Salam.
Satu pengajaran hidup yang aku pelajari baru-baru ini ialah
ujian tidak hanya datang dalam bentuk musibah yang besar sahaja.
Musibah 'kecil' pun banyak menguji kita.
Seperti contoh;
burung lepas najis tepat ke visor helmet semasa menunggang, atau
jerawat tumbuh atas batang hidung, betul-betul bawah tempat letak cermin mata, atau
kau pasang monitor dekat laptop sebab skrin laptop bermasalah, tengok-tengok monitor tadi pun bermasalah juga.
Kalau kalian baca entri aku bertajuk 'Archoke Nama Diberi',
kalian akan tahu yang komputer aku terdiri daripada laptop yang sudah di'chimera'kan dengan pelbagai aksesori lain termasuk monitor skrin kedua sebab skrin laptop sedikit bermasalah.
Masalahnya sekarang monitor tambahan itu pun sekarang bermasalah.
Sekarang aku bercuti panjang.
Aku ingat sempena cuti panjang inilah aku nak selesaikan segala kerja tertunggak yang memerlukan aku menggunakan komputer.
Banyak lukisan yang sudah aku janji untuk siapkan bulan ini.
Marah dah cik adik yang menanti hasil kerja aku tu.
Tup tap tup tap skrin monitor pula buat hal.
Adusssss. Menguji kesabaran sungguh.
Nak beli monitor baru, tapi aku rasa masalah ini masalah kecil boleh selesai.
Tapi aku tak pandai nak selesaikan.
Nak hantar repair, aku hanya ada motosikal.
Nak angkut monitor atas bakul motosikal pergi kedai untuk repair agak tak masuk akal.
(atas sebab tertentu, aku tak boleh memandu sekarang)
Tahu tak, buka komputer tapi tak dapat tengok output dekat monitor perasaan dia macam masuk bilik gelap gelita meraba-raba, takut salah raba habis menjerit kekesalan.
Kalian rasa apa penyelesaian terbaik untuk masalah aku?
Beli baru? Minta tolong orang teman repair?
Berbalik ke zaman purba di mana segala kerja perlu dipahat di atas tablet batu?
Oh, btw
ada insan yang baik hati berikan duit kepada aku untuk dibuat beli monitor baru.
Walaupun belum cukup untuk beli satu yang baru, tapi TERIMA KASIH.
Jasamu sangat kukenang
.
panggil kawan yang pandai repair datang rumah...
ReplyDelete>Angah
DeleteOpsyen yang sangat bernas, malangnya tak ada sorang kawan pun mampu nak selesaikan masalah ni. Tak ada yang pakar
*nangis di penjuru bilik*
beli baru. kan dah ada orang bagi duit tu, just topup. mungkin duit yang diberi cukup untuk repair tapi maybe tambah sikit boleh beli baru dan mungkin juga jangka hayat dia pun bertambah. long term investment. macam kau yang selalu guna monitor, beli yang elok sikit. hehe
ReplyDelete>NAD
Delete3 bulan berlalu, aku masih tak beli baru pon.
Monitor lama dan laptop lama masih tersadai tak berubah tempat, nasib baik aku ada laptop sebiji lagi :)))
Hmm.. Lazimnya harga baiki lebih kurang harga beli batu je. Kalau boleh dpt harga servis baiki yg berpatutan, ye baiki. Tp kalau mahal nk mamps, baik beli baru je, dijamin selamat dan berfungsi mantap, hehehehe..
ReplyDeleteAla sy jauh pulak, kalau tak boleh tlg hantarkan :)
-Star-
Deletememula baca mmg ingat serius nk ckp harga beli batu = ="
pastu baru terpikir typo
Erkk... macam masalah motherboard je kalau screen jadi macam tu... better jangan terus assume monitor yg problem n terus beli monitor baru, kot2 nanti dapat tau bukan masalah monitor rosak tapi motherboard yg rosak, rugi duit je beli benda baru yg bukan dapat setel punca masalah pun. Tanya computer technician dulu la C...
ReplyDeleteyup, tak sure sebenarnya apa yg rosak. cuba cucuk laptop org lain. mana tahu graphic chipset laptop yg problem.
Delete>P
DeleteHuh.
Baca komen ni terus buat aku tak senang duduk.
Kena check balik ni salah mana. Nanti aku try cucuk monitor dekat komputer lain.
Jap. Kalau motherboard yang rosak, maka isunya kena tukar laptop lain laa kan? Sebab motherboard laptop mana boleh tukar, kan? #soalannoob
minta tolong orang teman repair la. you just need a transportation je kan. and thats that.
ReplyDelete>Yana
DeleteEasier said than done sebenarnya.
Aku dikelilingi oleh orang yang tak boleh diminta tolong atas urusan remeh macam ni. Lagi rela upah Uber daripada susahkan diorang :|
Skrin lappy saya pun tengah buat hal sekarang. Nak repair belum mampu. Harap bertahan sampai bulan 6 ni
ReplyDelete>munirah mansor
DeleteSekarang sudah bulan 7.
Amacam? Bertahan tak?
*curious*
kalau ikut experience sy kalau jd cam tu kemungkinan bsr kabel monitor biru tu problem. skrin susah nk rosak kan. tp lau dh mmg komfem skrin rosak, mmg baik beli baru je lah. tak pon carik kt kedai second hand. maybe ada yg murah2.
ReplyDelete>aqilah
DeleteHmmmm...
Mahal tak kabel biru tu?
Kalau harga boleh runding, maka ini boleh dimasukkan ke dalam list of viable options.
beli baru je kalau ada bajet lebih. boleh pakai lama sebab baru kan. kalau baiki, kang ada yg rosak lagi. keluar duit lagi nak baiki.
ReplyDelete#teambelibaru
>BV
DeleteHehehe. Itu option yang paling mudah tapi sebenarnya susah sebab melibatkan duit. Aku ni kedekut sikit orangnya (kedekut banyak sebenarnya...hehehe)
Pendapat saya, lagi baik beli yang baru sebab yg baru nak tggu rosak memang lambt lg. Yang baru pun smooth je bila buat kerja. Hati senang.
ReplyDelete:)
>Anonymous
DeleteI like your way of thinking.
Sangat simple dan berkesan hehehee
beli baru c. barang2 elektronik ni kot2 harga beli baru lagi murah dari repair.
ReplyDelete>Boss Noob
DeleteItulah perkara yang paling aku risau:
harga repair > harga beli