Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Feb 17, 2016

Kacakness!


Salam.

Kacakness ialah kekacakan.
Saya harap saya tidak menyinggung perasaan mana-mana pencinta Bahasa Melayu dengan penggunaan perkataan cimera ini.
Saya juga ingin memohon maaf kepada kesemua guru subjek Bahasa Malaysia saya kerana inilah apa yang berlaku jika anak murid anda mendapat A2 dalam SPM untuk subjek BM.

Tanpa berlengah masa,
mari kita menyelami kacakness of cEro...







Aku ada satu tabiat suka gulung seluar dan lengan baju bila duduk di rumah.
Entahlah. Aku kurang suka seluar yang labuh menyapu-nyapu lantai.
Tapi dalam masa sama aku tak suka pakai seluar pendek.
Jadi, gulung seluar sampai ke betis merupakan tabiat keras aku bila di rumah.

Maka,
satu isu yang selalu berbangkit ialah kealpaan aku untuk melepaskan gulungan seluar tersebut ke bawah apabila mahu keluar rumah.
Kalau pakai baju biasa okey lagi sebab aku sudah terbiasa selekeh.
Kalau tak ada keperluan untuk aku berhias, aku biasanya akan selekeh.

Tapi satu hari itu memerlukan aku untuk berpakaian formal.
Punyalah ramai orang jeling-jeling kubertentang, mata kita sama memandang...
Ingatkan ramai orang pandang aku sebab aku kacak,
which is memang dalam hati aku anggap aku kacak bila pakai baju formal.
Realitinya ramai orang pandang sebab seluar aku bergulung ke atas.
Sebelah saja pulak tu, nampak bulu kaki pulak tu.

Malunya bukan kepalang.
Kalau akulah yang melihat, mesti aku kata orang tu kurang 'sihat'.

Maka jatuh merudumlah self esteem dan level keperasanan aku hari tu.
Baru je ingat saham aku makin melambung, rupa-rupanya ke lombong.


Baiklah adik-adik,
pengajarannya hari ini ialah:
1) tak salah perasan diri kacak,
2) tak salah gulung kaki seluar sampai betis,
3) jangan abaikan subjek Bahasa Malaysia untuk SPM.

Wait...
Aku rasa macam aku ada lupa isi penting entri ni.
Aku nak cerita pasal apa ek sebenarnya?





.


47 comments:

  1. I feel u bro. Masa nk solat kn lipat seluar. Pastu dh xingat nk turun kan. Semua jeling semacam wakakakkaka. Rupanya kita mengalami situasi yg sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. >budoxe lee

      Hahaha...lepas solat memang dah selalu. Kadang2 sampai seluar termasuk dalam stoking, lagi nampak sakai. Hahaha.
      Kita serupa.

      Delete
    2. tau xpa yg seluar masuk dalam stokin tu mmg xleh blah wakakakaka

      Delete
    3. >budoxe lee

      Kaan? Yang pernah lalui je tahu perasaannya camne. Hahaha

      Delete
  2. Kawan aku ckp pada aku dulu org yg suka buat mcm nie org laut sahaja aka nelayan n such. Sbb aku pun suka lipat seluar dr potong seluar

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Hafiy Halim

      Aku pun tak suka potong seluar, suka lagi lipat.
      Kalau potong macam dah tak best dah rasanya...hehehe
      Hmmm..rasanya dalam diri aku ada darah orang laut kot, tapi aku tak pandai berenang...hahahahahahah ha ha

      Delete
  3. Tenang bro.. Tenang.. Ko pegang ni je, diorang ta ingat aku.. diorang tak ingat aku..



    tapi aku ingat ko. Kalau aku jumpa orang gulung seluar kat luar aku assume tu ko. Hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Mon

      Perkara tu yang aku pegang sebelum ni, tapi aku sendiri ingat, so bila tgh sendiri2 terasa down gila bila teringatkan kebegokkan diri sendiri. Hahaha

      Kau jangan Day, nanti tersalah tuduh orang nanti, entah siapa pulak kena assume dia tu cEro. Hahahaha

      Delete
  4. Kahkahkahkah boleh bayang "tak sihat" dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Ben

      Hahaha..seharian oo aku menyesali kebodohan diri. Seharian aku rasa down sebab semata-mata lupa nak turunkan lipatan kaki seluar. Hahahaha

      Delete
  5. kau sebenarnya nak bagitahu kau dapat A2 BM kan..kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Angah

      Hahaa...ye arr. Aku nak A1.
      BM A2 effect banyak kot walaupun subjek lain cemerlang.
      Hahaha

      Delete
    2. cEro, aku pun banyak subjek dapat A2 dari A1. BM aku B4. Aku ingat lagi cikgu BM aku macam agak sedih, sementara cikgu2 lain senyum2 puas hati bila tengok result aku. Lelz... motip? Kedepan. Lellz...

      Delete
    3. >plain83

      Tu arr. Aku tak sangka BM rendah kasi effect teruk dekat masa depan, tambah2 masa nak kerja. Majikan tengok BM tu. Hahaha

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. Aku alhamdulillah la takde masalah pasal tu. Yang penting jumlah A aku masuk dlm kategori 5A dan ke atas lah, kan kedepan? Haha :P

      Delete
  6. Laaaaaaa, engko ke yang aku nampak tepi jalan hari tuh? Hahahaha..

    Aku pernah jadik macma tu jugak..biasanya time hujan bila terpaksa lipat seluar sebab taknak lencun..tapi lepas tu lupa nak turunkan..walaupun tak nampak bulu kaki tapi tetap nampak 'tak sihat' di situh..haha..

    Ko nak citer, ko kacak jugak sebenarnya kan..? Haha..XP

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lee

      Hahaha...Kemungkinan besar yang kau nampak tu ialah aku. Hahaha

      Kalau hujan aku memang tak pedulik. Aku lipat je kaki seluar tak kisah dlm atau luar bangunan. Siapa tak puas hati, aku memang tak peduli. Hahaha

      Kacak itu subjektif. Pada aku, aku kacak. Tapi kalau tanya awek yang aku swit kat stesen bas semalam rasanya dia takkan kata kau kacak. Hahahahahahahahaah

      Delete
  7. Macam Din Beramboi majalah Ujang, hahahahahaha tinggal nak selit selipar jepun je kat betis tu ;p

    Kelakar pulak bila lelaki guna term 'berhias' hehehe. Alah kalau hensem tu ngaku jelah C

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Zyra

      Kira adik Din Beramboi laa ni, Cin Berambut. :D

      At first nak guna term 'bersiap' atau 'berkemas', tapi terasa macam tak sampai so gunalah 'berhias'.

      Since kacakness itu subjektif dan bergantung kepada biji mata yang memerhati, so that arguement is invalid. Hehehe

      Delete
  8. Kau lupa nak cerita pasal kecunnan aku cero. Itu yg kau lupa. Kakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kon

      Betul laa Kon. Aku lupa. Kena tulis entri baru ni bagitau betapa cun nya kau. Hehehe

      Delete
  9. saya setuju, Cero kacak *lari~~~*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana aci amna dah pernah jumpe!!

      Delete
    2. pergh~ untong la dpt jumpa cEro

      Delete
    3. >Amna

      Hahahaha...
      Amna ni rabun agaknya...hehehe
      Yang lain jangan percaya sangat Amna ni...hahahaha

      Delete
  10. hahaha. kalau aku pun ingat orang ni 'sesuatu'ni sebab pakaian smart tapi lipat seluar sebelah je. pakailah seluar yg senteng mcm hispter wakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NADIA

      Hahahaha. Tak minat seluar senteng ala-ala Wak Doyok hipstuuurrrr tu.
      Lagi best kalau seluar panjang yang dilipat untuk jadi senteng. Hehehe

      Delete
  11. Hahahaha...Ingatkan kau dh semakin confident yg kau ni kacak. Rilek la, kira kau dah buat trend baru tu. Org skrg pun banyak je lipat2 seluar ni. Baru hipster...

    Kalau aku, kadang2 termasukkan seluar ke dalam stokin masa pakai stokin tu... Malu gak la kalau org perasan..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      idoknye laa aku makin confident. Hahaha. Tapi kalaulah aku ni trendsetter baru buat style seluar lipat, boleh jadi bangga aku ooo. Naik confident aku. Hahaha

      Masukkan seluar dalam stokin pun selalu jugak.
      Haru oooo haru....

      Delete
  12. AHAHAHAHAHAHA. Okay muka kembang semangkuk dipenal no 4 tu wat aku geli hati seharian. Takpe cero. Aku percaya dalam2 rmai awek tu ade yg betul tercuit hati sbb ko kacak.. percayalah.. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Yura Yu

      hahahaha. Aku sendiri mula rasa muka aku jadi macam tu bila aku perasan kacak. Hahaha. Tapi kalau ada awek tercuit hati pun, diorang mesti tak nak mula tegur aku sbb awek2 zaman sekarang kan jenis reserved, tak nak mulakan. Hehehe

      Delete
  13. Hahahahaha.. lupa lepaskan gulung kaki seluar tak secela lupa zip seluar bruhhhhhh... kah kah kah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Aujinz

      Zip adalah perkara pertama aku check sebelum keluar pintu rumah. Pengalaman lama mengajar erti kehidupan ooo. Trauma lupa tutup zip masih berparut dalam hati sanubari aku. Hahahah

      Delete
    2. erm, kalau perempuan? di pandang serong tak? erm. em.

      Delete
    3. >Zyra

      Sama je serongnya. Cuma pompuan kalau (ter)buat orang tak panggil flasher, tapi lelaki kena label flasher.

      Delete
  14. Hahah... aku biasanya akan buat2 tak prasan je kalau ternampak orang yg berpakaian "lain macam" kat public. Aku fikir nak setelkan hal aku je, lepas tu blah. Kalau aku kenal orang tu, aku tegur. Hihuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouh oh Plain neechan is so cuteee

      Delete
    2. >plain83

      Default-nya manusia memang begitu, tapi bila dah berdua or bertiga, tambah pulak dengan kawan2 yang gila-gila, memang akan jadi bahan ketawa je kalau jumpa orang yang lain macam ni. Hahahahahah

      Delete
  15. haha pesen sama mcm abang sy,,suka nau gulung seluartu,,lps tu kena bebel dgn makk

    ReplyDelete
    Replies
    1. >amira faqihah

      Hey, panggil abang datang blog ni. He and I should be best friends. Hehehe

      Delete
  16. hahahhaha adoyai cero2...awat lah boleh jadi lagu tu?...kena makan kismis banyak nih..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie adie

      hahaha. Apa nak buat. Kismis zaman sekarang mahal-mahal belaka. Makan kacang je murah. Hahahha

      Delete
    2. mahal ek? sekotak singgit tu dah takde ke? hurm...kacang pun boleh...tambah cerdiklah ko cero...

      Delete
    3. >sofie adie

      Mahal dah sekarang. Yang dulu sekotak singgit tu dah tak nampak dah, entah2 dah jadi 2-3 ringgit dah. Kacang je laa yang mampu milik lagi. Hahahah

      Delete
  17. bg BV, kalau orang kacak, pelik macam mana pun perangai atau pakaian memang ada je yg memandang. bagi orang tak kacak pulak, dia pakai macam mana pun memang takdak orang nak memandang. so, konklusinya cEro adalah kacak. heheheh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Okey kembang hidung sekejap BV kata kacak. Hahahaha
      Tapi pandnag ni ada banyak jenis pandang tau BV.
      Ada pandang sebab kagum ada pandang sebab hina. Hehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License