Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Dec 28, 2016

Nama Aku cEro.





Salam.

Tiada komik minggu ini.

Ini adalah entri terakhir tahun 2016
dan aku secara rasminya berjaya post entri pada rabu setiap minggu tahun ini.
TAHNIAH BUAT AKU.

Mulanya aku mahu minta maaf dahulu.
Kalau kalian perasan, aku semakin jarang reply komen dan juga singgah blog kalian yang membaca kebelakangan ni.
Aku nak salahkan sambungan internet yang siput di tempat aku ini
tapi aku akan salahkan sepenuhnya kepada diri sendiri kerana kurang ambil inisiatif lain.

Maafkan aku.

Disebabkan ini adalah entri terakhir 2016,
biar aku kongsikan sesuatu peribadi tentang diri sendiri.




Nama aku cEro.
cEro adalah alter ego yang sudah lama aku pakai bermula beberapa tahun dahulu.
Dan beberapa tahun selepas itu aku buat keputusan untuk memisahkan cEro dan diri aku sebenar atas beberapa sebab yang tidak mahu aku senaraikan.

Semasa ambil keputusan untuk menjadikan cEro sebagai satu entiti/identiti berasingan,
aku sudah dapat agak segalanya bukannya mudah.

Dalam satu episod Criminal Minds ada memberitahu,
seorang perisik (spy) hanya boleh ada dua identiti lain selain dirinya pada satu tika yang sama.
Miliki identiti lebih daripada itu akan menjadi bebanan kepada minda dan psikologi dan mungkin akan menggugat kesihatan mental si perisik.

Aku mula faham kenapa begitu boleh berlaku.

Aku tak kata aku spy, aku juga tidak menidakkan.
Tapi memiliki satu kehidupan normal sebagai diri sendiri dan dalam masa sama wujudkan satu cerminan diri yang bernama cEro sedikit sebanyak bukanlah perkara yang mudah.

Mungkin kalian tak rasa susahnya kekalkan alter ego cEro kalau cEro sekadar cerminan maya diri sendiri.
Ya, aku adalah cEro.
Kebanyakan cerita cEro dalam blog ini adalah cerita benar diri aku walaupun memang wujud elemen tokok tambah untuk perasaan dramatik.

Dengan kata lain, aku adalah cEro tapi cEro tak semestinya aku.



Biar aku beri beberapa contoh:

Kalian mungkin tahu aku terlibat dengan penghasilan komik indie di bawah nama Buasir Otak: The Komik?
Jilid pertama komik itu sudah memasuki pasaran mainstream di mana Alaf21 sukacita untuk menerbitkan dan memasarkannya ke kedai buku.

Satu hari aku ke kedai buku dengan kawan dan terlihat buku Buasir Otak: The Komik dipamerkan di rak jualan. Perasaan melihat nama 'cEro' tertulis di muka depan kulit sebaris dengan nama pelukis komik yang lain sangat mengujakan aku. Terasa sedikit bangga di dalam diri. Aku snap dua tiga gambar untuk kenangan. Aku sangat mahu beritahu kawan aku tadi bahawa buku itu ada nama aku tapi...

...takkan aku nak umum aku adalah cEro? kan?
Jadi aku kena tahan keterujaan yang ada dan pura-pura tidak jumpa apa-apa.




Kejadian itu tidak terhad terhadap aku ke cEro tapi juga sebaliknya untuk cEro ke aku.

Atas sebab-sebab tertentu, nama aku tertera naik di kaca TV atas satu pencapaian yang aku lakukan. Pada kali pertama ternampak nama aku naik TV, aku rasa bangga sangat, juga snap beberapa gambar. Aku sangat mahu bercerita tentangnya di blog ini tapi...

...yang naik itu nama aku. Kalau aku cerita di blog samalah macam aku umumkan nama sebenar aku siapa, kan?
Maka sekali lagi aku terpaksa tahan keterujaan diri dan pura-pura tiada benda membanggakan berlaku pada diri aku.




Dan disebabkan aku dan cEro menghuni di dalam otak yang sama,
maka aku selalu sedikit tidak percaya bila orang kata sukakan aku.
Bila seseorang kata dia suka aku, aku tak pasti dia suka aku sebagai aku atau suka aku sebagai cEro. Dan bila aku tanya mana satu, mereka tidak mampu beri jawapan yang memuaskan hati aku. Kalau dia suka cEro, maka kemungkinan besar dia tak suka aku yang sebenar dan kalau dia suka aku, mana mungkin dia suka aku sebab aku tak banyak reveal tentang diri sendiri macam mana nak suka orang yang kita tak tahu dan tak kenal, jadi kemungkinan besar dia maksudkan dia suka cEro.

cEro aku gambarkan sebagai orang yang berkeyakinan tinggi tapi diri aku sendiri sebenarnya bukanlah sebegitu jadi you cannot like me for the attributes I show in cEro. Kami serupa tapi kami tak sama.

See? Complicated kan?




Begitu juga berkawan.

Kita semua seronok berkawan dengan orang yang suka minat yang sama.
Aku suka melukis dan komik. Malangnya orang sekitar aku bukan dalam kelompok itu.
Namun dengan menggunakan nama cEro, aku dapat kenal ramai orang yang mempunyai minat yang sama dengan aku. Aku sangat gembira dapat kawan baru yang boleh bertukar-tukar idea, tapi...

...disebabkan aku mahu kekalkan anonimiti diri, aku terpaksa pilih kawan.
Ikutkan hati aku nak kawan dengan semua orang, berjumpa dengan semua orang tapi malangnya lagi ramai orang aku kenal rapat bermakna lagi tinggi risiko rahsia aku akan terbongkar.

Aku sudah beberapa kali sertai meet up atas kapasiti sebagai cEro.
Banyak yang tanya aku soalan peribadi. Ikutkan hati aku boleh sahaja tipu tapi kalau tipu aku berdosa. Kalau aku jawab benar pula aku seolah-olah bongkar rahsia sendiri jadi aku ambil keputusan untuk tidak menjawab mana-mana soalan bersifat menggali.

Bukan. Aku tak kata kalian mulut tempayan,
tapi memang wujud situasi di mana orang 'tidak sengaja bercerita' tentang diri aku sebenar tanpa dia sedar. Hal ini berkali-kali sudah berlaku. Setakat ini aku boleh kawal tapi aku tak pasti di masa hadapan apatah lagi bilangan orang yang tahu rahsia siapa cEro semakin bertambah.




Terlanjur bercerita tentang rahsia,
di sini aku nak ingatkan secara mesra, kepada kawan-kawan yang kenal siapa cEro, aku harap-harap-harap-harap sangat dan merayu agak kalian supaya simpan rahsia itu tidak kira apa pun berlaku. Pisahkan aku dengan cEro. Lihat kami sebagai dua entiti berbeza yang tiada kaitan dan jangan sesekali panggil aku cEro di alam nyata dan jangan sesekali panggil nama aku di alam maya.

Aku beri kepercayaan tinggi kepada kalian si pemegang rahsia.
Tolong simpannya sebagai amanah walaupun kita mungkin ada perselisihan faham sana sini.

Aku paling risau dengan spesies begini:
"Aku ada satu rahsia tapi kau jangan beritahu orang lain tau."

Aku sudah bertemu dengan banyak spesies begini dan ada di kalangannya adalah rakan baik aku tapi aku terpaksa senaraihitamkan mereka kerana spesies beginilah yang kadang-kadang menjadi agen menyebaran rahsia tanpa mereka sedar.

Dan aku minta maaf kalau orang itu ada di kalangan kalian yang sedang membaca ini.

Aku ada sebab kenapa aku perlu rahsiakan identiti diri.
Walau apapun sebabnya, tidak kira masuk akal atau tidak,
tidak kira sebabnya kecil ataupun melibatkan soal nyawa
aku sangat harap kalian boleh simpan rahsia itu.




Dan aku cukup tak suka orang ugut aku dengan rahsia aku,
"Aku tahu kau siapa jadi ikut kata aku hahahahaha"
Maaflah.
Kau tahu rahsia aku sebab aku juga tahu sebahagian rahsia kau.
Kau betul-betul ingat aku beritahu rahsia aku dekat kau senang-senang ke?
Contohnya, orang yang tahu muka aku bermakna aku juga tahu muka dia.
Orang yang tahu nama aku bermakna aku juga tahu nama dia.
Orang yang tahu nombor telefon aku bermakna aku juga tahu nombor telefon dia.
Ini namanya pertukaran sama nilai.
Satu perkara yang aku tahu aku sangat bagus lakukan ialah menggali maklumat.
Jadi fikir dua kali dulu sebelum ugut aku dengan rahsia aku.




Aku sudah nekad tidak akan wujud saat di masa akan datang di mana aku akan reveal siapa cEro yang sebenarnya dan ambil tampuk identiti cEro sambil mengumumkan nama sendiri.

Jadi kalau satu masa nanti semua ini tidak lagi berada di bawah kawalan aku, aku hanya ada pilihan untuk meninggalkan salah satu identiti.

Aku tidak mungkin akan tinggalkan identiti diri sendiri, jadi pilihan yang tinggal adalah meninggalkan identiti cEro.

One day, kalau keadaan memaksa, cEro mungkin akan aku hilangkan dari alam maya.





Nama aku cEro.
cEro adalah alter ego yang sudah lama aku gunakan.
Gembira dapat berkenalan.
Jumpa lagi di tahun hadapan.





.


34 comments:

  1. Tahniah untuk entri setiap rabu, satu pencapaian tu sbb bukan senang nak buat :D

    Tak tahu nk komen apa psl identiti tu, hihi tak berpeluang kenal manusia di sebalik cEro. Buat sesiapa yg kenal tu beruntunglah. Tak faham knp nk share sesuatu yg eksklusif dgn org lain.

    Manusia di sebalik cEro masuk tv sebab apa agaknya? Adakah sbb masuk mentor millenia? :O

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Z

      Terima kasih. Nak maintain setiap rabu memang sangat susah. But thanks to 'schedule post', it's possible hehehe.

      What? Mentor Millenia?
      Saya ni nyanyi karok boleh laa, tapi tak laa sampai berkeyakinan tinggi nak masuk contest hahahaha.

      Delete
  2. aku suka cEro. Whoever another you, I like cEro. So stay, dont disappear. Happy new Year cEro! May 2017 brings you closer to your dreams, your God, happiness, prosperity and all you needed.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Haha boleh tak aku nak pretend yang kau cakap 'aku suka cEro' sahaja dan abaikan yang lain? Hehehe

      You too Nad. 2017 will be a good year for you, I'm sure.

      Delete
  3. Dude, jangan hilang weyh..aku suka cEro, in a way it's a part of you, altered egoistically.. Aku sayang kengkawan aku, be it cEro or you..cuma takde peluang nak kenal the real you..but it's an honour to know you, even a bit.. ^^

    Selamat tahun baru dengan do'a semoga tahun 2017 kau lebih sukses dan letup2 kebabom..

    p/s: aku rajin roleplay so I know the hardship of splitting yourself up into different ids.. susah but looks like you're really keeping up to it.. aku sokong jek..! And I'll do my teeny tiny part for it, if you know what I mean..ahahaha..XP

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lee

      Aku tak terfikir nak hilang tapi kalau itu sahaja jalannya aku tak akan teragak-agak untuk buat hehehe. Aku pun sayang kengkawan aku tak kira laa walaupun ada yang tak anggap aku kawan pun.

      And it's also an honour to know you hehehe.

      Susah. Sangat susah. Zaman di mana setiap perkara boleh diselidik di hujung jari ni, nak conceal identiti memang saaaaangat susah tambahan pula bila ada yang tidak membantu. Tapi kau membantu. For that, thank you :)

      Delete
  4. harap cEro tak give up. walaupun cEro adalah alter ego, dan mungkin cEro disini taksama dengan cEro sebenar, tapi semua datang dari orang yang sama, minda yang sama. and i respect that mind.

    harap jumpa tahun depan. (jumpa blog nie lagi)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Thanks BV.
      Terima kasih sebab memahami dan menghormati.

      Jumpa lagi tahun depan. Beberapa hari je lagi pun hahahaha

      Delete
  5. hmm honestly, lets calculate this once again. I dont know you and I dont know why randomly dalam banyak2 blog aq follow (mostly beratus/beribu followers, luar dalam negara) Saya stuck dengan yang ni. yang commentor xramai pon. haaa.Saya xbaca/xminat komik, sampai xsedar pon cEro ada komik dah.haha. tp mungkin apa yang menarik di sini ialah.. penulisan yang sangat jarang dapat dilihat di alam maya. sangat telus, kisah harian. macam novel zaman sekolah dulu. ada Muthu, Acong, dan Ali (contoh...) Saya terkesan ngan tiap tlisan blog ni.Sangat normal and humble. so terima kasih penulis. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >just Yana

      Terima kasih.
      Jangan puji melambung sangat takut nanti tak cukup ruang hidung nak kembang hahahahaha.

      Sebenarnya selain melukis, menulis juga salah satu kegemaran aku. Tapi sebab aku bukanlah pembaca yang setia jadi aku rasa aku tak layak menulis sebab orang kata nak menulis kena laa membaca dulu hahahaha.

      Teruskan sokong blog ini ya.
      Terima kasih atas segala sokongan hehehe

      Delete
  6. Selamat tahun baru Cero. Oh ya, alang-alang cero dah sentuh topik ini, biar saya jelaskan, saya suka cero, bukan orang yang dibelakang cero. Saya cukup faham itu dua identiti yang berbeza, jadi jika (hanya jika) saya tahu siapa di sebalik cero, saya akan terus buat-buat tak tahu. Akhir sekali, cero, tolong jangan hilang. Terima kasih sebab percaya kan kami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna

      Amna bagus. Amna dari awal dah bagitau yang Amna suka cEro bukan orang belakang cEro jadi bila ada macam acah-acah pickupline tu tak berapa nak amik berat sangat hahahaha.

      Buat masa sekarang memang tak berniat nak menghilang tapi kalau di masa akan datang memerlukan, rasanya tak ada pilihan.

      Sama-sama. Teruskan menyimpan amanah hehehe

      Delete
  7. Woah, dilema kau sama macam aku jugak... aku tak bagitahu family aku identiti Aujinz dan aku terpaksa pisahkan kedua duanya. Ia, aku tahu ia bukan senang.

    Dan mungkin satu hari nanti aku rasa penat, Aujinz akan hilang dari alam maya dan diri aku yang sebenar akan mejalankan kehidupan seperti biasa. Huhuhu...

    Aku dah pernah terfikir tentang itu... 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Aujinz

      Aku tahu kau faham dilema aku.
      Memang aku pun sampai keluarga pun tak tahu aku siapa apatah lagi orang biasa jadi sangat susah terutamanya nak maintain ketiadanamaan diri.

      Orang macam kita memang akan ada masa terfikir banyak kali nak buang terus alter ego dan hidup normal, tapi mungkin sebab sayang kot atau dah jadi sebahagian daripada diri jadi asyik ditangguhkan je heheheeh

      Delete
    2. -Star-
      Aujin, dahla tgh popular skrg dgn origami biru tu.kinda suprised tgk that even my circle of friends irl pun ada yg follow gak. Godaan fame ni mampukah stay anonymous? XP

      Delete
    3. Jika satu hari nanti Aujinz dan Cero hilang, saya akan cari orang disebalik Aujinz dan Cero. Tak, ini bukan ugutan. Ini janji seorang kawan.

      Delete
    4. >Star

      Kaaannn.
      Aujinz dah ada produk yang dikenali ramai. Aku je belum ada satu hape pon hahahaha

      Delete
    5. >Amna Shark

      Hahaha. It's all just a 'what if' case. Orang kata kalau tak ada sebab kenapa perlu menghilang, kan? Jadi jangan dicari sebabnya hehehe

      Delete
  8. I kind of understand your dilemma because I'd like to keep a line between my personal and online life.

    the only one who knows the real identity behind the nurul rasya's blog is my closest friends that I met at prep college after spm lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Nurul Rasya

      Glad you know the struggle. There's a time when we'll think is it all worth it tapi sebab dah start tak apalah, play along as long as we can.

      Lucky you're able to maintain a smaller group who know who you are. Don't be like me. I'm greed. Aku nak kawan dengan semua orang hahahahaha

      Delete
  9. -Star-
    Taktau nak komen apa, just know that aku baca blog ni tak expect lebih2 pun. Reading your entry just to live life from another person's perspective. Even if aku tak komen ke, aku tetap baca gak blog ni. So hopefully this will last as long as it can.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Star

      Thank you Star. Reader macam kau ni aku suka sebab hanya expect something yang diberi, tak minta lebih.

      Aku manusia, kekadang aku pun nak juga berkawan ramai tapi nak maintain semuanya dalam masa sama nak puaskan kemahuan diri saaaaaangat susah hahahahaah

      Thank you again.

      Delete
  10. Hmmm tu la, aku pun tak pasti lama mana lagi aku nak hidupkan si plain83 dan blog picisan 'dia' tu. Hahah.. nanti akan ditutup jugak tu, cuma aku akan tangguhkan dulu niat tu selagi aku masih ada rasa nak berblog.

    Happy 2017 cEro, all the best, cheers *angkat gelas berisi neskepe ais* ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. >P

      Betul. Aku pun rasanya menanti masa je ni. Selagi masih relevan, kata orang. Hahaha

      Happy 2017 to you too, P. Cheers! *Laga dengan air sarsi bancuh sendiri*

      Delete
  11. Hiduplah selagi berpeluang :)

    -kudozu

    ReplyDelete
  12. seronok baca blog cero ni...harap terus berblog ya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >At-Tarmizi

      Terima kasih. Teruskan seronok membaca ye :)

      Delete
  13. Sorry sebab pernah panggil ko cEro di alam nyata. Hi, aku kembali! Ahaks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >hanaahmad

      Hanaaaaaa! Welcome back!!!!!!

      Delete
  14. hidup dengan 2 identiti..semoga tabah ye..hehe.Tak apalah, anggaplah diri awak ni macam superhero.diorang mana dedahkan diri.as for me, my twitter is my alter ego. So, bebas jadi diri sendiri di sana.

    bila nak keluarkan komik lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. >SalbiahM

      Terima kasih. Memang dalam diri diam-diam berangan nak anggap diri sebagai superhero tapi apakan daya sedar diri hahahaha.

      InsyaAllah bila ada peluang akan keluar komik lagi nanti. Tapi tak tahu bila laa tapi hehehe

      Delete
  15. Jangan hilang cEro. Aku suka baca blog ni walaupun jarang2 skrg nak masuk. Hahaha.. Tapi aku tetap baca semua entri kau. Kalau kau hilang, aku pun nak hilang gak la..

    Aku tahu susah simpan dua identiti ni. Nasib baik aku tak famous. Takde la orang ramai nak jumpa. So rahsia aku masih tersimpan dan takde member aku sorg pun tahu lagi. Except dua tiga org adik beradik aku.

    Bestnya ada dua identiti ni bila dapat tahu orang yang aku kenal pun baca blog aku tapi org yg baca tu completely have no idea tu sebenarnya aku.. Haha..

    Harap2 cEro still kekal lagi sampai aku dah pencen. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Hahaha. Aku pun faham perasaan best bila tahu ada orang lain baca blog kita padahal dia tak tahu itu blog kita hahaha.

      Aku pun bukanlah famous, cuma rasa kerahsiaan itu adalah satu kepercayaan. Tak semua daapt kepercayaan jadi bila ada yang dapat dan tak pandai nak simpan, itu yang buat rasa nak flip out tu hehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License