Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jan 18, 2017

Archoke Nama Diberi.




Salam.

Kalau kalian cukup setia membaca blog ini,
kalian akan tahu salah satu perangai aku ialah suka bagi nama pada barang.
Moto aku, handphone aku, komputer aku, dan banyak lagi semuanya aku bagi nama.
Barang yang aku tak letak nama sama ada bukan milik aku ataupun aku ada rasa yang barang itu mungkin akan jadi milik orang lain.

Nama komputer aku ialah Archoke.






Archoke pada asasnya sebuah laptop,
namun beberapa bulan lalu skrin dia ada masalah gelap hampir 70%,
baiki di kedai sedikit susah sebab Archoke model lama, tahun 2008.
Jadi aku buat keputusan untuk sambungkan Archoke dengan satu LCD monitor.

Pada hari Archoke disambung LCD monitor, aku sudah ambil mobiliti dia.
Dia tidak lagi boleh aku pack dan bawa menjelajah macam selalu aku buat dahulu.

Lagipun sendi Archoke antara skrin dengan keypad sedikit lemah dimamah usia.
Jadi aku nak kurangkan pergerakan sendi itu, aku jadikan dia stationary di atas meja.

Lama kelamaan, Archoke disambung dengan beberapa lagi barang luaran seperti speaker, external hard disk, drawing tablet dan beberapa USB port tambahan.

Jadi,
bila kawan aku tanya aku pakai PC ke laptop,
secara peribadi aku tak mampu nak jawab.
Walaupun Archoke sebuah laptop, tapi kini dia lebih kepada sebuah PC.
Entah...aku rasa dia sendiri dah celaru identiti.
Chimera mungkin?

Oh,
dan bila aku cakap dengan kawan-kawan, aku bahasakan Archoke sebagai 'komputer'.
Seorang kawan aku ni kata aku kedengaran macam pakcik-pakcik tua yang buta IT bila sebut 'komputer'.
Katanya, orang zaman sekarang sama ada sebut PC, ataupun sebut laptop, atau notebook, atau macbook, atau tablet PC, atau tablet atau lain-lain lagi istilah yang ada.

Tahu tak bila orang sebut 'tablet',
aku akan terbayang bongkah batu leper yang orang zaman Rom Purba dulu buat ukir ketuk-ketuk guna pahat tu?
Rasanya otak aku masih ketinggalan zaman, sebab tu laa orang kata bila aku sebut 'komputer' kedengaran macam pakcik buta IT.
Generation gap mungkin? Hmmm...

Funny bila fikir balik,
nama Archoke aku ambil sempena nama Archimedes, ahli matematik terkemuka Greek.
Mulanya aku nak letak nama Archie, tapi Archie kedengaran macam nama lelaki yang feminim, tak ganas langsung.
Archoke pula, sebab ada perkataan 'choke' dengar macam ganas gila hahahaha.

Nama komputer pun aku letak nama orang dulu-dulu.
Ye laa, takkan aku nak letak nama Putra Arryan Mikail Ezekiel Danial Danish Evans Da Silva macam nama budak-budak zaman sekarang, kan?


So what do you think?
Adakah kalian juga suka beri nama pada barang-barang kesayangan?
Adakah Archoke sebuah laptop ataupun PC?
Adakah sebutan 'komputer' kedengaran pakcik-pakcik pada kalian?
Apa pendapat kalian tentang nama Archoke? Ganas tak?






.


36 comments:

  1. Perkara pertama yg terlintas di kepala bila baca; Artichoke. Hahahahah sejenis sayuran.

    So far benda mati yg sy namakan adalah kereta: Shiro. Hahahah sebab teringin nak ada kucing kot. Sobs. Skrg mcm2 istilah komputer. Laptop pun dh jadi lappy, mujur bukan lapdance, eh.

    Sy pun xsedar selama ni sebut apa, laptop kot sbb sy takde PC, heheh. Tp takdelah rasa pelik bila org sebut komputer. Dh mmg nama dia komputer. PC stands for Personal Computer. Still ada perkataan komputer. PC kira nick name komputer lah kan, bukan ke sebut nama penuh seseorang itu lebih afdal? Wahahaha!

    Next time cakap je Archoke tu PC hybrid, hahaha dunno im not a tech geek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Perkara pertama yg terlintas di kepala bila baca; Artichoke. Hahahahah sejenis sayuran."

      Samela weyh..haha..

      Delete
    2. >Zyra

      Hey, jauh tau artichoke dengan archoke hahahaha (padahal satu suku kata je beza)

      Itulah pasal. Tak sangka pula orang nak tegur bila sebut komputer, padahal rasanya biasa je word komputer tu hahahaha.

      PC hybrid macam wow gempaknya hi-tech nya padahal sambung-sambung usb je hahahaha

      Delete
  2. Aku pun pernah ada masa bagi nama kat barang. Yang aku ingat bagi nama kat motor SS2 aku nama dia Valkyrie. Motor tu dah pun hilang krna curi dan aku dah tak bagi lagi nama pada barang huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Boss Noob

      Alaaa...sedihnya bila moto kena curi.
      Tak dapat bayang kalau moto aku kena curi apa yang akan aku rasa mesti sedih gila murung setahun hehehe

      Delete
  3. aku panggil moto aku kuda putih...err...boleh terima ke ni?:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >At-Tarmizi

      Ehhhhh? Aku pun panggil moto aku 'kuda putih' walaupun aku ada bagi nama dekat dia hehehe
      Kira geng laa ni hehehe

      Delete
  4. bagi aku itu normallah...nak kasi nama kat barang kita. barang kita sendiri bukan orang lain...

    Archoke kau tu pulak sebuah laptop
    komputer adalah nama umum untuk laptop dan pc, so bahasa takde zaman...takyah nak pakcik sangatlah...nanti semua org akan rasa bahasa dulu lagi mudah difahami dari bahasa sekarang. semua ada unsur teknologi dan celup bahasa org lain...

    archoke? first aku ingat nama apek ke apa, huhuhuhu xsangka pulak nama komputer...dah macam nak tersedak nyebutnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie adie

      Baguslah normal.
      Tapi mungkin bercakap dengan barang yang kita bagi nama tu tak berapa nak normal sangat hahahaha

      Walaupun pada asasnya Archoke itu laptop, tapi sekarang dia lebih desktop daripada laptop hahaha. Orang panggil aku pakcik pun lantak laa aku pun bukannya muda lagi hahahaha

      Hahahaha. Jauh bebenor sampai jadi nama apek pulak hahaha

      Delete
  5. Version soalan aku: PC kau apa? Laptop ke Desktop?

    -kudozu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Kudozu, version soalan aku pun sama macam kau :D

      Delete
    2. tapi selalunya aku pening juga dengan soalan aku kahkah

      - kudozu

      Delete
    3. >kudozu

      Oh. Orang keliling aku kalau sebut dektop, diorg ingat akan refer ke muka depan komputer tu, yang ada wallpaper tu. Hahaha

      Delete
  6. I gave my bantal busuk a nickname a while ago. not to others. mungkin sebab im not emotionally attached to it.

    You are definately using a desktop PC.

    Pada otak ni, bila sebut komputer. terbayang komputer segi empat saiz kotak besar gedabak attached to the back of the screen. walhal, sebut PC je. terbayang screen leper. yes! generation gap it is. haaaa.
    Note. Archoke kinda suits it. not really ganas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >just Yana

      Wow! Masih ad alagi bantal busuk? Apa namanya??

      Maknanya lahir sebagai laptop, but now jadi desktop PC? Hehe

      Generation gap, kan? Sebab bila cerita dekat anak buah pasal monitor komputer yang besar berat dan bagak dulu tu, diorang tak tahu dan tak pernah nampak hahahaha.

      Delete
    2. nama dia... cannot tell ahh.. secret. blush** hahaha
      yup, masa zaman tu. I thought I can be the next Julian Assange, apparently not.

      Delete
    3. >just Yana

      Sebut pasal Julian Assange, mana entah dia menyorok sekarang. Jadi pelarian di tempat sendiri, kesian dia :((

      Delete
  7. org dulu2 kata, "pedang2 yg hebat akan diberikan nama." jadi bila kita namakan brg2 kita, terasa kehebatan menggunakannya. huhuhu

    bagi aku tak kisah la kau nak sebut komputer ke PC ke notebook ke laptop ke yg penting aku paham apa yg nak disampaikan. kalau dibuatnya ada yang bagitau, "alah yang besar mcm kotak atas meja ada papan boleh tekan2 tu..??" memang terkedu kejap nak menekanya.

    ada plan nak hybridkan archoke kau dgn benda lain pulak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Haryz Khairuddin

      Ehh, betullah. Pedang-pedang lagenda dalam sejarah semua diberi nama. Sedap-sedap pulak tu hehehe

      Aku payah sikit nak describe komputer aku tu, jadi senang cerita aku cakap komputer je, dan kekadang aku refer dia sebagai laptop walaupun tak boleh letak at top of the lap hahahah.

      Aku sedang mencari touch pad yang external punya, nak ganti touch pad laptop. Itupun kalau external touch pad wujud hahahaha

      Delete
  8. Q: So what do you think?
    A: Jap nak pikir...

    Q: Adakah kalian juga suka beri nama pada barang-barang kesayangan?
    A: Ada yang aku bagi nama, ada yang tak...

    Q: Adakah Archoke sebuah laptop ataupun PC?
    A: Archoke is a modified laptop, your personal computer.

    Q: Adakah sebutan 'komputer' kedengaran pakcik-pakcik pada kalian?
    A: Not at all...

    Q: Apa pendapat kalian tentang nama Archoke? Ganas tak?
    A: Sounds kinda cute, like Robin Hood? I dunno ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. >P

      Gigih Plain jawab satu-satu siap perenggan hehehe.

      'Modified laptop' sounds sangat badass hehehe
      Archoke bunyi cute? Hahahaha. Cute macam lappy-happy, or toki-doki hahaha

      Delete
  9. So what do you think?
    Hmmmmmm?

    Adakah kalian juga suka beri nama pada barang-barang kesayangan?
    Barang-baranga kesayangan, yes..

    Adakah Archoke sebuah laptop ataupun PC?
    Archoke dah tak boleh duduk atas lap so bukan 'lap'top..ehee.. Archoke is Archoke.. UvU

    Adakah sebutan 'komputer' kedengaran pakcik-pakcik pada kalian?
    Hmmmm, tak pun cuma dengar panjangla, rajin ko menyebutnya..

    Apa pendapat kalian tentang nama Archoke? Ganas tak?
    Boleh tahan.. Macam nama barbarian.. Archoke the barbarian? OvO

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lee

      That's what bugging me. Sebab walaupun Archoke dicipta sebagai laptop, tapi kini dia tak boleh duduk on top of the lap dah hahaha

      Mungkin betul cakap kau kot. Bila sebut komputer macam panjang, tu yang orang muda label dengar macam pakcik-pakcik tu hahaha

      Delete
  10. saya dah komen. Panjang-panjang. Tapi tak muncul. Tak tahu adakah masalah internet atau tuan blog sudah delete. Minta maaf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna

      Eh tak. Tak ada delete apa-apa pun.
      Kalau Amna komen guna mobile, memang selalu ada masalah ni tak kira blog sesiapa pun, jadi dinasihatkan untuk 'copy' text komen sebelum tekan button 'publish'.

      Tak rajin nak komen panjang semula ke? Hehehehe

      Delete
    2. ha ah. tak rajin dah. Haha.. Biarlah. Lain kali kita sembang topic ni.

      Delete
  11. jarang jugak nak bagi nama ngan benda takbernyawa nie. kekadang ada la bagi. wahahaha :D

    bila orang sebut 'tablet', teringat pil dan ubat. XD

    btw, cool la nama archoke tu. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Ada kawan anggap siapa yang bagi nama dekat barang tak bernyawa ni maknanya tengah kesunyian. What do you think?

      Hahaha. Betul juga tu. Tablet kan bentuk pil dan ubat tu hehehe

      Thanks :)

      Delete

  12. tak. tapi aku rasa semua benda adalah benda hidup haha

    PC sebab dah tak boleh letak atas lap. ahaha sukahati

    taklah, aku pun kekadang guna word tu. hehe

    ganas tp aku prefer archie tu sebenarnya. aku suka nama nampak lembut tapi berbisa. gittewww hjahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Hahaha. Aku pernah ada pemikiran 'semua benda adalah benda hidup' sampai satu ketika ada orang pernah nampak aku cakap dengan batu hahahaha

      Hahaha. Betul laa tu. Laptop yang tak boleh letak atas lap bukan lagi laptop hehehe

      Nasib baik. Sep sikit geng!

      Archie macam lelaki yang kureng maskulin. Mungkin aku banyak terpengaruh dengan komik Archie & Friends kot hahahaha

      Delete
  13. bagi je istilah 'mod com' stand for 'modified computer'.


    -zul-

    ReplyDelete
    Replies
    1. >zul

      'Mod Com' dengar macam badass gila padahal sebenarnya connect gitu-gitu aje hahahaha.

      Delete
  14. Kalau sebut computer automatik ada pc cpu keyboard mouse semua tu. Kan? Dalam gilmore gilrs pun Lorelai bagi nama kat barang2 kesayangan dia. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kon

      Yes! That's why kot banyak orang tanya balik aku pakai apa bila aku sebut word komputer. Hahahah

      Ahhhh...tetiba rasa nak layan Gilmore Girls balik. Rindu Lorelai :)

      Delete
  15. Aku sometimes sebut PC sometimes sebut komputer. Archoke tu macam bunyi artichoke pulak dalam game cari benda tersembunyi. HAHHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nanadhoi

      Dalam kerja aku, PC adalah panggilan utk benda lain, jadi untuk bezakan dgn komputer, aku tak panggil PC hahaha

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License