Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Dec 20, 2010

Ajaran #1 - Lelaki Yang Suka Makan Aiskrim Selalunya Tidak Sombong.

dua-lapan-empat
maaf..




Aku.
Sedang tertonggeng-tonggeng depan tong aiskrim dalam 7-eleven tu..
Aku sedang mengorek aiskrim kegemaran yang terbenam jauh di bawah tong.
Hari tu hari Sabtu.
Sabtu adalah hari aiskrim.

Bahu aku kena tap dua kali dari belakang.
Tap tap..

Siapa berani kacau sesi bermesra aku dengan tong aiskrim ni?
Aku toleh.

"Saya tengok dari belakang, ingatkan orang lain.
Nasib baik awak..Kalau tak malu je.."

"Er, awak nak aiskrim?" aku pelawa spontan.



Dia S, anak kepada Makcik Ti merangkap makcik yang paling annoying pernah aku jumpa. (rujuk entri ni.)
Tapi keperibadian anak dia serius lain sangat dari mak dia.
S ni pendiam, dan pada pandangan orang lain macam ayu-ayu gitu.
Tapi pada pandangan aku, dia ni terkemut-kemut.
Hahaha, mungkin perempuan lemah lembut gemalai ala-ala perempuan melayu terakhir memang bukan taste aku.

Malangnya,
atas pelawaan aiskrim tu, S setuju.
Melayang RM2.50 aku untuk sebatang Drumstick.

Kami duduk di koridor luar 7-Eleven.
Dah jadi habit aku lepak makan aiskrim sorang-sorang kat luar 7-E pada hari Sabtu.
Cik Misnah, selaku cashier hari tu, jugak dah tau habit aku ni.

S pon duduk lepak makan sekali dengan aku.
Lantak dia laa selesa ke tidak.
Takkan laa kerana dia seorang, aku kena ubah habit aku, kan??


"Cikgu tak keje??"
Oleh sebab dia masih degil nak ber'saya-awak' dengan aku, aku nak bahasakan dia 'cikgu' memandangkan dia cikgu tadika.

"Saya cuti sekarang."


"OOOooo...Cikgu buat apa gi kedai? Nak masak ke??"


"Takde laa, nak beli barang keperluan sikit.."

Aku jeling plastik dia bawak tu. Dia beli sesuatu berbentuk kuboid tapi lembut, bukan kotak. Oh! Barang tu rupanya.

"Mak camne? Sihat?" aku tanya.
"Mak macam biasa je. Sama je macam apa yang pernah awak tengok.."

"Hahaha.." kami ketawa kecil sebab masing-masing faham apa dimaksudkan.




"Awak nak tahu? Lelaki yang suka makan aiskrim selalunya ialah lelaki yang tidak sombong, peramah dan ceria."

Aku terkedu.

"Adakah ini ada dalam buku psikologi yang awak baca??"

"Hahaha, tak jugak. Tapi kami diajar supaya menilai manusia bedasarkan logik pemikiran. Awak bayangkan, jika seorang lelaki tu tidak kisah untuk menunjukkan muka comot makan aiskrim dia di hadapan orang ramai, adakah dia seorang yang sombong dan tak ceria? Boleh awak bayangkan? Lelaki yang sombong takkan cuba nak menunjukkan kepada awam bahawa dia seorang yang comot kerana mereka memandnag maruah lebih tinggi dari yang biasa."

Aku tersenyum.

"Kenapa? Kenapa awak senyum? Saya salah cakap ke??"

"Itu adalah ayat paling panjang pernah cikgu sebut sejak kita kenal."

Dia termalu.



postquam-scriptum:
Adakah aku termasuk dalam golongan lelaki yang suka makan aiskrim? Aku hanya maletakkan hari sabtu sebagai hari aiskrim dan mesti makan sekurang-kurangnya satu pada hari itu.


21 comments:

  1. da lama x mkn eskrim
    adakah ak mkin sombong??
    harhar

    -Al

    ReplyDelete
  2. cero dah jumpe lawan!

    -kudozu

    ReplyDelete
  3. kat rumah mesti ada stok aiskrim. tp takleh makan selalu >.<

    ReplyDelete
  4. aku nak lelaki yg makan ais krim laaa..

    apadaaaa ko ni cimot!!

    ReplyDelete
  5. Yet again ko jadi cero kamil again. LOL!.. Padanlah aku x suka makan aiskrem sgt sbb tu lah sombong(?)

    ReplyDelete
  6. eh aku slalu mkn aiskrim mcd yg singgit tu..haha..

    ReplyDelete
  7. mungkin ada kaitan dengan kejujuran. tak semua lelaki sanggup makan aiskrim sorg2 di depan khalayak ramai sedangkan orang tahu aiskrim ni makanan rasmi kanak2 dan kaum wanita je. senang cite, ramai lelaki segan nak makan aiskrim depan orang ramai sorang2 sebab nak jaga saham.

    kalo rajin boleh buat eksperimen dekat mana2 booth aiskrim McD or apek jual aiskrim naik motor tu. berapa ramai lelaki yang akan beli aiskrim then makan sorg2 tanpa peduli org lain? tak ramai, and selalu lelaki makan aiskrim bila dia belikan utk org lain, time tu tumpang sekaki ler.

    p.s: tapi situasi ni berbeza kalo tempat tu sume lelaki je macam di masjid shah alam, perempuan takde selambe je la makan pun =)

    ReplyDelete
  8. Suka entri ni.

    Aku suka makan aiskrim..kat mana2 pun takpe.setakat comot momot tu.biasalah.kalau gi mana2 restoren dgn.kwn..mesti nak order aiskrim..dah pesen budak2 dah.haha.

    Mcflurry mc d terbaik!!

    ReplyDelete
  9. haha..ko usha bendalah yg dia beli ek..hehe...klu aku..sure malu...klu org tgk bendalah tu..

    wah..ada ari eskrem plak ek..hehehe...^__^ habit ko terbaikkk

    -nekmo-

    ReplyDelete
  10. kalo eskrem malaysia yg seposen tu tambah2 xsombong lah yer :P

    ReplyDelete
  11. ahha 2 ringget je,,xpyh berkire hoho

    ReplyDelete
  12. tetibe teringin makan eskrem plak..

    ReplyDelete
  13. aku suke mkn aiskrim ngn mmber bru best...mkn sorg2 jrg mkn kat luo...bese mkn aiskrim sorg2 kat rumah je...haha3
    btw cube try aiskrim double dutch! best woo...sgt suke rocky road tp x leh mkn slalu sbb mhal...haha3
    nk try mkn aiskim baru sorbet perisa manggis...cam sdp je...yumm3 ;d

    ReplyDelete
  14. ececececeh ceh wahhhh...tiba-tiba-_-..cero, xpe la rm2.50 melayang..tapi dapat ayat baek punya..hmm, lama x dgr citer pasal L. DAH X JUMPE DIE LG KE?

    ReplyDelete
  15. @4333804973538710609.0
    kudozu, ape maksud ko jumpa lawan??
    hahaha

    @Shukjessa
    hahaha, bile difikirkan, ade betolnye, kan??

    @Mentadak Mentadu
    eskrem malaysia paling terbaEk!!

    @nurul nadea
    L masih bercuti..cuti panjang di luar negara..
    kata dia, nak main salji..
    arrgh, aku pon rindu (nak tulis pasal) dia..
    slalu dia antar sms n calling2 kjap je..

    ReplyDelete
  16. makan aiskrem pon boleh buat tafsiran ttg lelaki ek? bagusnye.. hehe.. tapi macam betul je cg tu cakap. hehe..


    dh besar pjg. xkn mkn eskrem comot lagi. hehe

    ReplyDelete
  17. makan aiskrim..memang best..tp betul kot kate cikgu tu..memang jarang nmpak laki makan aiskrim ble die sorang2..peduli la kn comot ke ape..makan je..=)

    ReplyDelete
  18. tu baru cikgu tadika tu, cube bg cikgu sekolah menengah kee, lecturer ke makan aiskrim sekali ngn kau, mesti kelu kelu :p

    ReplyDelete
  19. okeyh.
    aku nak carik pakwe suke mkn aiskrim.hehe

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License