Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Dec 27, 2010

Masa Untuk Berkeputusan



Dari mana mula, aku tak tahu.
Tapi sedar-sedar je, kepala aku sedang berada dalam air.
Buih udara keluar dari mulut.
Air masuk mengisi ruang kosong dalam dada.
Aku hampir lemas.

Tiba-tiba,
terasa ada tangan pegang belakang kepala aku dan angkat aku ke atas.
Aku kembali keluar dari air, dan dapat merasa udara.

"Sejak bila kau jadi sebegini??" satu suara dari belakang.
Empunya tangan yang memegang kepala aku.

Sekali lagi tangan itu merejam.
Kepala aku dimasukkan kembali ke dalam air dengan keras.
Aku tak sempat menarik masuk udara bekalan.
Aku hampir lemas.

Diangkat kembali kepala aku.
Aku terbatuk-batuk!

"Kau kata kau ada dua pilihan.
Dan tak kira mana kau pilih,
pilihan itu tetap akan melukakan.
Apa itu semua?? Sejak bila kau jadi begini??"

Aku cuba mahu menoleh ke belakang, namun pegangan kepala aku terlalu kuat.

"Kau yang aku kenal,
jika diberi dua pilihan,
dan kedua-duanya tak bagus untuk kau,
kau akan buat pilihan ketiga!
Kau putuskannya sendiri.
Itu KAU yang aku kenal."





"Uhhhhh..."
Aku tarik nafas panjang.
Aku tersentak tegak dari baring.
Aku kini di atas katil.
Aku mimpi.

Penat.
Badan basah dengan peluh.
Aku mengucap banyak kali.
Jam di sisi bertatah neon mengukir 4.05 am..
Aku terasa takut.


***************


Ustaz aku pernah berceramah panjang masa sekolah dulu.
Kata dia, mimpi baik tak apa di kongsi.
Mimpi buruk tak elok dicerita.

Tapi hakikatnya,
aku sedang menceritakan perihal mimpi direjam lemas.
Apa yang sedang aku lakukan???



Dari buku tafsir mimpi yang pernah aku baca,
air bermaksud kehidupan.
Jika kita mimpikan sesuatu yang berkaitan air yang banyak seperti kolam, sungai, tasik, laut..
bermaksud ianya ada kaitan dengan kehidupan.

Lemas dalam air pula dikatakan 'ditindas' dalam kehidupan.
Ada sesuatu akan berlaku di luar kawalan.
Jika kita diselamatkan dari lemas,
bermakna kita akan bangkit selepas lumpuh dengan dugaan kehidupan.

Tapi itu semua hasil kajian manusia sekular.
Tiada hukum dari segi agama yang membenarkannya.
Maka, aku abaikan segala maksudnya.

Hakikatnya,
sebab aku berkongsi mimpi ini dengan kalian,
kerana mimpi aku di atas memberi aku satu sinar baru.
Ada suara memberitahu aku sesuatu yang tak pernah aku fikirkan.

'PUTUSKAN DENGAN SENDIRI'

Segala ujian dalam hidup disertakan dengan pilihan.
Kita yang memilih, berdasarkan akal dan kebijaksanaan.

Aku memandang mimpi di atas sebagai satu nasihat dari Dia.
Yang Maha Bijaksana dalam Menyampaikan Sesuatu.
Kerana hari sebelumnya, aku 'down' dek kerana dugaan dunia yang menimpa-nimpa.
Dan kerana nasihat itu, aku kembali melihat dugaan itu dari perspektif berbeza.

Aku perlu bangkit!
Aku perlu berjuang!
Bukankah nama aku bermaksud
'Lelaki yang Bakal Menyentuh Hati Semua Orang'??


postquam-scriptum:
Isi entri agak berat. Maaf. Tiada cara lebih mudah untuk aku sampai selain dari ini.
Tapi segalanya dapat dirumuskan kepada satu ayat.
We are the masters of our own destiny.

postquam-subscriptum:
Aku pelik sekejap. Bukankah mimpi yang sampai boleh menggugat nyawa akan berakhir dengan kejutan? Tapi kenapa aku direjam dua kali baru tersedar? Allah Maha Bijaksana.
Aku rasa aku kena kurangkan praktis 'lucid dreaming' ni.


22 comments:

  1. ganbatte ne..?
    aku doakn mana2 pun keputusan yg kau pilih xkan melukakan hati sesiapa..
    membaca entri ko ni aku rase mcm semangat sikit ari ni..
    mungkin aku jugak akan mendengar nasihat ko..
    "we are the masters of our own destiny"..right??

    ReplyDelete
  2. dlm mimpi..kadang2 apa yg kita tak mampu buat dlm dunia nyata kita akan peroleh dlm mimpi..sebab tu ada yg terbawa sehingga mimpi..but..kes kau..aku rasa itu bukan sekadar mimpi..tapi, mesej..
    baik..buruk..u decide cero..
    good luck k? aku doakan kau buat yg terbaik..apa2 pun aku sokong kau..

    ReplyDelete
  3. erk.. chummy pn mimpi air mlm td. tp banjir yg tersangat banyak airnye..alhamdulillah chummy xde lemas plak. cume pelik, dlm mimpi chummy ade banyak katak. wakakaka

    ReplyDelete
  4. takutnya mimpi macam tu. td ingatkan basah apa, rupenye basah peluh huehue. bangkit cero bangkit!

    ReplyDelete
  5. Huhu.Kalau mimpi camtu,mesti penat gle bangun.Tapi sokong part membuat *keputusan sendiri* tu.Cuma pastikan keputusan yang dibuat itu, disokong kuasa DIA, dilindungi akibatnya oleh DIA dan DIA yang membantu keputusan itu dibuat secara betul atau salah.Alla da best Cero!

    ReplyDelete
  6. ko terlebih2 mandi kat wetworld ni sbb tu smpai termimpi2. haha.

    ReplyDelete
  7. hai cero..aku rase mimpi tu menyampaikan msj untuk ko..da sampai mase untuk ko wat keputusan..kdg2 keputusan yg kite wat ade risiko dan melukakan hati seseorg..ko yg kene wat keputusan sendiri..selama aku bace entry2 ko, aku rase ko terlalu merendah diri..aku ulang " terlalu"..bangkit dari kejatuhan..gud luck n all the best..

    - tulip -

    ReplyDelete
  8. lucid dream kah tadi tu? Oh seronok!

    ReplyDelete
  9. sabar ye cero.ada hikmah sebalik dugaan yg dtg.
    wish u d best of luck.

    wise.
    well.
    :)

    ReplyDelete
  10. mimpi selalunya mengarut..bangun tidor x igt dh ape bende mimpi tu..hehe..tp mmg ade mimpi y sampaikn msg..moga msg y dpt dr mimpi tu bguna utk mjadikan anda seorg y lebih baik pd esok harinya..

    ade gak mimpi y dibuat2..ishx3

    hehe..peace no war :)

    ReplyDelete
  11. Hey2.. Menurut sumber yang dipercayai, mimpi lemas tu bermaksud nak dapat banyak duit atau tuah.

    Kalau cam ada mimpi yang memalukan pulak bermaksud akan disegani atau dihormati gitu..

    My 2 cents.. Jangan risau sangat key cero?

    ReplyDelete
  12. sebelum tido tuh dah basuh kaki ke blum nih. kalau x, wat dunno jela mimpi tuh

    ReplyDelete
  13. singgah..

    sbelum tu nak kata, blog ini cantiklah.. hahaha.. =]


    mimpi kadang2 hanya mainan syaitan..

    ReplyDelete
  14. whatever it is, look forward
    tp jgn lupa jugak toleh belakang sbg satu pengajaran

    gambatte kudasai!

    ReplyDelete
  15. sedap gak sesekali ada entri yg heavy. Well, rsnya kau pandai nak menilai mimpi tu. Cumanya perasan skrg ni dah tak rajin bls komen yg lain. Sibuk main segala ville tu ek.

    ReplyDelete
  16. takpe cEro,
    kawan laki aku pernah ckp, hidup ni ada dua aje.
    nak atau tak nak.
    haa kau pikir la.

    ReplyDelete
  17. baykkan berdoa mnta pertolongan dr yang Maha Esa:)

    ReplyDelete
  18. Ermm...mmg entry kli ni brat skit...aku pon x thu nk kate pe tp mmg btol kte ko Cero...kite de 2 pilihan tp kita jga bleh wjudkn plihan ketiga...setiap perkara yg berlaku lps kptusan yg kite buat pasti de hikmah-Nya... :)

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License