Perkara di atas selalu berlaku kepada aku.
Selalu.
Kadang-kadang aku tak pasti diorang berkelakuan begitu sebab kebetulan diorang mahu pergi atau disebabkan aku telah mencerobohi lingkungan kawasan mereka.
Jadi,
aku telah adakan eksperimen sendiri.
Setiap minggu aku akan naik LRT pada waktu bukan kemuncak sebanyak dua kali pada masa yang sama tetapi hari yang berbeza.
Untuk hari pertama, aku akan berpakaian biasa aku,
iaitu seluar jeans, kasut kanvas dan t-shirt roundneck.
Sesetengah menganggap aku selekeh,
dan bonus dengan wajah kurang kacak versi rempit aku.
Untuk hari kedua, aku akan berpakaian formal dan smart,
iaitu seluar slack hitam, kasut kulit hitam dan kemeja lengan panjang plain dengan tali leher berjalur.
Sesetengah menganggap aku nampak smart,
dan bonus dengan rambut disisir rapi (walaupun aku benci sikat rambut).
Untuk kedua-dua hari, perjalanan aku adalah pergi-balik.
Dan aku buat perkara yang sama selama lapan minggu.
Dengan jumlah 8x2 perjalanan,
setiap perjalanan aku akan duduk rapat berdekatan dengan perempuan umur dalam julat 20-30 tahun.
Dan setiap perjalanan, aku akan duduk diam tanpa buat perlakuan yang mencurigakan.
Menakjubkan,
apa yang aku dapat dari 16 kali ulangan eksperimen untuk setiap set pakaian ialah,
para wanita itu lebih banyak menjauhkan diri dari aku yang berpakaian selekeh ala rempit daripada aku yang berpakaian kemas formal.
Aku amat percaya dengan fakta bahawa penampilan mempengaruhi perlakuan orang sekeliling,
tetapi bila aku bertanyakan kebanyakan rakan perempuan dengan soalan
"Adakah kalian kisah jika duduk sebelah lelaki yang selekeh dalam LRT atau bas?"
kebanyakan mereka menjawab
"Tak kisah asalkan tiada apa-apa berlaku."
Kebanyakan mereka akan paranoid bila aku menuduh mereka lebih memilih dengan melihat kepada penampilan,
tetapi hakikatnya, mereka memang memilih.
Mereka lebih suka berdiri lama dalam LRT daripada duduk di sebelah lelaki yang selekeh.
Walaupun mereka boleh beri alasan bahawa takut terjadi apa-apa perlakuan tak senonoh seperti raba atau gangguan seksual,
tetapi jika difikirkan logik,
perkara paling teruk boleh berlaku dalam LRT yang bergerak pada waktu bukan kemuncak dengan kepadatan isi penumpang bawah dari sederhana adalah duduk disebelah lelaki yang berbau busuk badannya.
Dan untuk itu sebenarnya, lelaki yang berpakaian formal kemeja lengan panjang bertali leher lebih tinggi kemungkinannya untuk berbau busuk kerana kurang pengudaraan daripada lelaki yang hanya berbaju T dengan menolak tabiat penjagaan badan mereka sebagai pembolehubah.
Dengan kata lain,
your argument is invalid.
YA.
Mungkin eksperimen sosial ini lemah kerana banyak pembolehubah perlu dikenalpasti dan dikawal,
dan ulangan eksperimen tidak relevan,
tetapi secara umumnya, kebanyakan perempuan berumur 20-30 tahun bersikap skeptikal dengan lelaki yang selekeh daripada lelaki yang berpakaian kemas tanpa alasan yang logik.
Dan sebaliknya, secara peribadi,
aku sebagai lelaki tak pernah kisah pun kalau perlu duduk di sebelah perempuan yang selekeh dalam LRT atau bas.
Kerana pada aku, perlakuan itu takkan pernah memberi kesan seksual mahupun sensual ke dalam perjalanan kehidupan aku sebagai lelaki.
Namun, itu hanya pendapat peribadi aku,
dan aku tak mewakili seluruh lelaki di dunia ini.
Jadi,
kepada wanita di luar sana,
cuba tanya diri sendiri.
Kalau anda boleh melabelkan LELAKI sebagai EGO,
adakah anda boleh mengaku diri sendiri sebagai SKEPTIKAL terhadap lelaki?
.
melihat dari sudut pndangan yg berbeza.mungkin betul. tapi rasanya tak salah untuk berjaga2. anda pun tahu dunia sekarang macam mana :D
ReplyDeleteselekeh atau tidak selekeh, kalau dalam lrt/komuter, tempat2 awam, pengangkutan awam, sebaik saja lelaki tak dikenali duduk/berdiri sebelah aku, aku terus rasa tak selesa
ReplyDeletebiar dia pakai selekeh, atau pakai kemeja siap blazer, mahupun pakcik tua..sama
MAAF LELAKI....aku memang takut bila dekat dengan lelaki tak dikenali walaupun ramai orang lain di tempat tu.. aku ada pengalaman waktu sekolah..cukupla sekali..judge la aku skeptikal atau apa2..kalau tiba bab ni, aku tak kisah apa orang nak judge aku..sebab bila ada je lelaki tak dikenali duduk sebelah aku, automatic aku akan menunjukkan reaksi kurang selesa
tapi kalau dah dalam 5-10min tgk lelaki tu ok je, aku pun akan normal balik :) takdeklah paranoid dah haaha.
1. Aku tak kisah jika duduk sebelah lelaki yang selekeh dalam LRT atau bas, asalkan bukan bangla atau indon (sebab ada pengalaman buruk dengan mereka bila naik bas *aku rasa nak tikam-tikam je bila ingat*. Lagipun bau badan mereka...)
ReplyDelete2. Aku cuma akan duduk bila tempat favourite aku kosong (bangku paling tepi dekat pintu). Selagi tak kosong, selagi tu berdiri.
3. Lelaki yang pakai smart macam nak ke office lebih dilihat 'wangi' berbanding yang pakai t-shirt, walaupun mereka lebih 'pengudaraan'. *Persepsi mata*
4. Kalau pakai selekeh, cuba buat-buat membaca buku atau surat khabar. Kurang sikit rasa ketidakselesaan mereka. malah dipandang lebih 'bijak'. *tapi kena check juga tajuk buku apa yang kau baca*
5. Ya, aku skeptik. Maksud aku, ada banyak lagi tempat kosong, kenapa pilih nak duduk di sebelah aku? Nak tackle aku ke apa? *haha...*
haha..betul..aku pon xselesa duduk @ berdiri seblah lelaki xdikenali..xkisah lah penampilan dia smart @ srabut..mungkin kerana ingin lebeh berhati2..
ReplyDeletemuka laki lam pic 2..cam hanamichi..haha
mana2 pun ada lelaki. kadang2 lelaki yg nampak normal sebenarnya abnormal. bahaya lelaki mcm tu.. tapi manusia..sbnrnya orang pun ada sikap prejudis. nampak org baik, tapi dianggap baik betul. nampak tak baik, confirm2 anggap tak baik. takpaham jugak kadang2. haha
ReplyDeleteWalaupun aku lelaki, aku ada perasaan kurang selesa bila duduk sebelah atau berhadapan perempuan yang tak aku kenali..
ReplyDeleteAku pilih untuk berdiri walaupun ada tempat kosong sebelah mereka... bukan sebab aku malu atau segan, tapi aku tak suka terima sekiranya mereka bereaksi atau riak muka kurang senang
koh koh koh..
kalau aku pun aku lagi rela berdiri dari duduk di sebelah lelaki yang penampilannya kurang meyakinkan. Ibarat kau tanya "antara duduk sebelah lelaki Melayu dan pekerja Indon, mana satu yang akan dipilih?"
ReplyDeleteLebih kepada keselamatan sebenarnya especially kalau waktu tu aku keseorangan. Kalau kau perempuan, kau akan tahu apa rasanya berdepan dengan dunia bila berjalan keseorangan. perasaan takut & sentiasa kena hati2..
aku suka eksperimen ang ni.. hahaha... agak2 boleh buat thesis dak? :D
ReplyDeletebahan eksperimen aku, aku amek ang... :)
aku catat dari jauh... hehe...
cero...kalau aku, aku ikut mood gak... kadang2 lelaki pakai baju kemeja pun aku blah... haha.. sebab aku malu.. :) bukan malu dia tak hensem... tapi, malu la.. :)
tapi, ada betulnya juga eksperimen ang tu..
-nekmo-
@Chuu Muqhlis
ReplyDeletebetul2, tapi ada beza besar antara berjaga-jaga dgn paranoid.
@.::WaNiE::.
Yup. Manusia dibentuk kehidupannya dengan pengalaman. Jika ada pengalam buruk tentang sesuatu, kita akan automatik diajar untuk menghindarnya, walaupun kita tak sedar. Sama konsep dgn tersentuh cerek panas.
@BatuBulan
1. Sebab persepsi, kan? Persepsi kita terhadap bangla dan indon adalah busuk dan buruk..heheh
2. Ini dipanggil possesi. Sama konsep dgn sukakan kuih dr kedai yang tertentu.
3. Betul. Persepsi mata. Tapi bila mata dan hidung tidak sefahaman, mata kata lawa, hidung kata busuk..susah..hehehe
4. Hehehe, kalau komik? still dianggap bijak atau keanak-anakkan?
5. Hehehe, itu pemikiran peribadi, dibentuk dr kecil dr pemerhatian dan pengalaman. Payah nak ubah tu..
@-sheyr-
ReplyDeleteHaha, macam hanamichi sebab rambut merah kan??
@Elie Lily
Prejudis kadang-kadang menyelamatkan diri, tapi kadang2 merugikan diri..
@Aujinz
Aku pon suka lagi berdiri. Bukan sbb taknak duduk, tp taknak org berprejudis terhadapa aku..Maklumlah, tak berapa nak hensem..hehehe
@Sophie Al-Yahya
Betul. Kita semua tahu fakta bahawa bukan semua orang jahat, tapi naluri menyelamatkan diri (dibaca selfish gene) membuatkan kita memandang semua sebagai ancaman, kecuali kita kenal..
@Anonymous
nekmo,
walaupun aku kata eksperimen, tp aku lebih suka menganggap hal ni sbg memuaskan perasaan ingin tahu tentang sosial manusia..
macam alien cuba nak kaji manusia..hahaha
tapi macam mana pula kalau lelaki tu memang jenis yang selekeh...maksudnya time g jln2 at mall tiba2 dy pkai selekeh giler dgn gigi xgosok...rambut pulak tak disisir...tak pakai minyak rambut lak tu...mmg patut jauhkan diri lar kan
ReplyDelete>Anonymous
DeleteKalau ada alasan kukuh macam penampilan yang tak berapa selesa, itu rasanya okey laa kot kalau nak dijauhi.
Yang jenis pukul rata kata semua lelaki sama tu yang rasanya tak elok hehehe
sy pernah naik teksi semasa nak balik ke rumah, masa tu hnya ada saya kat tmpt duduk blkg dan pakcik teksi driver. tak lama lepas tu, pakcik teksi tu brhnti dan ada 2 wargangra asing mcm bangla naik. duduk kat sbelah saya. masa tu aku takut, nervous gila, aku doa banyak2 agar x jd apa2 kat aku. takut weh, dalam teksi tu aku sorg je perempuan dan lain lelaki.
ReplyDeletetak lama lps tu, 2 org bgla tu dah turun. ok aku selamat, mujur x de apa2. (tetiba rasa bersyukur mujurlah aku ni rupa takde cntik putih melepak).
kalau ada lelaki mana2 yg aku x kenal, even yg aku knl pun, aku akan lari kalau diorang duduk kat sebelah aku. haha. sbb kita mana tahu hati org kan. lebih baik berjaga2. dunia sekarang memang super seram.
>Anonymous
DeleteSikap berjaga-jaga itu memang perlu, tapi tak perlu berlebih-lebihan kot. Kalau keadaan macam dalam teksi okay laa nak berjaga-jaga, tapi kalau dah tempat awam yang dah tentu ada lelaki dan perempuannya, mana boleh nak elak dah hahahahah
Btul apa yg kau taip tu. Aku ambil lgkh brjaga2 sbb aku bbrapa kali kna cab*l dgn lelaki di tmpt awam. Walhal aku x pkai pun bju dan seluar ketat, nmpk tubuh bdn. Pglmn mnjdikn aku berasa trauma dgn kaum lelaki. Tp aku prcaya x semua lelaki mcm tu. Aku terima nasihat kau. Dan aku akan cuba berubah tpi dlm masa yg sama aku ttp berhati2.terima kasih ats balasan komen tu.
Delete>Anonymous
DeleteBab cabul ni ada dua solution; 1. kena berani, maknanya bila berlaku kena pasti bertindak macam menjerit atau meminta tolong orang lain.
2. Kena mencegah. Berusaha elak dari pergi ke tempat yang berisiko untuk dicabul. Atau kalau kena sangat, pergilah bersama teman yang boleh diharap.
Harap membantu :)