Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Nov 18, 2010

Panggilan Dari 'Mak Mertua'

dua-lima-sembilan..
selamat hari raya haji.

Dalam dunia, ada sejenis orang yang takkan berhenti selagi tidak dapat apa yang dihajati. Bagi orang jenis begini, penyelesaian paling mudah adalah memberi apa yang dia mahukan. Namun, jika sudah melampaui batasan yang sepatutnya, terus-terang dan bersemuka adalah jalan terbaik. Hakikatnya, melarikan diri dari situasi bukanlah jalan yang bagus. Dan 'mendiamkan diri' juga salah satu dari cara melarikan diri.



Balik dari solat sunat Aidiladha,
bersalaman sesama ahli keluarga,
lalu aku baru sentuh makanan untuk sarapan.
Niat dalam hati nak pergi surau nak saksikan acara tumbangkan 9 ekor lembu korban,
tapi syaitan kukuh bergayut di mata menguasai diri,
aku rebah terlena dalam samping merah.

Pukul 12,
aku terjaga dek nada dering telefon bimbit.
Panggilan dari seseorang, tiada ID.

"Hello..." suara mamai aku memang seksi.
"Hello, ni makcik Ti ni.."

Makcik Ti?
Setahu aku, seorang je makcik yang ada simpan nombor telefon aku.
Makcik yang datang rumah masa orang lain sibuk berkampung hari raya lepas.
Makcik yang tegur aku kat stesen minyak tempoh hari.
Makcik yang sampai sudah aku tak tahu nama tu.
Mungkin dialah Makcik Ti yang dimaksudkan.

"Oh, ye..Makcik!! Selamat hari raya."
"Selamat hari raya...Hm, makcik telefon ni nak ajak hang datang rumah ujung minggu ni..Makcik ada buat kenduri aqiqah anak sedara makcik."

"Oh! Hari ape makcik??"
"Sabtu!"


"Kalau sabtu, mak abah ada hal..diorang pergi Klang ada kenduri gak."
"Alaa, mak abah hang takpa laa tak datang..Hang datang laa sorang. Kenduri kecik je pon.."

Uit, tak lain macam je bunyi.

"InsyaAllah makcik."
"Bagus! Datang na, jangan tak datang.."

---------



Petang aku cuba bertanya dengan emak aku.

"Mak, kenal tak Makcik Ti?"
"Yang mana? Yang mulut becok tu ka?"


"Yang loghat utara tu..Yang ari tu ada kenduri kawin anak sulung dia."
"Oh! Dia..Kenapa??"


"Dia suruh orang datang kenduri dia sabtu ni."
"Hm, mak lupa nak habaq. Hari tu jumpak dia kat kedai. Dia tanya psai hang."


"Psai orang?? Dia tanya apa?? Mak habaq apa??"
"Dia tanya hang buat apa. Mak habaq laa hang ada kat umah.
Abis tu, kenduri tu, dia ajak hang laa??"


"Dia ajak mak gak, tapi orang habaq laa mak abah ada kenduri kat Klang."
"Takpa. Hang pegi jaa.. Pergi sekali ja, bagi dia apa yang dia nak. Kalau tak, dia dok asyik tanya hang jaa.."


"OK laa mak, orang gi nanti.."
"Mak rasa dia berkenan dengan hang laa..Hahaha, nak jumpak mak mertua ka??"


"Aih mak ni.."
"Mak tak kesah. Soai jodoh anak-anak mak taknak masuk campoq!"


"Orang taknak laa..orang muda lagi!!"

Kata-kata mak aku sedikit sebanyak buat aku fikir panjang.
Apa pulak laa masalah aku dah libatkan diri ni.
Aku cuma nak hidup yang ringkas dan aman.
Adoi!!

postquam-scriptum:
Aku cadang nak pergi, pastu nak buat perangai buruk, pastu nak bagi Makcik Ti tu cancel aku sebagai calon menantu, pastu aku aman dan bebas. Hahaha!


postquam-subscriptum:
bagi tujuan privasi, Makcik Ti adalah bukan nama sebenar!


32 comments:

  1. haha cakap utagha dah xD

    kluarga ko dr bahagian utara manakah?

    ReplyDelete
  2. hhahaha..kesian lah kat kau cEro!!! (^_^) bestnyeee kalau dpt tngok muke kau depan makcik tu.itu baru makcik..belum lagi anak dia.

    Habis lah hang dia nak kenenkan hang dgn anak dara diaaa...

    ReplyDelete
  3. hahahha..
    takyah lah buat perangai buruk..ajak L datang sekali kan senang..mesti makcik tu paham kalau bro bawak pompuan dtg umah..:D

    btw,serius btul makcik tu nk jodohkan bro ngn anak dia ek?ahahhaha

    nasib la bro.. muahhahahha

    ReplyDelete
  4. cero, yg pasal askar nak kat aku tu kan, bila 2nd time dia datang rumah aku, teros aku buat penampilan comot n selekeh..biar die reject nak buat awek..n its work! da x dtg dah..keh keh keh..

    ReplyDelete
  5. hahahahaha..good luck cero..lalala

    ReplyDelete
  6. cero..no needlahh wt perangai selebet..kang malu parents plak..rilex cool je k..xpn bwk jelaa aweks idaman kau tu skali..hahaha

    good luck cero!:))

    ReplyDelete
  7. tp cero..klu anak dia tu *cun*, sopan santun, kaya budi-bahasa,solehah...takkan hang nak buat perangai tak best dpn dia?huhu...bgusnya pilihan ibu bapa, kawen ada org nak tlg *sponsor*..wee~

    ReplyDelete
  8. pehh, siap mak mertua call ajak dtg, ala try dulu. tak boleh bla. blah je.haha

    ReplyDelete
  9. makcik tu dh berkenan beno dh dgn ko.. hahaha... haishh. dh jadi isu pulak benda simple nih.. Moral of the story lain kali jumpa makcik jgn nak suruh dia carikn awek utk ko..

    ReplyDelete
  10. wahhhh.. siap call lagi,,, beriya tu ajakk,,, x baik hampakan harapan Makcik Ti.. pergi jangan tak pergi.. muahahahahah

    ReplyDelete
  11. huhu..ciannyaa kawan aku soqang ni...
    ada makcik dah berkenan...
    siap la hang cero...
    depa wat ubat guna2 kat hang suh nikah ngan anak dia...hehe

    ReplyDelete
  12. @Amir Auxin
    mak aku Baling..tp aku KL...
    hahah

    @Sophie Al-yahya
    haha, aku plan nk buat muka tak mandi..hehehe!

    @little cart00n
    bwak L?? mmg takkan arr..
    kang ape plak makcik tu kata bile bawak tetamu tak dijemput..

    @nurul nadea
    dan kau, dgn rasminya menjadi idola aku dlm hal ini..
    hehehe

    @sakura lover's
    haha, hope luck will be on my side..

    @farahmoque
    alaa, takyah laa buat smpai burukkan nama amk abah..
    cuma buat slambe kodok je..heheh

    @airaniez wirdani
    kalo cun, ttp taknak..
    jadik kawan dah laa..
    hahaha

    @Sca Ndx
    tak mau tak mau tak mau..hatiku telah dicuri (muntah pink!)

    @WZulhilmi
    tau takpe..lain kali jangan buat ape yg aku buat..hahaha

    @liyana aziz
    mmg akan pergi, tp itu mungkin yg terakhir laa..hahaha

    @4968297412926434359.0
    nekmo, haha gile arr smpai guna ubat..itu dh tahap bahaya dah tu..
    hehehe

    ReplyDelete
  13. mami ke mamai? ish. takkan typo kot.

    ni mcm loghat rumet aku dlu je, dia perak dekat2 kedah sana haha ;))

    alahh pegi je, wakil kan keluarga. niat mcm tu je.

    ReplyDelete
  14. haha.. kalo anak dia cun, sopan, ayu, muslimah, sebat je la.. =P

    ReplyDelete
  15. dah mai da~
    dah mai da loghat utara dia =)
    hahaha~ aku tumpang simpati~ hihihi
    takpe3... ko datang wat erat silaturrahim je la~
    kat sana ko bagi la sign kat 'mak mentua' ko tu yang setakat ni, x nak in relationship gi....

    ReplyDelete
  16. haha a'ah aku sokong je kalu bwk L ko tu .. sng cte . lgpon dia tade kate pon jgn bwk org laen .

    ReplyDelete
  17. @m i r a f i q a
    ade typo ke??mane2??
    mmg laa, mak aku kedah, abah aku perak..hahaha

    @~aLiYa~
    takmo...bukan sbb anak dia cun ke hape, sbb aku tak sedia lagik laa..

    @7614728683436843517.0
    littlegirl,
    hahah, aku akan cuba berterus terang kt makcik tu..nk kasik dia paham sket...

    @Mi Ss KaLeKaLe
    takmo, tanak libatkan L langsung dlm hal ni..bawak org len mungkin ok kot, tp bukan L...

    ReplyDelete
  18. hahah..abis la hang..makcik tu dh btul2 bkenan kat hang..
    hahaha..nnti jgn lupe cite perkembangan seterusnye yer..?

    ReplyDelete
  19. abihla hang. jgn dia akikah hg skali dah la.


    meremang jantung gua membaca esei ini........

    taniah!

    ReplyDelete
  20. kalau anak die cun?

    -kudozu

    ReplyDelete
  21. @pu3aan
    haha, will be, will be..
    leceh plak bile pikir2 kan??

    @JelinaJoli
    hahaha, biasa je laa..
    jgn aku dijadikan aqiqah sudah..hahaha

    @Anonymous
    kudozu, even kalo cun pon, aku ttp taknak..
    sbb aku taknak komitmen lagik!!

    ReplyDelete
  22. aku cam x caye je kau bleh buat perangai buruk nanti, mesti x jadi..hahaha

    ReplyDelete
  23. yeahhh, dah betul ((: *wink*

    ReplyDelete
  24. hahahaaa..lawak la citer hidup ko nie..=D

    ReplyDelete
  25. kau nk buat perangai buruk?

    jangan doe.

    aku takut dgn perangai kau,anak dye lak betul2 suka kau.

    ahahahaha!

    ReplyDelete
  26. @Dark Half
    haha, aku petut buat perangai biasa je kot sbb perangai biasa aku pon dah burok dah! haha

    @m i r a f i q a
    hahaha, terima kasih!!

    @mia Olive
    hidup biar klakar..hahaha

    @iemaZAIMAH
    ade ke org yg suke perangai burok????

    ReplyDelete
  27. hg mai aloq setaq kepala hg aku putaq nohh,,haha..calon menantu pilihan ko cero =)

    ReplyDelete
  28. incik cero...btter g je la. klu x nnti smpi bile2 kne kejar ngn makcik tue. seram wo0o... =p

    ReplyDelete
  29. kau jgn.zaman skg ni,semuanya terbalik.

    ReplyDelete
  30. @Amirah Yusof
    haha, kalo camtu tanak pegi alor setar laa..hahah

    @syazwani
    hehehe, mmg seram kene kejar dgn makcik!!

    @iemaZAIMAH
    haha, mmg betol..skang zaman smua mende boleh jadik..

    ReplyDelete
  31. hahaha3 dasat makcik ti tue...bersungguh2 tue....tue la hang...haha3 nasib r...
    ko nk wat prangai cmne?

    ReplyDelete
  32. @Miss Comot
    hahaha, peristiwa itu bertukar kpd satu perkara yg kurg menyeronokkan..

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License