Aku berada di ruang tamu rumah dia, berdua.
Sedangkan ahli keluarganya yang lain sibuk 'mengemas' di dapur.
"Macam drama Melayu, kan?" aku kata.
"Haha, agak laa..." dia bersuara.
Peristiwa ini berlaku pada 20hb Nov lalu,
dan ianya kesinambungan kepada entri Panggilan dari 'Mak Mertua'.
Seketika tadi ruang itu penuh dengan orang, tiba-tiba lesap semuanya, meninggalkan aku bersama seorang gadis manis berbaju kurung biru. Bertudung.
Serius, aku kelu seribu bahasa.
Tapi, suasana sunyi lebih membuatkan aku rasa janggal.
"Sedap tadi?" dia tanya.
"Sedap. Kenyang makan tadi. Banyak amik!" aku merujuk kepada lauk aqiqah yang dimasak ibu dia, Makcik Ti.
"Baguslah awak kalau makan banyak. Nanti malam awak tak payah makan dah."
Nama dia S. Anak ketiga dari entah berapa adik beradik.
Tapi yang penting, semua adik beradiknya perempuan.
Mungkin sebab tu mak dia semangat nak cari jodoh untuk anak-anaknya.
Oh ya, S ni bakal jadi cikgu tadika.
"Kalau tak kisah, boleh tak kita jangan ber'saya-awak'? 'Aku-kau' lagi mesra rasanya. Boleh?"
Itu ayat standard aku untuk semua perempuan yang baru aku kenal.
"Baiklah, saya cuba!"
"Cuba?? Tak macam cuba je.."
"Saya tengah cuba laa ni.."
"Tapi awak masih berkata 'saya'.."
"Ooopss!"
Ketawa kecil kami berdua.
Serius,
aku sedikit janggal.
Mungkin 'sedikit' terlalu tidak adil.
Aku SANGAT berasa janggal.
"Biar saya terus-terang sementara mak awak tak ada di sini.
Saya sangat tak biasa dengan hal macam 'omiai' dan 'xiangqin' ni..."
"Omiai?? xiangqin?? Apa tu??"
"Oh! Abaikan..Hm..Apa yang saya nak cakap ialah..."
Aku hela nafas panjang dan lepaskan sebelum sambung perkataan seterusnya.
"Awak dah ada pakwe??"
Sama ada terlalu direct, atau sesuatu yang dia tak expect,
mata dia terbulat tiba-tiba.
"Oh, tidak!! Maksud saya, saya pun tak ada makwe!"
Muka S semakin membimbangkan.
"Jap jap..Sebelum awak salah sangka, saya nak terangkan. Saya tak ada makwe, tapi dalam masa yang sama, saya tak bersedia dengan sebarang komitmen. Maka, saya nak kata, kalau awak ada pakwe, saya akan katakan sesuatu kepada mak awak supaya apa yang kita lakukan sekarang tidak akan membawa ke mana supaya awak tiada masalah dengan pakwe awak. Tapi kalau awak tak ada pakwe, saya tetap mahu kawan dengan awak (sebagai kawan)."
Muka S kembali reda. Kelakar pulak tengak dia macam tu.
"Saya pendiam. Pemalu. Mak kata, dengan perangai saya, takkan ada orang nak dekat dengan saya. Nak duduk dengan awak ni pun dah macam nak luruh jantung saya. Jadi, saya memang tak ada pakwe. Kalau awak sudi kawan dengan saya (sebagai kawan) saya tak kisah!" S balas.
"Oh! Great!! Saya tak pernah ada kawan seorang cikgu tadika."
Aku berdiri.
"Sebelum mak awak datang, saya rasa saya nak minta diri dulu. Kirim salam kat Makcik Ti dan Pakcik yek!"
S pun berdiri, dan mengiringi aku ke pintu.
"Jap! Saya panggilkan mak ye"
"Eh? Takpe-takpe. Dia tengah sibuk tu."
"Jap, awak! Saya nak tanya!!"
"Ya??"
"Awak nak kawan (sebagai kawan) dengan saya sebab saya ni cikgu tadika je?"
"NO! Saya nak kawan dengan awak sebab awak belajar psikologi."
"Psikologi kanak-kanak je pun.."
"Kanak-kanak pun still manusia."
S tersenyum.
"Terima kasih!"
Aku angkat kening.
Selepas sarung kasut, aku angkat tangan tanda 'bye-bye' dan berlalu.
Oleh sebab rumah dia dalam kawasan kejiranan rumah aku, aku hanya berjalan kaki.
Sepanjang perjalanan pulang, aku mempersoalkan, "..untuk apa ucap terima kasih? Sebab aku datang makan rumah dia ke??"
postquam-scriptum:
Entri ini sudah lama dalam draft, tapi baru di'publish' sebab aku kurang yakin dengan isi dia. Haha, maaflah kepada yang menunggu.
postquam-subscriptum:
Kalian boleh google 'Omiai' dan 'xiangqin' untuk ketahui maknanya.
haha
ReplyDeleteblog ni mcm da kembali ke landasan asal
cerita khidupan seorg cero yg rmai org nk bace
psl S plak ek
hrp psl L pon msih ade lg..
apapun truskn mnulis cero..
ehem3...(:
ReplyDeleteweh, S ni cun x? hahaha. cikgu tadika, pemalu...bukan itukah yg diidam2kan lelaki? tp jika hati x suka takkan nak paksa kan? :p
ReplyDeletekenape lelaki suke pki aku-ko ek? lebih mesra ke?..haha..tp tu la..lu pon x pki "aku-ko" ngan dia dlm cite tu..so camne dia nk mule..bukan seme org boleh time "aku-ko" tu..agak kasar kot..lagi2 wanita y lembut..gua lebih suke pki "gua-lu" dri "ko_aku"...
ReplyDeleteSorang lagi dh tersangkut!!! Believe me! there will be more story about both of u. Ko jadi cero kamil lagik!
ReplyDeletecomel jer..
ReplyDeletedia cakap terima kasih maybe sebab cero sudi berkawan ngan dia kot..
kan dalam citer memula dia kata dia pemalu??
hoho..
pasni kita boleh blaja pasal psikologi plak dalam blog cero.. yeay!!
terime kasih sbb kwn dgn die hehe
ReplyDeletethis is an awkward entry.
ReplyDelete-kudozu
haah, btol2, aku pn rase die ckp thanks sbb ko sudi kwn dgn die :)
ReplyDeleteterima kasih sebab sudi jadi kawan dia... mungkin.. =)
ReplyDeletemula2 kawan..lama2..mesra dan kemudia bersatu..siapa tahu? :)
ReplyDeletep/s: terima kasih! *nk gak tiru ayat girl tu!*haha
*silang tangan sambil angguk2kn kepala sebelah kudozu*
ReplyDeleteyep..yep..i'm feeling awkward reading this awkward entry..
p/s: seb baik ko cite..aku baru ingt nk tnye kat ko bile nak kuar cite psl umah "mak mertua" ko nih..
hahahaha..good job [sesuai ke untuk kau?hahaha]
ReplyDeletehaha gila bess mak dia nak kenal2kan korg. if i were in ur shoe, uiii seronokknyaaa xD
ReplyDeleteS could be quite interesting ;)
ReplyDeletetapi mak dia tu x tau la kau tahan ke tak,haha..just assuming..
ngek ngok! gila direct ko dgn awek tu..klo aku kat tmpt awek tu, aku sekeh dah kepala ko..hahaha..malu dowh kene soal cmtuh..tp, berani gak ko ni kan..^_^..
ReplyDeletetp aku rasa dia ade hati la dgn ko..huhuhuhu..ko kene prepare tuk keadaan ni..
alamakk..mcm terpikir sape ni sape ni sape S??isk
ReplyDeletehehe..shy2 cat la..
ReplyDeleteecewahhhh maluk maluk
ReplyDeleteaku baru baca cite ko..sblm aku baca...aku terfikir dlm kepala otak nk cite sal kanak2..tgk2..adeh.post kau..xpe2..aku teruskan entri aku ek..hehee
ReplyDeletemenarik nie..
ReplyDeleteWow...cikgu tadika...
ReplyDeletemmg kompius tp bile die ucap Terima Kasih mmg bunyi pelik n mcm de makna disebaliknya...hehe3
Walau aku lambat baca atau lebih tepat terlambat sangat baca entri ni.. Aku suka jenis entri yang macam ni. Isi yang sampai ke hati.. ;)
ReplyDeleteAgak² apa cerita S sekarang ni ye?