Salam.
Jangan kata
"Mungkin kau yang menjauhkan diri?"
sebab kalian tak tahu apa aku lalui.
------------------------------------
Dalam satu cerita yang tiada kaitan dengan komik di atas,
semalam aku didatangi seorang lelaki membawa kamera video dan mikrofon pin.
Dia ingin bertanyakan satu soalan untuk assignment video dia dan meminta aku menjadi responden.
Aku pun bersetuju.
Mikrofon pin dipasang, kamera mula dihidupkan,
dia pun bertanyakan aku satu soalan selepas suruh aku perkenalkan diri.
"Boleh beritahu kami perkara yang boleh disyukuri hari ini?"
Aku terdiam berfikir.
Melihat aku terdiam lama, dia ubah soalan,
"Mungkin perkara yang boleh disyukuri sepanjang minggu ini?"
Soalan itu lebih tepat memandangkan pada waktu itu masih pukul 10 pagi,
masih awal, tiada perkara besar yang berlaku pun lagi.
Bukan tiada apa yang patut aku syukuri,
cuma nanti jawapan yang akan keluar adalah 'klise'
seperti bersyukur dapat bangun dari tidur dan masih bernafas dengan kesihatan yang baik bla bla bla.
Aku tersenyum mendengar kemas kini soalannya itu.
"Hari Sabtu lepas saya ke tempat yang penuh dengan orang, Pesta Buku.
Esoknya hari Ahad, sepatutnya saya ada plan dengan seorang kawan
tapi atas sebab-sebab tertentu, plan tidak menjadi."
"Ya, saya sedikit ralat sebab saya sangat ternanti-nantikan plan itu.
Tapi bila dikenang balik, saya rasa saya bersyukur plan itu tidak menjadi."
"Hari Ahad itu saya mula berasa tidak sedap badan dan demam.
Demam menjadi semakin melarat, saya terbaring dua hari, Ahad dan Isnin."
"Saya syak, saya dijangkiti virus demam pada hari Sabtu ketika berselisih dengan pelbagai jenis manusia di Pesta Buku yang sesak. Kalau plan Ahad menjadi, saya mungkin akan jangkitkan virus demam itu kepada kawan saya. Sebagai kawan yang penting, saya tidak mahu dia sakit, apatah lagi dijangkiti daripada saya. Dia mungkin akan demam teruk dan seterusnya mungkin akan jangkitkan kepada yang lain di sekitarnya juga. Mungkin ada anak kecil yang terjangkit, orang tua, orang yang memang sedang sakit. Demam selsema, kalau salah orang, mungkin boleh membawa maut."
"Jadi saya bersyukur bahawa plan Ahad lepas tidak menjadi.
Kawan saya tidak terjangkit, dan mungkin ada nyawa yang selamat.
We will never know, kan?"
Itulah kehidupan.
Kadang-kadang kita merungut perjalanan hidup tidak seperti yang dirancang.
Namun kita lupa setiap perkara ada hikmahnya.
Mungkin hikmah bukan pada kita, tapi pada orang lain.
Kalau kita pandang segalanya secara positif,
tiada apa yang perlu dirungutkan, kan?
"Sekarang, walaupun demam saya sedikit sudah kebah,
tapi saya berdiri bersama encik, jadi mungkin encik akan terjangkit,"
kata aku dengan nada bergurau kepada lelaki tadi.
Dia balas,
"Kalau saya demam, saya tahulah siapa yang boleh saya persalahkan."
Kami ketawa besar macam kawan lama sudah kenal.
Untuk mengaitkan apa yang aku cakap di atas dengan komik di awal tadi,
mungkin setiap mereka yang pergi itu ada hikmahnya.
Mungkin tanpa aku mereka akan lebih bahagia,
atau tanpa mereka aku akan lebih matang?
We may never know, kan?
Kalian pula,
apa yang boleh kalian syukuri pada hari ini?
Mungkin sepanjang minggu ini?
.
thanks cero sebab buat aku gelak pepagi ni...selepas rasa mcm dah lama giler tak gelak.
ReplyDeleteye, fasa sekarang, i feel your comic situation bro..tapi aku syukur sangat sebab, aku dapat jadi lebih matang..macam kau tulis..
syukur yang paling besar sekali, aku masih punya keluarga yang sentiasa support walau dah lama tak berjumpa...;)
dan blog kau yang sentiasa buat aku lebih hargai hidup...
>sofie adie
DeleteTerima kasih Sofie sebab tak jemu singgah blog aku ni hehehe
Deep c. Btw keluar tv atau mana2 tak video tu nanti. Kalau keluar nanti org kenal la ko c huhu.
ReplyDelete>Boss Noob
DeleteAku rasa video tu untuk assignment project dia, tapi aku tak pasti plak akan tayang memana. Budak masscom kot hehehe.
Silap plak tak tanya hehehe
I always feel that I'm never meant for human. hmm
ReplyDeleteaku bersyukur Allah bagi aku peluang to achieve one of my dream in life this week. :)
>Nad
DeleteErrr...aku macam nak tanya apa dream kau tu, tapi aku reply lambat sangat, 5 bulan dah berlalu hahahahaha
Aku bersyukur bila aku bukak blog aku yg lama aku tinggalkan tu...aku nampak kau masih update blog. Kau mmg legand.
ReplyDeleteBetul bro. cEro konsisten update. Tak mampu lg nak buat cam dia ni. Idola.. So jawab sini je la. Aku bersyukur cEro tak pernah mengecewakan update blog. Hehe..
Delete>HB
DeleteLegend tak legend tak boleh lawan kau bang...hehehe
Rerajin laa update blog balik hehehe
>Bro Ley
DeleteHahaha. Jangan laa idola sangat.
Kita sama-sama usaha, baru betul :)
Im thankful everytime jatuh sakit.like today. Im thinking..
ReplyDeleteatleast, xkena sakit yang susah for me to handle. etc. sakit mata.cz I need to read all the time, to think.
semalam wat incision kat clinic,bt you know what. Im still thankful, xmacam 3 mggu lepas where I can hardly walk :)
3 mggu lepas masa susah jalan, saya pikir, atleast xmacam 2 months ago where I had to go through ultrasound nonsense (scary) masa tunggu result. Alhamdulillah ok. Hikmahnya, saya dah amalkan hidup sihat.
cEro, I once lost a bestfriend, & I learn from a very hard way tht it is better to let go any person who wanted to leave from your life..After 5 years, We were both happy living our separate lives. I pray for her happiness too and that gives me balance. Hikmah, along the way, I got myself wonderful friends, one amazing bestfriend and I became a better person & friend.
>just Yana
DeleteThanks Yana. Syukur itu sangat senang nak sebut, tapi belum tentu senang nak lakukan. Tapi kita kenalah sentiasa positif (macam kau), sebab pada aku, kalau tak positif memang susah nak bersyukur.
Sama macam syukur, I think letting go also is not easy. But I'm getting there. Yes, after 5 months since this entry was posted, I think I'm getting it by now. Thank you :)
Aku bersyukur trip merendek seoul dan jejudo with my sis baru2 ni telah berjalan lancar, dan kitorang telah pun selamat kembali ke Malaysia. Everything went well and under control Alhamdulillah :)
ReplyDeleteAku doakan kau baik2 saja C, ogenkide ne ;)
>P
DeleteBestnyaaaaaa P.
Dengkinya aku tak pernah ada peluang nak jenjalan macam kau ni hehehe.
Thank you P. Ima totemo genkidesu 😊😊
Sebenarnya apa yang Allah atur utk kita mmg cantik. Semuanya ada hikmah. Kalau bukan baik utk kita, mungkin baik utk org lain. Mungkin ada yg jauh lebih baik kt depan. Kita pn xtau. Btw reminder for me too. Tq..
ReplyDelete>hara
DeleteBetul tu Hara. Nice kesimpulan. Kekadang kita merungut mempersoalkan apa hikmah yang kita dapat, tapi mungkin hikmah itu bukan untuk kita tapi untuk orang lain, kan?
Syukur:-
ReplyDelete1. Mak n Ayah selamat mendarat dari kapal terbang (batu balik daripada NZ. wohoo~)
2. Gaji tak masuk lagi, tapi makan tengahari hari-hari orang ada orang belanja.
3. Tarikh hantar kerja dilanjutkan lagi seminggu. (fiuhhh..)
4. Jejaka kacak di pejabat masih di depan mata. (huahuahua!)
5. Jumpa duit (RM50) dicelah buku. (hewhewhew~)
-cik belon
>Cik Belon
Delete1. Alhamdulillah selamat mendarat dari NZ.
2. Uishhh bestnya ada orang belanja selalu. Hehehe
3. Ei jangan tangguh kerja laa tak baik hehehe
4. Hahaha best laa dapat cuci mata hehehe
5. Waaahhh ini best. Bukan sikit pulak tu, RM50 tuuuuu
Betul tu. Apa2 pun jadi kalau kita fikir dari side positive kita akan nampak everything happen for a reason.
ReplyDelete>Bro Ley
DeleteKan. Bagus sebenarnya berfikiran positif ni, tapi nak buat tu bukan senang, kan? Hehhe
lihat yang positif di sebalik setiap yang terjadi. selamat menyambut Ramadhan in advance.
ReplyDelete>SalbiahM
DeleteBetul. Setiap perkara ada sudut positifnya.
Maaflah reply 5 bulan kemudian, Ramadan dah lama lepas hehehehe