Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Sep 27, 2010

tEka-tEki #12 Misteri Meja no.13

two-one-seven
I'm sorry..




Ok, aku tahu dah agak lama..
Bukan tak nak buat, tapi lebih kepada sedang kumpul maklumat.

Okay laa, nak meredakan perasaan rindu,
cEro mempersembahkan
tEka-tEki #12

***************************

Hal ini berlaku masa aku tingkatan 5,
satu kelas bersetuju nak ubah kedudukan meja dan kerusi,
katanya nak ubah angin belajar.

Ketua kelas sediakan pelan kelas.
Ada 16 lelaki dan 17 perempuan.
Maka, susunan terbaik kami adalah seperti di bawah.



klik untuk pembesaran mantap!!!

Yang pink adalah perempuan,
yang biru adalah lelaki.

Kawan aku, Wan (bukan nama sebenar) berbisik,
"C, ko nak meja mane??"
Aku jawab,
"Boleh pilih ke?? Bukan ikut cabutan undi ke??"

"Laaa, cabutan ke?? Malang arr kalo duk depan.."
"Pada pengamatan aku, meja nombor 13 adalah terbaEk!
Paling blakang port baEk tido berselindungkan buku teks.
Dekat dengan pintu belakang, senang nak lari ponteng.
Jauh dari tong sampah yang busuk.
Dekat dengan locker buku, senang sorok barang."

"Aku nak laa no.13 tu.." Wan berangan
"Haha, mimpilah kau...
Aku confirm dapat tempat tu.."

"OK! Kita tunggu dan lihat!!!"

Kesiankan ketua kelas yang buat kerja sorang-sorang,
aku volunteer nak tolong dia buat kertas nombor.
Alaa, kertas kecil ada tulis nombor yang perlu dicabut dari dalam kotak nanti..
Wan pula bertugas memasukkan 16 nombor untuk lelaki yang aku siapkan itu ke dalam kotak.

Siap semua, ketua kelas datang kepada budak satu demi satu membawa kotak cabutan..

"Dapat nombor, ko jangan bukak lagi,
kita bukak sama-sama..OK??" Wan suggest...
"Setuju bebeh!!"

Macam budak-budak lain,
kami masukkan tangan dalam kotak dan keluarkan tangan dengan kertas cabutan seorang satu.

"SATU DUA TIGA!...."
Kami buka kertas masing-masing.

Wan dapat no.5,
aku dapat (sudah tentu) no.13!

"Ko main tipu,
apa ko dah buat, huh???"
Wan mempertikaikan kejayaan aku.

"Kepla hot ko,
ko nampak aku korek nombor macam orang lain jugak.
Lagipun ko yang masukkan nombor tu tadi dalam kotak.
Cukup 16 kan??
Apsal tipu pulak??"
Aku mempertahankan kemenangan.
Wan garu kepala tak mampu nak bantah.

Maka, sesi malas di kelas akibat duduk belakang pun bermula.

------------------------

Baru-baru ni, semasa ziarah rumah terbuka raya seorang kawan,
aku bertemu semula dengan Wan.

"C, camne ko wat ek dulu?
Yang masa pilih tempat form 5 tu???"
Wan tanya.

"Ko ada beribu cara menjamin kejayaan 100% dalam keadaan tu..."
Aku jawab.

**********************

Soalan:
Kalau kalian mampu,
bagi aku salah satu cara aku menjamin kejayaan 100% mendapat meja nombor 13 tu.


Caranya mestilah LOGIK dan mempunyai segala elemen yang aku sebutkan di atas.
Untuk perhatian, aku tak menipu,
at least bukan dengan kata-kata.


Hint:
Sila perhatikan rajah,
dan teliti setiap kata-kata aku.

GOOD LUCK!


Anak panah menunjukkan kelas aku masa form 5.





20 comments:

  1. I always inspired by you, your opinion and way of thinking, again, thanks for this nice post.

    - Norman

    ReplyDelete
  2. aku tahu.ko buat paper utk pompuan kan?yang pompuan punye ko tak buat paper num 13.hahaha...

    num 13 utk pompuan punye ko pegang kat tagn pastu ko pure2 cabut undi kan

    ReplyDelete
  3. btul2..
    disebabkan ko kate ko wat 16 kertas cabutan je..so xcukup lg 1 untuk lelaki..
    ko cuma xtaruk no.13 je dlm tu kn..?
    sbb no.13 tu ade pd ko..so mase ko punye turn kene cabut ko purak2 la taruk tgn then cabut no...
    rite..?

    ReplyDelete
  4. menarik....1st time aku join teka-teki ko ni...sbb aku x lyn sgt tp teka teki ko kli ni...real punyer...hihi3

    ko myb tanda krtas tue(sbb tue ko volunteer diri...haha3) len skit so biler ko korek2....so ko grab krts yg de tnda...

    ReplyDelete
  5. ha3,aku stuju dgn kila n pu3aan.muktamad.hi3

    ReplyDelete
  6. @Anonymous
    dear Norman,
    i offered you my full gratitude.
    If only we can be in touch, i'm sure i'll be inspired by you too..

    @kata kila
    tapi kila, kalo camtu akan ada dua org lelaki (aku dan org lain) yg claim dpat nombor 13, sedangkan hanya aku lelaki yg memang dpat nombor 13 tu.

    @pu3aan
    lelaki memang ada 16 je, sedangkan perempuan 17..
    Wan memang kira 16 kertas masuk ke dalam kotak.

    @Miss Comot
    agak mencurigakan kalau aku pilih kertas bertanda sedangkan Wan ada kat sebelah aku.

    @aleen adela akoo ^_*
    tak ada pendapat sendri??
    sbhagian dr kata2 diorg ada benar, tp masih tak menjamin 100%..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. sebab ko tulis kat meja pink tu, ade num 13 jugak. lelaki pun ade num 13 jugak. kan

    ReplyDelete
  9. pening la cero..
    ishh..tggu2..aku pikir dulu..
    sok aku dpt idea aku bitau..
    eheheh..

    ReplyDelete
  10. wan tak kira diri sndiri...so,ada 15 ketas je. ko lak dah pegang ketas no13 siap2.

    ReplyDelete
  11. nie yg memeningkan kepala nie conpius nieeeeee

    ReplyDelete
  12. @WZulhilmi
    haha, try laa jawab dulu...

    @kata kila
    mmg la, tp kalo aku amik no13 perempuan, maknanya ada org lain akan dpt no13 lelaki..
    nanti akan ada dua lelaki claim meja no13..

    @pu3aan
    haha, silakan laa perah otak, yek..

    @santokki
    tak! dia mmg kira 16 kertas masuk dlm kotak.

    @AngahSayang2314
    hehe, cuba je angah...

    ReplyDelete
  13. tu pon kelas aku mase form 5 weyy. haha.

    -afham-

    ReplyDelete
  14. @Anonymous
    dear afham,
    ko nk bgtau aku ko ngan aku satu skola ek??

    ReplyDelete
  15. dah la cero..
    bg je la jwpnnye.

    ReplyDelete
  16. @pu3aan
    hahaha, pu3 tak sabar...

    ReplyDelete
  17. taw!
    1)perempuan ade 17 meja kan? so, ko tulis semua nombor, kecuali no 13 dan gantikan dengan no 17.. so, total semua ada 16 keping jugak.. cumenye, no 13 tuh ko dh pegang siap2.. kan?
    2)kau buat tanda dekat kertas no 13,tanda tu kau sorg je taw.. haha
    -aten-

    ReplyDelete
  18. antara 16 kertas cbutan tu, ade 1 yg kosong. dan sblm ko masukkan tgn nk cabut kertas tu, tgn ko dah siap ada kertas cabutan no 13 tu. so, sesape yg dpt kertas cbutan kosong tu, dia buang dan cabut lgi sekali.

    betul tak?

    -teas-

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: