Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Mar 29, 2017

Lelaki Dalam Cermin.


Salam.

Masih tiada komik hari ini.
Rabu terakhir bulan Mac, jadi termaktublah bahawa bulan Mac 2017 adalah bulan tanpa komik di blog cErolian.



Jangan risau ini bukan Past cEro,
ini Present cEro yang menaip terus daripada komputer milik orang lain dan menggunakan segala sumber yang ada hanya untuk menceritakan sesuatu.

Last few weeks, something big had happened to me.
That 'something' has changed how I see the world.
Aku kini melihat dunia ini dari sudut yang sangat berbeza sekali.
Tidak, aku tak berubah sepenuhnya.
Aku masih manusia sama yang pada sesetengah orang dianggap annoying, boring.
Yang berubah adalah pandangan aku terhadap sesuatu.

Aku sudah buat keputusan untuk tidak membuang masa kepada benda yang sia-sia.

Aku sudahlah mempunyai kawan yang sedikit,
jadi aku tidak mahu habiskan masa memikirkan perkara yang remeh macam kenapa orang sudah tidak mahu kawan dengan aku.
Orang sempurna mana nak kawan orang cacat.

Sesiapa yang nak anggap aku kawan, aku akan anggap dia kawan.
Sesiapa yang nak anggap aku orang asing, aku akan anggap dia orang asing.
Sesiapa yang nak bermusuh dengan aku, tolong, aku tak mahu ada musuh. Rugi.

Sesiapa yang nak anggap aku sahabat baik, beritahu.
Aku boleh jadi sahabat paling baik yang pernah ada.

Sesiapa yang rajin datang ke blog untuk ikut perkembangan aku, TERIMA KASIH.
Aku akan berusaha hargai dengan balas kunjungan
walaupun aku agak terbatas dengan teknologi sekarang.

Sesiapa yang rajin bertanya khabar di Fb, Twitter, IG
aku akan hargai dengan cara yang aku mampu.
Kita boleh jadi kawan (walaupun atas alam maya) atau kalau nak lebih daripada itu, kita boleh jadi kawan di alam nyata.

Sesiapa yang sayang aku, aku akan sayang dia balik.
Sesiapa yang kata sayang aku, tapi tak buat apa-apa,
aku pun akan tidak akan buat apa-apa.

Ini semua berkaitan tentang menghargai.
Kita tidak boleh minta dihargai tapi tidak menghargai orang lain.
Ia macam cermin.
Macam mana nak minta imej dalam cermin untuk senyum kalau kita sendiri bermasam muka?

Sebut pasal sayang dan menghargai,
Mak Abah aku sudah bagi hint keras suruh cari pasangan.
Perkara yang sudah lama aku lupakan.
Tapi aku faham maksud Mak Abah.
Orang baya aku semua sedang sibuk bercerita tentang anak masing-masing
aku pula cuma mampu senyum kepada anak kecil yang berselisih di kompleks membeli-belah.

Bukan tak mahu berkeluarga,
tapi aku rasa sangat susah untuk cari orang yang terima aku sepenuhnya.
Baik buruk kacak hodoh miskin kaya senang susah cacat sempurna aku.
Aku orang yang sangat berahsia.
Even keluarga pun tak semua tahu apa aku buat untuk hidup sebab aku rahsiakannya.
Jadi untuk jumpa seseorang yang dapat terima, faham,
sekaligus menyokong apa yang aku buat, rasanya menghampiri mustahil sebab secara logik, tiada siapa tahu apa aku buat.

Jadi macam mana?

Ada satu cara mudah, iaitu aku jadi orang lain.

Satu lagi keputusan yang aku ambil ialah aku mahu kumpul duit secara gigih dan gunakan duit itu untuk sambung belajar.
Orang macam aku ni, tidak akan ke mana tanpa ilmu,
jadi selagi aku mampu, aku akan terus kutip apa sahaja ilmu yang ada.

Bila aku kata aku melihat dunia dari sisi berbeza sekarang,
aku betul-betul maksudkannya.
Aku mampu melihat kesedihan di dalam diri lelaki yang aku pandang dalam cermin.
And I hate that.



Terima kasih sebab baca luahan hati aku ini.
Awal tahun dulu aku nak jadikan blog ini tempat yang 'fun',
tapi sebab aku tidak ada tempat untuk luah segala ini selain blog
jadi terpaksalah kalian baca luahan itu di sini.
Aku minta maaf.

Maybe, just maybe, next week ada entri yang FUN.

For now, bye. Live well.




.


25 comments:

  1. Mungkin kau kena ubah sikit perangai kau yang suka berahsia tu Ubah sikit jek. Tak rugi pun asalkan dapat bagi ruang untuk orang lain faham. Jangan degil. Jangan ego. Ini bukan situasi sesuai untuk "aku taknak jadi hipokrit.Ini perangai sebenar aku.Kalau taksuka boleh blah". Lect aku dulu pernah kata we are not living in island. Kita hidup bermasyarakat la maksudnya. Jangan selfish cero!

    Macam aku cakap tadi. Ubah sikit jek perangai. K itu jek byebye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kon

      Macam mana nak ubah perangai berahsia? Kena kurangkan berahsia ke atau kena banyakkan luahkan perasaan?
      Dulu aku pernah cuba nak berkongsi rahsia dengan orang, tapi aku dapat nampak dekat muda dia dengan jelas tak berminat dengan rahsia aku jadi aku jadi makin takut untuk luahkan sesuatu.

      Mungkin aku salah pilih orang kot.
      Mungkin juga betul kata kau, aku kena buang sikap selfish tu :(

      Delete
  2. First baca tajuk, terfikir why not Lelaki Dalam Pasu?
    Wahahahdjfhfdjdjdjfj ok abaikan saia.

    Satu je nak tanya, cEro ni ejen CIA ke? Huhuhu.. We are all here, xperlu nak sedih sorang2. Macam Charlie Puteh kata: Im only one call away~~ gittew.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Z

      I'm typing this on 26 June 2017 0051 Malaysian time and I just wished that you read back your above comment and contemplate. People change, right? Drastically.

      Delete
  3. woohoo! so glad. Finally, you tell us the stories behind the gloomy mood. lol.salute
    bagus idea nak sambung belajar tu. tak rugi. Pengalaman,kenal orang& Ilmu tapi semua baru.
    dah alang2 nak berubah. I challenge you to be more open. (refer movie: Yes Man) lakonon Jim Carrey
    Cuba rasa pengalaman menjadi berlawanan dengan menjadi berterus terang all th time. no excuse for the whole April.
    hehe
    Maybe, just maybe, You can break the plateau of terlalu berahsia and belajar untuk tau bila untuk be more open and not. Even this post is satu permulaan yang LAIN dan POSITIF.

    I dont always wish people this cz I believe wishing other people luck is like giving up my own luck. but Anyway here's to you. Good Luck.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >just Yana

      Aku rasa aku jadi berahsia dari dulu sebab aku selalu nampak ekpresi muka orang yang tidak berminat dengan apa yang aku cakap.
      Mungkin satu hal yang aku nak cerita ni kedengaran remeh pada dia mungkin, hence the expression, tapi sebenarnya nak buka cerita tentang diri sendiri kepada orang lain perlukan kekuatan yang sangat besar.
      Jadi, bila orang buat muka macam tak berminat, aku jadi ralat nak kongsi rahsia lagi :(

      Susah sebenarnya nak jadi positif ni :(

      Delete
  4. alamak sedey plak baca....you are not alone...ALLAH sentiasa ada....percayalah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. >HeNRieTTa JoSe

      Yup. We're never alone.
      Ini semua ujian dari-Nya :)

      Delete
  5. Aku nak jadi kawan kau!
    Jangan bersedih, bertenanglah ~~~~
    Apa yang jadi dalam hidup kau sekarang, bertabahlah. This too shall pass. Nanti ambil hikmah dia and keep living to the fullest.
    Bab pasangan hidup tu memang semua orang akan bising. Aku pun kena esp aku perempuan. Tapi benda ni bukan dalam kontrol kita. Bukan kita tak berusaha dan berdoa kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Hey, you're already my friend, right?
      (please say yes sebab malu ooo aku sorang je anggap kau kawan)
      Bak kata orang ramai, what doesn't kill you makes you stronger. Mungkin aku akan lebih strong lepas fasa ini berlalu, kot.

      Delete
  6. -Star-
    Amboi, memula baca tu tetiba rasa cam heavy atmosphere.
    Ingat tersilap bukak blog yg lagi satu.
    Ada rasa dan usaha nak berubah tu baguslah.
    Aku dh dpt membayangkan hidup aku ni akan terbuang sehari demi sehari and one day i'm dying.
    Ah sudah, aku start depressed.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Star

      Hey, sila jangan depressed.
      Aku tahu perasaan kau tu. Bila fikir kita seorang diri dan tak nampak sinar perubahan di hujung jalan buatkan kira rasa takut nak tempuh masa depan.
      Tapi masa terus ke depan, nak tak nak kita kena laluinya juga, kan?

      Delete
  7. Bak kata MJ, "I'm starting with the man in the mirror. I'm asking him to change his ways".

    Ganbatte, C-kun :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >P

      Masa aku taip tajuk post ni dalam draft, aku dah terbayang dah mesti ada yang kaitkan lagu MJ tu hehehe.
      Memang masa aku taip entri ni lagu MJ keluar dari corong radio hence the title. :)

      Thanks P.

      Delete
  8. Okay I've been reading your blog silently but this entry made me wanted to leave a note.. It's okay for not having a fun entry and voice out of your feelings sometimes but please live up your life.. Mungkin Cero boleh kurangkan gap yang Cero letak tu, bagi peluang untuk orang kenal Cero.. Maybe masa tu Cero akan nampak, ada orang yang sudi kawan dgn cero.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Flavnesz

      Thanks sebab baca blog ni walaupun secara silent :)
      Truth is I already tried opening up tapi pihak yang menerima opening tu macam tak berminat, which lead me to another problem of wrong choosing.
      Tapi rasanya terlalu awal untuk putus asa, kan?

      Delete
  9. susah kan ada personaliti enigmatic ni. nak cari kawan pun susah apatah lagi pasangan hidup. been there bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Anonymous

      Enigmatic is a big word rasanya. Me myself more to can't fine a good way to express. More like a weird, freakish nimrod.

      Delete
  10. I could relate because I'm very secretive too. I'm a firm believer of two can only keep a secret when one is dead but sometimes I'll wonder that the barrier that I placed would keep people away and then I'll end up alone.

    Sob sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Rasya

      Secrets are like double-edged swords. One of the day, they'll come to eat you (mostly from inside)

      Delete
  11. bulan mac jarang bagi komen sbb entry banyak deep2 dan taktau nak komen apa. hahhaa

    tapi kali nie nak komen jugak. sebab terasa empati disitu. BV pun jenis secretive jugak, secretive tahap cipan dgn keluarga dan kwn2. suka bottle up perasaan dan kekadang taktahu nak luah kat mana sebab bila dah secretive semua benda nak simpan sendiri. wahahahha nasib baik cEro ada blog utk luahkan.

    nak up ayat ada sense islamik sikit = la tahzan
    wohoho

    all the best dalam usaha sambung study and semoga dapat jodoh yg baik. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Maaflah sebab post entri yang deep je memanjang hehehehe.

      Berahsia ni mungkin cara paling mudah untuk kita lalui sesuatu perkara. Mungkin orang macam kita ni takut dengan respon orang lain kalau kita buka sedikit hati kita.

      Yup. La tahzan.

      Delete
  12. Dulu pernah teringin untuk jadi kawan di alam nyata untuk cero. Tapi atas sikap suka berahsia tu, saya sedar saya tak mampu masuk dunia cero. Bak kata cero juga,"Kita tidak boleh minta dihargai tapi tidak menghargai orang lain." Saya hargai cero, tapi cero tak pernah hargai saya. Akhirnya saya pilih untuk kembali jadi pembaca setia blog cero sama seperti dulu.

    Bercakap tentang pembaca setia, saya dah ikuti blog ini bertahun tahun dah. Tapi kebelakangan ni, ada semacam aura negatif dalam setiap post.

    Satu je nak nasihat, berhenti salahkan semua yang terjadi kepada diri sendiri. Setiap orang juga lalui ujian yang berbeza. Atas diri sendiri bagaimana kita menerima ujian tersebut. Kalau kita asyik fokus kepada perkara negatif, memang perkara negatif je akan datang kepada kita. Cuba pandang benda-benda positif yang terjadi hari-hari.

    Hidup ni singkat je. Jangan mengeluh kepda sesuatu yang kita hilang, tak ada. Ramai lagi yang lebih malang dari kita. Fokus apa yang kita ada. Baru bahagia.

    Oh ya, walaupun cuma sebagai pembaca, saya sayang cero. Tolong terus hidup dengan positif, ceria, bersemangat, seperti warna kuning. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Ramai lagi yang lebih malang dari kita"

      Wow that's an asshole-ish thing to say..

      Delete
    2. >Amna

      Hello Amna. Maaf kalau rasa tidak dihargai tapi dari awal lagi cEro dah bagitahu cEro di luar dalam dalam blog bukanlah cEro yang sama. Perkara berat seperti 'menghargai' tidak datang dengan sekali dua pertemuan sahaja.

      Mungkin betul, cEro selalu salahkan diri sendiri untuk semua perkara. Tapi otak ni selalu berfikir kalau boleh buat sesuatu ini, mungkin perkara buruk itu tidak akan berlaku. Salah otak kerana terlalu ligat berfikir.

      Susah sebenarnya nak lihat positif dalam setiap perkara. Dan perbuatan itu juga tidak datang dengan sekali dua cuba, tapi ketahuilah cEro memang sentiasa berusaha ke arah itu.

      Hidup kuning! *tetiba

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License