Dear cErolian,

......

TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana terus menyokong!

=======================

May 31, 2017

Gagal Ujian di Pertama Ramadan.



Salam.

Tiada komik minggu ini. Penat puasa.
Wahahahahaha (alasan paling busuk yang aku ada)


Untuk lebih lanjut tahu kesan cerita ini terhadap aku,
biar aku bawa kalian mengimbau kenangan aku beberapa tahun lalu.

Beberapa tahun lalu,
semasa aku dalam perjalan balik dari kerja,
duduk atas motosikal bertongkat kaki sedang menunggu lampu isyarat simpang empat,
satu peristiwa yang bakal terpahat kuat di kepala aku berlaku di depan mata.

Seekor nak kucing, sangat muda lagi, aku syak belum putus susu,
melintas serong simpang empat yang sibuk itu.
Lampu isyarat jalan sebelah kiri bertukar hijau,
dan kereta mula bergerak deras.
Anak kucing tadi berada di tengah simpang, dan...

Satu.
Dua.
Tiga.
Tiga kereta melintasi kucing itu, tapi dia masih selamat.
Namun nasib kucing itu tidak sebaik itu untuk kereta keempat.
Separuh badan kucing itu digilis tayar kereta.
Bunyi 'kraaak' jelas kedengaran.

Namun kucing itu tidak terus mati.
Dengan kudarat yang tinggal separuh, dia masih mengesot.
Mengesot hendak ke seberang.
Namun, kereta kelima dan keenam mengulangi tindakan kereta keempat tadi.

Kraak!
Kraak!

Bila jalan itu berlampu merah, dan jalan di hadapan pula berlampu hijau,
seorang penunggang motosikal berhenti di tengah jalan
dan mengutip apa yang masih ada dan dibawanya ke kawasan bertanah di sudut simpang.

Segala kejadian itu berlaku pantas,
tiada siapa mampu halang dan banteras.

Dan semua itu, audio dan visual, semuanya berlaku depan aku.

Bunyi 'krak' masih kedengaran di telinga aku tiap kali aku mengimbau kenangan itu.


-------------------------------------------------------


Melompat ke hari Sabtu lepas, selaku hari pertama Ramadan,
aku bergerak ke rumah famili untuk berbuka puasa bersama.

Semasa memasuki satu jalanraya ni,
aku ternampak anak kucing melintas jalan.
Berwarna putih dengan belang kelabu.
Memori hitam terbangkit kembali.

Aku berhentikan motosikal dan bergegas mengambil si kecil itu.
Dia mengiau di atas tangan aku.
Mesra walaupun tidak pernah kenal siapa aku.
Aku bawa dia ke tepi jalan.
Syukur jalan tidak sesibuk mana, satu dua sahaja kereta yang ada dan memperlahankan pemanduan.

Aku selamatkan nyawa seekor anak kucing.
Kalau aku tidak segera ambil dia di tengah jalan,
mungkin sekarang dia sudah menjadi mangsa tayar kereta jalanan.

Tapi ia tidak tamat di situ.

Kepala aku ligat menaakul.
Anak kucing sekecil ini sepatutnya bersama ibu kucing.
Mana ibu dia?
Aku jenguk sekitar kawasan, tiada tanda kucing mahupun bangkai kucing.
Langsung tiada tanda ada sarang kucing di sini.
Jadi dari mana kucing ini datang?

Kawasan kedai terdekat adalah 1 km di belakang.
Adakah kucing ini berjalan sejauh itu ke arah yang tiada halatuju?
Walaupun kawasan kedai di belakang, tapi untuk aku patah balik ke sana memerlukan aku untuk pusing satu pusingan besar, jadi aku batalkan niat untuk bawa anak kucing itu ke sana.

Jalan ke depan hanya menuju ke kawasan kilang.
Kawasan kilang penuh dengan anjing, jadi letakkan kucing itu ke sana seolah-olah menjadikan dia lauk dan mainan kepada si kaki salak di sana.

Masa semakin suntuk, langit semakin gelap.
Aku tak boleh buang masa.
aku juga masih tidak boleh buat keputusan.

Terfikir juga mahu dibawa sahaja kucing ini ke rumah dan dibela,
namun di rumah keluarga aku sudah ada 4 ekor kucing,
dan si ibu itu sungguh 'protective' terhadap anaknya,
jadi bawa masuk anak kucing liar luar lain bukan satu pilihan bijak.

Masa makin suntuk.
Aku masih tiada keputusan.

Akhirnya aku buat keputusan,
aku tinggalkan sahaja anak kucing itu di tepi jalan tadi.
Aku pujuk diri sendiri dengan kata ibunya ada di celah semak samun dan akan datang mengambil anaknya ke sisi.

Aku berlalu balik ke rumah,
meninggalkan si kecil yang terus mengiau memanggil.

Malam itu,
hati aku sangat tidak tenang.
Aku terfikir,
aku patut bawa si kecil itu ke tempat yang selamat tidak kiralah nak gelap ke, jauh ke.
Berkali-kali aku terfikir apa nasib anak kucing itu.
Hidupkah? Matikah?
Selamatkah? Kena lenyek juga kah?

Malam itu aku tak boleh tidur sebab terkenangkan apa yang aku sudah buat.
Bunyi 'kraak' terngiang-ngiang di benak kepala.

Esoknya aku terlewat bangun sahur.

Kalau ini dikatakan ujian di bulan Ramadan,
aku gagal dengan jayanya.





.


22 comments:

  1. insyaallah..selamat si kecik tu, jgn fikir sangat, Allah ada utk jaga dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Angah

      InsyaAllah. Harap-harap begitulah huhu

      Delete
  2. Biasa kes macam ni, kemungkinan kucing tu tidur dalam enjin kereta tuan dia. Tuan dia tak sedar, bawa kereta. dia jatuh di tengah jalan. Saya selalu jadi begini. Pernah sekali saya sedar, berhentikan kereta dan ambil kucing dari enjin. Tapi, ada juga kes, elok saya berhenti kereta, anak kucing saya turun lari entah di kawasan mana. Pernah juga terjadi, hilang macam tu saja. Sebab tak sedar si kucing dalam enjin. Entah tercicir di mana. Saya dengar banyak kes yang sama, dari tuan kucing lain juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna

      Ngerinyaa kalau macam tu.
      Nasib baik kalau dia keluar masa kereta berhenti. Kalaulah anak kucing tu jatuh masa kereta masih bergerak, kan naya 😭😭

      Delete
  3. Mmg tak sampai hati tgk haiwan haiwan kcil ni berada kat jalan, nak2 jalan besar yg byk kereta lalu lalang, saya pernah jugak terlihat peristiwa kucing dilanggar depan mata. Memang kesian sekali. Mereka tak patut mati dlm keadaan sebegitu. Namun, apalah daya kita. Kalau dpt peluang utk selamatkan mereka, adlh satu lgkh yg bijak utk meletakkan mereka di kawasan yg tidak byk knderaan lalu lalang.

    Pastikan bg mereka yg berkereta melihat dahulu apa yg ada dibawah kereta krna kmungkinan ada kucing @ haiwan lain kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Anonymous

      Betul sangat tu. Kucing bukan faham apa bahaya apa jalan besar apa kereta laju, jadi kita yang faham ni, kalau mampu, selamatkanlah selagi berdaya.

      Delete
  4. inshaAllah kucing tu selamat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Raz

      InsyaAllah selamat.
      Harap-harap begitulah 😁

      Delete
  5. selalu jadi kat saya jugak, tapi saya alergik bulu kucing so hanya mampu doa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >SalbiahM

      Kalau waktu tu ada kawan atau teman yang tak alergik kucing, minta laa dia tolongkan.
      Kesian pulak kalau dibiarkan.

      Delete
  6. Sedih siot, mentang2 aku ada anak kucing. Aku harap anak kucing tu selamat... Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Anonymous

      Aku pun bila terlambat baru nak menyesal tak tolong habis. Harap sangat dia selamat.

      Delete
  7. sangat menyentuh hati...
    aku pernah dulu...jadi pencinta kucing. kucing lorong belakang kedai tu lah favorite aku...lepas tu, sampai satu tahap, aku tak tahu kenapa aku sampai sekarang tak boleh nak pegang kucing dan semua binatang yang sewaktu dengannya...

    kau kira berjaya sebab masih memikirkan tentang perihal kucing tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie adie

      Ehhh??? Kenapa berubah sampai macam tu sekali?
      Ada apa-apa cerita di sebaliknya ke??

      Delete
  8. pernah jadi jugak depan mata aku. time tu lampu merah, ada sekor anak kucing dlm 2-3 bulan camtu dari bahu jalan nak lintas ke tengah jalan. pastu ntah camne dia boleh pulak duduk berehat betul2 bawah tayar kereta. nak tolong tarik keluar dah x sempat sbb bila lampu dah tukar ke hijau, so...boleh bayang apa jadi..kan? dgn penuh slow motion aku nmpk kepala kucing tu kena gilis tayar & menggelupur kat tepi jalan.

    pasal anak kucing tu, mungkin rezeki kau untuk selamatkan dia sampai takat tu je. lagipun anak kucing sekecik tu xkan mampu jalan sejauh tu. mungkin jugak dia datang dari kawasan kejiranan berdekatan & mak kucing tu tengah keluar cari rezeki?

    bila kita tak mampu nak tolong lebih dari yg sepatutnya, berdoalah banyak2 mohon Allah selamatkan makhlukNYA. Bukankah DIA sebaik2 penolong & sebaik2 pelindung??

    ReplyDelete
    Replies
    1. cero, camne kau tambah button reply dlm comment section kau? ajar boleh?

      Delete
    2. >Haryz Khairuddin

      Adusss sadisnya cerita kau. Aku macam boleh bayang situasinya.

      Betullah tu rasanya. Aku ditakdirkan tolong kucing tu setakat tu je. At least ada hikmah Nya untuk aku di situ.

      Delete
    3. >Haryz Khairuddin

      Button reply ni boleh ada sebab aku tukar template blog hari tu. Cuba try Google template blog yang support 'threaded replies'. Banyak ada.

      Delete
  9. Aku pernah kutip jugak kucing tersesat kt jln besar yg sibuk.. kecik lg. Patutnya masih minum susu ibu dia. Bawa balik dia lari sbb takut. Terus masuk bawah longkang.

    Mengiau je dia dari dlm tu. Nak keluarkan dia pun susah. Tak tahu la apa jd kat dia. Smpat keluar atau mati kebulur dlm tu entah...hopefully selamat

    Kucing yg kau tinggal tu pun insyaallah selamat. Allah dh tetapkan perjalanan hidup kucing tu mcm tu. At least kau dh jauhkan bahaya dari kucing tu apa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Adusss sedih pulak kucing jatuh longkang. Kalau dah tahap tu nak tolong pun tak tahu macam mana dah.

      Kita boleh bantu setakat yang termampu je laa, kan?

      Delete
  10. weiii (T-T)

    -kudozu

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Namaku cEro.... Kacak, tinggi, putih gebu, badan tegap, macho.. Kalau korang nampak orang yang memenuhi kriteria di atas, dia BUKAN AKU..
PENERBITAN:


Protected by Copyscape Online Plagiarism Check
Creative Commons License