I'm sorry...
Tiba-tiba adik aku bertanya,
"Kenapa dah lama tak nampak Alang pegang pensel ek?"
Jika hobi korang mengumpul setem,
dan tiba-tiba hasil setem kumpulan korang hilang,
korang masih boleh mula kumpulnya kembali.
Jika hobi korang bermain bola,
dan tiba-tiba but korang terkoyak,
korang masih boleh beli but baru.
Jika hobi korang blogging,
dan tiba-tiba blog korang diserang virus,
korang masih boleh buat blog yang baru.
Tapi, jika hobi kalian melukis,
dan tiba-tiba kalian hilang kebolehan melukis,
bagaimana kalian nak teruskan hobi kalian??
Pernah aku beritahu di entri terdahulu,
aku kehilangan kebolehan melukis akibat terlibat dalam satu kemalangan motosikal.
Namun, apa yang aku tak beritahu adalah
tiada seorang pun dari ahli keluarga aku tahu hal itu.
Dalam keluarga, aku mengambil peranan sebagai
'anak yang banyak rahsia'
kerana peranan itu sesuai untuk aku.
Pada aku, selagi aku mampu teruskan hidup sendiri
aku akan sedaya upaya tidak menyusahkan dan membimbangkan keluarga aku.
Termasuklah mereka tidak tahu aku pernah kemalangan motosikal
dan mengakibatkan otot dan pergerakan tangan kanan aku tidak secekap dulu.
Kini, aku nak lukis garis lurus pun satu cabaran besar.
Pernah sekali, aku ke pameran lukisan di sebuah galeri seni.
Aku berdiri di hadapan sebuah lukisan..
Tanpa aku sedari, air mata berlinang,
Aku sedar air mata itu selepas seorang atendan menyapa
"Kenapa adik menangis?"
Mungkin padanya aku menghayati lukisan itu.
Namun, pada aku,
menjadi pelukis adalah cita-cita pertama aku.
Dan sejak kecil, aku berusaha menggapainya.
Sekian lama aku tinggalkan pensel aku.
Sekian lama buku sketch aku tidak diusik.
Beritahu kepadaku,
patutkah aku cuba melukis kembali dari awal?
Seperti kembali mengumpul setem yang hilang?
Seperti kembali membeli but yang koyak?
Seperti kembali membuat blog baru?
Apa jawapan aku patut beri kepada soalan adik aku tu?
Kini, aku nak lukis garis lurus pun satu cabaran besar.
Pernah sekali, aku ke pameran lukisan di sebuah galeri seni.
Aku berdiri di hadapan sebuah lukisan..
Tanpa aku sedari, air mata berlinang,
Aku sedar air mata itu selepas seorang atendan menyapa
"Kenapa adik menangis?"
Mungkin padanya aku menghayati lukisan itu.
Namun, pada aku,
menjadi pelukis adalah cita-cita pertama aku.
Dan sejak kecil, aku berusaha menggapainya.
Sekian lama aku tinggalkan pensel aku.
Sekian lama buku sketch aku tidak diusik.
Beritahu kepadaku,
patutkah aku cuba melukis kembali dari awal?
Seperti kembali mengumpul setem yang hilang?
Seperti kembali membeli but yang koyak?
Seperti kembali membuat blog baru?
Apa jawapan aku patut beri kepada soalan adik aku tu?
untuk kembali melukis
Patutkah aku?
patutkah?
setiap org dikurniakan Allah keistimewaan tersendiri.
ReplyDeleteMungkin keistimewaan kau melukis.
Walaupun tgn kau tak secekap dulu, boleh guna lg kan.
Mungkin tgn yg x secekap dulu tu boleh menghasilkan lukisan yang dari sudut lain.
Keep on trying ok!
aku rasa, keistimewaan kau yg sebenar ialah menulis. sebab setiap entry kau sedap dibaca.
ReplyDelete:)
aku setuju ngan kerak...tapi kalo melukis dan menulis..pakej hebat tu cero...x salah mencoba..chaiyok..
ReplyDeletekau x try g urut ke bro...mane tau boleh betulkkan sikit sndi tuh.
ReplyDeleteseni itu abstrak bro. melukis tak semestinya kene ikut prinsip yg ditetapkan. sbb prinsip2 sume tu manusia gak yg cipta.
ReplyDeleteapa yg orang nak lihat adalah idea dan ilham dari seorang pengkarya.
lukisan yang orang tak paham maknanya pun masih dianggap seni. lukisan yg dianggap seperti lukisan budak tadika pun masih dianggap seni yang sangat berharga.
aku rasa setiap hari ada saja seni baru yg orang cipta utk menempa namanya sebagai pioneer utk sesebuah seni tu.
pokok pangkalnya adakah kita mahu atau tidak?
berakit2 ke hulu, berenang ke tepian, bersakit2 dahulu, bersenang2 di kemudian...
hendak 1000 daya, tak hendak 1000 dalih...
mungkin ni dpt membantu semangat ko bro, ape pon good luck!
salam ramadhan 15
ReplyDeletecero kalau itu yg terbaik tak salah kalau teruskan utk ber pensil jika tidak lupakan aja so renung2kan
jwpn aku utk kau mrL ialah: tepuk dada tanya selera..yang penting usaha..kalau kau rasa hidup kau utk melukis, buat yg terbaik..
ReplyDeleteu can do it dude..believe!..
sokong hentak berlipat..tryla berurut cra kmpung...
ReplyDeletemgkn de hikmah disebalik kejadian tue...mgkn cero x sdr pe hikmahnye...
ReplyDeletewlpn cero x dpt melukis...cero ttp dpt gn tgn cero kan...n seandainya cero x alami kmlgn itu...myb cero x bejya spt skrg...n blog ini wujud? hehe3
rasenye cero still leh melukis cma mgkin x secekap dulu la...org buta n pekak pon boleh mmbaca n belajar krn die brsggh2...
utk adik cero tu...mgkin cero leh britahu prkara sbnr @ msih menyembunyikn perkara sbnr...pilihan ditgn cero... =)
God gave you talent...don't deny it. Mana nak tahu boleh tak boleh selagi tak cuba? betul tak?
ReplyDeleteLatest entry: http://mariellasays.blogspot.com/2010/08/apa-nak-jadi.html
teruskan usaha, don't stop
ReplyDeletemungkin bila selalu praktis, urat tgn ko boleh pulih semula
atau cuba digital art, kreativiti masih boleh dicurahkan
gud luck!
cubalah :)
ReplyDelete@KERAK NASI
ReplyDeletemenulis??? yeke??
aku tak rase pon...
@tuan tanah
akan mencuba, terima kasih...
@hentakbelipat
ada gak urut, tp ok skikt2 je, tak spenuhnya...
itu yg agak mengecewakan...
@Shukjessa
aku mmg nak cuba, tapi ak tau ianya tidak sama mcam dulu...
sedey plak rasenye...
@theSkycrapper
thanks..
aku bakal cuba...
@echah mashuri
baek...
dah cuba, tp tak brape nak menjadi...
mgkin salah pilih org kot...
@Miss Comot
mmg boleh melukis, tp tak secekap dulu...
hasil pon tak sebagus dulu...
adus, taknak bgtau laa dia...
nanti dia repot mak...haha
@Mariella Liyana
thanks...bakal cuba...
@Dark Half
digital art, waahh!!!
sgt tak terfikir...
thanks...bakal mempertimbangkannya..
@.::WaNiE::.
thanks wanie..
belum cube belum tau...
ReplyDeletep/s:smlm pertama kali pegi The Mines..menjejaki perjalanan Cero ngn Miss L..ahahaha..aku xpandai main gendang tu..!!
@pu3aan
ReplyDeletehahaha, best tak mines??
4 me, best laa...
sbb ade sbb tertentu...
hahaha
hurm.i pun suka sangat tengok lukisan walaupun tak la reti sgt melukis.sebab dalam lukisan tu macam ada perasaan. memang sedih kalau dah tak dapat melukis.erm.kalau latih tangan sebelah lagi? boleh ke?
ReplyDelete*ada orang pandai pakai mulut dengan kaki.
cEro patut melukis balik...
ReplyDeletecuba la sikit2, lma2 msti mndatangkn hasil....
contohnya org yg tiba2 buta,
cekal kn diorg cuba blajar utk mampu brjlan sprti org yg celik...
sdgkn tu bkn prkara yg snang...
@Sophie Al-yahya
ReplyDeleteI pon kdg2 boleh touching tgk lukisan org...
tp, kalo nk start pakai tgn satu lg, mcam susah je...
xpe, I akan try...
@raja dinie
ya, betul...
nak try laa melukis balik...
rindu kat pensil n bau pemadam...
hahaha...
hilangnya satu kebolehan bukan bermaksud hilang keseluruhan bakat dalam diri saudara..pasti ada bakat lain yang saudara x gali lg!life go on k!
ReplyDelete@Anonymous
ReplyDeleteterima kasih cik Anon...
sy akan gali bakat yang saya ada...
haha
aku suka baca blog kau... itu kelebihan kau...
ReplyDeletehaha..pandai pon!
ReplyDeletegali bakat saudara tu contoh mcm wat blog nie..best gak baca post2 blog saudara..
(p/s:Cik anon pun cik anon jugak la..)
@nekmo
ReplyDeletehaha, thanks nenek...
keep on supporting yek...
@Anonymous
cik Anon, apa kata bagi nama...
alaa, bukan susah pon nk letak nama...
kan?? kan??
x kisah pon saudara nk letak nickname cik anon..hehe..okay la..
ReplyDeletehmm..kes saudara dgn problem melukis tu 'similar but different case' mcm cik anon jgk..cik anon pun sukaa sgt melukis tapi disebabkan satu perkara yg smpai skrg agak menyesal, cik anon tinggalkan dunia lukisan yg cik anon sgt2 suka. Tp skrg cik anon dh nampak hikmahnya, dan gembira dengan apa yang cik anon dh pilih. Jadi.. sbb tu la cik anon nak saudara pun camtu jgak..gambahteh ok!
@Anonymous
ReplyDeleteterima kasih cik Anon sbb suntik semangat...
kdg2 hidup bukan macam kita sangka..
tp apa boleh buat??
life must go on, kan???
yup!..itu yg kita nk dengar drpd en. cero!
ReplyDelete@Anonymous
ReplyDeletehaha, thanks cik Anon...