Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Aug 26, 2010

Erti Dalam Satu Perkataan

one-ninety
I'm sorry.


Ini Azlan,
seorang murid sekolah menengah yang dikehendaki gurunya untuk menyiapkan satu projek sejarah mengenai kemerdekaan.
Kebetulan, berhampiran rumahnya tinggal seorang tua bekas tentera pejuang kemerdekaan dahulu.
Kesempatan itu diambilnya untuk menyiapkan sebuah temuramah.

Azlan ziarah rumah Kapten (B) Manaf, 82 tahun.
Berkerusi roda, dia dikatakan pernah berjuang semasa zaman darurat negara.
Bila diminta keizinan untuk membuat satu temubual,
Kapten (B) Manaf berkata,
"Hari ni hari Jumaat..
Kamu datang balik hari Ahad nanti dengan memberikan atuk satu jawapan kepada soalan ini.
Soalannya, APA ITU MERDEKA?
Jawab dengan hanya satu perkataan.
Jika atuk puas hati, aku izinkan.
Jika tidak, atuk tak dapat membantu."


Dari syarat Kapten Manaf, Azlan sedikit gentar.
Apakah jawapannya?
Apa jadi jika dia salah jawab?
Walaupun masih ada dua hari untuk difikirkan jawapannya,
namun Azlan tidak mahu menanggung risiko.

Esoknya,
dia bertanya ahli keluarganya.
"Apakah MERDEKA dalam satu perkataan?"
"Bebas..." kata ibu.
"Cuti.." kata abah.
"Merdeka tu...merdeka laa.." kata kakak.

Langsung tak membantu, Azlan berkeputusan mahu bertanyakan kawan sekolahnya.
"Apakah MERDEKA dalam satu perkataan?"
"Sejarah???..."
"Rehat kat rumah...er, rehat.."
"Tanah tumpah darah bebas dari penjajah. Eh? nak satu perkataan ek?? Sorry!!"


Tidak memberangsangkan, Azlan ke sebuah pusat membeli belah untuk bertanyakan kepada orang awam.
"Apakah MERDEKA dalam satu perkataan?"
"31 Ogos.." kata seorang remaja perempuan dengan baru ketat.
"Tuanku Abdul Rahman.." balas pasangannya lelaki bersubang di hidung.
"Kedai tutup.." kata promoter kedai pakaian.
"Tiada kongkongan.." kata pekerja restoran makanan segera.

Azlan mendapati MERDEKA boleh diistilah dalam banyak perkataan.
Namun, nak mencari SATU perkataan untuknya,
adalah agak MUSTAHIL.

Seketika,
akibat penat, dia berehat di sebuah tempat duduk.
Datang sepasang ibu dan anak duduk di sebelahnya.
Ibu berusia lingkungan 40-an dan anaknya dalam 4 tahun.
Mencuba nasib, Azlan bertanya kepada si ibu.

"Apakah MERDEKA dalam satu perkataan?"
Si ibu kemudian berkata kepada anaknya,
"Adik, MERDEKA tu apa?"

"HATI!!!"
Malam tu,
Azlan tak dapat tidur.
Jawapan budak 4 tahun itu berkicau di benak fikirannya.

Keesokan harinya, Ahad.
Azlan ke rumah Kapten Manaf.

"Sudah ada jawapan untuk soalan atuk??" tanya Kapten Manaf.
"Saya cuba.."

"Apakah MERDEKA?"
"MERDEKA itu HATI."

Kapten Manaf tersenyum.
Azlan kelihatan risau.

"Bagus. Mari kita bertemubual." kata Kapten Manaf.
"Jawapan saya betul ke, Atuk?"

"Jawapan kamu tidak salah.
Apapun jawapannya, tidak salah.
Apa yang penting, bukan jawapan.
Tetapi usaha kamu mendapatkan jawapan.
Sama seperti merdeka.
Ianya hanya satu tarikh.
Tapi apa yang penting ialah jalan sebelum kemerdekaan.
Itu yang harus disemai dalam diri setiap individu dan harus difahami masyarakat.
Ya, MERDEKA itu HATI.
Kerana kita tidak merdeka jika hati kita masih dijajah."


Kesudahannya,
Azlan dapat A+ dalam projek matapelajaran Sejarahnya.



-----------------------------------------

Cerita di atas adalah rekaan penulis semata-mata. Merdeka bukanlah berapa jumlah Jalur Gemilang yang kita kibar, tapi untuk apa kita kibarkannya. Merdeka bukanlah betapa patriotik kita nyanyikan lagunya, tapi untuk apa kita nyanyikannya. Merdeka bukanlah betapa meriah kita sambutnya, tetapi untuk apa kita sambutnya.




15 comments:

  1. pehh.rse nk berkawat plakx pasal2 nih

    ReplyDelete
  2. gud job dude.

    salam kemerdekaan yg ke 53.

    ReplyDelete
  3. cero best..best...

    merdeka...merdeka...merdeka...

    ReplyDelete
  4. kalo baca entry ko..mesti aura lain macam le cero...dramatik..(suke sgt dgn perkataan dramatik..ntah pepe..hehe)

    ReplyDelete
  5. mmg best citer ni...dlu aku pon kn wat projek utk Sejarah...aku pilih sal asal-usul kg aku...n org yg aku interview...ayah aku sdiri...
    bile igt2 blik rase nk mtk blik projek aku tue...hehe3

    apa itu MERDEKA?
    honestly aku bc soklan ni trus aku jwb...kebebasan...hik3
    tp ntah la...smgt patriotik krg kot lam smgt aku...hehe3
    tp 1 fkta menarik...tiap2 thun...beday aku bln 8 gak..klu beday aku hri isnin...hari merdeka pon hri isnin...thun ni hri selasa...sila check kalendar...hehe3 (pdhal x menarik pon fakta ni...kui3)

    ReplyDelete
  6. patut lah respon dorg cm lawak je. rekaan rupenye haha :D nice one cero.

    ReplyDelete
  7. @hentakbelipat
    haha, aku pon lpas wat entri ni trus berkawat kat jalanraya..

    @KERAK NASI
    haha, bgus laa...haha

    @.::WaNiE::.
    thanks..
    hehehe

    @theSkycrapper
    salam merdeka 53...

    @AngahSayang2314
    thanks angah...
    hehehe

    @tuan tanah
    aura dramatik ek??
    hahaha, i loike..

    @Miss Comot
    haha, just nk bg kesedaran bahawa merdeka bukan sekadar kibar jalur gemilang..
    hehehe
    btw, ur besday brape haribulan??
    24, 17, 10, ke 3??

    ReplyDelete
  8. @raja dinie
    thanks dinie...

    @m i r a f i q a
    hahaha, gile arr kalo mmg btol jadik...
    bapak dramatik giler...
    hehehe

    ReplyDelete
  9. kau yg reka cerita ni???

    wowwwww....

    ok,selamat hari kebangsaan ke 53! :)

    ReplyDelete
  10. @iemaZAIMAH
    knapa?? macam cerita tak logik ke??

    ReplyDelete
  11. bukannnn....sgt touching ouh..

    boleh jd cikgu bahasa..hohohoho

    ReplyDelete
  12. @iemaZAIMAH
    jadik cikgu bahasa adalah cita-cita kecil aku...
    hahahaha

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License