Salam.
11 April.
Seperti yang aku jangka, aku tidak mampu menyediakan X-ribu kos pembedahan sebelum tarikh 11 April. Aku pergi temujanji dengan rancangan mahu menangguh pembedahan, namun 16 hari hidup dengan pandangan mata berganda sebegini amat menyeksakan.
Aku terpaksa menahan pening kepala yang berpanjangan kerana pandangan mata berganda membuatkan otak aku keliru. Aku pening hampir sepanjang waktu. Tidur juga tidak selesa kerana dapat rasa kanta mata yang 'terjatuh' itu seperti bergerak-gerak di dalam mata tidak dipegang.
Penglihatan berganda membuatkan aku tidak boleh memandu dan menunggang motosikal dengan selamat, namun disebabkan hanya aku sahaja (di kalangan orang keliling aku dan keluarga) yang tahu, aku 'berlakon' untuk terus hidup seperti biasa.
Jika kita ada sesuatu yang indah untuk dilihat, baik sama ada wajah yang tersayang, pemandangan, ataupun lukisan kegemaran, mesti kita fikir dapat melihat sesuatu itu secara berganda adalah menyenangkan, TAPI ITU SILAP.
Melihat wajah orang yang tersayang secara berganda adalah sangat menakutkan dan menyeramkan. 24 jam sehari aku majoritinya adalah kegelapan kerana aku lebih banyak pejam mata. Kerana jika aku buka mata, imej yang aku dapat adalah berganda dan membebankan otak aku.
Dan aku terpaksa hidup dalam keadaan ini selama sudah 16 hari.
Hanya 16 hari, namun berat badan aku menurun banyak dan wajah aku jelas menunjukkan aku terganggu.
Aku amat mahu menjalankan pembedahan secepat mungkin, namun satu-satunya perkara yang menghalang sekarang adalah kewangan. Aku tidak mampu menyediakan X-ribu dalam masa sesingkat 16 hari.
Setelah diteliti doktor pakar, keadaan mata aku dikenali sebagai 'subluxated intraocular lens' dan keadaan aku sebenarnya lebih teruk daripada apa yang doktor sebelum ini bayangkan.
Kanta mata aku dikatakan 'tidak dipegang' dan mendatangkan risiko kebocoran cecair mata ke tempat yang tidak septutnya. Dengan kata lain, adalah dinasihatkan bahawa aku perlu dibedah secepat mungkin sebelum mudarat lebih teruk tidak berlaku.
Tarikh pembedahan diputuskan pada tengah bulan Mei nanti. Tarikhnya dipanjangkan walaupun dikatakan perlu disegerakan kerana terdapat peperiksaan akhir untuk pelajar perubatan (klinik mata ini berada di dalam hospital mengajar, a teaching hospital).
Bermakna, aku ada lebih kurang tambahan sebulan lagi untuk menyediakan kos pembedahan itu.
Pada aku, itu mungkin cukup masa untuk aku.
Tapi aku gembira terlalu awal.
Disebabkan keadaan mata aku lebih teruk daripada yang mereka jangka sebelum ini, maka pembedahan ini menjadi lebih rumit dan memerlukan pelbagai alatan lain yang sebelum ini tidak termasuk di dalam perancangan.
Doktor pakar memberitahu kos pembedahan kini menjadi Y-ribu Ringgit, iaitu DUA KALI GANDA X-ribu Ringgit sebelum ini.
Temujanji seterusnya, merangkap penilaian pra-pembedahan (pre-operation assessment) ditetapkan pada 29 April.
Aku sudah tidak tahan memiliki penglihatan berganda.
Aku mahu semuanya diselesaikan segera.
Walaupun masa dipanjangkan, namun kos juga berganda.
Persoalannya, sempatkah aku?
Mampukah aku bertahan?
Atau sampai satu waktu aku sendiri yang tamatkannya?
Dugaan jenis apa lagi yang perlu aku hadapi sekarang ini...
.
Cero, desperate times call for desperate measures. Please, beritahu pada keluarga. Tell your parents and other family members. Terima bantuan mereka dgn hati yg terbuka dan anggap ujian ini adalah satu asbab yg bertujuan utk memulihkan hubungan cero dgn family dan saudara mara semua. Ramadan pun dah dekat ni, semoga urusan kau dipermudahkan.
ReplyDeleteko pergi hospital swasta ke gomen? dah try check kat hospital gomen? mana tahu kot2 kos rawatan lebih rendah.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala urusan kau c..aku doakan kau kembali pulih dan sihat seperti dahulu..
ReplyDeleteAllahu. B strong cEro. Aku doakan Allah mudahkan jalan untuk kau dan kau sihat seperti sedia kala. Ameen
ReplyDeleteallahuakbar cero T___T
ReplyDelete