Salam.
Siapa antara kalian yang tahu nama fenomena isi terkopek dari tepi kulit kuku jari tu?
Alaa, yang bila kita tarik dia jadi makin panjang dan berdarah tu?
Yang bila dah berdarah, kena air, pedihnya bukan kepalang tu?
Maaf kalau gambar di atas membuatkan selera makan kalian lari.
Siapa suruh makan sambil baca blog aku. Hahaha.
Sesetengah orang, empati dia sangat tinggi sampai jadi seriau satu badan walau hanya melihat gambar.
Dalam bahasa Inggeris, fenomena itu dipanggil hangnail.
Tapi sampai ke sudah aku tak tahu nama dia dalam bahasa Melayu.
Arwah Cikgu Wan Sazali mesti sangat kecewa dengan aku. Al-Fatihah buat beliau.
**sapu air mata**
First of all,
obviously gambar terakhir dalam komik 4 panel di atas itu bukan jari aku.
Sekali pandang sudah tahu itu jari perempuan.
Dan jari aku tak seputih seperti di dalam gambar.
Aku perlu mula makan produk kecantikan yang mengandungi merkuri, mungkin?
Kedua,
luka dalam gambar diambil dari instagram medschoolposts,
maka kredit sepenuhnya kepada mereka.
Ketiga,
juga obviously luka tersebut bukan dari hangnail yang ditarik kuat.
Lukanya terlalu dalam dan panjang, mungkin datang daripada bahan lain seperti paku atau gerigi tepi makanan dalam tin yang dibuka kasar.
Untuk itu, sila hati-hati apabila berurusan dengan bahan yang tajam.
Keempat,
sebagai sebahagian daripada plan 'beyond the limitation' aku,
aku sedang cuba nak dalami ilmu buat komik hitam putih.
Sebab dari dulu asyik berwarna sahaja,
rupanya buat komik hitam putih (dan kelabu) lagi susah.
Sebelum ni aku buat komik hitam putih dengan grayscale-kan komik berwarna,
so macam tak kira hitam putih sangat laa.Kan?
Tapi buat komik hitam putih memudahkan sebab sebelum ini, mewarna adalah part paling memakan masa. Next time kalau aku dapat tingkatkan momentum, mungkin dapat hasilkan komik dengan lebih pantas daripada sebelum ini.
Jadi apa pendapat kalian tentang percubaan komik hitam putih aku?
Ibu jari ke atas atau
Dan siapa tahu panggilan 'hangnail' dalam bahasa Melayu?
Semalaman aku mencari tapi tak dapat jawapannya.
.
Adakah ini penyesalan? Ya ini adalah penyesalan.. Kenapa aku terpandang jari tu?
ReplyDeleteSungguh
Aku
Menyesal...
>Mona
DeleteBertabahlah Mon. Hari ini mungkin bukan hari kau. Hehehe
urghhh!!!..
ReplyDeleteaku paling xsuke tgk luka yg sikit2 nih..seriau..
tapi kalo luka beso..patah riuk ke otak bersepai ke aku xkesah plak..
hmm...makhluk asingkah aku???
yg pentingnye aku rase "urghhhhh sakitnyeeee!!"..walaupun bukan jari sendiri..dan aku skrol baca post ko smpai gmbr tu tertutup..hahahah!!
>pu3aan<
>pu3aan
DeleteHahaha. Sungguh makhluk asingnya kau ni.
Aku dari yg sekecik hangnail sampaikan ke sebesar gambar ngeri kemalangan, semua buat aku seriau. Tapi kalau aku tahu itu fiksyen (macam dalam movie or drama or komik), itu aku suka. Hehehe
Oiii, kejamnyaaa.. kah kah kah...
ReplyDeleteBaiklah, dalam Bahasa Melayu hangnail dipanggil ...............................
1% ▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
loading...
Ya, proses mewarna adalah proses paling lambat. Aku harap pembaca Origami Biru faham kenapa aku tak boleh siapkan setiap episod dengan cepat.
Huhuhu
>Aujinz
DeleteHahaha. Cis sungguh kau ni. Lama aku tunggu benda alah tu loading...hahaha
Origami Biru kau tu kena berwarna, Jin. Kalau tak berwarna macam mana aku nak menikmati keindahan kekasih imaginary aku si Syahnaz tu. Hahaha
Oiii, kejamnyaaa.. kah kah kah...
ReplyDeleteBaiklah, dalam Bahasa Melayu hangnail dipanggil ...............................
1% ▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
loading...
Ya, proses mewarna adalah proses paling lambat. Aku harap pembaca Origami Biru faham kenapa aku tak boleh siapkan setiap episod dengan cepat.
Huhuhu
lehenet. kakaka terkejut den tengok gambaor tu.nasib bukan tengah makan.dah2 nak gi sekolah.
ReplyDelete>Kon
Delete*gambar
Tu arr. Terkejut sampai typo. Hahaha.
Gi sekolah, sila ajar anak murid kau supaya jangan tarik mana-mana hangnail yang ada. Kalau perlu, tunjuk gambar tu sekali. Hahahahaha
Ni mau 3 bulan makan nasi tak bersambal. Pedihhh
ReplyDelete>benny
DeleteKalau ada spouse, boleh manja2 minta suapkan makan 3 bulan.
Aww yisss!
Hang tuah, hang jebat, hang kasturi, hang lekir, hang lekiu kot nama melayu dia. Heheh.
ReplyDeleteBlack and white la best bro. Senang hehe.
>budoxe lee
DeleteHahaha. Cis sungguh. Beriya aku baca ang punya hang sampai habis. Hang Li Po nama cina dia kot? Hehe
Black & white memang senang, tapi kena banyak praktis lagi. Hehhe
Kalau nak tahu aku actually tak kisah tgk gmbr begitu. Geli ada, teruja pun ada. Mcm psiko pun ada
ReplyDelete>Hafiy Halim
Deletehahaha. Aku faham perasaan tu.
Dia sama macam makan sambal. Pedas. Tapi terasa macam best dan excited.
Adakah kita sama-sama psiko? #TeamPsiko
Aku tgk psiko kt TV sekarang hensem dan tampan sahaja. Mcm Hanibbal, bergaya. Dexter juga macho dan mysterious.
DeleteMaka kau dan aku juge maksudnya kita hensem, kacak, bergaya dan mysterious.
>Hafiy Halim
DeleteAku selalunya jarang bersetuju dengan kenyataan orang, tapi kali ni aku setuju 100%. Hidup #TeamPsiko
Kalau nak tahu aku actually tak kisah tgk gmbr begitu. Geli ada, teruja pun ada. Mcm psiko pun ada
ReplyDeletemakan dengan sudu je lepas dah tarik tu, sakit oiii..
ReplyDelete>alya chan
DeleteHahaha. Makan takpe lagi rasanya.
Nak basuh berak macam mana nanti? Hahahahaha
Terasa nak potong jari sendiri terus untuk menghilangkan rasa ngilu ni... *tremble.*
ReplyDeleteKomik itam putih eh...rasa macam dok zaman 60-an..kekeke..XP Lagi susah sebab tak biasa tapi aku rasa aku setuju.. Itam putih lagi susah sebab kena pandai main ngan tone kalau tak, akan nampak dull abeh..
Aku pun tak tau..
>Lee-kun
DeleteJangan potong weyh. Jari tak tumbuh balik. Deadpool je boleh tumbuh balik. Hahahaha
Mungkin susah hitam putih sebab tak biasa lagi kot. Aku cuma takut bila aku dah biasa nanti, komik berwarna pulak jadi susah. Hahahahaha
what a coincidence. baru semalam sentap satu cuticle degil. sakitnya masih berbisa.
ReplyDeleteanyway kita tak digalakkan untuk potong cuticle guna ketip kuku sebab nanti cuticle akan jadi makin keras.
cara terbaik mengikut pakar manicure/pedicure adalah dgn menggunakan orange stick (bukan makanan tapi sejenis kayu) untuk 'menolak' cuticles ke dalam atau gunakan cuticle-remover but i think itu hanya alasan-alasan kapitalis untuk kaut untung.
just dip fingers dalam bekas berisi olive oil for 5 min will do the tricks.
kenapa cuticle punya kerja nail yg dapat nama, hm.
lebih berselera mkn nasik lemak sambal bilis lepas tengok jari tu.nyum. oh btw, rambut tu nampak mcm beruban sekali pandang. no offence.
>Zyra
DeleteHey, this post is actually dedicated to you. Saya stalk awak semalam dekat tingkap masa cabut hangnail tu. Hahaha
Ketip hangnail tu cara paling mudah, tapi kena pandai mana nak ketip sebab kalau tak betul, tu yang akan jadi parah tu.
Memang part rambut tu yg paling merisaukan. Nak dihitamkan semuanya, tak nampak pulak gulungan nanti. Nak jadikan kelabu, tak nama hitam putih dah. Hahaha
langsung aku tak sangka sentap kau ni membawa maksud sentap yang ini. aku ingatkan sentap takde orang ajak makan ke apa hahahahaha
ReplyDelete>mashy_entah
DeleteSentap yang kau maksudkan tu lebih kepada pop culture punya slang, whereas sentap yang aku maksudkan ialah 'cabut pada kelajuan tinggi'.
Tu laa, ni mesti sebab kau banyak campur dengan orang sarkastik ni. Hahahaha
Dan aku pedih melihat menatang. Cis sungguh ko ni cero. Huhuhu
ReplyDelete>Jeril
DeleteMaafkan hamba. Maafkan hamba.
Hehehe.
"kuku tergantung" maybe. haha. tgok jari tu sekali imbas je. x sanggup nk tgok
ReplyDelete>najwa zahid
DeleteHahaha. Direct translate. Tapi dengar macam boleh diterima jugak rasanya. Hehehe. Kalau tengok pun tak sanggup, kena sendiri apatah lagi. Hehehe
serius lahhh, HAHHAHAHA
ReplyDeleteBV memang tengah makan nasik masa baca T^T
tengok gambar je dah ngilu macam apa XD
*sambung makan balik
>BV
DeleteHahaha. Nasib laa BV.
Tapi dapat sambung makan balik tu kiranya tak ada masalah laa kan? Hehehe
mula aku fikir macam, apa orang panggil...cagu?
ReplyDeletetapi tu biasa kat kakilah kot....hangnail pun aku tak biasa dengar..huhhuhu noobnya rasa.....
sentap aih! hahahha
>sofie adie
DeleteCagu dia punya after intection. and yes, biasanya dekat kaki. Rasanya hangnail ni tak ada nama melayu arr. Rasa-rasa apa nama melayu boleh bagi dekat dia?
Biasa aku pakai ketip kuku je la kalau kena mende ni. Takpun biar je kulit luar tu as protection utk luka, x payah ketip. Tunggu luka kering. Tapi, biasanya Akan ketip jugak sbb geram...haha..
ReplyDeleteKalau komik hitam putih, kau update entri berkomik 3kali seminggu, aku bg dua ibu jari kaki keatas utk kau....Kalau x, ikut suka kau la...lukisan kau dh okey, warna apa pun org Baca...
Btw, aku suka komik kau yg berwarna lagi berbanding hitam putih..
>Bro Ley
DeleteAku pun biasanya ketip. Kalau power sikit, aku guna pisau kertas, potong betul2 kat pangkal. Tapi kekadang terlebih pandai, tarik sentap jugak. Hahaha
Kalau aku punya prefer, aku suka kaler lagi. Tapi limitasi mesin membuatkan masa nak siapkan satu komik jadi panjang, so B&W jalan paling mudah nak potong masa. Hehehe
Peh tersilap tarik ni sakit bukan kepalang.
ReplyDelete>Hami Asraff
DeleteHahaha. Silap tarik maka makan guna sudulah 3 bulan. Hehe
DULU selalu tarik,,skrg amik nail clipper potong kulit tu haha
ReplyDelete>amira faqihah
DeleteKekadang nail clipper suka main sorok2, so taknak buang masa mencari, kita tarik je. Hahahahahah
Ngeri habis bila tengok gambar terkahir tu.
ReplyDeleteMaaf tak tahu hangnail dalam BM apa. Sebenarnya baru tahu benda tu dipanggil hangnail. Lame sangat diri ni -___-
*terakhir
Delete>Farah
DeleteGah gah gah!
Tengok dah ngeri, kalau yang merasa apatah lagi.
Hahahah
terasa kulit jari aku lak yg tercabut sama.. perghh! pedih giler..!
ReplyDelete>Haryz Khairuddin
DeleteKan. Tengok pun dapat rasa pedih dia.
Kalau terkena, naya namanya.
serammm
ReplyDelete>Nabila Syifa
DeleteKaaaannnn.
siyottt kau C... pedih gila tengok, arghhh demmm ( "-____-)
ReplyDelete>plain83
DeleteHehehe. Nasib aku mintak maaf awal-awal. Hehehe
Takpe, esok lusa dah tak ingat dah. Okey laa tu. Hehe
okay je komik hitam putih. Cuma saya sendiri lagi suka yang berwarna sebab watak cero dah biasa dilihat dengan baju kuning. Sekadar pendapat peribadi. Huhu..
ReplyDelete>Amna Shark
DeleteSebenarnya, aku pon suka komik yg berwarna drpd hitam putih, tapi nak warna kena gigih lebih sedangkan my machine macam sangat menduga kesabaran dan keimanan.
Hehehee