Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Aug 10, 2014

Ringkasan Raya Aku Tahun Ini...













Selamat hari raya keempat belas.

Pada aku,
raya tahun ni biasa-biasa saja.
Mungkin disebabkan suasananya sama macam tahun lepas.
Mungkin juga disebabkan terdapat konflik dalaman keluarga sikit.
Mungkin juga disebabkan faktor usia yang tak berapa nak muda ni.

Tapi aku sentiasa berharap agar raya aku yang mendatang,
jika masih dipanjangkan usia,
masih lagi relevan untuk aku dan orang sekeliling aku raikan.

Jika kalian sedang merasakan keseronokan dan kemeriahan hari raya,
nikmatilah ia sepenuhnya.
Jangan buang masa dengan segala gadget, tablet dan komputer yang ada.
Jangan sibuk sangat berselfie.
Sebab nanti bila kemeriahan itu sudah hilang,
itulah yang kita paling rindu sekali.

Selamat hari raya Aidilfitri.
Maaf zahir dan batin :)



.


40 comments:

  1. Samalah tu cero, tetapi masa depan boleh berubah.

    Ps: Good luck with you mission, cEro!

    ReplyDelete
  2. #DahBolehKorekHidungSiang dengan #PerutBuncitSukaHati tu
    memang tak leh blah.HAHHAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      hehehe... yg jadikan cerita, hashtag tu mmg betul2 ada orang pakai...hahaha

      Delete
  3. ringkasan raya aku pon lebih kurang mcm tu jugak cEro.
    beraya pon lbh byk tgk henfon drpd tgk muka kita.
    selfie xyah cakapla.
    soalan wajib mmg x lalu nak hadap dah.

    mencabar betol nak puasa sunat bln Syawal.
    patutla ganjaran dia mcm puasa spnjg tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      betul2...
      dgn hidangan makanan yg serba mengancam dan juga jemputan rumah terbuka bertubi-tubi, mmg mencabar betul nak puasa 6, kan?

      Delete
  4. oh, kuih almond london... tahun ni aku tak jumpak kuih tu, banyak nampak kerepek dan kuih popia serunding...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      kecik2 dulu mak aku selalu buat almond london n aku tolong tabur kacang atas dia, tp laa ni beli kat kedai je...hehehe

      Delete
  5. Btw,suka tang perut tu haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @star
      hahaha, dlm realiti pon sama jugak perut tu...hehehe

      Delete
  6. Dah lama raya tak meriah mana utk aku,tapi aku suka perasaan ada di rumah dgn keluarga tu. Dan tak pernah ditanya soalan bila tu pun,mungkin kerana my cold and antisocial exterior giving off "don't mess with me" vibe lol!
    Tapi,paling mengejutkan takde budak2 dtg beraya langsung,kecuali kawan keluargala.
    Ps: komen ni sepatutnya muncul sebelum lg satu tu -_-///

    ReplyDelete
    Replies
    1. @star
      sebut psal takde budak2 datang raya,
      aku pon alami perkara yg sama...
      Aku rasa, bdak2 zaman sekarang mmg dah hilang keghairahan kutip duit raya dari pintu ke pintu mcam kita dulu kot...

      Delete
  7. Sama la kita Cero. Chillax, life moves at different paces for everyone. Aku rasa life aku pun stagnant jugak..Macam ko, aku pun tak kesah sangat..Kesah pulak aku bila.. kan kan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Dea Day
      Kaaaannn??? Kisah plak aku bila....
      Dlm fikiran aku, satu hari aku mmg akan berada jauh lagi depan dr semua yg bertanya...
      Bak kata pepatah, "Orang yg amik lajak paling lama lompat paling jauh..."
      (pepatah rekaan aku sendiri)

      Delete
  8. Perut ko je yg ke depan aku tgok tu. kakakaka

    Selamat Hari Raya, Cero. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @chirpy chummy
      Hahaha, itu ilusi je mar...Ilusi...hehehe

      Delete
  9. sama dengan aku..de javu?:D
    selamat hari rumah terbuka pulak lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nazha anua
      bro taknak buat rumah terbuka ke??
      Boleh aku datang bertandang...hehehe

      Delete
  10. Syukur masa aku balik kampung ari tu, line yg aku pakai sekarang memang takat ble call je..lebih banyak masa aku bual dengan adik beradik n main dengan anak buah..n layan anak aku main bunga api n mercun pop je..

    Bro, ko dah habis ke pose 6..hahahah..aku xabis lagi..ntah bila la nak abis..banyak betul dugaan..n jemputan..orang dah jemput kena datang (alasan xnak pose)..ahaks..

    sebelum 1 ramadhan 62.7kg...
    27 ramadhan 57kg
    7syawal 61.8kg...
    hari ni 16 syawal 62.5kg..damn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @aku_ein
      Puasa enam aku belum pon mula...hehehe
      Payah arr, org menjemput sini sana...

      Dr trend berat badan ko, kalau ikutkan open house yg menunggu, mungkin boleh capai 65 tu...hehehe...
      Jaga2 makan tau, takut kolesterol naik...heheh

      Delete
  11. Yo cEro ,apesal senyap je?

    Ps: Nak reply atau tak itu pilihan kau, cEro.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Heroes Reborn
      You know what?
      Pada mula aku rasa ko mcam berniat baik nak memeriahkan suasana.
      Tp lama kelamaan ko makin biadab.
      Kau guna nama cEro utk komen.
      Kau guna bahasa kesat tak sedap didengar.
      Kau mencarut.
      Kau berselindung di sebalik nama Anonymous utk tarik perhatian.
      Lepas tu kau siap UGUT NAK BUNUH aku bila aku delete komen kau.

      Dude,
      kalau kau ada masalah dan nakkan perhatian dan pandangan aku, hantar aku private emel ke ceroofcerolian[at]gmail[dot]com
      Aku akan layan kau di sana.
      Aku dah buat keputusan takkan layan kau dlm comment post aku lagi.
      So, either you call it all off or contact me personally, then i'll entertain you.

      Delete
    2. Sorry le cEro, aku cuma nak bergurau je. Mungkin sebab aku takde ramai kawan. Jadi, aku rasa kat sini tempat aku nak luahkan apa yang aku rasa. Aku ni takde alamat emel jadi aku takleh nak hantar emel atau ape apa. FACEBOOK pun aku takde.

      Delete
    3. Aku tak reti nak buat alamat emel ,kalau aku suruh orang lain buat ,mesti diorang tak nak. Aku tahu , apa yang aku buat salah, Tapi tulah aku pun duduk kat hutan . Jadi ,aku memang tak ramai kawan, kalau jumpa pun kat sekolah jelah. So, aku pun carilah blog yang best, lepas tulah aku jumpa blog ni . Dah lama aku tengok blog ni, dan aku rasa blog ni memang best, sebab kau selalu reply komen.

      Delete
    4. Tapi, dalam banyak banyak blog , blog nilah yang aku selalu bukak sebab aku selalu nak tunggu kau update . Dan juga aku kagum dengan apa yang kau selalu tulis dalam blog ni , memang menarik! Aku harap kau tak terasa dengan apa yang kau buat, cEro. I so Sorry ,cEro.

      Delete
    5. Eh, sorry cEro. Aku cuma nak Betulkan ayat kat atas tu iaitu,[Aku harap kau tak terasa dengan apa yang aku buat , cEro.] Sepatut ye, perkataan aku bukan perkataan kau.
      I so sorry cEro.

      Delete
    6. Aku patut tulis simbol { " } dekat perkataan "aku" Dan perkataan "kau". Harap kau faham, cEro.

      Delete
  12. Raya 2014 aku paling tak berapa seronok.. aku beraya kat sabah... tak meriah aku rasa..tiket nak balik semenanjung mahal yg amat... huhuhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Tengku Puteri
      Alaaa, kesiannya...
      Tak apa. Itu semua dugaan tu. Nanti akan datang dpat balik semenanjung mesti kemanisan dia lebih, kan?

      Delete
  13. raya ketiga tahun ni ak da kena keja.. wlaupun ofis kosong... and to make it better sepupu ak yang sebaya dapat anak 2 weeks lepas raya. yay! sedara ak pun dah naik nyampah agaknya tanya soklan bila tu.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @cinderella besar sikit je
      Kan? Sekali dua tanya kita yg menyampah...Tp kalau dah diorg tanya berkali-kali, kita jadi immun, diorg plak yg naik menyampah...hehehe

      Delete
  14. Replies
    1. Bro, tukar nama takkan ubah apa-apa...Buzz off!

      Delete
    2. Ini memang nama aku lah!!!

      Ps: aku tak pasti sama ada kau ni cEro atau tak , Tapi kalau cakap nama sebenar aku ni tipu, ini Dah melampau!

      Delete
    3. Jangan main serkap jarang tuduh aku yg bukan2...
      Elok2 aku layan ko baik ko buat taik...

      Delete
    4. Memang pun , aku ni banyak masalah. DAN AKU PERLUKAN ORANG LAIN UNTUK BERUBAH.

      PS: AKU MEMANG TAK PANDAI BERGURAU, CERO.

      Delete
    5. Dude, you really have problems...Get help!

      Delete
    6. Ok, Mr.cEro....

      Delete
    7. Tapi macam mana ?, tolong beri cadangan ,cEro.

      Delete
    8. Pergi bercampur sikit dengan orang...
      Pergi berbual-bual dgn jiran, keluarga, kawan2...
      Pergi berjogging dkat taman dan bila berselisih dgn orang tak dikenali, ucap "Apa khabar?" atau "Hai..." atau "How are you?"
      Try selama sebulan, lepas tu datang balik bgtau aku progress...

      Delete
    9. Ok Mr.cEro.

      Ps: aku harap berjaya !

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License