Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Dec 9, 2010

The Misadventure of cEro in Train

dua-tujuh-lima


"Cis! Mana satu ni?? Mana satu ni??"




Disebabkan Elisa kesayangan intan payung anja aku tu tengah injured kat parking, aku terpaksa berkaki je nak ke mana pon.

Huh! Nak pinjam kete abang dan kakak aku?
Bila sebut je perkataan 'pinjam' kat dalam rumah, rumah automatik sunyi berbunyi cengkerik. Kedekut betul.

Maka, untuk perjalanan yang jauh, aku apa lagas, guna kemudahan awam laa..

Ke tempat yang hendak dituju memerlukan aku menaiki KTM Komuter dengan LRT Rapid KL Putra.

Dalam hati agak teruja,
WAH!! Dah lama tak naik Komuter!!
Dulu ni je laa kenderaan aku..
Rindu nak dengar bunyi 'teet teet teet' masa pintu nak tutup.

Dari stesen Bandar Tasik Selatan, aku tenung jadual.
9.28 pagi. Oh! Sekarang 9.15 pagi.
Aku ada masa lagi. OK!
Walaupun dalam wallet ada kad Touch 'n Go,
tapi aku berjiwa rakyat, pergi beratur beli tiket!
Perghh!!! Nostalgik habes beli tiket,
dah lama dah tak beratur macam ni..
Menitis airmata aku tahan syahdu.

Dah beli tiket, lepak kat platform,
neves ni, ada 2-3 minit lagi..
Eksaited gile tunggu tren nih...












Tahi lembu!
Dah 9.49 pagi, tren pukul 9.28 tadi pon tak sampai lagi.
Dari platform ada beberapa orang je boleh kira dengan jari kaki,
sampai laa penuh habes tak nampak tanah dah penuh dengan orang!
Inilah kelemahan utama Komuter!
'SANGAT' tepati masa!


Bla bla bla bla bla..
Dah petang, selesai urusan...
Aku kena balik!!



Dari tempat berlepas aku kena naik LRT Putra, Taman Melati.
Sebab stesen tu dah hujung-hujung, maka yang naik pun beberapa kerat je.
Banyak tempat duduk kosong, sorang boleh amik 8 seat.

Tapi beberapa stesen kemudian, bila dah masuk area Ampang Park,
tren dah mula penuh!
Klimaksnya di KLCC.
Macam sardin.
Dah laa tren pun kaler merah.
Memang sardin habes!!

Aku sedang duduk.
Sedang berdiri berdekatan kiri ada seorang bapa sedang bersusah payah dukung anak kecil yang tak selesa berhimpit.
Tapi di sebelah kanan pula berdiri seorang perempuan separuh abad tengah gosok-gosok pinggang, lenguh gamaknya.

Aku dilema, naluri 'baik' aku kata suruh berdiri kasi tempat kepada yang memerlukan.
Tapi kalau nak bagi pun, siapa??
Kalau aku bagi kat bapa dukung anak tu, kang makcik tua ni kata ape pulak.
Kalau bagi kat makcik tu pulak, bapak tu nampak memerlukan.

"Cis! Mana satu ni?? Mana satu ni??"

Akhirnya, aku berkeputusan untuk bangun keluar dari tren pada stesen seterusnya, Kampung Baru.
Pasal tempat kosong tu, korang rebut laa sendiri, malas aku nak offer kat sape-sape..

Pada waktu tu, aku rasa itu keputusan terbaik dalam keadaan begitu.
Itulah satu kelemahan LRT Putra, seat kurang!




Aku akhiri perjalanan pulang ke rumah aku dengan KTM Komuter lagi, dari KL Sentral.
Waktu petang memang haram! PENUH!
Tang penuh aku tak kisah, aku laki boleh redah!
Tapi aku sangat kisah tang KOC WANITA!



Wahai wanita sekalian,
yang berkeluarga, keluar dengan suami dan famili AKU FAHAM!
Yang berpasangan, awek-pakwe couple of the year pon AKU FAHAM!
Yang keluar ramai-ramai dengan kawan lelaki perempaun pon AKU FAHAM!
Tapi yang aku tak faham ialah,
yang perempuan keluar seorang, balik kerja seorang, yang memang seorang PUN nak naik koc campur apasal??

Satu tren biasa Komuter ada 3 gerabak.
Yang tengah dikhususkan sebagai Koc Wanita, wanita sahaja sepanjang masa.
Ini meletakkan lelaki hanya mendapat 2/3 peluang sahaja memasuki gerabak.

Yang bestnya, KOC WANITA LENGANG!
Koc campur pulak PADAT MACAM MILO FUZE!
Pastu berhimpit-himpit segala bagai, kena tolak tau pulak marah.
Dah korang tak masuk koc wanita tu apasal??
Nak kena raba sangat?
Meh sini aku raba..
Raba raba raba raba raba!!!!

Ehemm, sori!!
Emo sekejap..
Bukan ape, aku kena tuduh meraba dalam tren sardin tu.
Bangang punya pompuan depan aku tu,
dah tren penuh, dia nak aku bagi ruang kat dia lagi.
Tangan aku masuk dalam poket kot, kena tuduh gak!
Ko ingat aku selera nak raba ko??
Ish, geram!! Kalau ada pisau, aku siat muka ko macam kupas kulit epal hijau.
GERAM!


Sekian,
the misadventure of cEro in Train [new year edition]

postquam-scriptum:
Aku balik rumah, aku termenung panjang.
Muka aku muka peraba dalam train ek?


31 comments:

  1. erkkk

    motif rela bersesak dari masuk koc wanita??

    ReplyDelete
  2. sama ada dia tak tau ade koc wanita atau dia tak reti baca papan tanda koc wanita tu.



    macam ade sesetengah lelaki yang agak tak reti bahasa dah nampak dah tulis koc wanita, dia boleh wat tak reti je. bile kena suruh pegi koc campur tu, nak marah pulak. salah sape skarang? hampeh betul.

    ReplyDelete
  3. alahai kesiannya kena tuduh jadi peraba!hehehe..
    kadang2 lelaki yg sibuk masuk koc wanita, konon2 perasan wanita kejap..tapi yg kes bro ni, tak tahu lah nk salahkan spe..hehehe..

    p/s: bgtao lah mak..bro kena buli dgn org dalam tren!hehe

    ReplyDelete
  4. hahaha..kelakar la cero ni....tp naik komuter ni memerlukan "kesabaran" yg tinggi..huhu

    ReplyDelete
  5. cero. aku rasa seperti gila..senyum sorg2

    ReplyDelete
  6. alaa..itu kes cero yg kena tuduh meraba.. kes org pompn tu yg xmo msok koc pompuan..

    tp ade gak kes laki x reti2.. msok koc pompn bt bodooo je..pastu kita pndang, dowg bt xtau gak...pdhal sticker besar gabak kot, kt koc tu. dowg bc je..pastu bt x bersalah..errgghh..gerammm..*emo tetiba*

    ReplyDelete
  7. haish! tau x isu ktm ni x penah surut! part yang sangat menepati masa, totally agreed! sangat2 la!

    ReplyDelete
  8. hahahaha..ada jugak perempuan macam tu..aku paling angin kalau nak naik komuter ke LRT ke monoril ke bas ke time waktu puncak..aduhhh..kene berebut2..payah betul..koc perempuan tu penah lengang? time bile? aku nak serbu la time tu..serius..time aku naik mesti padat macam sardin..

    ReplyDelete
  9. kah kah kah...tak pasal2 lu kena

    ReplyDelete
  10. waaa...dh lama giler aku tak naik komuter...
    pompuan ni minat kat ko kot cero..tu yg suka suki tuduh ko...tp, bese la bro...dlm keadaan sesak cmtu semua org xkn pcya dkt spe2..sbb tu bleh timbul tuduh menuduh. apa2pun KOMUTER mmg lembab!!!!

    ReplyDelete
  11. Bila ko *highlight* kt koc wanita tu lengang sbb msg2 dtg dgn jantina yg lain, agree gak.Tak berpatutan koc wanita tu klu kosong.Klu family,msti nak naik dgn family,klu couple pun sm gak..klu laki dorg msuk koc wanita,leh kn saman kot..last2 brapa kerat ppuan akan naik koc wanita tu?uiks...

    ReplyDelete
  12. ktm mmg tak pernah on time!
    demmit!

    ReplyDelete
  13. aku dah lama tak naik KOMUTER ke LRT ker...

    huhuhu

    ReplyDelete
  14. oh nampak kegeraman disitu. haha. cool2 :p

    KTM memang sesak x ingat pun petang2. grr +_+

    ReplyDelete
  15. huhu...nasib ko x baik la haritu..
    aku dah lama x naik tren. in the end,lelaki ke pompuan sama jer..dua2 x reti bahasa

    ReplyDelete
  16. @.::WaNiE::.
    Ha, tau takpe..
    itu laa aku pon tak tau ape motif dia..
    saje nk kena raba kot..

    @Nanad.
    ignorance.
    Itu selalunya masalah manusia, selalu buat tak tau/ amik mudah/ besar kepala.

    @little cart00n
    kes laki masuk koc wanita tu mmg dh kurang sbb KTM letak polis bantuan dlm koc wanita..
    haha, elie ingat mak cEro nk kisah ini semua?? mmg tak laa..

    @ini blog ayin!
    sangat perlu..
    bukan setakat kesabaran, kita juga perlu muka yg hensem (utk lelaki) supaya tak dituduh peraba.

    @kata kila
    haha, ko patut bersedih disebabkan aku tau..

    @~* chirpy_chummy *~
    la ni tak ramai dh laki masuk koc perempuan, sbb dh ada polis bantuan..

    @liyanaziz
    mmg btol, pihak ktm buat tak tau je..
    bab nk rasmi koc wanita panggil media bagai nak rak!

    @sakura lover's
    haha, aku kalo boleh mmg elak waktu puncak..
    aku sanggup lepak minum kat KLsentral smpai 2-3jam semata2 taknak lalui waktu puncak!

    @Un Phat Lee
    memang nasib gua ari tu tak ong laa..

    @hanaahmad
    hahaha, kalo minat cakap direct sudah!
    nak aku raba bgtau je, aku raba laa..
    hahaha (geli!!)

    @airaniez wirdani
    tu yg aku kurg faham, dh koc tu khusus utk wanita, so naik laa koc tu, kan??

    @tia
    sentiasa lambat adalah trademark diorg..

    @Aujinz
    aku pon tetiba gatai nk naik tren..
    aku nasihatkan, kalo takde pape, jgn laa naik tren..

    @luvly mya
    sangat geram kot!!
    petang utk komuter memang BIG NO NO!!

    @Dark Half
    memang setuju...
    yg jadik mangsa adalah org naif macam aku..(naif ke?? hahaha)

    ReplyDelete
  17. kehkeh...lepas geram abes kau..aku pnah salah masuk koc perempuan lagi rase cam gampang

    ReplyDelete
  18. hahah..penah aku naik koc wanita..yg laki pun masuk skali..then sume pompuan dlm tu jeling kat dorg..pastu dorg kene halau ngn pegawai yg jaga koc tu..tp yg xley blah skali ade sorg bangla tu naik then duk blkg seat sorg pompuan, die meraba dr pompuan tu dr celah seat..mcm haram tul bangla nih..benci!!..

    ReplyDelete
  19. kalau dorang raba aku..kompom aku raba balik!!ekekeek

    ReplyDelete
  20. cakap je camni

    "kalau awak tu cantik, nak jugak saya raba, saya ade taste jugak..."

    ok?
    len kali cakap camtu
    kompem dia sedar drr lalu insaf mengingatkan hari mati
    eyh?


    lulz~

    ReplyDelete
  21. adeihhh even ada koc wanita pun , lelaki ada je . dah tu mcm sardin! tak sanggup la himpit2 mcm kambing tp terpaksalah kan .

    ReplyDelete
  22. kekekekekepala hotaak kau!!!!

    meraba ye??

    btw,
    koc wanita,kadang2 ad jugak lelaki yg reti membaca.siap boleh amek dua sit lg.

    gedik oke.tak puas hati aku weyh.

    again,sabtu.mines jom :)

    ReplyDelete
  23. haha..aku igt dulu kisah ko yg entri lepas..hahah..lebih kurang ceni gak..hehehe...weh..slalu klu guna koc pompuan penuh..tu aku malas mau berhimpit..tp..dlm kes ko..lengang..hehe..mmg saja cr nahas la tu..hehe..ok cero..pe kata ko cdgkan buh seat lebih ek bila beli tiket nnt..hehehe...

    psst: pape pun aku turut bersimpati..hehehe...woi..jangan raba la!!! cis!hehehe

    ReplyDelete
  24. ilek a. tuduh ok lg. aku siap kene tuduh, pastu balak ajak setel luar. padahal tangan balak dia melekatt je kat punggung dia.

    tp btol. koc wanita lengang gle. aku rase koc wanita leh letak tempat semayang k hape k. gerai jambu ke.

    ReplyDelete
  25. aku pun lebih suka buat keputusan macam tu. rebutlah seat kalau nak.

    -kudozu

    ReplyDelete
  26. @hentakbelipat
    hahaha, salah masuk ok agi, jgn saje salah masuk sudey..
    heheh

    @pu3aan
    pergh! tekad gile bangla tu nk meraba ek???
    siap celah seat pon jadik laa kan??

    @PenuliS
    hahaha, kalo diorg raba aku, aku pon nk meraba gak!!

    @Hellioz
    bro, power arr ayat ko..
    kalo jadik lagi, aku akan ckap..
    hahaha

    @wannurfazrini
    kan?? apa kata buat koc wanita, sebelah dia koc lelaki..

    @iemaZAIMAH
    alaa, beb!!
    sabtu ade majlis arr..ko ni slalu ajak waktu tak kena...

    @3290153906735727971.0
    nekmo, dulu lain, kali ni aku geram gile sbb kena tuduh hampeh lgsug sakit ati aku..
    macam hot sgt smpai kena raba..

    @arif khaibara
    pergh, sedey gile cite ko..
    sabar je laa, kan??
    tp idea ko mmg best arr, wat kedai jambu ok gak kan??

    @Anonymous
    kudozu, itu adalah terbaik!!!

    ReplyDelete
  27. hahahaha...sabar ye cEro, aku kalau jd kau pun mesti rase geram giler.

    sbb tu aku bersyukur skrg ada koc wanita. sbb aku pnah diraba.. arghhh!!! bodoh betul org Bangla tu siap sengih2 kt aku. benci! benci!!!

    ReplyDelete
  28. aku suka koc wanita. sejak ada koc ni, aku tak pernah g koc bukan wanita. rase ngeri. haha.

    ReplyDelete
  29. @Sophie Al-yahya
    laa, kesian ko ade pengalaman camtu..
    abes tu ko marah tak dia??
    ke diam je??

    @m i r a f i q a
    hahaha, bgus laa..jgn naik koc campur..
    give man a chance..
    hahhaa

    ReplyDelete
  30. xpe.
    aku kuar ahad.dating g times square.ngeh3 :)

    ReplyDelete
  31. hahahaha3 cian ko...aku jrg nek komuter tp aku x tau bhgian mn koc wanita tue ade...hahaha3 pnh jgk cri tp kompius...lgi pon tkot kn tggal tren bek msuk je...x gitu...sptutnye die cat koc tue kaler pink instead of ltak pelekat je...mn sempat nk cri pelekat tue...org lain da tlk2 soh msuk...x gitu...
    mmg sgt x slesa msk komuter, lrt, putra @ monorel yg mcm sardin...wuwuu3

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License