Salam.
Kalian tahu apa benda yang paling hitler sekali atas jalanraya?
Bonggol jalanraya aka speed bump.
Alkisahnya,
hujung minggu aku akan berada di rumah parents aku di satu ceruk Selangor ni.
Balik sana sebab nak makan masakan Emak yang superb.
Perumahannya tidaklah urban, tapi tidaklah rural sangat.
Mungkin dipanggil suburb kot.
Dari rumah ke lampu isyarat paling hampir tidak kurang daripada 2 kilometer jaraknya.
TAPI...
...dari rumah nak ke lampu isyarat paling hampir,
aku kena lalui 12 bumper jalan.
4 daripadanya berada di depan sekolah jadi aku faham fungsi dia.
Tapi ada dua berada di simpang cabang tiga.
Setahu aku, speed bump ni fungsinya nak elak pengguna jalanraya daripada memandu laju terutamanya di jalan lurus, jadi ada DUA dekat simpang cabang tiga yang sama sedikit WTF!
Aku tunggang motosikal.
Moto biasa je pun, bukannya superbike ke hape.
Moto macam tu mana nak ada suspension power sangat.
Jadi,
tiap kali nak menempuh bumper tu, melambung juga laa punggung.
Salah landing, terhimpit oo kilang zuriat.
Boleh bergenang ooo...
Macam aku dah biasa layan moto atas lebuhraya, bawa laju.
Tetiba masuk kawasan suburb kena terbertemu dengan bumper tanpa diundang,
makanya terbanglah aku seketika di udara.
Dan aku kena harungi 12 bumps untuk 2 kilometer itu.
Belum cerita lagi jalan yang tak rata dan berlubang-lubang.
Tapi demi masakan Mak, ku relakan jiwa...
#DiariSeorangPenunggang
.
hahahaha cool sungguh panel last sekali. err maaf gelak tp kelakar bila membayangkan. kena bagi gemuk sikit, barulah berat dan tak melambung tinggi sgt.
ReplyDeletekena balik rumah mak tiap hari utk gemuk.. hahah
>Zyra
DeleteHahahaha. Gelak pun takpe.
Tak nak kasi gemuk sebab nanti momentum lagi tinggi, kena bumper yang melambung, bila jatuh lagi sakit hahahaha
Mungkin orang yg buat sampai 12 bonggol tu nak troll orang. Bawa motor hati2 c.
ReplyDelete>Boss Noob
Deletehahaha gigih pulak nak buat bumper semata-mata nak troll.
Tapi itulah, kalau fungsi dia dapat kurangkan kemalangan, rasanya tak salah kot cuma sampai 12 tu yang cemuih sikit tu hehehe
Cadangan aku, ko go maximum speed masa bumper pertama.. So, ko akan melambung, mungkin melepasi kesemua 11 bumper yang lain.. Ok, sorry, loyar buruk..huhu..
ReplyDeleteBertabahla cEro, demi masakan superb mak ko.. Relakanlah jiwamu.. Yeah, ride safely, dude..
>Lee-kun
DeleteWahahaha. Gila savage melambung terus 2 kilometer. Rekod tu hahaha.
Haha. Betul. Demi masakan mak, 120 bumper pun aku tak kisah hahahaha. Thanks Lee :)
hahah sakit kan hentakan bumper especially bumper tajam. berhati-hati lah lama nak guna kilang zuriat tu hahahha
ReplyDeletenone can beat mom's cooking.
>NAD
DeleteArrghh! Bumper tajam laa paling hitler sekali.
Bawa slow pun melambung macam esok tiada lagi hahahaha
Mom's cooking is the best!
Kahkah lawak pulak aku baca. Bukan ke pembonceng ke yang beria sekali melambung ke udara? Tu aku tahu sebab bila naik motor dengan husband.
ReplyDelete>Kon
DeleteAku selalunya kalau bawa pembonceng, aku akan bawa dengan berhemah. Jumpa bonggol pun slow sampai 10-20 baru lalu sebab tu tak pernah ada pembonceng yang merungut dengan penunggangan aku hahahaha
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteJalan utama ke? Kalau jalan utama takleh buat bonggol. Tah-tah bonggol jadi-jadian tak? Report JKR!
ReplyDeleteK, kali ni aku tiru komen MonDay. Kat jalan utama takleh buat bonggol, kalau ada, report JKR. Huh...
DeleteTambah sikit, kalau ada road bump yang dalam bentuk tali besar tu, aku cukup meluat. Sapa punya idea ntah tu...
>Mon
DeleteRasanya tiga daripada 12 tu ada dekat jalan utama, tapi dua daripanya depan masjid so tak sure masjid masuk senarai kawasan perlu ada bonggol ke tidak hahaha
>P
DeleteHahaha. Tertinggal nak reply komen kau.
Road bump yang bentuk tali besar tu yang macam mana?
Yang belang2 macam biasa kuning hitam tu ke?
Hoho dak aih, memang tali weh... tali besar yang biasa nampak nelayan guna untuk tambat boat besar kat jetty tu, takpun tali tu biasa digunakan dalam building construction. Jumpa 'road bump' tu kat jalan tepi kawasan perumahan somewhere in Arau. Idea sapa tu ntah lah, boleh pulak dia gamkan tali besar dan keras tu merentasi jalan...
Delete>p
DeleteOh! Come to think about it aku macam pernah tahu yang jenis speed bump tali tu. Memang leceh bila kena dan banyak kali hahaha. Punya laa tak nak orang pandu laju sampai gam tali atas jalan hahaha
jalan kat kawasan perumahan ke? selalunya kat kawasan perumahan banyak bump. XD dekat rumah2 cnie ada kawasan jalan dan perumahan baru yang belum ada speed bump, boleh dikatakan tiap petang bebudak main motor pecut, merempitz bermacam style situ, jalan pulak lurus dan besar, kebetulan pulak tu memang kawasan tepi rumah, sabar je la dgn bunyi bising macam tu.
ReplyDeletechillex2 je bawak bila ada bump nie. sementara tu boleh la usha2 awek kat tepi jalan. HAHHAHAHAH. jk XD
>BV
DeleteUntuk 1st kilometer daripada 2km tu memang dalam kawasan perumahan jadi memang boleh difahami. Dalam taman perumahan tu pun ada jugak bumper kecik penduduk buat, sebab kes orang suka memecut jugak laa rasanya hahaha
Hahaha. Alang-alang sambil melambung tu boleh buat somersaut sekali hahaha
hahahahha apasal macam lawak dan kesian in the same time ha? terhibur hari aku baca entry ko ni...tp itulah bila bumper byk sgt, jgnkan naik motor, naik kereta pun boleh bengang...sabar ajelahkan...
ReplyDelete>sofie
DeleteHahahaha.
Setuju sangat.
Aku pernah bawa kereta lalui 12 bumper ni. Rimas oo.
Jalan sikit kena brek pastu lalu bumper lepas tu baru nak pecut kena brek lagi sebab ada bumper lagi pastu ulang 10 kali lagi hahaha
demi masakan mak aku pun sanggup
ReplyDelete>nurul rasya
DeleteKaaaannnn!
Masakan mak beats everything!! Hehe
Hati2 bro jangan sampai patah.. ahaha
ReplyDelete>Amin Hakim
DeleteInsyaAllah kalau nasib baik tak ada laa yang patah hehehe
Terima kasih :)
Kirim salam mak. Eh, ke situ pula. sori. Hehe..
ReplyDelete>Amna
DeleteInsyaAllah nanti akan dikirimkan salamnya hehehe
Mak aiih sampai 12 bumper. Kalau semua bumper tajam macam kt parking shopping mall tu sakit wo. Slow pun melambung gak sikit. Tapi lagi bengang kalau bumper yg dah hilang line kuning pastu tak ada papan tanda. Terkejut oii..
ReplyDeleteTapi setakat 12 bonggol ape adehal kannn.. Yg penting dpt makan masakan mak tu.
>Bro Ley
DeleteHahahaha. Aku pun cukup tak suka bumper rubber macam kat shopping mall tu. Buat sakit otak hooo terhentak-hentak hahaha
Bumper tak ada line dengan sign, patutnya kena gi buat aduan. Tapi ikutkan kecekapan PBT aku, mungkin aduan sekadar aduan, tindakan kena tunggu pilihanraya hahaha
Masakan mak IS THE BEST! Hahahaha