Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

Nov 30, 2016

6 Benda Luar Jangkaan Yang Pernah Aku Nampak Di Atas Jalan Raya.


Salam.

Mungkin ramai yang perasan aku banyak bercerita tentang pengalaman aku sebagai penunggang motosikal untuk kebelakangan minggu ni, kan?
(Ke...tak ada siapa perasan?)
Itu adalah kerana aku meraikan tahun ke-10 sebagai penunggang motosikal yang serius di atas jalan raya.
Sebenarnya masuk tahun ke-10 pada bulan Oktober lalu
tetapi masa Oktober aku lupa jadi aku dedikasikan November sepenuhnya untuk itu.

10 tahun atas jalan raya bukanlah satu masa yang singkat.
Ikutkan meter jarak di motosikal aku (Si Kuda Putih),
jarak laluan aku sudah mampu mengelilingi Bumi ini sebanyak 1.7 kali.




Pada yang tidak pernah tunggang motosikal, biar aku beritahu,
view (pandangan) antara seorang penunggang motosikal dengan pemandu kereta sangatlah tidak sama walaupun berada di jalan yang sama.
Untuk kereta, kita seperti berada di dalam kotak,
hanya nampak apa yang boleh dibenarkan nampak sahaja.
Tapi untuk penunggang, view lebih luas dan fleksibel,
kami mampu untuk melihat benda bawah enjin motosikal kami ketika menunggang jika kami mahu.

Cukup bebelan mukadimah,
mari kita mulakan entri terakhir November ini dengan mengupas satu isu bertajuk
'ENAM BENDA LUAR JANGKAAN YANG AKU PERNAH NAMPAK DI ATAS JALAN RAYA.'



Sudah tentu ikan itu bukanlah Magikarp melainkan kalian adalah karakter di dalam siri Pokemon.


Aku pernah jumpa ikan besar melintang laluan motosikal semasa sedang aku menunggang.
Ya, secara logik mungkin ada seseorang tercicir ikan tersebut semasa melalui jalan itu, dan itu sahaja alasan masuk akal yang ada.
Tapi biar aku tekankan di sini bahawa ikan tersebut betul-betul melintang di tengah laluan dan lagi pelik, tiada calar langsung seperti tanda terjatuh pada badannya.

Gigih sungguh kalau ada manusia yang sengaja nak letak ikan tengah jalan.



Ya. Pink! Tapi aku tak pasti milik lelaki atau perempuan.


Seluar dalam jatuh di tengah jalan raya mungkin bukanlah pelik.
Mungkin ada angin kuat bertiup di balkoni rumah sesiapa dan kemudian melayangkan seluar dalam yang tergantung di ampaian.
TAPI,
laluan di mana aku jumpa seluar dalam ini ialah di atas lebuh raya yang kelilingnya hanya ladang sawit berekar-ekar. Sudahlah kedudukan dia cantik tertebar di lorong kedua. Warna pink di atas jalan tar kelabu, siapa tak perasan, kan?

Hmmm...ada orang buat projek atas jalan raya ke?
Hardcore sungguh! Savage!




Limau mandarin sangat popular bila hampir Tahun Baru Cina.
Memang pada waktu aku jumpa ini pun memang dekat dengan hari perayaan tersebut.
TAPI,
4 biji limau tersusun membentuk piramid berada di tengah lorong paling kiri sangatlah tidak masuk akal kalau nak kata tidak disengajakan, kan?

Yang pelik,
siapa yang sangat gigih bina piramid daripada limau di tengah jalan?
Lagi pelik, UNTUK APA?



Biar aku jujur di sini bahawa semasa aku tulis entri ini baru aku tahu bahawa stiletto adalah sejenis pisau, kasut perempuan yang dipanggil stiletto adalah kasut tumit tinggi yang runcing tajam tumitnya, dipanggil stiletto heels.


Seperti seluar dalam tadi,
stiletto ini berada di lorong kedua sebuah lebuh raya.
Kedudukannya tegak terpacak bersebelahan sepasang, menunjukkan itu bukannya terjatuh tetapi sengaja diletakkan.
Sudahlah warna merah, tinggi, terletak lawa atas jalan.
Dari jauh sudah nampak merahnya.

Masalahnya,
siapa yang letak, bila dan kenapa?
Lorong kedua kenderaan laju, gigih betul berhenti dan letak di situ.
Mahal kot stiletto, jadi apa keperluan perbuatan itu?



Tulisan 'HELP!' ditulis besar di atas laluan motosikal.


Okay,
ini pada aku adalah gurauan melampau yang tak masuk akal.
Bayangkan kau seseorang yang perlukan bantuan di tepi jalan,
macam mana menulis perkataan 'HELP!' dengan kapur di atas jalan laluan motosikal dapat membantu kau?
Kau ada masa dan kudrat untuk menulis besar dengan kapur sehingga tebal bermakna kau ada masa dan kudrat untuk pergi minta pertolongan di jalan raya besar yang jaraknya dekat situ sahaja.

Dan kalaupun kau perlu sangat bantuan,
bila ada orang baca dan berniat nak membantu, macam mana dia nak bantu?
Maksud aku, ada penunggang motosikal nampak HELP! kau tu dan dia berhenti nak tolong, apa pula lepas tu?
Kau ada tunggu di situ ke untuk ditolong?
Kalau ada, maknanya tak ada fungsi laa HELP! kau tu, kan?



Kenapa aku dapat tahu itu kasut bayi?
Sebab aku ada anak buah yang sebijik seketil kasut dia macam kasut yang aku nampak itu.


Berada di lorong ketiga jalan raya empat lorong,
walaupun keadaannya sama macam stiletto tadi; sepasang terletak elok di tengah jalan,
tapi isunya jauh lebih serius daripada stiletto itu.

Pada aku,
kau boleh buat prank guna stiletto walaupun apa tujuan kau.
Tapi bila wujudnya kasut bayi, maknanya ada bayi yang telibat.
Mana ada ibu bapa budak nak letak kasut bayi mereka saja-saja.
Bermakna, sama ada kasut itu dicuri, ataupun dibeli.
Kalau kasut itu dicuri, maka ada bayi yang kehilangan kasut.
Kalau kasut itu dibeli, maka ada bayi yang tidak dapat memiliki kasut.

Lagipun,
apa fungsi letak kasut bayi di tengah jalan raya?
Kelakar apa yang dia nak buat ni?
Tak sampai laa....Tak sampai.




xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxx


Ini hanya 6 benda tak masuk akal yang pernah aku nampak di atas jalan raya.
Ikutkan, atas jalan raya ni banyak benda.
Kulit durian, kotak rokok, tayar lori, beg sekolah.
Mungkin pada sesetengah orang jalan raya adalah tong sampah besar mereka.
Tapi biar aku beritahu satu hal,
batu sebesar penumbuk budak kecil pun mampu buatkan motosikal pada kelajuan biasa hilang keseimbangan, apatah lagi kulit durian.
Sampah yang kita buang itu mungkin penyebab kematian kepada penunggang yang lain.

Beringat-ingatlah.

Mengakhiri entri ini,
apa benda paling pelik/ tak masuk akal/ luar jangkaan pernah kalian nampak di atas jalanraya?

Aku pernah nampak penunggang lelaki dan pembonceng perempuan tak pakai baju atas jalan. Hanya berhelmet dan berseluar.
Betul-betul cuci mata aku waktu tu. Tak berkelip. Hahaha
Entah apa cerita di sebalik peristiwa tu.
Mungkin tengah projek dekat ladang sawit lepas tu kena kejar si hidung penyek kot.

Sekian.





.


31 comments:

  1. So far benda pelik pernah jumpa kalau naik motor dengan husband aku ialah selipar. Mungkin lah naik motor pastu tercicir selipar. Tadi aku jogging kat perumahan aku ni terjumpa kunci kat tengah jalan tapi aku tak ambik. Tatau lah tu siapa punya. Kunci rumah ke kunci locker ke kunci almari buku ke apa ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kon yang pertama

      Selipar memang berlambak. Entah ramai orang ingat jalanraya memang tempat buang selipar kot hahaha.

      Uiihh! Malangnya kalau kunci tu kunci yang penting untuk owner dia macam kunci peti besi ke, kunci rumah ke. Kesian tuan dia hahaha

      Delete
  2. Pertama sekali, tahniah utk entri setiap rabu yg tak pernah putus.

    Keduanya, hahahahahahahahahaa jadahnya lah tak pakai baju naik motor. Kalau lelaki boleh terima lagi, adoi :)) mebi laa kantoi beromen.

    Spender mmg pernah jugak jumpa tepi jalan. Dan pd waktu tu terbayang minah rempit mana lah buang spender lepas habis projek.

    Dulu ada sorg kawan berenti tepi jalan ats sbb tertentu. Dia duduk dgn kaki di luar kereta. Kemudia dia bukak kasut dan bersila. Kemudian mereka teruskan perjalanan. Kasut tertinggal. Mungkin itu yg terjadi kpd pemilik kasut merah tu, hahahahha. Err kasut bayi is kinda creepy.

    Sebagai pemandu kereta, xbyk sgt tengok jalan. Jadi, yg pelik pun nampak biawak je la, huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh btw, org cina percaya kpd roh sesuatu tempat. Buah limau kat tempat pelik tu biasa di penang. Tak pasti sama ada upacara memperingati sesuatu atau utk jamu hantu kat situ.

      Apapun, hati-hati bawak motor. Sentiasa peka. Mmg lah peka dgn keadaan sekeliling, kalau tak takkan perasan 6 benda pelik ni kan? Ngahaha

      Delete
    2. >Zyra

      Untuk pertama, terima kasih. Hehehe. Tak kira dah masuk berapa minggu tapi memang tak putus lagi sekarang ni hahaha.

      Kedua, tu laa pasal. Kantoi beromen laa tu. Tapi sempat pulak pakai helmet, baju tak sempat pakai hahaha.

      Spender di tengah bandar memang biasa, tapi spender di highway di kelilingi ladang sawit sedikit tak masuk akal hehehe.

      Kalau kasut tinggal lorong tepi masuk akal lagi, tapi kalau dah lorong kedua kanan, camane? Hehehe

      Memandu kereta memang sangat berbeza view dia daripada bermoto. Orang kereta ni kekadang lopak air besar pun diorang tak nampak hehehe.

      Pernah dengar tentang jamu makan hantu tu, tapi selalunya akan accompanied by colok kan? Colok berfungsi supaya hantu datang dekat hehehe

      Terima kasih. Dah terlalu peka dah tu yang tiap kali atas jalan mesti akan sesat tu sebab tak fokus kepada destinasi, tapi fokus kepada benda atas jalan huhuhu

      Delete
  3. pelik2 lah pun...nmpk mcm ada hidden agenda pun ya jugak...apa akn jd klau ko brhnti? rasa mcm ada org tgh menyorok x? penunggangan ko makin laju ke, perlhn atau biasa2 je tiap kali nmpk bnda2 mcm ni?

    oh, sblom terlupa, aku nk ucapkn :- tahniah atas pencapaian menunggang moto selama 10 tahun!! semoga sentiasa dilindungi dan selamat menuju destinasi.

    mustahillh org xprsn citer psl moto n penunggng ni...byk kasi pendedahan pd mnusia yg zero pnglmn moto mcm aku...kipidap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie adie

      Sebab tak masuk akal tu yang aku pun rasa semua ni disengajakan. Bila nampak, aku tak laju, tak perlahan tapi aku teruskan perjalanan sambil kepala berat memikirkan logiknya hahaha.

      Terima kasih. Semoga kau pun dilindungi dan selamat menuju destinasi walau dengan apa pun kenderaan hehehe.

      Thank you :)

      Delete
  4. setakat nie benda pelik yang pernah tengok kat tengah jalan raya cumalah selipar, dan baju. spender pun pernah. hahahhaha. masa memandu, selalu tengok biawak melintas kat jalan raya, dan paling rare, tupai lalu kat wayar tiang elektrik. :D

    pelik pulak bila ada stilleto sepasang kat jalan raya, dan kasut bayi tu macam seram je. XD yang tulis HELP tu pun macam seram je. hahahhaha. limau disusun piramid tu pun seram. mungkin untuk offer makanan kpd roh2 yang pernah accident situ T^T (semua seram. wahahahah)

    yang kes penunggang lelaki dan pembonceng perempuan tu siang ke malam? HAHAHHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Oh, sebut pasal tupai lalu kat wayar elektrik, aku pernah tengok beruk meniti kat wayar elektrik masa tunggu dekat trafik light. Rasa macam tgk sarkas pulak sbb dia gigih seimbangkan badan hahaha.

      Hahaha. Semua itu tak masuk akal tu yang jadi pelik memikirkannya tu hehehe.

      Oh, jumpa dalam waktu petang lepas asar macam tu.
      Projek petang-petang kot, takut malam tak nampak hahahah

      Delete
  5. haha aku perasan kau selalu update pasal motor lately dan membuatkan aku rindu nak bawak motor balik.aku tak pernah jumpa benda pelik sangat. cuma aku pelik kenapa jalan raya kita serupa kita takde jkr kat malaysia ni heh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Naik laa moto! Moto best! Hehehe
      HAAHAHA. Itu yang paling pelik sekali.
      Tiap-tiap tahun dengar projek jalan sana sini dalam paper, tapi maintenancenya tak ada. Fail laa JKR fail! Hahaha

      Delete
  6. Kalau jenis suka tgk filem horror thriller mcm mai nmpk sign help tu mesti dh fikir bebukan. hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Mai

      Samalah.
      Tapi nasib baik nampak masa siang hari matahari terik, jadi takde laa fikir mengarut sangat hahaha. Sekali pandang je terus tahu dah itu orang saja-saja main-main hehehe

      Delete
  7. Macam ada unsur sabotaj, hmmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Mon

      Jap yang mana satu ad aunsur sabotaj?
      Enam-enam ke?

      Delete
  8. Aku pernah nampak 2, 3 dan 5.

    Benda paling pelik/ tak masuk akal/ luar jangkaan pernah kalian nampak di atas jalanraya? Hmmmmmm....2, 3 dan 5.. haha..

    Owwwwh, ada satu hari tuh nampak maskot ayam jantan kat federal, tengah berlari, nak ke mana pun aku taktau.. aku kira tu tak dijangkala..haha..tapi takdela tak boleh terima akal..

    Yang oren tu aku biasa nampak, especially malam jumaat (or ada hari2 tertentu dalam setiap bulan), upacara yang biasa masyarakat cina buat..halau hantu ke panggil hantu ke apa aku pun tak pasti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lee

      Hahaha. Aku pernah nampak gambar maskot ayam tu dalam twitter. Tak salah aku ada orang saje nak buat parodi sempena Cikaboo yang terlepas dekat federal highway tu, kan?

      Banyak kali dah aku dengar pasal limau nak panggil hantu cina tu tapi aku tak pernah nak terasa bertanya dekat kawan cina aku hahaha.

      Kau pun pernah jumpa no.5 ek?
      Apa tindakan kau? Buat donno ke??

      Delete
  9. Lawa stiletto hang lukis bruh.. dah macam iklan kasut wanita aku tengok. Tak pernah lagi la aku kelih apa2 jenis kasut duk elok tersusun rapi kat tepi/tengah jalan. Apa yang aku biasa nampak kat atas/tepi jalan, bangkai kucing. Yang tu menyedihkan :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. >P

      Thanks. Berkat lukis by reference hahahaha.

      Uhhhh. Segala jenis bangkai atas jalan semuanya pun buat aku sedih, termasuk laa bangkai anjing. Pada aku, diorang don't deserve to die like that.
      T_T

      Delete
  10. Pelik2 benda yg kau jumpa ni. cuma spender je tak pelik sangat. Tulisan help tu tak boleh blah haha.. Drama habis yang buat tu...Dia tengah practice scene2 dalam horror movie agaknya...

    Aku tak pernah lagi jumpa benda2 pelik. Kena ada experience 10 tahun bawak motor macam kau dulu baru boleh jumpa benda2 rare ni. Setakat jumpa anak kucing sesat tengah jalan pernah la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Hahahaha. Kekadang kalau kat bandar, spender bergelimpangan. Entahlah. Lori spender terbalik kot hahaha.
      HELP! tu memang sgt takleh blah. Nampak sangat dramanya hahaha.

      Tak perlu pun pengalaman 10 tahun, just kau kena jadi observant sikit bila atas jalanraya hehehe

      Delete
  11. pelik semua benda tu bro..tapi lagi pelik ialah lubang besar dekat jalan..biasanya dekat laluan motorsikal lubang ni ada...kalau bawa motor tengah malam terlanggar lubang tak ke naya...tayar pancit lagi kena lubang...beginilah nasib penunggang motorsikal =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. >At-Tarmizi

      Hahaha. Lubang tu tak larat nak pelik dah. Nak mengelak pun last-last masuk dekat lubang lain adoiii.
      Feel you bro. Banyak duit habis dekat tukar tayar je sebab pancit masuk lubang huhuhu

      Delete
  12. Pelik juga tu hihii^^ Sy pun byk juga jjmpa mende2 pelik sepanjang perjalanan pegi mana2.. even sy hanya penumpang

    ReplyDelete
    Replies
    1. >DD

      Kaaann.
      Kekadang orang macam anggap jalanraya tu tempat buang sampah sahaja, padahal jalanraya patut jadi tempat paling bersih sebab nyawa kita berisiko di sana, kan?

      Delete
  13. pagi ni bapak terlanggar objek di atas jalan raya. nasib baik xdepape.
    mandarin tu memang utk suapkan makan roh2 bg org cina.
    benda paling pelik, kawan saya jumpa bawak mtor . ular besa peha warna hitam. ular tu ke arah kubur bersebelahan jalan raya. seram dengar

    ReplyDelete
    Replies
    1. >just Yana

      Alhamdulillah nasib tak ada apa-apa. Bahaya betul.
      Selalu dengar orang kata mandarin untuk kasi makan hantu cina tapi entahlah hehehe.
      Maak aih, ular besar? Hitam pulak tu. Menuju ke kubur pulak tu. Siapa jumpa memanglah akan seram hehehe

      Delete
  14. Semoga awak sentiasa dilindungi

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Anonymous

      Terima kasih. Semoga awak juga sentiasa bahagia :)

      Delete
  15. Yang limau, stilettos, dengan kasut bayi tu memang benar-benar buat aku terfikir atas sebab apakah boleh ada dekat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nanadhoi

      Kaaaannn.
      Peliknya benda-benda tu terletak elok je tau hahahaha

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License