Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Sep 14, 2010

Bertukar dari Imej Super-Selekeh-Baru-Bangun-Tidur kepada Jejaka-Budiman-yang-Melayan-Tetamu

two-o-five
I'm sorry...

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.




Jam0812
Aku masih keseorangan di pagi raya kelima..
Semalam Isnin, jalanraya makin tak lapang macam dua hari sebelumnya..
Kalau tak, aku boleh berbaring lama atas jalanraya kat KL ni sebab lengang, tapi dah raya ke-5, masing-masing dah balik dari kampung sebab ada tanggungjawab masing-masing..

Semalam tengahari,
kedengaran suara kumpulan kanak-kanak memberi salam.
"Assalamualaikuuuummmmm....."
Bahagian '..kum' tu wajib panjang..
Alaa, aku dulu-dulu pun macam tu gak...

Aku jenguk ikut tingkap,
alaaa.....
bebudak ni nak beraya...
Apakah??
Aku dalam baju tidur lagi ni...
Siap seluar pendek celoreng askar lagi...
Rambut pon berpusing baik punya...

Nak jawab salam ke tidak??
Melayan tetamu adalah harus,
tapi aku tak berpakaian proper,
so aku decide untuk tak layan..
Tapi,
aku janji kat diri sendiri,
"Next time ada orang nak beraya, aku akan layan.."

Tak sempat duduk panas punggung tengok TV,
ada pula yang lain bagi salam..
"Assalamualaikum..."
kali ni suara dewasa, suara makcik..

Aku jenguk, alamak!!
Sepasang makcik pakcik berbaju kurung dan batik..
Dah macam lawatan YB turun padang pulak..

Aku buka pintu, jenguk kepala..
"Jap ek makcik, saya ada hal jap.."

Aku masuk dalam, capai seluar jean.
Pakai seluar tu..
pandang depan cermin,
sapu-sapu rambut bagi terbang ke atas,
SIAP!!

Jadi lelaki memang terbaEk!!
Hanya memerlukan sehelai seluar jean utk bertukar
dari imej super-selekeh-baru-bangun-tido
kepada jejaka-menawan-budiman-yang-melayan-tetamu...





Selepas menjemput pakcik makcik tu masuk,
aku ke dapur buat air..
Alaa, kopi segera, memang segera je pun...

"Makcik singgah nak jemput mak abah hang datang kenduri kami nanti..
Anak makcik yang sulung nak kahwin..
Ni haa, kad!.."
Makcik loghat utara ni hulurkan kad kepada aku.

"Mak abah tak balik dari kampung lagi..
Saya tinggal sorang..." aku explain..

"Laa, hang tinggal sorang ka??
Berapa lama dah??
Tapi rumah kemas je, tak macam anak bujang duduk.."

"Dah masuk hari ketiga dah ni..
Mak Abah balik lusa..." aku explain lagi.

"Baguih laa hang..
Kemas, pandai jaga rumah..
Air kopi pun sedap.. (3-in-1 kot, memang laa)
Dah ada calon ke belum??"

Apakah makcik ni?
Nak jemput kenduri ke, nak interview menantu?
Aku decide nak buat lawak bodoh kat makcik ni supaya dia balik rumah cepat..

"Belum ada calon, makcik.
Sapa laa nak kat saya yang tak hensem ni..
Makcik tak ada ke stok anak kat rumah nak dikenalkan dengan saya?"

Hah, muka terkejut dua-dua pakcik-makcik ni..
Hambek kalian, tepat ke muka aku bagi..

"Hang nak kenal ke anak makcik??
Ada dua ekoq lagi kat rumah tu...
Meh laa jemput datang rumah, boleh kenal-kenal.." balas makcik.

Apakah??
Adakah aku terkena balik??

"OK laa, makcik nak pergi rumah lain pulak.."
Makcik dan pakcik dan bangun dari kerusi.
FUHHH!!! Lega den..

Setelah iring mereka ke pintu keluar,
makcik tu cuit aku..
"Hang bagi makcik nombor henpon hang..
Nanti senang-senang makcik ajak makan kat rumah,
NAK??"

Soalan di atas mengambil masa 4.097saat untuk aku cerna.
Nak bagi ke tidak??
NAK ke TIDAK??

Sedar-sedar je aku dah terbagi nombor aku kat makcik tu..
Tak sedar beb, refleks..(hahaha)

Maka,
berlalulah kisah di raya keempat
di mana jemputan kenduri bertukar sesi pencarian jodoh.
Harap makcik tu tak serius,
sebab aku memang tak serius nak dijodohkan...
HAHAHA...




postquam-scriptum:
Baru aku sedar masa taip entri ni, Pakcik tu datang, minum, dan blah..
Tak bercakap satu hape pon...
HEBAT!



.


21 comments:

  1. kalo makcik tu serius..pe cite ek?heee

    ReplyDelete
  2. ko jangan main2 dgn makcik2. diorg tu ingat betul je tak pikir main2.. Hahaha.. beware~~~

    Amacam? dh tgk alice?? best tak?

    ReplyDelete
  3. hahahaha3 pdn muko eden....tgk! itu la keperluan makcik disamping pakcik tersebut...klu makcik tue x byk ckp...mesti diorg dtg...senyap sunyi je rumah ko kan...n ko x dpt bg no hp ko k makcik tue kan...haha3

    ReplyDelete
  4. pehhh..orang dapat duit raye kau dpt awek..ni mmg rare

    ReplyDelete
  5. gyayhahahhahahhahahahhahahahha!!!

    "Tapi rumah kemas je, tak macam anak bujang duduk.."

    terbaekkk lah cal!


    -kudozu

    ReplyDelete
  6. jd pakcik mmg mcm tu..kje diam je..pun angguk atau geleng...makcik mmg kje kne ckp je..tu lh ragam org yg dh lamaaaaaaaaaaaaaa kawen..

    keh keh keh

    ReplyDelete
  7. calon menantu siott. perghhh!

    ReplyDelete
  8. @little cart00n
    jangan beb..aku tak janji pape..
    kecuali anak dia secantik Lisa Surihani atau Eira Syazira..
    heheh

    @WZulhilmi
    Aku dah tgk Alice 3D lgik..
    mmg superb!!!
    ahahaha

    @Miss Comot
    slalu camtu,kan??
    kalo makcik byk ckap, pakcik tak byk ckap..
    kalo pakcik byk ckap, makcik tak byk ckap..
    kan??

    @hentakbelipat
    hahaha, tp aku prefer duit raya dari awek raya..hahaha

    @Anonymous
    Kudozu,
    ko jgn ingat anak bujang sume macam kapal pecah...
    hahaha

    @iemaZAIMAH
    haha, tp pakcik tu diam sgt, at least ckap laa something, kan??

    @m i r a f i q a
    hahaha, malanglah mertua tersebut..
    hahaha

    ReplyDelete
  9. hahaha..dah mcm pilih anugerah pelakon lelaki terbaik la plak..
    abis la cero..makcik tu dah berkenan kat ko..
    hahahaha...

    ReplyDelete
  10. nak no hp pakcik 2 boleh???
    hahaha
    yg ni mmg superb, jejaka-menawan-budiman-yang-melayan-tetamu...
    hehehe

    ReplyDelete
  11. @pu3aan
    haha, aku plak yg tak berkenan kat makcik tu...
    hehehe

    @raja dinie
    hehehe, sgt transform habes..
    hahaha

    ReplyDelete
  12. 1st,pakcik tu bisu ke weh?

    2nd, kalu ada org tetibe kontek kau tu kau phm2 lah siapa yerr..hehehe..

    ReplyDelete
  13. @Sophie Al-yahya
    1st, rasanye tak bisu..kot..hahaha
    2nd, hrap2 laa takkan..tetiba aku rasa cuak..
    hahah

    ReplyDelete
  14. yup! pasangan biasa akn berlainan perangai bru ngam kan...

    ReplyDelete
  15. @Miss Comot
    mmg basically camtu, kan??
    aku ni tak hensem, so bakal isteri aku mesti yang super-cun..
    baru laa seimbang!!
    hehehehe

    ReplyDelete
  16. makaih...ayt x bleh bla...super-cun...haha3 yela kot...amin....
    mn tau ko dpt miss universe k...cewah...haha3 xpe2...klu ko de jdoh ngn L...kire da dpt super-kiut kan? kih3 X3

    ReplyDelete
  17. @miss Comot
    haha, insyaAllah..
    bab jodoh ni aku tak pandai nak kata apa-apa..
    sbb aku sndri pun tak tahu..
    hehehe

    ReplyDelete
  18. laaaa , yang tu mak aku ! tapi tipu jeeee .. : )P

    ReplyDelete
  19. @Mi Ss KaLeKaLe
    hahaha, aku hampir tertipu..
    heheh

    ReplyDelete
  20. bagus la ko..
    wlupun x de parents.. orang datang raya.. ko layan..
    klu ak.. conform2.. senyap menyepi cam org x de kat rumah jew.. uhhu~~

    ReplyDelete
  21. @sam_sunshine06
    hahha, aku pon tak tau knape jd baik plak nk layan ari tu..hahaha

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License