Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Sep 2, 2010

Awak JAHAT! Awak BODOH!!

one-nine-six
I'm sorry...


1 September 2010.
1630hr.


Aku di satu tempat yang berbeza dari biasa.
Jantung aku berdegup ligat.
Gabungan rasa penat dan berdebar.
Bau disinfectant melata yang kuat.
Persekitaran serba putih.
Aku di mana?
Aku di HOSPITAL.


Panggilan dari Abang W memecah ketenangan aku.
Dengan pantas aku pecut selaju mungkin,
ke hospital swasta ini.
Kini, aku di hadapan satu bilik wad
seperti yang diberitahu Abang W.

Belum sempat aku nak pegang pemegang pintu,
pintu dibuka dari dalam.
Abang W keluar.

"Ahh!! L rupanya.."
Abang W agak terkejut melihat aku tiba-tiba di depan pintu.

"Dia macam mana??" aku bertanya.
"Dia OK, nasib baik..."
"Syukur Alhamdulillah...."

"Boleh L tolong abang?"
"Tolong apa, Bang??"
"L, tolong nasihatkan dia...
Dia jadi lemah macam ni sebab dia degil tak makan ubat ikut waktu..
Bila abang nasihat dia, dia tak dengar.
Dibantainya abang balik..
Katanya kita layan dia macam orang nak mati.
Tolong yek, L.."


"InsyaAllah, Abang.."

Aku masuk ke dalam,
Abang W iringi aku sekali.
Dibalik tirai, aku nampak sebujur tubuh sedang baring di atas katil wad.
Dialah watak utama cerita ini.
Dia, L.

L perasan aku semakin rapat dari kiri,
dia berpaling ke kanan, mengelak dari aku melihat wajahnya
lalu dia tekup muka dengan bantal.

"Abang JAHAT!!
Bawak bantuan nak bebel kat orang.."

L menjerit.
Aku dan Abang W tersenyum.

"Abang tinggalkan kamu yek.."
Lalu, Abang W berlalu pergi.

Suasana bilik sunyi seketika.
Aku diam. L diam.
Otak aku ligat memikirkan bagaimana aku patut mulakan.

"Awak nak tahu pasal motosikal??"
Aku mula bersuara dalam nada lembut,
L masih diam menyorok wajah.


"Jika bawak moto dengan kelajuan 60km perjam,
dan bertembung dengan satu objek pegun,
daya impak dia sama dengan kita jatuh dari bangunan 3 tingkat.
Kadar selamatnya hanya 25%. Satu per empat.
Sebab tu setiap kali saya bawak moto,
saya doa supaya jalanraya bukanlah tempat nyawa saya ditarik."


L masih diam, tapi aku tahu dia mendengar.

"Bila dapat panggilan dari Abang tadi,
saya berada di Puchong...
Terus, saya bergegas ke sini dengan moto
dengan kelajuan maksimum 120km perjam."


Aku gosok kepala.

"Awak tahu.
Walaupun 120 hanya dua kali ganda 60,
tapi daya impaknya 100kali ganda lagi teruk,
dan kadar selamatnya menjunam ke 0%."


L mula respon.
Dia alih bantal yang ditekup di muka
dan berpusing pandang aku.
Tapi masih diam...

"Apa yang saya nak cakap ialah,
kalau awak sakit, awak bukan sahaja susahkan diri awak.
Malah, susahkan orang sekitar awak.
Kalau awak rasa awak makan ubat menampakkan diri awak lemah,
apa kata awak tukar niat awak...
Awak makan ubat sebab awak tak mahu susahkan orang,
terutamanya orang yang awak sayang..
Abang W dan Abah."


L pandang tajam muka aku.

"Sayangilah diri awak sebab ada orang masih sayangkan awak!"

L tunduk.

"Tapi, saya tak suka nak bawak ubat ke sana kemari.
Botol dia besar, saya bukan jenis yang bawak beg tangan.."

L cuba berhujah.

"Bawak je ubat tu..
Kalau saya ada bersama awak,
kalau botol ubat tu besar gajah sekalipun,
saya akan sewa lori untuk angkatnya untuk awak.."


L pandang aku semula.

"Lepas ni, saya janji takkan tanya awak dah makan ubat ke belum.
Sebab saya akan 'assume' awak memang dah makan ubat ikut masa yang ditetapkan.
DEAL??"


Aku senyum.
L pun senyum.

"Awak JAHAT!!
Awak tahu saya takkan menolak, kan??
Awak BODOH!!
Sapa suruh bawak moto laju-laju??
Bahaya laa.."


Aku habiskan masa sampai petang di situ.

=============================
36) [
link] Tiga L Bawah Satu Bumbung
35) [
link] Ceritera Rindu
34) [
link] Tentang Seseorang 5 [The Interlude]
33) [
link] Tentang Seseorang 4 [The Last Verse]
32) [
link] Tentang Seseorang 3 [Reprise; the untold stories]
31) [
link] Tentang Seseorang 2 [The Riff]



...lebih dalam
Si Gadis Kasut Converse




21 comments:

  1. semoga L cepat sembuh....

    *pergh aku first...

    as usual...penuh dramatik mr cero.. i likeeeeee... :D

    ReplyDelete
  2. dia tak tahu dia bertuah gila dikelilingi orang2 yg mcm tu..

    ReplyDelete
  3. aku pun doakn semoga L cepat2 sembuh..n mkn ubat ikut waktunye..
    die bertuah sbb ade ramai org yg sygkn die..yg prihatin terhadap die..
    tp kdg2 kite xsedar sume tu kn..?

    ReplyDelete
  4. komen saya adalah sama spt mirafiqa..

    hye mirafiqa..boleh kan komen benda yg sama?..

    ReplyDelete
  5. ohh,pand eh en cero cari idea nk pujuk org ngn lembut.kagum!

    ReplyDelete
  6. berhati-hati di jalan raya haha.

    kdg2 kita lebih senang berkata-kata dari memikul bebanan di bahunya.

    secara jujur siapa yg suka makan ubat? (regardless of the container ke hapa ke) aku rasa mat pet je kot yg suka.

    orang yang kena habiskan sepanjang hidupnya utk makan ubat mesti ada satu perasaan tensen atau stress. cuba kita demam, nak habiskan antibiotik pun letih, tu just beberapa hari je.

    so mereka2 ni kita kena paham psikologinya, marah bukanlah jalan yg terbaik.

    p.s: kalo dealing dengan orang tua lagi lah susah...

    ReplyDelete
  7. apasl kau x bawak buah weh..ke time ni pose..

    ReplyDelete
  8. Cal jahat cal bodoh!

    =D

    -kudozu

    ReplyDelete
  9. kenapa la comel sgt..
    uhuhu..terharu aku..

    ReplyDelete
  10. wah..akhirnya..putera raja telah selamatkan keadaan puteri yang marah takmo makan ubat..hehehe..aku suka baca apa yg kau kata tu..ee..

    ReplyDelete
  11. aku tau nape cero bwk 120km/h je,
    sbb tu max laju moto cero..hehehe

    kalo moto besa mau 180 jugak cero bwk. heheh


    ps: moto aku 110km/h je max huhu

    ReplyDelete
  12. omaigoddddddddddd...

    so sweetttttttttttt...

    if and only if she'd be urs..it's sweeter :)



    p/s : if and only if,my idiot as sweet as u :)

    ReplyDelete
  13. alahai sweetnye...
    ermm...so aku bese bwk moto 70kmj...so brp %? hik3

    hurmmm...cero pe kate cero hadiahkn bekas ubat k L...kat watson pon ade jual klu x slap...bks obt byk jenis...yg de kotak kecik2 gabung lam bbrp kotak tulis S(Sunday), M, T...etc...
    pe kate cero bgi bks kecik so die leh bwk lam kocek @ beg duit...so x yah la cero sewa lori...hik3 XD

    ReplyDelete
  14. so suweet..

    betul tu.. kalau pi farmasi memane, ader jer pill box.. satu compartment, leh la letak beberapa bijik.. dia siap ader hari suma..

    banyak jugak yang comel2, sesuai la kalau nak bagi kat L.. hoho..

    hadiah on the way, haha..

    ReplyDelete
  15. sweet nye...
    jeles rasa...haha ;p

    ReplyDelete
  16. @tuan tanah
    yeah!! tuan tanah first..
    dan masih suka dramatik..

    @KERAK NASI
    dia tak sedar rasanye..

    @m i r a f i q a
    haha, bertuah ada aku??
    tidak!!!

    @pu3aan
    mmg, semua org tak sedar apa yg dia ada,
    sampai laa dia kehilangan mende tu...
    kan??

    @theSkycrapper
    haha, aku pon nak respon seperti mirafiqa..
    tidakk!!!!

    @Misal Zarith
    haha, sbnarnye, takut dia tak nampak kaitan mende tu..
    haha, seb baik dia faham...

    @Shukjessa
    ye, itu laa yg aku cuba nak faham..
    sbb tu aku janji aku takkan tanya dia psal ubat, in exchange, dia kena laa jaga diri sendiri n makan ubat ikut jadual...

    @hentakbelipat
    haha, puasa laa..
    gilo nak hadiah buat, nak beli pon kena tangkap tau..

    @Anonymous
    aku jahat aku bodoh!!
    yeah!!

    @Ch@ Ch@
    haha, terharu ek??
    terima kasih!!!

    @nekmo
    haha, bagus laa..
    itu nasihat bukan utk dia je, tp utk semua org..

    @Lupi
    ko mmg pandai...
    moto aku 125cc je..
    kalo bawak laju dr 120kmj, alamt bergegar moto...
    dah laa lame tak servis..
    adoi, teringat zaman kegemilangan moto hebat dulu...

    @iemaZAIMAH
    let just not put any hope yet...
    long way to go, babeh!!

    @Miss Comot
    70kmj tak tau laa..
    hehe..
    tp idea bekas ubat tu mmg bernas..
    akan dipertimbangkan...

    @gha sudin
    haha, kat farmasi ade ek??
    esok terus pergi..
    hahaha

    @raja dinie
    nak jeles ape??
    pergi melawat org sakit je laa dinie..

    ReplyDelete
  17. wow..hebatnye cerita ni..
    nasihat tu,kalah Dr.Fadhilah Kamsah bg nasihat.. cero jd pakar kaunseling jelah.hehe..

    ReplyDelete
  18. nak ckp...
    L bersyukur ada kamu.

    korg sweet.=)

    ReplyDelete
  19. @Sophie Al-yahya
    haha, ade bakat ek???
    bley gak kankalo jd kaunselor...

    @.::WaNiE::.
    bakal disampaikan..

    @lumut esoklusa
    haha, dia je sweet,
    aku sour je..
    hehehe

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN: