Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Nov 4, 2010

Siapakah Makcik Itu??

dua-lima-satu
maaf.


Aku akui.
Salah satu kelemahan nyata aku adalah aku tak senang 'cam'..
Cam orang, cam jalan...
Sebagai contoh,
walau beratus kali aku bergerak dari KL ke Shah Alam naik moto,
sampai sekarang aku tak dapat cam jalan..
Apa yang membantu aku adalah signboard.

Aku juga susah nak cam orang.
Secara peribadi, aku kena tengok muka seseorang berkali-kali baru aku boleh cam muka dia.
Dan pada aku, selain ahli kumpulan KARA,
semua perempuan dari Korea bermuka sama.
Dan juga pada aku, semua budak sekolah yang beruniform sekolah bermuka sama.
Juga semua pekerja KFC bermuka sama.
Juga semua abang-abang buruh binaan bermuka sama.



Semua di atas mungkin disebabkan aku ni rabun.
Walaupun rabun, aku bukan seorang pemakai cermin mata.
Dan hanya pakai contact lenses bila ada keperluan sahaja.
Tambahan lagi, aku pengidap amblyopia.

Menyedari kelemahan itu,
aku delevop satu skill iaitu menilai orang dengan menggunakan lenggok badan, suara dan bau.
Sejak umur 15 tahun aku praktis, sekarang aku mampu kenal orang hanya dengan melihat cara dia berjalan dan bercakap.

Cukup pembuka kata,
ini ceritanya....



Semasa aku isi minyak moto di stesen minyak berhampiran rumah,
aku disapa seorang makcik yang tidak aku cam..

(M untuk Makcik, c untuk cEro)

M : Hang ni anak Cik Yah kan? (merujuk kepada mak aku)
C : Ya, mak saya tu.

Otak aku sedang cuba nak proses siapakah makcik ni.
Bertutur bahasa utara, kenal Mak aku.

M : Laaa, kenapa tak datang rumah hari tu? Mak dengan Abah hang ja yang datang.
C : Ohh!! Maaflah...Saya ada hal hari tu..
(padahal aku tak faham apa yang makcik ni maksudkan..)

Bertutur bahasa utara. Kenal Mak dan Abah. (Mungkin) kenal aku. Pernah jemput ke rumah.

M : Makcik tunggu jugak kalau-kalau hang nak datang. Erm, sampai ke petang tak nampak gak batang hidung.
C : Maaflah buat makcik tunggu. Hehehe!

Masih dalam proses.
Tutur bahasa utara. Kenal Mak, Abah dan aku. Pernah jemput ke rumah.
Siapa ek??

M : Makcik ada lagi nombor hang. Nanti makcik call ajak datang rumah, jangan tolak plak tau.
C : Baiklah makcik. InsyaAllah saya datang.

Parah!
Tutur bahasa utara. Kenal Mak, Abah dan aku. Pernah jemput ke rumah. Ada nombor telefon aku.
Siapa makcik ni sebenarnya??

Perbualan kami tamat.
Makcik tu masuk ke dalam kedai di stesen minyak tu.
Aku keluar untuk isi minyak dalam moto.

"Loghat utara, tapi tak pekat sangat menunjukkan dia dah duduk sini lama. Mungkin jiran rumah kot. Pernah jemput aku ke rumah sedangkan yang pergi adalah Mak Abah aku. Maknanya bukan ibubapa kepada kawan-kawan aku di sini. Dia ada nombor telefon aku, sedangkan aku hanya bagi kepada orang yang aku kenal. Keluarga aku takkan bagi nombor telefon aku kat orang. Kawan-kawan aku lagi laa.."

Siap isi minyak, aku bertolak pulang ke rumah.

"Siapa makcik tu ek??? Tak cam laa..
Kalau nak kenalkan aku kat anak perempuan dia takpe jugak..."

Skkiiiidddddd...
Aku tekan brek mengejut, terbehenti di tepi jalan.

"Oh!! Makcik tu rupanya..."

Merujuk kepada entri 'Bertukar dari Imej Super-Selekeh-Baru-Bangun-Tidur kepada Jejaka-Budiman-yang-Melayan-Tetamu' masa cuti raya hari tu.
Seorang kawan kepada Mak aku yang datang ke rumah kerana nak jemput ke kenduri kahwin anaknya dan dia bersungguh nak kenalkan aku dengan anak perempuan dia sampai siap ambil nombor telefon aku dan akhirnya aku tak datang kenduri dia sebab aku rasa perkara tu tak penting.
(sila baca dengan satu nafas, kalau mampu!)

Beriya betul makcik ni nak kenalkan aku dengan anak dia.
Adoi..
Aku kurang berminat laa makcik!!!..



postquam-scriptum:
Susah jadi orang yang tak cam orang ni.
Pernah ada kawan terasa hati sebab bila dia datang dekat dan tegur, aku balas dengan berkata, "Uh, kita kenal ke??".


32 comments:

  1. agagagagagagag
    sabar jer laaa ko ni cero
    memang patot ko gune deria bau and lenggok badan uh
    tapi lau ko terbau mende cam bau busuk uh cane cero

    ReplyDelete
  2. hahahaha.....
    siap break mengejut bagai.

    ReplyDelete
  3. hahahaha... celet laa..kita serupa! me pn susah nk cam org. org je cam kita. mmg slalu kena kes cam cero ni. cuma kadang rasa ralat, sbb kita x igt org,org igt kita. rs bersalah plak. huhu =.="

    ReplyDelete
  4. hahah..suka 'not interested' dengan muka jelir lidah tu..blerghh!

    ReplyDelete
  5. hahahaha..
    tulah dulu elie pnh ckp, jgn wat memain ngn bnda ni..
    tgk..makcik tu da serius nk kenalkan ngn bro..
    japg kalau terbau nasik minyak, jgn lupa jemput!hahahhahah :D

    ReplyDelete
  6. siap ade makcik nak kenal kan anak lg, mane tau anak dia macam Kara kot. hee

    ReplyDelete
  7. aku bace yg ko kate die ade no.fon ko tu pun aku dh ley agk makcik yg dtg umah ko time raye dulu..
    hampagas tul..siap ingt lg makcik tu kat ko..??
    aku paling xsuke org ingt kat aku sbb nk kenen2kn ngn org..hahaha..
    nasib ko la cero..

    p/s: aku bjaya bace ayt tu ngn satu nafas..yeay..!!

    ReplyDelete
  8. cayalahhh.jangan buat sellau brek mengjeut tu!

    ReplyDelete
  9. bile aku baca perbualan makcik tu dgn kau awal2 tu aku dh agak dh,mesti makcik yg dtg beraye dlu tu.

    aku hebat! :)

    ReplyDelete
  10. CERO!!!! Ko tau tak aku dh tau makcik tu siapa bila dia sebut di ada nombor ko.. Nk je aku jerit2 time.. Cero!! Cero!!! Tu makcik yg nk menikahkn ko dgn anak dia.. LARI cepat!!! Lari... Malangnya ko x dpt dgr suara aku tu... - -" LOL!

    Nicole HOT!!! =P

    ReplyDelete
  11. pehh beriye makcik tu..aku pn dah lebih kurang kau lah..mengingat ni satu keje paling mngada2 bagi aku..mmg xpnah masuk kepala lagi2 nama org..sbb tu aku senang main petik je name2 sape2

    ReplyDelete
  12. apehal makcik ni....................

    tetibe aku baca entry ni aku rasa cam tak senang hati..tak senang duduk lah sng cter....

    haha.sori tergatal.

    =p

    ReplyDelete
  13. mntk2 makcik tu tak bace blog kau. tak pun anak pompuan dia yg dia cube kenen2 kan tu. hihi

    ReplyDelete
  14. hahaha.. sengal jer!!
    nasib baik makcik tu tak tanye kenal dia tak. klo tak konpem kantoi tak ingt dia.. haha


    eh.. same la, susah nk ingt jalan n muka org. aduss.. rabun jugak. tp pkai spek. xsuka lens.. ngeee =P

    ReplyDelete
  15. uih bahye tu...

    nanti nak kawen tak cam bakal isteri naya ko, hahah kawen dengan orang lain =b

    ReplyDelete
  16. @nurkaloi
    tu laa masalah, kalo busuk mmg terus tkar mimik muka..
    tak tahan bau busuk..lalala

    @3723727663216928276.0
    littlegirlz,
    eksaited sbb dah kenal sape mkcik tu...
    heheh

    @~* chirpy_chummy *~
    btol3..raase bersalah plak..
    tp nk wat camne, dh mmg tak dpat ingat..
    adoi..kesian dgn diri..

    ReplyDelete
  17. @Fina Fento
    hehehe..blerghh!!

    @little cart00n
    alaa elie, mane tau dia mmg serius nk kenalkan dgn anak dia...
    adoi...tak berminat laaa...

    @Sca Ndx
    Wah!! kalo gitu aku terus setuju!!!

    @pu3aan
    aku tak ingat aku pernah bg dia no aku...
    nmpak sgt dia watak tak penting dlm idup aku..
    hahaha

    @kata kila
    best doo...mcam mat rempit!!!

    @iemaZAIMAH
    ko mmg hebat!!!
    hehehe

    @WZulhilmi
    Nicole lawa bila senyum, tp aku paling suka Seungyeon!!
    comel yg amat!!!!

    @petisuara
    haha, selalu gak petik je nama ape yg terlintas.
    nama abu, aku petik sulaiman..
    mmg terhebat!!

    @LUMUT
    hahaha, ko jgn risau..
    aku mmg tak ada ati nk kenal anak dia...
    hahah

    @mirafiqa
    ade ke makcik nk bace blog ni???
    hahaha
    mcam smua org muda je...

    @cik @!en
    hahaha, mata aku mmg lokoi arr..
    susah gile nk cam org ngan jalan...

    @Shukjessa
    uih!!jangan...
    salah bini nanti, jadi hal plak...
    hahaha

    ReplyDelete
  18. erkkkk
    mimik muke menarik laa yer
    hehehehehehehe
    tapi memang lagi cam la org tu kan
    lau bsuk jer msti si polan bin palon

    ReplyDelete
  19. ape ke sengal ko ni???
    aku baca cte nih aku da teringt entry ko yg dulu tu. heheh.

    ReplyDelete
  20. tanya makcik tu dia ade anak lelaki tak? haha

    ReplyDelete
  21. fuhhh.. kire macam ala2 diunting la ni?hahahaa

    ReplyDelete
  22. hahahahaha..nasib kau pandai act..hahaha

    ReplyDelete
  23. ngaaaa!!!!!!!!!!
    AKU INGAT LAGI ENTRY TU!!
    kalau aku anak makcik tu kau nak kenal x?
    wakakakakaka..

    weh,nice info about amblyopin.

    ReplyDelete
  24. belum cuba belum tau
    takmau cuba takmau tau

    hawawawawawawa~

    neway, nice font~

    -kudozu

    ReplyDelete
  25. @nurkaloi
    hahha, busuk sentiasa diingati..
    hahahah

    @KERAK NASI
    aih, korang lg ingat dari aku??
    ni mesti kes aku byk makan kepala ikan ni...

    @hanaahmad
    hahaha, nak aku tanyakan ke??

    @Nur -al- Ain
    hahaha, ala ala anak dara di rumah gitu...(dgn nada pondan)

    @sakura lover's
    hahaha, patut dpat anugerah pelakon terbaik dlm FFM ari tu di sampaing Lisa Surihani

    @Sophie Al-yahya
    hahaha, kalo ko?
    NAK! NAk! NAK!

    @Anonymous
    kudozu,
    tak nak...
    kelakar laa perkenalan disebabkan mak abah di zaman sekarang...

    ReplyDelete
  26. @iemaZAIMAH
    KARA laa best!!!
    comel dan menyomelkan...

    ReplyDelete
  27. @hanaahmad
    haha, gatai...
    aku nk jumpa makcik tu pon aku tak mau...

    ReplyDelete
  28. hahhaha.......blushing lak tetba hang ckp aku gatai. hak3

    ReplyDelete
  29. @hanaahmad
    kena panggil gatai pon suka ke???

    ReplyDelete
  30. klakar la cEro nih...
    haha :D

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License