Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Sep 6, 2010

Satu Cerita Bosan 3 : Iklan Raya

one-less-to-two-hundred
I'm sorry..



Suasana malam,
ianya bermula dengan sepasang suami isteri muda dalam perjalanan pulang ke kampung menaiki bas ekspres.
Kemesraan antara keduanya pasti menggamit memori.
Sedar tak sedar, si isteri terlena di bahu suaminya.

Pagi sudah tiba,
isteri yang terlelap terjaga disapa sinar mentari pagi yang masuk dari tingkap bas.
Dia tersedar, bagaikan rambutnya disisip sang suami,
si isteri rupanya keseorangan.

Si isteri turun dari bas,
berjalan ke sebuah rumah kampung,
memberi salam,
"Assalamualaikum..."
di balas,
"Waalaikumsalam.." oleh seorang ibu.

"Selamat hari raya mak.."
"Selamat hari raya.." balas si ibu itu.
Si ibu yang baru menatap wajah si pemberi salam
terkelu dan hiba tiba-tiba..
Muncul si ayah keluar dari pintu rumah.

Mereka menyambut menantu mereka masuk.

Rupanya itu keluarga mertua si isteri.
Rupanya si ibu dan ayah adalah ibubapa sang suami.
Rupanya si isteri memang keseorangan dari mula.
Kelibat sang suami tadi mungkin hanya sepalit memori
dari bayangan si isteri.
Si isteri tetap pulang beraya ke rumah mertuanya

walaupun sang suami sudah tiada, jauh meninggalkannya.

Ianya diakhiri dengan gambar kenangan mereka beraya berempat,
Si Ayah, Si Ibu, Sang Suami dan Si Isteri.


Itulah
iklan Aidilfitri Maxis 2010.


---------------------------------

Aku cuba cari dalam
YouTube tapi takde sape pun nak upload iklan tu.
Banyak upload
iklan kontroversi Sinari Lebaran TV3 2010.
Alaa, iklan yang macam Santa Claus tu, aku sempat tengok kat TV sekali.
Sekarang dah kena tarik balik dah iklan tu..
TV3 memohon maaf sebab iklan tu mengundang sensitiviti umat Islam seluruh negara.

OK, iklan yang aku cerita kat atas ni bagi aku secara peribadi adalah terbaik untuk tahun ni.
Walaupun banyak yang kata
iklan PKNS paling best,
tapi pada aku iklan tu agak kurang logik..

Biasa laa, bila nak raya, nak merdeka,
semua nak buat iklan yang konon paling gempak dan menyentuh jiwa.
Trend berlumba hasilkan iklan 'berkualiti' ni dah mula sejak awal millenium lagi.
Tapi, pada aku,
buat laa iklan panjang mana pun,
kalau tak logik, tak ada mesej,
tetap tak ada makna.

Kalian pulak??
Minat iklan mana??



post-scriptum:
kalian boleh klik kat link yang aku letak kat teks untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang aku perkatakan..

postquam-post-scriptum:
Baju raya korang warna ape?? Aku warna maroon beb!!

postquam-post-post-scriptum:
Mikhael, seorang penziarah blog ini memberikan link video Raya Maxis 2010



26 comments:

  1. sebut pasal iklan, aku lagi prefer iklan2 yang dihasilkan oleh hasil pengarahan allahyarham Yasmin Ahmad.

    Pada aku, iklan-iklan beliau sangat mempunyai mesej yang sangat mendalam dan sampai ke hari ini orang akan sentiasa mencari iklannya di youtube.

    ReplyDelete
  2. alaaaa....
    jarang ah tgk tv skrg...
    iklan mane baru n best pon xsure... hahahaha...

    ReplyDelete
  3. sama ar cero! aku pun suka gak iklan tu.. muka mak dia terkejut masa jumpa menantu dia tu mmg real betul.. Hahaha.. algipun mesej dia pun best.. Eventhough suami dia dah mati and dia tu adalah mualaf but still tak lupa dekat keluarga mentua.. :)

    Baju raya guna tahun lepas punya..T T
    Warna hitam~~

    ReplyDelete
  4. lum tgk lg mane2 iklan raye..
    ke iklan raye yg xbg aku tgk dorg..?
    ish3...
    smlm pasan jugak kat tulisan gerak2 dlm berita mlm td ckp psl dorg dh tarik balik iklan tu..tp xpenah tgk pun..
    ishh..ke aku yg jarang tgk tv..?
    adesss...
    tahun ni aku kaler kuning (tp mcm kuning mustard tu..)

    p/s: sian reporter tv3 smlm..elok2 dh on air tetibe org ckp belum..

    ReplyDelete
  5. kila suka iklan dulu dulu.snagat mendalam maknanya

    ReplyDelete
  6. cero kalau tanya angah angah akan jawab tak ada bole macam tue hehehehe

    ReplyDelete
  7. aku sker jugak eklan 2.eklan pkns aku xhengat yg mane 1.

    ReplyDelete
  8. aku pn suka iklan tu.
    aku rasa isteri tu mmg beli 2 tiket setiap kali balik kmpg.
    sbb tu seat sblh dia kosong.

    ReplyDelete
  9. aku dh tgk iklan tv3 tu..iklan2 lain mcm xdpt tgk je..sbb aku dh lupe kewujudan tv..ahahahahahaa!

    tp aq btul2 xsuke iklan tv3 tu..

    ps : salah satu ENAM bju raye aq tu kaler maroon..xbyk pun..enam je..hik hik hik

    ReplyDelete
  10. baru aku tau rupe nye wanita itu gi umah keluarga mentua. ler. hihihk :p

    weh, nak tau, aku baru tergerk hati mlm td, hensem nye lah sape pkai baju melayu maroon,,, sbb mlm td, mjlis khatam al-quran ade bdk kecik, pkai maroon, smart ;p

    ReplyDelete
  11. aku suker sumer iklan raye...kecuali TV3 punyer...kompius raye k krismas...myb diorg sbnrnye nk tonjolkn 1 Malaysia tp undang kontroversi plak...

    yg maxis tue sgt touching...sob3
    yg PKNS tue pon touching...sedih tgk ayh die wat muke cmtu....kalaulah aku byk duit...hehe3

    biasanya Petronas rangkul iklan pling best tiap2 tahun...tp kli ni x tgk agi iklan petronas tok raye...tp iklan petronas yg wat reka cipta tue mmg best...nk lori ice kcg satu! haha3 XD

    ReplyDelete
  12. @Fina Fento
    waah!! sedondon??
    apa lagi?? jom arr brgambar sama..
    heheh

    @Shukjessa
    tu laa psal..
    Allahyarham macam dah set satu bar utk buat iklan raya..
    org2 skang sume nak ikut cara dia, smpai hilang identiti masing2..
    cuba buat pembaharuan, takkan nk ikut blakang Allahyarham je,kan??

    @echasuzrin
    ehhehe, raya ni sila laa tgk iklan byk2...
    hehe

    @WZulhilmi
    serius best, iklan tu ringkas dan bermesej yg nyata..
    drpad iklan berminit2, tp last2 ape pon tarak...

    @pu3aan
    aku tgk gak...
    yg lintas langsung dr jalan TAR tu..
    serius malu gile..
    adoi, kalo dia kawan aku, dah jadik bahan dah..

    @kata kila
    suka gak..
    yg Yasmin Ahmad punya..
    tabik spring slalu..

    @AngahSayang2314
    boleh je..ikut suka angah laa..
    hehehe

    @aleen adela akoo ^_*
    tgh laa kat link...
    ok laa, touching laa jgak...

    @KERAK NASI
    haah!!
    sedih gile doo kalo camtu...
    adoi laa, hrap bakal isteri aku macam dia (dan hot macam dia gak..)
    hehehe

    @iemaZAIMAH
    gilo ko ENAM??
    ko bukak butik ke hape???

    @m i r a f i q a
    hehehe, ko mmg ditakdirkan nak puji aku hensem tu mir..
    hahaha

    @Miss Comot
    haha, iklan tv3 tu dah campur aduk semua adat..
    sbb yg buat pon org cine, tak tau adat sbnar melayu islam..
    maxis terbaik!!!
    pkns sdikit tak logik..
    petronas, lama sgt smpai tak dpat tangkap msg...

    ReplyDelete
  13. Ini link iklan maxis - http://www.youtube.com/watch?v=VFJF59vQcNA

    ReplyDelete
  14. @mikhael
    Thanks Mikhael...
    sgt dihargai...

    ReplyDelete
  15. hahahahaa!mak aku lh yg tempah byk2..

    ReplyDelete
  16. @iemaZAIMAH
    mak ko plak ade brape pasang??
    gile arr, enjoy sakan ko raya ni ek??

    ReplyDelete
  17. ntah..aku xsmpt nk kire..haha!

    pdhal aq rye kejap je..isnin ni dh kne blek hostel

    ReplyDelete
  18. tacing iklan 2...
    iklan rya byk tacing2 kn...?huhu

    ReplyDelete
  19. @iemaZAIMAH
    asal kejap sgt???
    gilo arr uniten..

    @raja dinie
    mmg pon, sboleh2 nak setacing yg boleh, kan???

    ReplyDelete
  20. my class aje lorh..lecturer kami rajennnn...

    u know what,act,raya's holiday xde lnsung dlm academic calendar my foundation..isn't that pathetic?

    ReplyDelete
  21. @iemaZAIMAH
    haha, laa yeke??
    sedih gile...
    apakahyg org wat jadual tu fikirkan???
    dia tak raya ke???

    ReplyDelete
  22. mungkin dye cine.atau india.mungkinlah.segalanya mungkin sahaja.

    ReplyDelete
  23. @iemaZAIMAH
    haha, boleh tahan gak assumption tu...

    ReplyDelete
  24. @kata kila
    1st time tgk dah touching abes...
    haha, nak isteri cam dia..

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License