Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

May 3, 2017

Jatuh Cinta 'Dengar' Pertama.


Salam.

Seperti yang dijanjikan beberapa minggu lalu,
kali ini ada komik.
Yaay!
*krik krik tiada yang jerit bersama*




Selalunya selepas komik,
akan ada cerita panjang lebar yang pada mulanya berkisar tentang isi komik dan menular ke cerita yang tak ada kena mengena.
Tapi kali ini aku tak tahu nak kembangkan isi komik ini dalam bentuk penulisan,
jadi aku nak cerita satu hal yang langsung tiada kaitan.

Satu hari itu aku dengan sengaja mahu mengenang segala kenangan aku masa dulu.
Aku duduk bersila atas katil dan pejam mata dalam gelap.
Aku bayangkan satu persatu, wajah insan-insan yang pernah pegang hati aku.
Adalah beberapa orang, tapi segan pula nak beritahu berapa di sini.

Aku bayangkan wajah mereka satu persatu.
Cantik. At least cantik pada aku pada waktu itu.
Kebetulan aku dapat kesan mereka ada satu persamaan, which also aku tak boleh nak reveal dekat sini takut kena kecam.
Yes, aku ada 'type' aku sendiri.
Aku manusia yang sedikit konservatif,
jadi secara tipikal, aku akan jatuh hati dengan fizikal dahulu sebelum mengenal hati budi.

Ya, bila bercakap tentang fizikal, mesti ramai fikirkan muka.
Macam aku cakap, mereka semua cantik pada aku,
tapi sebab cantik itu subjektif, jadi cantik pada aku mungkin tak pada kalian.

Tapi fizikal yang aku cakap di atas bukan merujuk kepada muka.
Aku sebut tentang suara.
Aku manusia kolot yang jatuh hati pada suara dahulu sebelum kenal hati budi.
Sebab itu aku tidak risau nak jatuh cinta pandang pertama,
aku lebih risau jatuh cinta 'dengar' pertama.

Kembali ke sesi mengenang kenangan lama.
Aku cuba untuk bayangkan suara mereka semua sekali dengan muka.
Cuba teka apa yang berlaku?
Aku gagal!
Aku gagal untuk mengingat semula suara mereka.

Aku pernah dengar tapi tak pasti dari mana,
perkara pertama yang kita lupa tentang seseorang ialah suara mereka.
Ya. Kita lupa suara dahulu sebelum perkara lain.

Cuba kalian cuba.
Cuba fikirkan seseorang yang pernah ada dalam hidup kalian
Keluarga yang sudah tiada, mereka yang sudah putus hubungan, putus ikatan,
dan bayangkan wajah mereka.
Kemudian dalam bayangan mereka itu, bayangkan dia sebut ayat di bawah;

"MUNGKIN SEGALA PERKARA ADA HIKMAH SAMA ADA UNTUK KITA ATAU UNTUK ORANG LAIN."

Adakah kalian masih boleh mendengar suara orang yang kalian bayangkan?

Majoriti akan gagal mendengar suara, atau mungkin yang keluar adalah suara orang lain.
Tapi tak semua.
Jika ingatan kita kuat tentang seseorang itu,
kita akan tetap ingat suara dia tidak kira berapa lama tidak dengar.
Seseorang itu mesti begitu berharga dalam hidup kita.

Jadi,
sementara masih ada masa.
Cubalah untuk mendengar, meneliti dan menikmati segala suara yang ada di keliling kalian.
Ia mungkin kedengaran tidak penting sekarang,
tapi satu hari nanti, mungkin,
suara itulah yang paling kalian rindukan.

Bak kata Nash dalam nyanyiannya;
"Tiada lagi kudengar kidungmu.
Tiada lagi derai tawamu.
Hanya kesepian yang kian mencengkam jiwaku."

Tetiba rasa nak pergi karok. JOM!




.


26 comments:

  1. aku cuba. dan aku ingat suara dia. oh rindunya. i blame you hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Sorry Nad.
      Tapi kekadang melayan rindu pun apa salahnya. Beringat. Don't blame me please. Panjatkan doa bebanyak :)

      Delete
  2. situasi dalam komik tu pernah berlaku. T^T

    suka dengar ketawa orang. pernah tersuka someone melalui gelak tawa. soothing laugh? hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Aku pun. SELALU SANGAT BERLAKU sampai aku benci diri sendiri hahaha

      Ketawa pun salah satu daya penarik juga, kan?

      Delete
  3. I still remember suara org2 ni.
    -my late:
    grandfather
    uncle
    cousins
    I remember their walk,talk and most importantly their laugh. so now I know, they mean a lot to me. thank God I listened when they're still with us. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. >just Yana

      Kalau someone tu terlekat kuat dekat hati, tak kira sains atau kajian takkan ada apa yang boleh lupakannya, kan?

      Smallest things akan jadi perkara yang sangat dirindui bila sudah kehilangan :)

      Delete
  4. aku cuba untuk elak perkara dalam komik kau tu berlaku dekat aku. alhamdulillah so far aku akan sentiasa baca elok2 sebelum klik..huhuhuhuhu

    pandang? dengar? hurm...entahlah...hahahahaha...rasa sama je semua...ke aku cpt lupa orang? boleh jadi jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie adie

      Aku banyak kali beringat, tapi last-last buat jugak tak tekan save hahahhaa.

      Mungkin belum jumpa orang yang betul-betul lekat kat hati kau kot hehehe

      Delete
  5. Replies
    1. >cEro

      Hello another cEro. Nice seeing you here.
      How's life?

      Delete
    2. Lama tak dtg sini.. cEro dah ada dua rupanya. Hahaha..

      Delete
    3. >Bro Ley

      Hahahaha. Ada dua sebagai back up :)

      Delete
  6. ko masih ingat suara aku tak cero huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Boss Noob

      Surprisingly aku macam dapat ingat suara kau, Boss.
      You have a different tone from other people bila kau bercakap. Hehehe

      Delete
  7. Suara datukku dan nenekku terngiang2 tanpa sedar membuatkan air mata menitis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BLee

      Banyakkan doa untuk mereka, BLee.
      Itu sahaja yang boleh kita buat untuk mereka yang berharga pada kita yang sudah tiada :)

      Delete
  8. Replies
    1. >thebudoks

      Hello WP BLee.
      *lambai-lambai*

      Delete
  9. kerana arwah ayah dulu jarang bercakap, maka aku pada hari ini tidak dpt membayangkan suaranya lagi TT^TT

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Anonymous

      Tak apa. Yang penting ingatan tu tetap ada.
      Banyakkan doa bila teringatkan dia, ya :)

      Delete
  10. Ahh lama dah aku tak gi karok dgn member2... ni kalo ada yg ajak gi karok ni, aku on je. Hahahahah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >P

      Jom P. Jom!
      Aku pun dah lama sangat tak karok kat bilik karok yang proper. Asyik karok masa mandi shower je hahahaah

      Delete
  11. Dgr suara memang boleh tertarik.. Tapi kalau aku la.., nampak yg kalau senyum ada lesung pipit lg menarik weh.. Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Lesung pipit memang pemanis wajah.
      Aku rasa semua orang suka lesung pipit, tak pernah lagi dengar yang tak suka hahahaha

      Delete
  12. Nak tergelak pun ada baca entri ni sebab aku pun selalu jek terlupa nak save padahal bab2 save kerja ni dah dari zaman uni tapi kadang2 tu masih lalai terus tak save kerja hurmmm haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kon

      Hahahahaha.
      Selalu oi jadi kat aku.
      Tak pernah serik nak save selalu, maybe sebab dah biasa buat habis baru nak save kot hahahaha

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License