Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Jan 11, 2017

Mengejar Kesempurnaan.



Salam.
Tiada komik minggu ini.

Baiklah, sebelum kita teruskan cerita,
aku mahu perkenalkan kalian kepada dua orang tunggak utama topik yang bakal aku sentuh ini:


1) Yura Yu.

Yura ialah seorang kawan/ pelukis/ blogger yang aku mula kenal melalui blog ini. Disebabkan circle pembaca blog ini tak luas mana jadi aku rasa kalian sudah pun kenal siapa Yura. Dia juga terlibat dalam beberapa projek buku Buasir Otak: The Komik. Antara perkara yang sangat aku kagum dengan Yura ialah lukisan dia sangat beridentiti. Sekali pandang sudah tahu ini hasil tangan Yura, sesuatu yang sangat susah untuk dimiliki walaupun bagi pelukis professional. Kenali dia lebih lanjut di blognya, Road Not Taken.


2) Jake Parker.

Jake Parker ialah seorang pelukis komik, artis konsep, ilustrator dan juga animator terkenal. Dia sangat dikenali kerana memulakan cabaran 30 hari melukis di bulan Oktober yang dikenali sebagai Inktober. Dia rajin berkongsi tips dan hasil kerjanya di laman-laman sosial yang ada termasuklah Facebook, Tumblr dan YouTube.




Jadi sekarang kalian sudah kenal tunggak utama topik aku kali ini,
biar aku mulakan cerita.


Satu hari di hujung tahun lepas 2016,
Yura sebagai salah seorang friend dalam Facebook aku ada share satu video.
Video tersebut ialah satu klip pendek berdurasi satu minit saat yang dihasilkan Jake Parker, bercerita tentang sesuatu yang memberi inspirasi terhadap penonton.

Ini videonya:






Finished, Not Perfect.


I want you to repeat this mantra.
Finished, not perfect.
Finishing a thing is way more important
than having something that's perfect but not finished.
One of the best ways to learn how to do something is to, actually, go out and do it.


If you wanna draw comics, go draw a comic.
If you wanna illustrate a picture book, go illustrate a picture book.
If you wanna be a concept artist for feature films, start designing characters and environments for an animated film that you've made up.


The key thing there is that you do it,
and the most important part is that you finish it.
You finished project is probably gonna stink but that's not what's important.
What's important is that you have the ability to take an idea from start to finish.


If you are worried about perfection,
if you are worried about being good,
you're gonna hate whatever you do perfectly now a year from now.
You are not gonna like it because you've moved on. You've gotten better.
So why should you stress about it being perfect now,
if you know you are naturally gonna become better in future.


The world wants and it needs people who finish things.
So, remember now,
part of becoming an amazing artist is having the ability to finish something.






In case kalian skip video dan narative panjang berjela yang gigih aku taip di atas,
video itu menekankan bahawa sangat penting untuk HABISKAN sesuatu daripada menjadikan ia SEMPURNA.
HABISKAN lagi penting daripada SEMPURNA.

Jake Parker dalam video tersebut menekankan tiada guna kalau kita nak hasilkan sesuatu dengan perfect dan sempurna tapi hasilnya tidak siap. Siap dan habiskan sesuatu lebih penting daripada menjadikannya sempurna kerana dengan masa, kita akan semulajadi menjadi sempurna.



Bila aku tertonton video yang Yura kongsikan di Facebook itu,
tetiba rasa macam ada lembing tertusuk terpacak tembus ke perut aku.
Video itu sangat kena dengan aku.

Jujurnya, aku ada 645,878 kerja yang belum siap dan terbengkalai.
Dan angka enam digit itu bukan satu exaggeration.
Aku ada perangai di mana bila aku mulakan sesuatu dan rasakan ia tak best atau tak capai piawaian, aku akan tinggalkan.
Perangai macam ni laa yang menjadikan wujudnya banyak kerja terbengkalai.
(or orang zaman sekarang panggil WIP, untuk work in progress)



Aku tertonton video yang Yura kongsikan itu pada satu malam sebelum tidur.
Lepas aku habis layan video tersebut, aku terdiam kaku.
Aku persoalkan segala yang sudah aku lakukan sepanjang masa ini.
Kalaulah aku tidak ikutkan perangai suka tinggalkan kerja aku itu, mesti sudah jauh aku boleh improve, kan?

Aku tutup komputer, aku panjat katil dan aku baring nak tidur.
Namun selama hampir 2 jam aku asyik termenung dalam gelap memikirkan isi video berkenaan.

Yang menariknya, 'Finished, not Perfect' ini bukan sahaja boleh digunakan untuk pelukis dan orang yang terlibat dengan seni, namun boleh juga diaplikasikan di dalam setiap perkara dalam kehidupan.

Contohnya,
jika kita berazam nak menabung satu hari satu ringgit, adalah penting untuk menghabiskan azam itu sehingga hujung tahun, bukannya berhenti bila terskip satu hari.
Jika kita mahu cat dinding bilik, adalah penting untuk habiskan kerja cat itu sehingga tamat daripada sibuk memikirkan cat warna apa yang sesuai, berus apa yang diperlukan, macam mana nak bagi bilik nampak luas dan sebagainya.

Kadang-kadang kita terlalu kejarkan kesempurnaan sehingga mengabaikan lumrah semulajadi manusia yang akan menjadi lebih baik mengikut masa.


Jadi, untuk tahun 2017, aku tak ada azam lain yang spesifik.
Aku hanya mahu habiskan kesemua kerja terbengkalai aku dan teruskan mengamalkan prinsip 'Finished, not Perfect' ini selagi yang aku mampu.




Terima kasih teramat sangat kepada Yura sebab kongsikan video itu di Facebook.
Kalau dia tak kongsikannya, mungkin sampai sudah angka kerja terbengkalai aku melonjat mencapai 7 digit.

Aku nak berterima kasih kepada Jake Parker juga,
tapi dia orang besar jadi aku ucap dalam blog ni je laa hahahaha.
Kalian pergilah subscribe channel dia di YouTube.
Dia banyak kongsi tips dan inspirasi untuk melukis.
Tapi video dia panjang-panjang berpuluh-puluh minit,
whereas aku punya video attention span hanya sampai maksima 12 minit setengah je.
Lepas tempoh tu aku dah jadi cepat naik bosan hahaha.


Dan akhirnya, aku nak melontarkan rasa kagum terhadap diri sendiri.
Nampak tak aku mulakan entri ini dengan memperkenalkan dua orang yang memainkan peranan besar dalam cerita aku dan akhirnya aku twist dan tetap menjadikan diri sendiri sebagai watak utama dalam cerita ini?
Aku sangat hebat manipulasi cerita dan jadikannya berpusat pada diri sendiri.
Kalau aku tak kenal diri sendiri, mesti aku dah label diri sebagai narsissis yang hebat.

If only I have that ability to manipulate people in real life hahahaha.



Okay,
jumpa minggu depan.
InsyaAllah ada komik (if you're looking forward to one hahahaha)





.


23 comments:

  1. With that twist and manipulation, you should be a writer. Wahahahah!

    Yayy thanks Jake Parker now i feel good. Sbb sy sedaya upaya siapakan lukisan walau buruk, hahahah dan skrg rasa mcm dpt backup utk perlakuan tersebut, hehe.

    Video ni sgt sesuai utk org yg hangat hangat tahi ayam (like me). Konon nk bertraditonal art, baru lukis satu dh rasa gagal terus stop. Lepasni nk teruskan. Biar tak sempurna asalkan berterusan. Thanks to Yura jugak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Z

      Hehe. I wanted to be a writer, tapi I'm too lazy to write laa hehehe.

      Buruk ke tak ke itu soal nombor dua asalkan siap. Lukisan buruk ni, kalau simpan lepas tu bertahun kemudian tengok balik boleh buat gelak ooo. Kita dapat appreciate progress yang kita ada dari dulu sampai sekarang.

      Saya pun sama (hangat-hangat tahi ayam) sama ada tradisional mahupun digital. Banyak gila kerja terbengkalai, nampak gaya kena usaha kuat sikit tahun ni hehehe

      Delete
  2. Wowwww, thanks for this entry.. nasib baik aku dah tersedar awal sikit..

    Plot twist menarik.. dan di sini aku nak twistkan komen ni ke diri sendiri..haha.. Aku tak sedar bila aku jadi pentingkan kesempurnaan mungkin sebab buat digital art yang memberikan aku ruang untuk perbetulkan dan terus perbetulkan silap sampaila aku rasa sempurna..

    Thanks again, dude for this entry.. Hmmmm, kalau nak kira artwork yang terbengkalai, mungkin aku boleh bersaing dengan kau..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lee

      You're welcome, Lee.
      Aku pun rasa sebab banyak main digital, jadi aku lebih titik berat kepada kesempurnaan sebab boleh undo. Kalau on paper memang lantak laa lawa ke tidak hahahaha

      Marilah kita sama-sama selesaikan semua kerja terbengkalai tu hehehe

      Delete
  3. kepada penulis, cia cia. lol
    I am perfectionist myself, and I can get things done, easily. but the Questions is, bila dah sudah siap ,apa nak buat pulak next kan.
    Its not like suddenly I will get that opportunity to make a career out of it. Sometimes, what we created are just irrelevant to the market. then it end up being nothing more than just a finished work of art. what is the next step ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. >just Yana

      Rasanya orang perfectionist macam Yana ni kena set goal yang berterusan. Maksudnya lepas habis satu perkara, teruskan dengan perkara yang lain. Finished arts tu simpan dulu. Kalau ada instagram boleh share sana dan minta pendapat orang untuk improvement. Kalau malu nak tunjuk pun, compile je semuanya nanti dah berusia sikit bila tengok balik mesti nostaljik habis hehehe

      Delete
    2. betul jugak eh. hmm. continuous goal. thanks a lot

      Delete
    3. betul jugak eh. hmm. continuous goal. thanks a lot

      Delete
    4. >Yana

      Yes. You're certainly welcome :)

      Delete
  4. so true. like every words is just absolute truth. ok. nak sambung menulis. finish it. finish it. finish it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Nurul Afifah

      Yes! Finish them all.
      Mana tahu ada yang tersangkut dengan produser luar sana untuk diterjemah jadi drama plak hehehe. Kalau tak finish nanti confirm takkan tersangkut hehe

      Delete
  5. Omahgerd C, lebih dari separuh juta jumlah WIPs hang? Majide??... Aku tak pernah nak kira aku punya jumlah WIPs... aku agak2 ada la kot bawah 100 je... kot ( "@w@)

    Yosh, mari kita semua menyiapkan apa2 kerja dengan lebih pantas mulai sekarang! X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. >P

      Angka tu termasuk sekali yang non-art related. Aku ni memang jenis yang kalau rasa tak menjadi aku terus tinggal. Buruk perangai tu. Sebab tu kena ubah sekarang hahaha.

      JOM!! Sama-sama siapkan WIPS yang ada selagi termampu :)

      Delete
  6. aku skip video sebab tak boleh bukak kat office haha. but i got ur point. sempurna ni subjektif pada penilaian masing2. bagi aku kalau siap tu sempurna la. haha. tapi ni based on kerja biasa la, tak boleh nak bandingkan dengan lukisan2 kalian. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Nasib aku gigih taip subtitle dia hahaha. Dapat jugak kau point dia di situ.

      Kekadang bila dah siap tapi tak seperti di dalam fikiran kita, itu belum sempurna sebenarnya. Tapi sekarang tolak ke tepi kesempurnaan tu, asalkan siap je, tak kira lukisan ataupun benda lain :)

      Delete
  7. terima kasih cero atas perkongsian. finished not perfect :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >At-Tarmizi

      Sama-sama. Let's finish not perfect together hehehe

      Delete
  8. wahhh this is so inspiring.
    tetiba rasa nak buat satu projek. :D

    hahahha, sama je, video terutamanya kat youtube, masa nak fokus dalam 15 minit dan kebawah je. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Sialakan BV. Buat projek tu sampai habis. Pastikan ada nilai dalam projek tu barunya bermanfaat untuk BV dan orang lain.

      Kaaaan. Tak boleh nak fokus kalau video panjang-panjang dlm youtube. Baik bukak koleksi movie je layan sampai 2 jam hehehe

      Delete
  9. serius inspiring video tu. Buat aku tersedar leaps ni dah plan nak buat apa kena start buat. Yang penting settlekan kerja tu...Thanks sedarkan aku dengan entri ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Kan. Bila tgk video tu buatkan aku terfikir banyak benda boleh aku capai hanya dengan habiskan kerja yang aku buat. Sama-samalah kita berubah JOOOOM!!!

      Delete
  10. Macam susah je nak settlekan eventhough kita da boleh rasa end result dia tak berapa sempurna. Maybe aku ada a lil' bit sikap being perfectionist. Tapi kalau dah terpaksa settlekan jugaklah walaupun end result dia tak sempurna.HAHHAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nanadhoi

      Memang selalu jadi mcam tu. End result tak seperti yang digambarkan dalam kepala jadi terasa tak puas hati sikit hehehe.
      Tapi asalkan siap, walaupun tak sempurna, dah memadai kot. Pengajaran untuk kerja yang seterusnya :)

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License