Salam.
Happy Leap Day.
Nak tanya, 'leap day' dalam bahasa ialah hari lompat, kan?
Ataupun ada istilah BM lain untuk leap day?
Kita anggap je laa 'hari lompat' tu legit. Hahahahahahaha.
Yang mana sudah lebih empat tahun melayan blog aku ini mesti teringat aku pernah post entri yang lebih kurang sama, bercerita tentang tahun lompat pada empat tahun yang lalu.
Kalau rasa nak baca entri itu, kenalah usaha sikit mencari.
Aku tak akan tinggalkan link ke entri tersebut sebab aku suka effort.
Bukankah kegigihan sentiasa membuahkan hasil?
Hehehe.
Empat tahun adalah satu tempoh masa yang sesuai untuk menilai balik sesuatu.
Sebab itu kebanyakan acara sukan besar (seperti Sukan Olimpik dan Piala Dunia) berlangsung setiap empat tahun.
Satu penggal untuk presidensi Amerika Syarikat pun hanya empat tahun.
Aku nak bagi contoh Pilihanraya Umum Malaysia,
tapi kita semua tahu kerajaan masa kini suka drag tempoh jadi panjang.
Perkara yang patut berlaku setiap empat tahun mungkin hanya berlaku selepas 5 atau 6 tahun.
Mari kita jangan bercerita tentang politik, nanti SKMM block pula.
Jadi,
empat tahun adalah tempoh paling sesuai untuk menilai perkembangan diri.
Dan tarikh apa yang lebih sesuai selain dari hari lompat 29 Feb yang hanya ada setiap empat tahun, kan?
Mengenang balik,
empat tahun lalu aku masih lagi terkapai-kapai dalam dunia blog dan juga kehidupan.
Tiada apa yang berlaku 29 Februari 2012,
jadi aku tanam misi untuk menjadikan 29 Februari 2016 sebagai 'sesuatu'.
'Sesuatu' yang aku maksudkan mungkin pertukaran fasa dalam hidup.
Dalam ayat yang kurang dramatik, aku nak kahwin pada 29 Februari 2016.
Tapi jodoh itu rahsia milik Yang Maha Besar.
Rupanya, 'sesuatu' itu juga tidak berlaku pada 2016.
Aku masih lagi terkapai-kapai, sama macam pada tahun 2012.
Nak tunggu hari lompat seterusnya, iaitu pada tahun 2020,
aku tak rasa aku mampu. Terlalu jauh. Usia tak menunggu aku.
Kalau boleh sekarang juga aku nak kahwin.
Aku selalu bayangkan hari-hari aku mesti seronok kalau aku tak seorang diri.
Tapi kahwin bukan perkara main-main yang boleh dipandang mudah.
Aku bakal bertanggungjawab menjaga seseorang,
dan dia juga perlu tahan bersama aku yang...hmmm...how to put it nicely...like shit?
Aku tak mahu hubungan yang sia-sia.
Bina punya gah hanya untuk ego sendiri, itu aku tak mahu.
Aku mahu hubungan yang sentiasa melengkapi.
Tidak mungkin sempurna, tapi bersama dia aku akan jadi penuh.
Si dia yang memberi, dan juga membuatkan aku memberi.
Yang menerima, dan juga membuatkan aku menerima.
Wujudkah jodoh untuk aku di luar sana?
Itu satu rahsia yang bukan milik aku.
Tapi, hakikatnya sekarang,
kalau aku jadi perempuan, aku pun tak akan pilih aku sebagai suami.
Masih banyak lelaki ini perlu baiki.
Namun kita semua manusia.
Asalkan belum tiba ajal, kita semua ada peluang untuk menjadi lebih baik.
Better me, better you, better us.
Jangan jadikan 'jadi diri sendiri' sebagai alasan untuk jadi tahi.
Why be yourself if you can be better?
Aku berharap untuk empat tahun akan datang,
aku masih boleh berdiri tegak memandang depan dan tersenyum.
Dan di sisi kiri aku terdapat seorang srikandi, penyebab kepada senyuman aku tadi.
Dan kalau ada rezeki, tangan aku sedang mendukung tanda cinta dan kasih sayang kami.
Saham akhirat untuk kehidupan aku seterusnya.
Oooooookeeeeyyyy!
Cukup kot melayan perasaan.
Get up and take a step. Walk forward,
for the next 4 years!
Tahun 2020,
dulu aku bayangkan tahun 2020 akan ada kereta terbang.
Mana kereta terbang? Mana? MANA???
.
Good luck bruh.. Semoga ketemu serikandi yang berkenan di hati.
ReplyDelete>Mona
DeleteThanks Mon. May the luck on my side. Hehe
Kalau kawen jgn lupa jemput kami ye cero.
ReplyDelete>Hafiy Halim
DeleteHahahaha. Tak pernah aku tonjol muka, tetiba kahwin nak jemput. Hahahaha. Macam susah je. Hehe
kesian sape yang lahir 29hb.
ReplyDeletegood luck finding your the one.
>nurul rasya
DeleteSebab percaya dengan jodoh, aku tak rasa finding the one itu susah. Mungkin timing je kot belum tepat lagi. Hehehe
Semua orang ni jodoh dah ditetapkan di Luh Mahfuz. Maknanya ada lah tu. Just usaha dan tungguuuuuuuu haha
ReplyDelete>Kon
DeleteSetuju, Kon. Cuma konsep usaha tu aku tak nampak lagi sebab usaha ni kena bermatlamat. Aku tak nampak lagi siapa matlamat aku a.k.a bakal jodoh. Hehehe
bruhh jangan laa feeling sangat bruhh..sedih pulak aku..hahaha
ReplyDelete>mashy_entah
DeleteKau kata kau sedih, tapi kau hahaha kan aku.
Kejam. Hahahahahahahahahaa
Salam Hari Lompat Cero!!
ReplyDeleteAku jumpe entri ko pd 29 Feb 4 tahun yg lepas..(gigih cari)..seb baik time tu ade 1 je entri..muahaha..
Doaku semoga 4 tahun akan datang pada tarikh ini ko akan/dah berkahwin..kalo ko lum kawen jugak..aku xtau ler..
>pu3aan<
>pu3aan
DeleteGigih betul kau ni Put, mencari entri lama aku dulu. Hahahaha
Doakan aku banyak-banyak. Malas dah nak jawab soalan cepu cemas dari sedara mara. Hahahaah
2020 byk duit y trbang dr kete..hihi
ReplyDelete>Noorsha Muhamad
DeleteTakyah tunggu 2020, sekarang ni pun dah banyak duit terbang.
Hahahaha
Nak tunggu betul2 bersedia susah cEro. Konsisten utk sentiasa nk berubah jadi baik tu yg penting. Dah ada org suka tu, kahwin je la..haha
ReplyDeleteSama la..aku dah lama dh tunggu nak tgk kereta terbang mcm dalam dragon ball tu, siap boleh masukkan dlm kapsul, x yah susah2 parking..heeee..
>Bro Ley
DeleteYup. Tarikh 4 tahun sekali macam 29 Feb ni sangat sesuai dijadikan hari menilai baik konsistensi perubahan kita. Kalau dulu 2012 dan kini 2016 sama je, rasanya banyak yang aku kena ubah. Hahaha
Aku tak nampak kahwin sebagai isu sbb kahwin hanya proses. Isunya ialah dengan siapa akan aku lalui proses itu. Hehe
Aku pon eksaited tunggu Capsule Corporation wujud. Hahahaha
hamboihhh..teruja dia dgn kete terbang naaa..
ReplyDelete>Nabila Syifa
DeleteOf kos teruja. Siapa tak teruja kalau dapat naik kereta terbang. Asyik naik kapal terbang je, biar laa giliran kereta pula terbang. Hehehehe
Aku aminkan doa kau tu.
ReplyDeleteMakin tua makin cepat masa berlalu, bak kata Gin-san. At least kau ada cita2 dan harapan, which are better than some people that just go with the flow.
Pergh rasa cam jwb soalan interview pulak bila fikir di mana aku 4 thn lg haha.
Star
>Star
Delete'Makin tua makin cepat masa berlalu', tak tau plak Gin yang cakap cenggitu. Tapi aku pernah baca tentang First Time Theory di mana kita rasa masa lebih cepat berlalu ketika usia tua sebab sudah jarang buat perkara 'pertama kali' berbanding waktu muda. So nak rasa masa berlalu lama, cubalah buat apa2 perkara first time. Hehehe
Hoverboard acah2 boleh terbang tu dah ada, so in 2020 nanti at least hoverboard yang betul2 boleh terbang tu mayyybeee akan ada, mayyybeee :p
ReplyDeleteCheer up C, being single in your 30's isn't so bad. Cleverly use this 'quality alone time' of yours to your benefit, so that when you're finally not alone anymore, kau takde la nak rasa rindu sangat pada masa "alone" yang kau ada ni. Ada sebab la kenapa kau tak jumpa lagi jodoh tu, hanya Allah Taala yang tahu bila masa yang sesuai. Hmm? Tak setuju dengan komen aku? No prob, masing2 ada pendapat masing2 tentang kehidupan.
p/s: Jangan salah faham komen aku pulak, aku bukan nak suruh kau enjoy buat "benda2 haram" ye time kau single nih (aku tau kau paham je C, aku tujukan komen ni pada sape2 yang saje takde keje nak kona2 maksud komen aku kat atas tu, lelz) ;3
>plain83
DeleteHoverboard yg ada sekarang tu semua TIPU! They are not even hovering. I am very disappointed. Hehe
Aku faham maksud kau. Aku setuju. Namun pemikiran manusia asyik bezakan dua keadaan; sebelum dan selepas kahwin. Maksud aku, kena perlu berubah sebelum dan selepas? Kenapa tak buat perkara yang sama sebelum dan selepas? Contohnya kalau aku suka baca komik sebelum kahwin, kenapa aku tak boleh baca komik selepas kahwin jugak? Aku masih boleh baca komik lepas kahwin, bezanya aku tak baca seorang diri lagi. Kan? Hehehe
The one yang tak paksa untuk aku berubah, tapi aku nak berubah untuk kebaikan dia, itu yang aku cari. Tapi jodoh kuasa Allah. Aku hanya boleh berusaha dan berdoa. Hehe
memang special kalau buat tarik special untuk loop year nie. hahahaha. semoga cepat2 jumpa srikandi idaman hati :D
ReplyDeletememang dulu dicanang canangkan kereta terbang. hahahhahaa, sekarang cuma duit yang banyak terbang. wakakakka XD
>BV
DeleteThanks BV. Nak jumpa tu yang payah sikit. Kalau dah jumpa, semuanya bakal lancar. Hehehe
Aku dah dalam anggapan bahawa kereta terbang tak akan wujud sampai bila-bila. Hehehe
pernah tengok cerita leap year? tapi kau patut tgk cerita tu 4 tahun lepas supaya berdoa jadi pada tahun ni. haha. keep praying and semoga berjaya! hehe.
ReplyDeleteBefore you can say YES if you ask yourself 'will you marry me?', dont yet get married! hahaha
>NADIA
DeleteBest ke cerita tu? Kalau best nanti aku nak donlod. Hahaha
Itulah...aku sendiri rasa aku tak layak untuk sesiapa, apatah lagi orang lain mesti rasakan aku tak layak untuk dia. Huhuhu
pergh ayat..haha..
ReplyDeleteaku harap 4 tahun lagi, buku kita akan meletup2 di pasaran seantaero amerika aminn..haha
-kartunster-
>kartunster
DeleteAyat mesti kena power, bruuh! Hehehe
Aku pun harap 4 tahun lagi kita lebih dikenali melalui karya kita. Ecewah!
Sweet tangkap leleyh..!
ReplyDeleteYup, better me, better you, better us.. Tu yang aku keep saying to myself bila tetiba terpikir pasal jodoh. I feel you, bruh.. Persiapkan diri sementara Allah aturkan hal2 macam ni yang di luar kawalan kita, untuk kita.. ^^d
Aku baru nak pass portfolio calon2 isteri tapi dah ko sdr kata kalau ko jadi pompuan pun, ko sendiri takkan pilih diri ko untuk dijadikan suami.. Haaaa, too bad.. XP You just missed your chance..
Percaya kat Yang Maha Esa.. Things happen or don't happen for reasons.. Aku do'akan jodoh yang terbaik untuk ko.. Do'akan aku jugak..! ^^
>Lee-kun
DeleteHahahaha. NAK!
AKU NAK PORTFOLIO TU!!!
Wahahaha.
Kalau nak ikutkan, banyak sanagt kena perbetulkan diri aku ni, jadi prosesnya panjang. So aku cuma harap jodoh aku adalah yang boleh duduk di sisi aku semasa aku lalui proses tersebut, ecewah!
Kita doa sama-sama sesama kita :)
bestday gua 29feb.. keep calm & leap a lot
ReplyDelete>budoxe lee
DeleteHai orang yang baru 7 kali sambut besday. Hehehehe
Okay la tu bro. Ada set masa untuk capai impian dan target. Sekarang tengok, blog ko makin bagus, dan ko dah step up ke YouTube. Bagus, jangan jadi separuh pungkok macam aku!
ReplyDelete>Danial Jaafar
DeleteTakpa. Separuh pungkoq hari ni tak bermakna separuh pungkoq selamanya. Semua orang ada peluang untuk maju. Kan? Kan? Kan?