Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Oct 18, 2010

Kaki SMS Sepenuh Masa

two-three-se7en
I'm sorry...




Beberapa hari lalu,
aku bermotor kena jemput adik aku kat Bukit Jalil
sebab dia yang sedang belajar di Melaka nak balik bercuti hujung minggu.
Untuk yang tak tahu, Bukit Jalil kini menjadi terminal sementara,
sementara menunggu Pudu diubahsuai dan Terminal Bersepadu Selatan dekat Bandar Tasik Selatan siap dibina.

OK, berbalik ke cerita adik aku.

Aku dah nampak dia dari jauh.
Teka apa dia tengah buat?
YA!
Berjalan sambil SMS.

Dan sepanjang perjalanan dari Bukit Jalil ke rumah aku,
cuba teka apa dia buat?
YA!
Dia SMS sambil membonceng.

Sampai rumah, salam mak salam abah.
Dia masuk dalam bilik.
Lama baru dia keluar.
Cuba teka apa dia buat dalam bilik lama-lama?
SALAH!
Dia bukan kemas baju dari beg.
Dia SMS atas katil.





Hampir 24 jam sudah dia di rumah,
dan aku sangat pelik dengan perlakuan dia.
Henset tak pernah lepas dari genggaman tangan dia.
Walaupun tengah makan malam!

Kat meja makan,
aku tunggu je bila Mak dan Abah aku nak sound,
dulu aku SMS masa makan,
tulang ayam terbang datang cium ke pipi aku.
Tapi malangnya,
Mak dan Abah aku buat dek je...
Aku hangin...

"Hang sepenuh masa ke??"
Dialog aku bermula semasa kami di ruang tamu..

"Hm..ye laa..
Sepenuh masa laa..
Bukan separuh masa..."
Dia jawab.

"Hang tau ke ape yang orang maksudkan dengan 'sepenuh masa'?"

"Belajar kan?
Orang memang belajar sepenuh masa pun.."

Walaupun muka aku nampak serius,
tapi perut aku dah berombak-ombak menahan gelak.

"Orang kata hang tu kaki SMS sepenuh masa laa.."

"JAHAT!!"
Dia tumbuk bahu aku.

"..and I bet u even SMSing in bathroom, kan??"

----------------------

Esoknya,
sedang aku menikmati air sejuk dari peti ais,
Mak aku bagitahu aku yang henset adik aku tu rosak.
Aku tanya kenapa boleh rosak,
Mak jawab masuk air.

"Air apa?" aku tanya lagi.
"Air jamban..."

Spontan, aku bersembur sebab tak dapat tahan gelak!





postquam-scriptum:
Sebenarnya, aku lebih suka guna perkataan 'texting' dari 'SMSing'.
Tapi kebanyakan orang keliling aku guna SMS,
so aku kena laa guna SMS jugak.


30 comments:

  1. ntah2 bro pun bawak fon masuk jamban!cume nasib baik xmasuk air jamban je..
    muahahah..

    ReplyDelete
  2. hahahahahahahahha..standard budak budak la..aku punya adik pun macam tu..angin je aku..sabar jelah..

    ReplyDelete
  3. mak aih,cube ko cek hset adek ko tu.klo da serba serbi tiap mase ber sms,aku pon agak pelik.huhuh

    ReplyDelete
  4. nasib baik zaman tu dah berlalu..haih. terasa tua tiba - tiba.

    henpong sy penah masuk jamban. bukan sebab sebok dok sms, tp sebab letak kat poket belakang. dh tu poket belakang tu pulak singkat. baru nak duduk plup dia jatuh dulu adoi.

    ReplyDelete
  5. hahaha...

    sy pn penah bt camtu...tp xder la smpai jatuh lam mangkuk tndas 2....

    klu jatuh pn sy sgup ambik..hehehe

    biasa la 2...:)

    ReplyDelete
  6. hahaha. lawak nok mapuh >.<

    ReplyDelete
  7. hahaha...bahana buat kerja tak bertempat.
    aku prefer texting jugak, cuma dengan sesetengah orang je aku cakap texting. yang lain tak paham aku cakap ape.

    ReplyDelete
  8. enset jatuh lam jamban.. pastu sua tangan lam mangkuk jamban pulak.. ahaha... sadis!

    ReplyDelete
  9. Bkn ke ko pun pernah dlm tandas pun ko boleh update blog.. :x

    So skrg apa terjadi dgn adik ko? termenung sorang2 je lah jwbnya.. Hahaha

    ReplyDelete
  10. KAH KAH KAH KAH!
    aku nk gelak,and aku juga terasa.

    aku mcm tu lah dlu mse ad pkwe.dlu zaman kanak2 mcm tu lah.haha!

    at least,xpnh msuk jamban woi.

    ReplyDelete
  11. @little cart00n
    hahaha, tp cEro takde laa smpai spnjang masa nk berSMS..hehehe

    @kata kila
    hahaha, walaupon lawak tp aku kesian jugak kat dia...

    @sakura lover's
    haha, buat2 tak tau je..

    @aleen aiden
    dia tgh bercinta baEk punya...
    malas nak kaco...

    @Fina Fento
    aku pon pnah jatuh, tp dlm longkang je laa, bukan jmban..

    @*dekli*
    haha, aku pon...
    sanggup amik balik...

    @MOFASAD
    kah kah kah

    @m i r a f i q a
    haha, kesian laa dia..

    @mr delirium
    ko selalu buat ek??

    @Danial Ikhwan Jaafar
    same laa...tp follow the flow je..

    @Solihin Zubir
    haha, kalo jamban air ksong takpe lg..
    kalo air dia kuning-kuning ke, coklat ke, eeeeeee!!!

    @WZulhilmi
    aku update blog dlm jamban, tp bukan masa berak..
    hahahah
    btw, aku aku ada 2 henset, jd tak brape terkesan sgt!!

    ReplyDelete
  12. @iemaZAIMAH
    haha, waktu aku bercinta dulu pon takde laa sampai msuk jamban..
    cuba cepat2 nak kluar je sbb taknak bg SMS reply lmbat..
    hahah

    ReplyDelete
  13. hahahha...sengal tul..
    kalo dh setiap mase nak berSMS bilenye nak wat keje lain..
    wat keje lain pun hati xtenang sbb asik ingt nak berSMS je..
    aku pun xpaham budak2 zaman skrg nih..sakit mata tul aku tgk..
    tggu je la jari tu terkehel sbb tekan butang keypad..baru benti agknye..

    ReplyDelete
  14. hahahaa..
    macam2 hal...
    kalo aku,kompem mak ayah aku sound direct...
    bebulu jek tlinga...
    aku budak baek,
    har har har...

    ReplyDelete
  15. haha..itu ialah tabiat aku...
    -nekmo-

    ReplyDelete
  16. hahaha..
    lawak giler entri ni.terkekek2 aku gelak.
    adik aku pun sama.asyik dgn hp je.
    tp adik hang lg lorat laa sampai masuk jamban.huahua..

    ReplyDelete
  17. mesti adik kau tgh tensen xleh nak SMS. ke dia dah transfer simcard pinjam hp ko?hehe

    ReplyDelete
  18. ini pengajaran terB.A.I.K buat si kaki SMS.hAhaHaaa...!

    ReplyDelete
  19. @pu3aan
    hahaha, org tgh hangat mmg camtu...
    mane knal jari sakit ke hape ke..
    hehehe

    @aYaz
    haha, biasak laa..
    mak ayah aku ni kdg2 ok, kdg2 marah gak..
    tak paham aku...

    @Anonymous
    haha, ko pnah jatuh dlm jamban tak nekmo??

    @Sophie Al-Yahya
    hahaha, dia kurang bernasib baik..
    baik ko nasihat adik ko, nanti jd mcam adik aku plak...

    @Dark Half
    dia ade 2 henset, jadi takde masalah sgt kat dia...
    hahahah

    @mia Olive
    hahaha, harap2 dia serik dh bwak masuk jamban...

    ReplyDelete
  20. HAHAA.. orang tgh dilamun cinta harussss la cm ni..hihihhhii.. bab rosak tu sah kene ketulahan la tu..

    ReplyDelete
  21. @Nur -al- Ain
    haha, mula2 rase lawak,
    tp lpas tu kesian pon ade...
    hhehe

    ReplyDelete
  22. wow! msk jmbn kot...hik3

    aku klu wat msk hp lam jamban terutamanya jamban awam...tkot...slalu make sure hp kemas lam poket...tkot jdi mgsa jamban...haha3

    nsb bek jmban duduk klu jamban cangkung...babai...x leh amik dh...haha3

    ReplyDelete
  23. @Miss Comot
    hahaha, naya je nk celup tangan dlm jamban awam...
    memang tak arr...
    eeeeyyeekkk!!!

    ReplyDelete
  24. adat la org nga hot berchenta. makan x kenyang, tidur x lena..mandi x basah. tp tup2. haaaa...hp yg basah. hahaha. nseb2..=)

    ReplyDelete
  25. @syazwani
    haha, dah mmg naseb, nak wat camne...
    basah dah henset!!!

    ReplyDelete
  26. biasanya 2 tabiat org yg mula2 jatuh cinta...
    hehehe


    -dinie-

    ReplyDelete
  27. @Anonymous
    ooo, jadi bg yg dah lame jatuh cinta tu, mesti buat dek je kalo ade sms or call, kan??

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License