Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Oct 13, 2013

Kini, Semua Orang Mampu Menyimpan Duit LIKE A BOSS!


Tahu tak apa antara perkara yang paling senang tapi tak ramai boleh selesaikan?
Penuhkan tabung.



Kita dari kecil diajar menabung.
Mungkin ada yang tidak diajar, tapi paling kurang perkataan 'mari menabung' mesti pernah kedengaran paling kurang sekali seumur hidup.
Tapi, adakah menabung dengan memasukan duit syiling ke dalam bekas duit betul-betul bermanfaat?
Sudah pasti ada pro dan kon dalam menabung, bukan?

Jadi, di sini aku nak kongsi beberapa tips menabung yang aku dapat dari pengalaman.
Aku bukanlah penabung yang setia, juga bukanlah penabung yang berjaya,
tapi apa salahnya kongsi idea, kan?

Pertama,
daripada menabung duit syiling, simpanlah duit kertas.

Dari pengalaman aku, menabung duit syiling sangat menyusahkan.
Pernah sekali menabung duit syiling, punyalah berat sampaikan bila angkat tabung,
tabung itu retak dan pecah.
Berterabur habis duit syiling, jenuh nak kutip.
Satu lagi, sangat menyusahkan kalau nak usung duit syiling yang berat tu ke bank untuk di'bank-in'kan.
Lebih lagi, sesetengah bank akan potong jumlah tabungan sebagai bayaran khidmat pengiraan duit syiling.
Dude, kalau syiling sepuluh sen ada 1000 keping, baru cecah RM100,
pastu kena potong lagi? Bila nak kaya?



Kedua,
kalau nak menyimpan duit kertas, simpanlah duit RM20.



Kenapa RM20?
Duit kertas RM20 yang warna oren tu sangatlah awesome pada aku.
Nilainya boleh dikatakan tak banyak, dan dalam masa sama, tak sikit.
Bayangkan, hanya 5 keping RM20 sudah berjumlah RM100.
Kalau nak menyimpan duit kertas RM1, ada 100 keping baru capai RM100.
Pernah pegang duit kertas 100 keping? Banyak tu...
Pening kepala nak simpan mana nanti.

Lagipun, duit kertas RM20 pada aku, adalah rare.
Dalam transaksi seharian, kita tak selalu jumpa.
Jadi, bila jumpa, bolehlah kita simpan.
Dan bila kita simpan, ianya tak akan jadi selalu dan tak menyusahkan.
Cuba kalau kita simpan not RM1. Takkan setiap kali jumpa RM1 nak simpan kot, kan?
Not RM20 ni macam sedang-sedang elok.
Kalau not RM50 dan not RM100 macam besar sangat, tak makan pula kita nanti.

Not RM20 juga kebanyakkannya masih belum boleh ditelan oleh mesin-mesin transaksi macam mesin bayar parking atau mesin beli air tin.
Tapi mesin cash deposit bank boleh.
Disebabkan itulah, adalah lebih baik untuk simpan not RM20 daripada not-not ringgit yang lain.





Ketiga, dan terakhir.
Simpan dan lupakan.

Masalah dengan menyimpan duit adalah
bila kita sesak, kadang-kadang tak sesak pun, kita akan ada tendency untuk korek wang simpanan.
Cuba simpan dan cuba lupakan.
Bukan suruh lupa terus, tak ada maknalah menyimpan macam tu.
Maksud aku, kalau tak darurat, jangan langsung korek simpanan.
kalau perlu berlapar satu malam untuk tunggu esok hari masuk gaji,
tak apa, tahan je dulu.
Duit ni memang puaka sikit,
bila boleh ambil, akan datang jadi senang je nak ambil.

Bila sampai masa tertentu, atau tempat simpan duit dah penuh,
sila bank-in ke dalam bank yang dipercayai.
Aku ada beberapa bank yang aku rasa tak boleh dipercayai.
Masalah tidak, niat hati nak simpan duit biar jadi bertambah-tambah disebabkan faedah.
Check-check balik, makin kurang sebab kena potong bayaran kad tahunan lah, kena potong sebab insuran kewangan lah.
Sapa tak sakit hati woi...

Kalau pandai melabur, pergilah melabur.
Aku tak pandai, jadi aku simpan biasa je.
Sebab tu tak kaya-kaya.


Sebagai penamat,
amalan menyimpan dan menabung tak semestinya hanya untuk orang bergaji bulanan.
Yang masih sekolah dan belajar pun boleh juga...
Kalau tak ada duit kertas untuk disimpan, simpan duit syiling 50sen.
Daripada syiling 10sen yang ada sepuluh baru jadi RM1,
kalau syiling 50sen, ada 10 dah jadi RM5.
Kan best camtu, kan?
Menyimpanlah. Tak suruh selalu. Tapi kena istiqamah dan berterusan.



Apa idea korang tentang menabung dan menyimpan?
Kongsilah dengan aku.




C-Card #002:
Kepada yang ikut blog aku mungkin tahu antara azam aku tahun ini ialah mahu memenuhkan tabung, di mana aku masih lagi struggle untuk merealisasikannya. Masalah sekarang adalah bank. Seperti yang aku terangkan di atas, aku ada masalah sikit ank percaya bank-bank komersial sekarang ni. Semua sibuk memikir untung nak korek dari pengguna. Aku tak tahu pun kad ATM yang aku pakai sekian lama tu rupanya ada yuran setahun paling kurang RM10. Kalaulah aku tak menyimpan, maka duit dalam bank aku bukannya semakin bertambah disebabkan faedah, tapi semakin berkurang disebabkan kena potong sana-sini. Aku kecewa. Tapi yang lebih menyecewakan aku adalah Wawa Zainal yang sudah berkahwin lebih setahun dengan Aeril Zafriel tu. Walaupun apa yang orang lain katakan, aku percaya mereka ada sebab mereka sendiri kenapa perlu sembunyikan perkara baik begitu lama. Aku nak sangat tengok muka David Teoh. Tapi aku rasa David Teoh tak salah. Dia hanya perkenalkan larangan bercinta bagi artis bawahan dia. Kalau aku jadi dia pun aku akan buat perkara yang sama, sebabnya, semua orang tahu yang bila bercinta, fokus akan jadi lari. David Teoh nakkan pekerjanya fokus. Tapi kalau sudah gatal sangat nak bercinta, aku rasa boleh bawa berbincang. Tambahan bercinta sesama artis, boleh buat publisiti ooo. Bak kata orang, 'there's no such thing as bad publicity' kecuali Miley Cyrus twerking .


23 comments:

  1. Idea yang bagus, tp lain orang lain cara, ye dak?
    Bagi manusia yang tak tahan godaan macam Emma, tak boleh kalau nak simpan not 20 ringgit camtu je.
    Hati tak cukup kental, nanti mesti akan amik semula.

    Kalau Emma, Emma save duit baru. Mana2 duit baru yang kertasnya cantik, belum dilipat, Emma simpan terus.

    Save jugak duit syiling 50 sen.

    Dulu tak pandai menyimpan jugak, tapi akak Emma ada bagi tips. Kalau jenis yang susah nak save, pilih satu not.

    Dulu pilih 50 sen (sbb time tu kecik lagi, duit belanja pun sikit). So, setiap kali dapat balance 50 sen, Emma simpan.

    Dari situ la belajar save. Sekarang dah besar, boleh tukar not yang lain, dan pandai la sikit handle dugaan. Hahaha.
    (Pandailah sangat, padahal kalau keluar shopping semua rasa nak beli)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Emma Amir
      Sangat bagus cara tu...
      Yg bab dugaan tu, mmg akan sentiasa ada. Jadi, bergantung kpd kita mcam mana nak handle...
      macam aku, dugaannya adalah bila nampak komik yg best dan tak tertahan nak beli...hehehhe

      Delete
  2. bagus caranya cero... Tapi.. Y__Y sedih pulak aku nak menabung rasanya. Boleh menabung. Tapi, aku guna. Tak guna jugak oi... apalah aku ni. Ada macam-macam benda aku nak beli

    -nekmo-

    oiii.. balas ahh email aku!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, ko kena kuat, nekmo...
      Menabung ni macam nak bersukan. Tak ada semangat, tak jalan...
      (btw, jom tgk wayang...)

      Delete
  3. oh menabung... tabung aku duduk dlm bank, dlm bentuk ASB, heheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      sebenarnya, aku ada masalah dgn idea tidak dpat melihat duit simpanan secara fizikal. Bank-bank konvensional mmg aku cukup tak percaya, tp ASB ni, walaupun ada, tp aku tetap mcam was-was gittew...hehehe

      Delete
  4. try la guna cara.. simpan 20% dr berapa yang ada.. mmg tak akan fix tiap bulan.. tp paling tidak.. ade jugak simpanan..
    contohnye.. lepas dapat gaji.. lepas tolak itu ini.. y belen tuh tolak la 20%.. utk simpanan.. kalau nak lg banyak.. 20% sebelum tolak itu ini lahh... heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Bekmeng
      Wah! Ini idea yg amat bagus...InsyaAllah nanti aku try pakai..
      20% bukanlah nilai yg besar pun, kan?

      Delete
  5. menabung duit syiling jer laa aku.. setakat nie, aku dah penuhkan satu tabung botol susu, satu tabung KFC, dan dua tabung Lego Majlis Perbandaran Sepang yang dah nak penuh.. berat memang berat, aku tengah fikir, macam mana nak bawak ke bank nie nanti.. kakakakka..

    owh, kat opis aku pun ada satu tabung duit syiling.. tapi itu aku tak kira aaa sebab selalunya aku korek buat tambah duit air kat kafe.. koh koh koh

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      hahaha, itu masalah dgn simpan duit syiling...akan datang bakal menyusahkan diri nak kena usung ke bank semata-mata nak kecilkan fizikalnya...
      tp pegang tabung berat berisi duit memang satu kepuasan.
      Kepuasan yg aku tak pernah dapat lagi...hehehhe

      Delete
  6. Sebab jakun dengan duit kertas baru haritu, aku simpan tak guna.

    Dari awal tahun sampai sebelum raya,dah dapat seribu, pergi beli emas.

    True Story.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @kudozu
      wow! Beli emas like seriously?
      Tetiba aku pun rasa nak beli emas jugak...hehehehe

      Delete
  7. pergi bank in dalam bank/unit trust..patahkan kad debit biar xleh kuarkan..heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nazha anua
      Dan aku dapat tahu, kad debit/ kad ATM yg ada visa or benda2 alah bersimbol dkat kad tu, kenakan charge RM10 setahun, which is kalau kau pakai or tidak, tetap akan terdeduct RM10 setahun...
      Seorang RM10 setahun. Kalau 1000 orang? 1 juta orang?
      Pandai bank cari duit..

      Delete
  8. Belum mampu pegang duit kertas lagi, duit syiling dulu ekeke. tapi tak dinafikan memang berat kalau nak bawak bank ekekeek

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Cik Iman
      Alaaa, duit syiling pun okay...
      Cuma hasilnya tak sebesar duit kertas..
      Bagus sebenarnya bila ada tabiat menabung dari awal usia lagi...
      Sangat tak rugi kalau menabung tak kira duit kertas atau duit syiling...kan?

      Delete
  9. saya simpan duit kecemasan kat ambank under akaun everyday savings. 1.10%annual dividennya. dapat setiap bulan. yangllan simpan kat asb je untuk masa depan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Anonymous
      1.10% tu kira rendah ke tinggi??
      Macam rendah je...Biar betul??

      Delete
  10. Nice Info! Saya mmg dr kecil suka mengumpul. hobi. tak kisah la brg ape. smpai kena bebel dgn ibu sbb byk brg x guna tp pegi simpan. tp yg paling berguna suka kumpul syiling. bila da besar ni bwk dari zaman study ke zaman dah bekerjaya ni. tetap setia kumpul syiling 5sen dan 50sen. suka sgt dgn syiling tu. cuma nye, masa zaman study dlu. bila da ckup 100. pegi tukar. dan mmg berguna time waktu sesak. dah bkerjaya ni. masih menabung. penah cuba amalkan simpan not yg sama utk sebulan. hasil nye mmg terbaikk! kepuasan tu ade.Cuma nye simpanan utk jangka masa lama ni bercelaru. dgn komitmen yg lain lg..dgn hobi shopping on9 lg..alahai...masih berusaha..tahan nafsu la sgt.. HAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Cik Lucas
      Betul. Betul.
      Yang susah dlm usaha nak menabung ni ialah nak disiplinkan diri.
      Kita semakin dewasa makin byk dugaan kewangan, nak shopping, nak belanja, nak tgk wayang nak itu nak ini...
      Kalau tak disiplin, memang susah oo nak kumpul banyak...
      Kan? hehehe

      Delete
  11. NAK TIRU LAH idea simpan note RM20..
    duk kumpul Note RM5 kembung wallet

    ReplyDelete
  12. Sejak Dulu Lagi Saya Telah Menyimpan 50 Sen. Tapi Semuanya Habis Kakak Saya Ambil Buat Tambang Bas. Saya Simpan Lagi 50 Sen. Dapat Kumpul Sampai RM400.00 Tapi Kakak Ambil Buat Tambang Bas. Pergi Kerja Naik Dua Bas & Balik Kerja Naik Satu Bas & Jalan Kaki Jauh Jugak 12 Kilometer ada kot. Malam Baru Sampai Rumah. Aku Suruh Dia Bersara Awal Hu Hu Walaupun Umur Dia Belum 60 Tahun Lagi. Aku Cakap Kat Dia Buat Apa Kerja Kalau Pergi Kerja Pun Pecah Tabung Saya. Sekarang Sy Simpan 50 Sen Tapi Habis Jugak Sebab Kakak Ambil Buat Beli Kuih, Beras dan Sebagainya. Takpelah Rezeki Dia.

    Suatu Hari Sy Menghadapi Masalah Kewangan Kritikal Sampai Terpaksa Ambil Cuti Dua Hari Sebelum Gaji. Fuh !! Sejak Itu Saya Simpan 50 Sen & RM5 - Kalau Koyak Tu Sy Gunalah. Kalau Duit Itu Drpd Tangan Kawan Sy Pun Sy Gunakan. Maksud Sy Duit RM5 Yg Sy Dapat Dari Cashier Itu Yg Sy Simpan Dlm Tabung Van BSN. Tak Tahu Berapa Ada Sbb Sy Belum Lagi Bukak Tabung. Rasanya Beratus Ada Kot. Sy Tak Mau Buka Melainkan Darurat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Salim Kechiouche

      Hey, that was good.
      Tak apa, kalau kakak guna pun at least berguna juga duit yang disimpan tu. DUit yang disimpan memang berfungsi untuk digunakan pun di masa akan datang, kan?
      Halalkan saja laa hehehe.

      Tindakan simpan duit RM5 kertas tu sangat bagus sebab nilai dia yang sedang-sedang (tak besar tapi tak kecil). Nanti dah kira berapa bagitahu laa ye. Mesti banyak ni hehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License