Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Dec 14, 2016

Ayam, Abah dan 'Inilah Kehidupan'.



Salam,

Tak ada komik sebab cuti panjang jadi aku pun berseronok bercuti.




So if you read my blog (which is you should)
beberapa minggu lepas aku bercerita tentang ayam jantan yang dibela Abah aku yang diberi nama Ayam.

Baca tentang Ayam di sini.

Baiklah aku tahu kalian sibuk tak ada masa nak ulangkaji cerita Ayam jadi aku ringkaskan: Abah aku bawa balik ayam dari kampung sebab nenek (dipanggil Tok) pindah rumah dengan niat awalnya mahu disembelih buat lauk tapi disebabkan sudah beberapa hari jaga jadi Abah aku terasa sayang nak sembelih dan dia buat keputusan untuk jadikan ayam itu sebagai haiwan peliharaan di rumah.

Apa yang bakal kalian baca selepas ini ialah sequel kepada cerita Ayam itu.

Nak disambung cerita,
alhamdulillah Emak dan Abah dan Tok dan adik dapat peluang untuk menunaikan umrah.
InsyaAllah kalau ada keizinan-Nya mereka akan berangkat pada awal tahun depan.
Beberapa hari sahaja nak masuk tahun depan,
jadi sekarang semuanya sedang sibuk bersiap.

Satu isu besar sebelum pergi adalah jagaan Ayam.

Tak seperti haiwan peliharaan lain (kucing contohnya),
Ayam perlukan jagaan manusia.
Bawa keluar sarang, kasi lepas bebas di laman belakang dan bila masuk waktu beri makan dedak, semua itu diuruskan Abah dan kadang-kadang Emak.
Jadi bila mereka tiada di rumah, maka tiada siapa boleh jaga Ayam.




Hujung minggu lalu Abah bertanya,
"Ada idea nak selesaikan isu Ayam?"

Emak menjawab.
"Kita sembelih sahaja buat lauk."

Muka Abah berubah.
Dia betul-betul sudah sayangkan Ayam tapi rasanya dia sedar itu adalah jalan terbaik.

Lalu,
Abah memandang aku seraya berkata,
"Ang sembelih laa, boleh?"

Mungkin Abah tak sampai hati nak sembelih sendiri ayam kesayangannya.
Pada dasarnya aku tahu sembelih ayam,
tapi aku sendiri pun sudah terasa attached dengan Ayam ni jadi aku segera gelengkan kepala tanda tidak mahu.

Aku kata,
"Kalau tolong pegang bolehlah. Tapi nanti lauk tu Alang takkan makan tau."

Emak aku pula berkata,
"Sebijik perangai macam arwah Tok Wan dulu."

Emak beritahu, lepas arwah Tok Wan bersara dan tamat tugas sebagai ketua kampung, dia bekerja sembelih ayam di pasar basah di pekan. Arwah tidak akan makan ayam yang disembelihnya. Itu prinsip dia dan jangan ditanya kenapa.
Sama macam aku juga, aku tak akan makan haiwan yang aku sembelih atau aku nampak disembelih.
Sebab tu aku kurang berminat nak tolong orang sembelih lembu ketika musim Raya Korban (walaupaun alasan utamanya ialah MALAS).

Kemudian,
Abah buat satu cadangan yang sangat brilliant,
"Beberapa hari lagi Abah dan Emak akan balik ke kampung menjenguk Tok dan selesaikan dokumen umrah dia. Apa kata kita bawa Ayam balik sama dan beri Ayam kepada orang lain di kampung tu. Sama ada mereka nak ambil buat jaga atau nak sembelih, itu terpulang kepada mereka."

Emak dan aku angguk tanda setuju.






Abah dan Emak akan balik ke kampung bersama Ayam pada hari ini (14 Disember) bermakna cuti hujung minggu lepas adalah hari terakhir aku boleh bermain dengan Ayam.

Aku duduk mencangkung sebelah Ayam.
Dulu dia lari sebab tak kenal, tapi kali ini dia menghampiri aku.
Aku rasa dia sudah mula kenal aku.
Ada beberapa kali dahulu aku pernah bagi dia makan.
Haiwan ni, tak kira haiwan apa pun, akan kenal dengan mereka yang beri mereka makan,
jadi kalau Ayam kenal aku pun aku tak terkejut.

Aku sentuh badan dia, kepala dia.
Kekadang dia tak selesa dia geleng-geleng kepala.
Kekadang dia rasa suka dia terkepak-kepak teruja.
Fikir balik, ayam comel yang berketok-ketok ni adalah cucu cicit langsung Tyrannosaurus Rex yang merupakan raja daratan satu zaman dahulu.
T-Rex tu ganas, tapi Ayam ni comel.
Kontra sangat. Tergelak kecil aku.

Tapi memikirkan juga itu adalah kali terakhir kami akan bertemu
dan selepas ini sama ada dia akan jadi peliharaan orang lain
atau menjadi lauk makanan orang lain,
membuatkan aku sedikit syahdu tersentuh.

Bila difikirkan balik (lagi), Ayam cuma seekor ayam.
Kalau dia bercampur dengan ayam jantan lain,
aku yakin aku tak dapat beza pun mana satu Ayam mana satu bukan.
Sedangkan manusia pun aku cukup susah nak cam, apatah lagi ayam.

Tapi itulah kehidupan.
Ramai yang datang dalam hidup kita (mungkin manusia mungkin ayam),
keluarga, saudara, kawan,
tapi pasti satu masa semua itu akan pergi.

Ada yang pergi bersebab, ada yang pergi tanpa sebab.
Tapi apa-apa pun kita yang tinggal ini perlu terus hidup ke depan.





Aku sedikit rasa sugul menaip entri ini.
Sungguh aku tak sangka seekor ayam pun mampu membuatkan aku terkesan sebegini sekali.

Tapi aku tak nak akhiri entri ini dengan perasaan tak best.
Jadi,
apa kata kita main satu game.
Game ini aku dapat dari internet.
Game ini dinamakan Chicken Game.
Game ini seperti di bawah:




Siapa kalah?
Angkat tangan! Hehehehe





.




26 comments:

  1. sebab kostum ayam tu nampak 'hidup' ia sedikit scary, hahahah!
    huhu, entri ni buatkan ai lapar kfc :3

    betul tu, tak kisahlah binatang apa pun, akan beri kesan kpd manusia yg menjaganya. dh biasa dgn perasaan ditinggalkn oleh kucing2 :3 satu soalan: jadi cEro takkan makan daging korban?

    semoga Ayam terus menjadi haiwan peliharaan hingga ke akhir hayat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Z

      Apa lagi. Orang baru dapat bonus silaa laa belanja KFC hehehe.

      Hanya makan daging korban kalau tak tengok binatang korban tu disembelih dan tidak menjadi sebahagian daripada team sembelihan. Kalau terus dapat dari jiran dsb, makan je dengan rakusnya hahahaha

      There's higher chance yang dia akan jadi lauk, tapi harap-harap dia dapat jadi ayam peliharaan sebab dia pun dah tua kalau buat lauk nanti daging liat hahahaha

      Delete
  2. Replies
    1. >Amna

      Aip aip! Jangan sedih!
      Ayam je pun hohohoh
      **lap air mata**

      Delete
  3. you're not going?

    -kudozu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >kudozu

      Unfortunately not. Ralat sangat tak dapat pergi.
      Belum rezeki kot :(

      Delete
  4. haha comelnya cerita Ayam ni. Tapi sedih juga. Aku faham perasaan dah attach tu. Dulu ayah aku ada bela angsa, sekor mati tercekik plastik, memang buat rasa sayu. berkasih sayang sesama makhluk hendaknya.

    aku kalah! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      What? Mati tercekik plastik?
      Kenapa tragis sangat kematian dia? Aduiii

      Aku pun kalah masa 1st time main, tapi 2nd time aku tak kalah dah hahahahaha

      Delete
  5. *Angkat tangan

    Aku pernah kena kejar dengan ayam masa kecik-kecik dulu. Ayam yang aku kenal tu suka betul menyakat budak-budak, last2 dia jadi lauk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >P

      Kenapa ayam suka kejar dan serang random orang ek?
      Apa yang buat dia agitated ek? Hahaha
      Kesian ayam tu last-last jadi lauk. Hahaha

      Delete
    2. Tak pasti pulak kenapa, tapi arwah Tokwan aku ada kata dulu, ayam tu saja nak main-main dengan budak-budak, sebab tu dia kejar. Kalau tak lari, dia tak kejar. Aku pernah je try tak lari, tapi ayam tu selamba mai kat kaki aku, lepas tu patuk. Hareee sungguh perangai hahah...

      Delete
    3. >P

      Hahaha. Memeang spesies suka cari psal dengan orang kot hahaha. Tak pernah kena patuk ayam. Sakit tak ek rasanya?

      Delete
  6. sedihnya. itulah cabaran membela haiwan yg boleh dimakan huhu. game tu aku 2 3 kali baca baru faham, tapi masa tu dah kalah dah huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Boss Noob

      Itulah. Bila start attached memang payah.
      Macam Abah aku tiap hari ngadap Ayam tu jadi dia mesti lebih terasa hahaha.

      Game tu, aku rasa semua orang pernah kalah hahahaha

      Delete
  7. sedih pulak. memang betul orang kata, bila ada sesuatu haiwan yg kita bagi nama atau ada nama special kononnya, mesti susah nak lupa, senang attach.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Betul. Kalau rasa semuanya akan berakhir dengan sedih, jangan terlalu attach. Sedih ooo :((

      Delete
  8. Power kau boleh belai2 ayam. Aku nak pegang ayam tak berani n kadang2 dia yg lari.

    Tak tahu mana satu lebih bermakna. Nak sedih pasal ayam ke nak bersedih pasal kalah kena game dgn kau. T.T Huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Ramai cakap macam tu. Aku tak selalu berinteraksi dengan ayam hidup tapi ayam memang suka lari-lari ke? Hehehe

      Sedih dua-dua pun takpe. Tak luak pun sedih hahahaah

      Delete
  9. cero, kau pernah baca blog ayam dan babi? Eh? #tetibah

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Ben

      Kau nak tahu, bila kau bukak cerita pasal blog ayam dan babi dengan Ojin, aku terus terdiam sebab tak tahu apa yang korang borakkan hahahahaah

      Delete
  10. kalah dulu lagi game tu...ayam camtu gak eh? belakang rumah aku banyak ayam belaan parent aku. tapi kalau musim raya, depalah yg aku makan. kdg tu lawak jugak r dgn gelagat diorang. mcm2 ragam ada. pandai berlakon buat2 matilah...^_^! cerita ayam kau pulak sedih.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie

      Mungkin sebab kau banyak kot ayam.
      Aku seekor je.
      Kalau banyak, sembelih buat lauk satu ada lagi yang tinggal, kalau satu? Hehehehe

      Mesti comel ayam berlakon buat-buat mati hahahahaha

      Delete
  11. Alamak sayu pulak baca ceritanya. Aku kalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nanadhoi

      Hehehe. Takpe. Setiap cerita ada pengajarannya. Hehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License