I'm sorry
Pertengahan Ramadhan..
Adik: Apakah di tanganmu itu, wahai abangku..
Aku : Ini kad raya yang bakal abangmu hantar kepada kawan-kawannya, wahai adikku.
Adik: Kad raya?? So classic... Sedarkah kamu bahawa sekarang sudah wujud emel, e-kad, dan jugak Facebook?
Aku : Wahai adikku, jika kita dapat e-kad, kita hanya dapat membacanya hanya bila ada e (elektronik)..Tapi, kad raya adalah satu bentuk kewujudan, kamu boleh membacanya walaupun di dalam jamban.
Adik: Sungguh pandai abangku berhujah, namun realiti tetap realiti.
Percayalah, di akhir Ramadhan, bilangan ucapan raya kamu yang ditagged di Facebook Photo adalah lebih banyak dari kad raya yang kamu dapat, wahai abangku..
Aku: Let us wait and see..
Hujung Ramadhan
28 Ramadhan (Selasa)..
Aku : Adikku yang hodoh, tahukah kamu aku baru dapat kad raya dari posmen yang bertugas??
Adik: Abangku yang jijik, adakah mukaku seperti orang yang mengambil kisah tentang hal itu??
Aku : Lagipun, aku dengar tiada langsung kad raya yang tiba untukmu, wahai si LOSER.
Adik: Then tell me, o brainless man, how many cards did you get??
Aku : None of your business my douche sister..
Adik: Dan sudah tentu, secara mutlaknya, bilangan photo Facebook yang ditagged nama kamu, wahai abangku, adalah lebih banyak dari kad raya yang kamu dapat, kan??
Aku : Adakah muka aku seperti peduli semua tu?? (balas ayat dia tadi)
Adik: HAHAHA, lihat siapa yang LOSER sekarang...
Aku : Am I?? Oh!! Nak pergi baca kad raya ini kat dalam jamban..
Bolehkah kamu, wahai adikku, baca e-kad kamu dari dalam jamban..
Don't bother to answer it, my sister..
HAHAHAHAHA!!
Lalu aku berlalu ke dalam jamban dalam ketawa!
================================
Sedarkah kita,
dulu kirim kad raya satu tradisi??
Bila raya, kad raya yang dapat digantung di dinding??
Sekarang??
bolehkah e-kad digantung di dinding??
Apa jadi pada tradisi??
Posmen dah tak sibuk dalam bulan Ramadhan??
Ya,
jawapannya memanglah PEREDARAN ZAMAN.
Tapi, adakah kita juga mahu melihat duit raya diganti dengan e-money satu masa akan datang??
postquam-scriptum:
Aku hantar 10 kad raya kepada kawan-kawan.
Hanya 1 dibalas..
(tapi memang salah aku sebab aku tak tulis alamat kat dalam kad tu..)
Sedangkan aku ada 15 photo yang ditagged di Facebook sebagai ucapan selamat.
mane kad raye aku. hehehe.
ReplyDeletesiot jek, org bg kad raye elok2 dia bace kt jamban
hehehe...baca kat jamban yerrrr...
ReplyDeleteambil lah kad raya dari angah hehehe
mau jugak kad raya :P
ReplyDeletedialog tu mcm mntk pelempang kedua-dua makhluk itu..ko igt ini zaman filem hitam putih????
ReplyDeletehahahhaaha!
bce kad dlm jamban ha??asal kau xwt lap je trus kad tu??
@m i r a f i q a
ReplyDeletenak ke???
emel aku alamat ko...
nak??
@AngahSayang2314
NAK!!!
hehehe
@Fina Fento
nak??
emel laa alamat..hehehe
@iemaZAIMAH
haha, itu laa aku adik beradik..
kasar tp still ade sayang (muntah....)
cero ngoxxxxx...ahahahahaahaha!
ReplyDeletelelaki melayu zaman hitam putih..hak3!
aku pon prefer kad raya by pos.baru feel lebey.hu3
ReplyDeleteHAHAHAHAHAHA!! bongok lah ko cero oi!!
ReplyDeleteAku pun banyak dpt kad kat Fb tu.. kad raya haram satu pun tak dpt.. T T.. Weh!! hantar lah kad raya aku!! serius nih!!
@iemaZAIMAH
ReplyDeletehaha, aku klasik laa...
bukan hitam putih...hahaha
@aleen adela akoo ^_*
kan??? sgt feeling bile ade kad...
baru laa raya...
@WZulhilmi
WZ nak ke???
antar laa alamat kat emel aku...
tau tak emel aku???
salah 1 dari Serioustalk kan?hehe
ReplyDelete-kudozu
kalau sesape yg masih dpt real kad raya sememangnya korg masih ada true frens dan sudah tentu stok rajin.ada sentimental value tu...leh baca lam jamban lagi..haha
ReplyDeleteagak la kan..aku skarang recycle la kad2 raye lame beb..hahaha
ReplyDeleteini semua adalah trend. bumi berputar dan beredar, begitulah jua dengan trend.
ReplyDeleteaku rasa orang dah malas nak hantar kad raya sebab tak tahu nak tulis apa. mungkin ada juga manusia2 yg terlalu sibuk untuk menulis dan mengepos.
bagi aku sendiri, ucapan raya adalah sama tiap2 tahun. walau ia boleh disimpan, boleh digantung, ianya tetap sama, dari orang yang sama yang suatu hari nanti pasti akan stop menghantar kepada kita (berpindah, status bertukar, sudah makin bz).
dan utk org yg tak tahu nak tulis apa2, hanya turunkan signature saje, satu petanda ianya akan berakhir tidak lama lagi.
ia semua adalah trend sahaja. unless sesuatu dibuat seperti kad raya berbentuk baru yang lebih menarik, ianya adalah sesuatu yang makin lupus ditelan zaman.
p.s: aku dapat satu kad raya dari kedai spek aku tempah, tiada ucapan, hanya nama kedai dan sekeping kertas promosi buat spek =)
raya!!!!
ReplyDelete@Anonymous
ReplyDeletehehe, tu sbb kudozu yg hebat!!
@Dark Half
sgt ade sentimental value..
bukan semua org rajin nk menulis, kan??
@hentakbelipat
haha, recycle pon orait gak..
memandangkan kad pon dh kurang skang, pakai yg lame je gantung kt dinding..
@Shukjessa
tp shuk, satu satu tradisi raya ilang...
dulu mercun n bunga api..
skang kad raya...
aku tak dpat bayang raya kita dlm 50 tahun akan dtg camne..
@hamzah ian
Yeah!! Raya!!!
hahaha, mmg style r dialog korg...
ReplyDeletecEro, nak jgak kad raya...hehe
dinie tak prnah dpt pon kad raya, kesian btol...hahaha
nak kad raya.nak duit raya jugak.hhohoh
ReplyDeleteselamat hari raya!
@raja dinie
ReplyDeletehaha, nanti bakal dpt kad raya...
@kata kila
nak ke kad raya??
tinggalkan alamat dlm emel yek..
hehehe