Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Dec 10, 2010

Wit

dua-tujuh-enam

wit (wɪt)
—n
  1. the talent or quality of using unexpected associations between contrasting or disparate words or ideas to make a clever humorous effect
  2. speech or writing showing this quality
  3. a person possessing, showing, or noted for such an ability, esp in repartee
  4. practical intelligence (esp in the phrase have the wit to)
  5. dialect (Scot), (Northern English) information or knowledge (esp in the phrase get wit of)
  6. archaic mental capacity or a person possessing it
  7. obsolete the mind or memory

Biar aku kerat entri ini supaya pendek dan padat.
Supaya mesej yang cuba nak disampaikan sampai.
Supaya mata tidak tertumpu kepada melodrama semata-mata.
Supaya tiada kesan khas dan tokok tambah diselit bersama.

Semalam aku di bahagian barangan bayi di sebuah pasaraya terkemuka berdutakan Siti Nurhaliza dalam kompleks membeli-belah tengah lembah, Kuala Lumpur.
Jangan tanya kenapa aku di situ, sudah tentu mahu membeli barangan bayi.

Sedang khusyuk membelek, berkedudukan pukul 8 aku,
dalam jarak 2 meter ada seorang gadis Melayu,
sedang membelek anak patung Barbie.
Berusia mungkin dalam lingkungan 12-15 tahun, berkaca mata.
Namun, perihal perwatakan dia yang paling menyerlah adalah,
dalam nada yang perlahan, dia menyanyikan sebuah lagu.

Lagu yang selalu berkumandang dalam corong radio tempatan Melayu 2 kali sejam.
Lagu yang selalu dikongsi videonya dalam facebook.
Lagu yang menjadi kegilaan kebanyakan anak muda perempuan zaman sekarang.
Super Junior - Sorry Sorry.




Beberapa ketika kemudian,
setelah aku peroleh apa yang aku ingin dibeli,
aku bertenggek di bahagian figura mainan Kamen Rider Den-O di satu ceruk bahagian lain.
Berkedudukan pukul 3 dalam jarak 2 meter juga,
ada seorang perempuan berusia lingkungan 25-30 tahun,
sedang 'humming' satu lagu yang sangat familiar buat aku.

Aku jeling siapa dia.
Berkulit putih, berambut pendek, pakai skirt labuh.
Tiba-tiba,
datang seorang budak lingkungan 5-6 tahun tarik baju perempuan itu
dan berkata-kata dalam bahasa cina,
namun aku dapat tangkap bahawa perempuan itu adalah emaknya.

Dan terhinggap di benak fikiran aku,
lagu familiar yang dia 'humming' tadi adalah lagu
Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku.




What a witty situation.
A Malay girl singing one (foreign) Korean song.
A Chinese woman humming one (unbelievably) Malay song.

Kalian dapat tak apa yang aku cuba nak sampaikan?


postquam-scriptum:
Walaupun aku kata nak buang melodrama, kesan khas dan tokok tambah, namun ianya tetap wujud, kan?
Tak boleh lari laa..


postquam-subscriptum:
Siapa tahu 'humming' dalam Bahasa?


17 comments:

  1. saya tau humming sebagai humming huhuhu


    ok saya tak tau lagu korea tu

    ReplyDelete
  2. tak silap, humming tu mengeluarkan melodi lagu tanpa lirik..;p

    eh, entry ni macam situasi kat umah elie je..kakak dgr lagu super junior, elie dgr lagu ana rafalli..

    tapi bezenya kami 2-2 malay!hahah
    =.=

    ReplyDelete
  3. ape nak heran..? kitakan 1 Malaysia..
    hahahahaha...

    ReplyDelete
  4. benda mungkin selalu je macam ni, cuma kita tak berkesempatan nak dengar sendiri.. after all, this is what we call life! =)

    ReplyDelete
  5. hoho..soklan yg sama pernah d tujukan kpd my ausmate..

    jwpn my ausmate: humming tu mcm seolah2 ala2 zikir tu bunyi dia..slow yg ala2 dgr x dgr..

    ye ke?

    chummy snirik x pasti ape dlm b.m nye. tu pasal soklan tu pn klua..ngehehe

    ReplyDelete
  6. hmmmmm hmmmmmmm, hmmmmmmmmmm,,

    (humming la tu ikut nada lagu nobody-wondergirl) ahhaa

    ReplyDelete
  7. 1 MALAYSIA! (Duit) Rakyat didahulukan, (Barulah) Pencapaian Diuatamakan!

    -kudozu

    ReplyDelete
  8. @.::WaNiE::.
    aku pon tak tau lagu tu, tp shari berkali2 dgr dlm radio smpai abah aku tanya, "ini cjanel radio korea mane ni??"

    @little cart00n
    tau, tp humming dlm bahasa satu perkataan, contoh berderam ke, hape ke..
    haha, klakar elie n kakak

    @pu3aan
    hahaha, satu malaysia kalo takde sory2 tu..
    hahah

    @liyanaziz
    kan? kehidupan kdg2 di luar sangkaan..

    @kata kila
    haha, serius ko tau???
    nyanyi sket!!!

    @Miranisa =)
    erk??

    @~* chirpy_chummy *~
    hehe, bahasa melayu pon ada kelemahannya...tp aku rase ade laa humming dlm bahasa...

    @hanaahmad
    hmmm hmmm hmmmm (lagu negaraku)
    hahah

    @Anonymous
    hahaha, kudozu terbaEk!!

    @Heidi Shafiq
    hehe ;D

    ReplyDelete
  9. mujo budak cine tu tak humming lagu Maher Zain, kalo tak sumpah aku beli CD ori Maher Zain eheheh

    ReplyDelete
  10. bersenandung kut!

    Wah! aku pun panggil lembah pertengahan!! LOL! sama pulak.

    sorry sorry.. *sambil tepuk kaki*

    ReplyDelete
  11. aku dpt msg yg cuba disampaikan.
    tanpa melodrama, aku mungkin tak dpt byg huehue

    ReplyDelete
  12. @Shukjessa
    hahaha, kalo dia humming Maher Zain, mmg pengsan habes aku..

    @WZulhilmi
    hahaha, do dpat ek ape yg aku nk bgtau..
    bgus2...

    @Sophie Al-yahya
    kan??

    @m i r a f i q a
    hahaha, rupanya aku mmg memerlukan melodrama dlm penulisan...

    ReplyDelete
  13. humming?berdehem?eh.ntah.ahahahaha

    weyh,narnia aq dh tgk.rapunzel aku dh tgk.hik3 :D

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License