Let It Go' dari iPad.
Manakala si Abang pula main tanah liat mainan dan Lego.
Aku menghampiri si Abang.
"Uncle nak pinjam tanah liat, boleh?
Uncle nak buat sesuatu..." kata aku sambil merampas tanah liat dari tangan si abang.
Si Abang pasrah...tak, dia lebih kepada teruja sebab Uncle dia nak berkarya dengan tanah liat miliknya.
Setelah beberapa saat gentel, pusing dan bentuk,
aku berjaya jadikan tanah liat mainan si Abang kepada satu bentuk objek yang familiar.
Bentuk tahi.
Memang niat aku nak buat tahi.
Jadi bila si Abang bertanya, "Uncle buat apa tu?"
aku selaku Uncle yang baik hati dengan ikhlas membalas,
"Abang cuba teka Uncle buat apa..."
Si Abang tenung lama....
"Haa, dah tahu dah. Uncle buat aiskrim!"
Aiskrim?
AISKRIM!
Keras perut aku tahan gelak.
Kudus sungguh...
Nak jadikan suasana lebih menarik, aku iyakan saja 'aiskrim' itu.
Si Abang pun tatang 'aiskrim' tu di tapak tangan kecilnya.
Dibawanya 'aiskrim' itu kepada adiknya untuk dibanggakan.
Si Adik yang tadi leka layan Elsa, sekarang menjadi tertarik dengan 'aiskrim'.
Mereka berdua beradik bersama-sama membawa 'aiskrim' itu untuk ditunjukkan kepada semua orang yang ada.
Opah, Tok Wan, Mak Tok, Mak Long, Daddy, Umi, Mak Mok, Maksu, semua ditunjukkannya.
Semakin teruja melihat reaksi audien yang pelbagai, mereka berdua turut membawa 'aiskrim' itu kepada Nek Yang mereka.
Semua audien bantai gelak bila mereka berdua berkata,
"Tengok ni, Abang ada aiskrim..."
Sudah tentu mereka gelak,
semua orang dalam rumah itu kecuali mereka berdua tahu apa yang Uncle mereka buat untuk mereka bukannya 'aiskrim' seperti yang dicanangkan, tapi TAHI.
Apa lagi kelakar dari melihat budak kecil kudus berlari dari seorang ke seorang yang lain sambil menatang tahi di tapak tangan sambil berkata 'aiskrim'...
HAHAHA...
Sedikit rasa bersalah (sedikit!) mula muncul dari hati aku,
maka aku panggil dua insan suci itu datang kepada aku.
"Biar Uncle upgrade aiskrim ni..."
Menggunakan baki tanah liat mainan yang lain, aku buat kon untuk 'aiskrim' itu.
Sekali lagi mereka berdua jadi teruja.
Masakan tidak, 'aiskrim' kini sudah dinaiktaraf dan mempunyai kon.
Lalu si Adik ambil 'aiskrim kon' itu dari tangan si Abang.
Dia kemudiannya menjilat 'aiskrim' itu seolah-olah ianya aiskrim sebenar.
Aku terpause sebentar sebelum bantai gelak sampai bergegar rumah kampung.
"Korang nak tahu tak, nanti korang besar, Uncle akan ceritakan kisah ni dekat korang supaya korang tahu beza antara pemikiran kudus budak kecil dengan otak matang orang dewasa."
Disebabkan mereka tak faham apa Uncle mereka katakan dek kerana ayat Uncle penuh dengan perkataan yang masih di luar tatabahasa mereka, mereka berdua hanya angguk dan senyum, sambil si Adik masih menjilat 'aiskrim kon' di tangannya.
Ini adalah contoh klasik untuk bidalan:
'Kanak-kanak umpama kain putih, kita orang dewasa yang bakal mencorakannya.'
Eh...itu bidalan ke? Entah.
Moral cerita, kalian beruntung sebab tidak ber-uncle-kan aku...Hehehe
Jadi, kalian dapat agak kan apa maksud 'Unko' dari tajuk entri ni?
.
budak2.. otak masih suci murni lagi.
ReplyDeletekalau anak sedara kau jilat 'aiskrim' tanah liat, ada sedara aku time dia kecik2 dulu jilat 'aiskrim' real yang melekat kat tangan dia.
bila dah besar ni citer balik, malu giler sedara aku tu. pastu dia mesti cakap, "sebab makan 'aiskrim' real tu la dia jadi genius sekarang ni." hahahaha~
p/s : dorang x mintak Uncle dorang belanja aiskrim ke pastu?
@Haryz Khairuddin
DeleteHahaha, serius kelakar kalau dia jilat 'aiskrim' betul...hehehe
Anak2 buah aku tak berani nak pow uncle dia...
HAHAHAHa
.. dan pemikiran mereka belum lagi tercemar... hua hua hua.. Uncle depa pun memang saje kenakan anak buah dia.. kah kah kah
ReplyDelete@Aujinz
DeleteUncle depa baik sebenarnya **batuk batuk**
Hahahah
hahahah adeh... skali aku baca tajuk ko, aku dah agak ko nak ckp pasal apa... innocent gila anak2 sedara ko, bila depa besaq nnt, depa akan balas dendam kat ko cero... hahahah XD
ReplyDelete@plain83
DeleteNasib diorg laa dapat uncle cam aku...Kecik2 kudus camni laa nak buli byk sikit. Dah besaq nanti ntah2 nak salam pun tidak...hehehe
chisss uncle depa kuangjaqqq hahaha cian depa =P
ReplyDelete@anamizu
DeleteHehehe...time kecik2 camni laa boleh buli...hehehe
budak2 memang camtu..
ReplyDeletekalau ko jumpa ilustrasi optik, ada tunjuk gambar ikan lumba2..kalau ikut statement dia, budak2 nampak dolphin, orang dewasa nampak...ehem..ehem..kan..kan..
err..ko carik sendiri la gambar tu..aku xde link..koh...koh..koh..ehh..ter tiru aujinz lak
@aku_ein
Deleteada ada...
Aku pernah buat entri ttg itu dulu...
ni link dia:
http://cerolian.blogspot.com/2011/01/kita-nampak-apa-yang-kita-mahu-lihat.html
Kejam bebenor
ReplyDeletehahaha
@Hans
DeleteSikit je tu bro...
Kalau betul2 kejam teruk budak2 tu kena...hehehe
apa reaksi diorang bila besar nanti? haha
ReplyDelete@miranadia
DeleteRasa2nya diorg mesti marah...hahaha
Tp bila lagi nak buli anak sedara, kan?
Kalau dah besar nanti sure tak mampu nak dibuli dah...heheheh
hmm..unko tu apa?hehe
ReplyDelete@nazha anua
DeleteUnko tu kuih macam karipap tapi inti koko...hehehe
Maaflah cero , tapi aku rasa aku tak boleh buat apa yang kau suruh . Aku ni pendiam kat sekolah, jadi memang susah aku nak berubahlah cero.
ReplyDeletePs: nanti mesti jadi pelik pulak jadinya kat sekolah nanti , lagi pun , aku ni berkawan dengan budak yang peramah. LAGI SATU, aku ni lebih kurang macam subaru okiya(akai shuichi) dalam dc tu. SEBAB, kat rumah ni banyak cakap dan gengster, kat sekolah pulak, aku ni pendiam , pemalu dan lurus bendul. JADI INI MEMANG PELIK, CERO.
Apa patut aku buat?
DeleteAku dah bagi cara kau plak putus asa...
DeleteSeingat aku, Subaru Okiya tak senang putus asa...so please jgn compare kau dgn dia...
Belum pun cuba dah kata tak boleh buat..Lemah!
Kau pergi cuba dulu then baru datang balik cerita dgn aku...
Ok, aku cuba lagi . Sehingga berjaya .INSYALLAH.......
DeleteHAHHHA innocent betul dorang, aiskrim pun bolehhh
ReplyDelete@nanadhoi
DeleteHahahaha...kanak-kanak.
Kalau tak innocent tu yg jadi pelik tu nanti...hehehe