Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Aug 24, 2010

Tiga L Bawah Satu Bumbung

one-double-eight
I'm sorry...


Kegembiraan aku keluar dari kepompong kebosanan bila dia ajak aku keluar.
Dia, L.
Katanya, besday abangnya bakal tiba,
nak pergi cari hadiah.
Biar apa pun alasan, aku tak kisah.
Tiada jawapan selain 'Ya' untuknya.

Di sebuah butik pakaian lelaki,
L bercadang nak belikan Abangnya set tali leher.
Ini kali pertama aku masuk butik camni.
Penuh dengan mannequin lelaki berpakaian segak,
melangkah masuk ke butik macam ni seolah-olah melangkah masuk ke alam lain bagi aku.



L sibuk berbincang dengan promoter tentang design hapekebendentah.
Aku berdiri di tepi, menjeling harga benda alah tu..
Tertelan air liur beb, nasib baik telan air liur tak batal puasa.
Mahal...

Tinggal kami berdua kerana encik promoter ke dalam mengambil stok.
L bertanyakan aku tentang pilihannya, aku mengangguk.
Siapalah aku nak berdebat tentang benda ni semua.

Tiba-tiba,
kami berdua dicelah seorang wanita.
Berusia awal 40-an, berpakaian eksekutif, ber'perfume' wangi.

Wanita itu berkata,
"Sorry!! You two datang berdua??"
L mengiyakan, aku diamkan diri.

"Boleh tolong saya tak?"
"Yes??" L sedia mendengar.
"Boleh saya pinjam this man sekejap?"
Wanita itu menghalakan tangannya ke arah aku.
L dan aku terdiam.

"Oh, bukan apa..
My husband badan sama macam awak,
I nak belikan suit utk dia,
tapi I tak yakin kalau nak main ambik je...
I nak pinjam U untuk dipadankan..
If only both of you don't mind..."

Wanita itu terangkan..

L tersenyum.
"Ask the man..."
merujuk kepada aku..

Dalam kepala,
"Aku patut tolong, or tolak?"
Ramadhan punya pasal,
"OK!" aku jawab.



Aku dibawa ke satu tempat.
L terpaksa menunggu set tali lehernya, jadi tak boleh ikut.
Seorang promoter sedang menunggu.
Aku disuruh berdiri di satu spot,
ukuran badan aku disukat.
Lalu promoter tu hilang dari pandangan.
Tinggal aku dan wanita itu menunggu.

"Awak student?" wanita itu memecah kesunyian.
"Lebih kurang laa..." aku jawab.
"Tadi tu, girlfriend??"
"Kawan...Saya temankan dia.."
"Aahaaa..." dia senyum lain macam.
"By the way, nama saya Lily.."
Haha, tiga L di bawah satu bumbung..
Whatta day...

Promoter tadi datang kembali, bawa beberapa suit.
Aku disuruh memakainya dalam satu bilik persalinan.
Adus, aku pasrah.
Lagipun, ini kali pertama aku cuba pakai suit.

Seketika,
aku keluar dari persalinan.
Ada encik promoter, puan wanita, dan L.
Semua mata ke arah aku.

"Perfect..." wanita itu bersuara.
L masih memandang aku.
Pandangan dia lain.

"I'll take that.." kata si wanita itu.
Fiuhhhh!!!
Bermakna aku tak perlu cuba suit yang lain.

Selesai tukar balik ke pakaian selekeh aku,
aku keluar dari persalinan disambut encik promoter.
Dia ambil suit dari aku, kau ke arah L dan Puan wanita.

"Thank you young man..
Jasa awak amat dihargai...
Kalau ada apa-apa yang awak nak..."


"It's OK...gembira dapat membantu.."
aku mencelah...

"Ok, kalau camtu..
Ni kad saya, ada apa-apa masalah,
apa-apa pun, silalah ye..."

Wanita itu hulurkan kad kepada aku.
Aku sahut.


=======

Selesai sudah urusan,
aku dan L duduk di satu bangku rehat.

"Boleh saya tanya satu??" L bersuara.
"Hit me..."

"Apa perasaan awak yek...
Selepas tolong puan tadi??"


Satu soalan yang bagus
sebab aku tak pernah terfikir apa perasaan aku selepas tolong orang.

"Ntah laa, saya tak pernah fikir...
Kenapa awak tanya??"

"Takde pape, cuma awak ada satu aura selepas tolong orang..
Susah nak sebut, tapi lepas saya nampak awak tolong orang,
saya akan nampak ekspressi tu..."


Aku kurang memahami.
"Is it good or what??"
"Don't worry, it's good..Always good.."

Aku tetap tak faham,
tapi aku berkeputusan taknak faham.

"By the way, awak nampak lain dalam suit."
sambil L tunjukkan ibujarinya.


=============================
35) [
link] Ceritera Rindu
34) [
link] Tentang Seseorang 5 [The Interlude]
33) [
link] Tentang Seseorang 4 [The Last Verse]
32) [
link] Tentang Seseorang 3 [Reprise; the untold stories]
31) [
link] Tentang Seseorang 2 [The Riff]
30) [
link] Tentang Seseorang



...lebih dalam
Si Gadis Kasut Converse


19 comments:

  1. takde amek gambor ke mase pakai suit tu?
    heee..

    ReplyDelete
  2. hehe tie aku paling mahal pun 60 hengget je, tu pun tu je la satu beli...

    haha ko mcm aku la, suit adalah sesuatu yg agak janggal walaupun arwah ayah aku dulu peminatnye nombor satu (guru besar kena tampak menyakinkan aku rasa).

    pada aku biasela tu, perempuan pasti suka tengok lelaki pakai suit, dpt lak kalo lelaki jenis badan slim (kalo bdn cam aku hahaha fail).

    sbb ada suatu ketika sang gadis atau si isteri dambakan kerinduan si lelaki or suami just melalui baju kemeja mereka sahaja.

    haha pape pon baguslah dpt menolong si wanita itu. ade ape2 maklumat berguna mengenai wanita tu?

    ReplyDelete
  3. o hoooooooo...hoi...
    dramatik cero..dramatik...kehkehkeh...

    ReplyDelete
  4. teringin jugak tgk cero in suit..
    eheheh..

    ReplyDelete
  5. salam ramadhan 14

    cero apa kata letak lah pic cero dalam blog nie teringin nak tengok.. mana la tahu kan bole komen2 ngan pakai suit hehehe..

    tapi betul besar pahala cero tolong org ..org berbudi kita berbahasa kan cerooo..

    ReplyDelete
  6. Shooo shweeettttt~~ (bab pasal menolong orang tu tau)
    =D

    -kudozu

    ReplyDelete
  7. hahahaha..sejak bila kau jadi model sambilan ni cero??hehe..

    mesti kembang kuncup idung ko ni cero..hahaha

    -nenek moden-

    ReplyDelete
  8. hari2 lps ni pkai suit ok cero..

    AHAHAHAHAHHAHHAAHAHHAAHA!

    g kuliah pun..hak3!

    ReplyDelete
  9. Ahaks! i loike...haha3
    suit mmbntu cero nmpk segak dpn L...sila berterima kasih dpn Puan Lily...hehe3
    best la Cero dpt jgk merasa pakai suit mhal...ekekeke3
    klu x fikir pe2 lps tlg org so myb mknanya kite ikhlas la kan... =)

    ReplyDelete
  10. ...dramatik...
    ;))

    ReplyDelete
  11. @KERAK NASI
    haha, tak terpikir plak aku nk amik gmbar..

    @Shukjessa
    hoho, aku trus simpan kad dia dlm wallet je..
    btw, aku tak brape gemar sgt pakai suit..
    maybe keje dgn suit bkan utk aku kot...

    @tuan tanah
    haha, dramatik itu mesti...

    @pu3aan
    nak ke??
    nanti bile2 aku try upload gambar aku dgn suit..
    hahaha

    @AngahSayang2314
    selalu org mintak tlong, cero tolong sbb tak reti nak cakap tak..
    haha

    @theSkycrapper
    jom pakai suit ramai2...

    @4937068589246771164.0
    Kudozu,
    haha, sweet ek tolong org??
    tak tau plak aku...

    @2293011871678906584.0
    nenek moden,
    waaah!!!sgt taknak jadi model sambilan..
    nk jadi model tetap...
    hahaha

    @iemaZAIMAH
    aku takde suit laa kat umah...
    nk belanje ke???

    @Miss Comot
    Haha, naik sikit saham sbb pakai suit dpan L..
    hahaha, i loike too..

    @raja dinie
    sgt dramatik...
    cEro suka...

    ReplyDelete
  12. cero..aku suke baca pasal kau ngan L...=)

    ReplyDelete
  13. @lumut
    hehe, thank you lumut...

    ReplyDelete
  14. tak nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

    ahahahahaha!

    ReplyDelete
  15. kekekekek

    man in suit always look good :) sesekali kan?

    huhuhuhu

    lepas tlg org mmg bukan ada satu perasaan puas?

    :)

    ReplyDelete
  16. @iemaZAIMAH
    haha, dah teka dah ko taknak...
    hehehe

    @.::WaNiE::.
    pakai je, adanya tidak...
    hahaha..
    btw, tolong org mmg rase best...

    ReplyDelete
  17. tah ble nak pkai suit nye. bg aku org pkai bju melayu lengkap paling smart. huehue

    ReplyDelete
  18. @m i r a f i q a
    hahaha, aku stuju...
    tp aku rasa boleh pakai suit baju melayu mase raya je..hahahah

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License