Salam.
*Hela nafas panjang*
Segalanya bermula (semula) pada tarikh 23 Mac lalu.
Sedang aku menunggang 'kuda putih' aku, tiba-tiba pandangan aku jadi kabur. Lebih mengejutkan, pandangan kabur itu hanya berpunca dari sebelah mata sahaja. Maka, dengan berbekalkan hanya sebelah mata satu lagi sahaja, aku perlahan-lahan menunggang pulang ke rumah.
Tiada siapa tahu. Aku pun tiada keinginan untuk memberitahu sesiapa.
Pada aku (ketika itu), mungkin ini berlaku kerana badan aku kepenatan, maklumlah, belakangan ini aku diduga dengan pelbagai ujian baik dari segi fizikal mahukan mental dan emosi.
Aku fikir, ini perkara biasa. Dengan tidur semalaman pandangan kabur ini akan hilang, dan aku akan kembali normal seperti biasa keesokan harinya.
Namun jauh sudut hati aku tahu, segala yang berlaku unilateral, yang berlaku sebelah badan, bukanlah sesuatu yang boleh dianggap biasa. Tiada yang biasa pada unilateral.
Esoknya, 24 Mac.
Aku terjaga daripada tidur pagi. Pandangan mata aku sudah tidak kabur. Syukur Alhamdulillah.
Namun, sebelah mata yang semalamnya kabur, kini berada di dalam keadaan lain.
Kini, aku melihat imej berganda.
Mata aku yang semalamnya hanya kabur, kini memperlihatkan imej kedua.
Setiap yang aku pandang akan kelihatan berganda.
Imej kedua itu berada condong di tenggara imej sebenar.
Dan hal ini hanya berlaku pada mata yang semalamnya kabur.
Mata satu lagi masih normal seperti biasa.
Pada waktu ini, aku sedar.
Ini bukan lagi perkara biasa.
Atas nasihat kawan yang juga merupakan seorang doktor,
pada 26 Mac aku ke klinik mata di mana pernah aku dapatkan rawatan satu ketika dahulu.
Di klinik mata, keadaan mata aku ini menarik minat ramai doktor lain. Ini tidak mengejutkan kerana klinik mata ini terletak di dalam hospital yang mengajar, a teaching hospital.
Doktor yang diagnos aku tidak yakin sepenuhnya dengan apa yang berlaku dan terpaksa meminta bantuan daripada doktor-doktor yang lain. Mulut mereka ligat dengan pelbagai jargon perubatan yang bertukar. Kerana aku bekas pelajar Biologi, maka (walaupun tidak semua) aku dapat faham sedikit sebanyak apa yang sedang mereka bincangkan.
Akhirnya, selepas berkali-kali pemeriksaan, mereka datang dengan satu kesimpulan.
Kanta mata aku dikatakan 'jatuh' dari tempatnya mengakibatkan pandangan mata aku jadi 'dua'. Hanya pembedahan boleh membaikinya.
Apabila ditanya berapa kos pembedahan, doktor itu tidak dapat beritahu secara tepat, namun menasihatkan aku supaya menyediakan dalam tangan sebanyak RM X-ribu.
Temujanji seterusnya bersama doktor pakar mata ditetapkan pada 11 April dan tarikh pembedahan akan ditentukan pada hari tersebut, kemungkinan dua tiga hari selepas itu.
Dengan kata lain, aku perlu sediakan RM X-ribu tersebut dalam masa lebih kurang 16 hari.
Apa yang semua orang tidak tahu ialah
beberapa minggu sebelum ini aku terpaksa berhabis semua simpanan kerana terdapat satu hal kecemasan yang mendesak. Maka, aku sudah tiada apa sekarang, dan ditambah lagi perlu mencari X-ribu dalam masa beberapa hari sahaja.
Dugaan jenis apa lagi yang perlu aku hadapi sekarang ini...
.
dah mcm pirate tutup mata sebelah.
ReplyDeleteaku masih tertunggu2 Mesej Tersembunyi Level seterusya.
Aku tak rasa entri gambar bunga & yang ini membawa mesej kosong.. biar aku agak.. rasanya bunga membawa maksud perempuan.. and.. cero Yang menghidap sakit mata diumpamakan seperti kumbang. Atau...
ReplyDeleteohh mungkin ni ada kaitan dgn entry lepas sebab gambar bunga tu macam tu lah yg dilihat oleh cero. moga cepat sembuh cero
ReplyDeleteSeorang lelaki dewasa menginjak lewat 20an..mata yang merenung impian yang makin jauh..banyak masalah terpendam disebalik wajah yang dibuat tenang..
ReplyDelete