Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Apr 19, 2017

Meditasi Bilik Mandi.


Salam.

Tajuk kekonon gempak.
Sepatutnya ada komik hari ni,
tapi aku terpaksa masuk wad, jadi cukuplah tulis-tulis je.

Minggu depan insyaAllah ada komik.




Pernah tak kalian masuk bilik air dan mandi,
tengah air mencurah-curah jatuh ke badan gebu kalian
otak kalian akan terfikir banyak idea dan soalan tak masuk akal tentang kehidupan?
Itu digelar 'shower thoughts'.

Aku tahu bukan aku seorang sahaja macam tu,
jadi di bawah ada aku senaraikan antara 10 soalan tentang kehidupan yang terdetik aku terfikir semasa sedang memerut mandi shower di bilik air:


  1. Siapakah orang pertama yang tahu tahi hidung itu masin dan bagaimana?

  2. Mungkinkah kuning yang aku nampak sebenarnya biru pada mata kalian tapi sebab kita setuju ia dipanggil kuning jadi ia terus dipanggil kuning?

  3. Kenapa simbol 'heart' dipanggil hati dalam Bahasa Melayu sedangkan sebenarnya terjemahan terusnya ialah jantung?

  4. Kalau mata kita sama macam kamera, berapakah resolusi, dimensi, megapiksel dan ratio imej yang kita nampak?

  5. Siapakah orang pertama yang sedar meneran mampu membantu proses nyahtinja?

  6. Kalau awan terapung di langit sebab kurang tumpat berbanding udara, kenapa bulan yang besar dan berat tak jatuh ke Bumi?

  7. Kalau nyamuk terbang masuk ke dalam kereta, dan kereta itu mula bergerak, nyamuk itu tadi akan terhantuk ke cermin belakang kereta atau bergerak sama-sama dengan kereta?

  8. Jika kentut adalah angin yang keluar ikut punggung, maka sendawa adalah kentut yang keluar ikut mulut.
    (Ini juga menjelaskan kenapa angin sendawa berbau tidak enak)

  9. Adakah Joker akan bersihkan semua solekan di muka dia sebelum tidur dan pakai make-up semula sebelum keluar rumah menentang Batman keesokan harinya?

  10. Mungkinkah selama ini manusia tidak pernah nampak alien disebabkan hidupan dari luar Bumi semuanya diperbuat daripada bahan yang mengeluarkan panjang gelombang (wavelength) di luar spektrum penglihatan manusia? Kalau ya, bermakna kemungkinan besar alien ada di sebelah kita tapi kita tidak nampak, dia juga mungkin tidak nampak kita.




Kebanyakan soalan di atas aku sudah ada jawapannya,
hasil kegigihan mencari sumber dari internet.
Sebenarnya ada banyak lagi soalan lain yang aku terfikir,
tapi aku simpan dulu sebagai modal untuk entri akan datang kalau-kalau kena masuk wad lagi hehehe.

Oh,
kalau kalian ada soalan bilik mandi yang tiada dalam senarai di atas, kongsikanlah.
Kalau kalian ada jawapan untuk soalan di atas pun, kongsikanlah.
Nak juga tahu apa yang kalian fikirkan semasa sedang mandi hehehe.
*lain macam ayat kat atas ni*


Nota kaki:
Kalau korang perasan, aku jarang sudah balas komen dan singgah blog korang. Itu sama ada aku benci korang atau aku ada terasa hati dengan korang. Ceh, gurau. GURAU! Itu sebab internet yang aku guna sekarang sangat limited. Dulu internet unlimited bolehlah berjimba singgah blog semua orang. Sekarang nak buka blog sendiri pun kena ada kesabaran yang tinggi sebab data terhad. Harap korang jangan makan hati dengan aku. Nanti ada internet balik, aku akan singgah blog korang-korang yang masih setia membaca di sini. Yang setia je. Yang tak setia boleh main jauh-jauh hehehe.




.


12 comments:

  1. maaf xde blog.nor fb, or insta. Im weird that way btw.but I love the freedom.its the 90's forever for me.
    hehehe. org kata 90% dari apa kita gurau adalah betul.
    proceed---
    its not really a shower thoughts tho,for me, its more like your own thoughts kan. cz lets be honest. masa tengah makan sambal petai tengok cerita Rosalinda pon boleh terpikir benda2 ni.
    then, xkan nak panggil tv moments or petai moments? lol ok Im joking :-P
    joke aside, masa tengah mandi, xde masa kot tk semua tu. sebok ingat balik,tadi dah shampoo ke belum eh? Darn, I skipped it didnt I? XD

    no 9. kalau betul dia lap muka, nak tau jugak brand apa dia pakai sebab nampak gaya, langsung xde jerawat , it must darn good.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >just Yana

      Yes. Thoughts tu bukan datang masa mandi je, tapi masa mandi laa kita fikir banyak. Masa makan bila terfikir lepas tu buat dek je sebab makan lagi penting hahahhaa

      Tu laa. Joker mekap tebal kot. Kalau tiap2 hari dia lakukan rutin macam tu, berdisiplin betul dia hahaha

      Delete
    2. jadi kenapa penulis masuk hospital? sila khabar
      :O

      Delete
    3. >just Yana

      Adalah....
      Rahsia. Hehe

      Delete
  2. Aku ingat kau dah merajuk nak balas komen orang. So, aku jadi silent reader jerlah...kecik ati komen tak berbalas...huhuhuhu hahahaha takde r...masalah line tu memang tak dapat nak hadaplah...

    Biasanya shower thoughts aku lebih berkisarkan tentang falsafah. ^_^!...time tu lah, macam-macam isu nak dibahas..bila air hujan dah tutup...otak pun senyap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie adie

      Hehe janganlah kecil hati dengan aku. Nanti aku balas kunjungan Hehe.

      Falsafah pun selalu jugak fikir. Kekadang aku ulang balik arguments yang pernah aku lalui dan perbaiki mana yang boleh dibaiki, macam ala-ala role play gittew hahaha

      Setuju sangat. Melangkah keluar shower, terus lupa dah segala thoughts tadi hehehe

      Delete
  3. kenapa kau terpaksa masuk wad? sebagai pesakit ke sebagai doktor?

    Aku jarang ada shower thought. Patutlah orang mandi lama, banyak berangan rupanya haha. aku nyanyi dalam bilik air so takde fikir apa-apa kakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Baik kau bertanya keberadaan aku. Thanks Nad. Aku bukan pesakit, juga bukan doktor (at least not yet).

      Hahahha bukan berangan, tapi lebih kepada melayan apa yang ada dalam kepala haha. Tapi aku tak mandi lama pun. Sambil fikir sambil mandi macam biasa juga hehe

      Delete
  4. Hohoo dalam bilik air tak elok berlama-lama, and so aku pun control fikiran aku supaya tak melayang sangat dan cepat2 setelkan apa yang perlu disetelkan (~"^w^)~

    Get well soon C, kim slm kat nurses n docs yg cun2 n hensem2 ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. > P

      Tak lama pun P. Mandi macam biasa juga 10-15 minit tapi masa shower je kepala jadi ligat semacam hehehe

      InsyaAllah. Docs sini muda-muda, tapi nurses semua mak-mak orang hahhahahaha

      Delete
  5. memang selalu jugak ada shower thought nie, kekadang sebelum tidur pun selalu terfikir benda2 macam nie. ingat diri nie pelik bila suka buat persoalan yg kekadang macam susah nak cari jawapan.

    kekadang tak elok jugak banyak sangat fikir dan buat persoalan pelik2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Betuuul!
      Sebelum tidur pun, di waktu sepatutnya otak bertenang, tapi waktu tu laa otak makin ligat nak memikirkan persoalan yang kadang-kadang tak ada jawapan hahahaah

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License